Showing posts with label Meroyan. Show all posts
Showing posts with label Meroyan. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Kenapa suki suki je lantik orang tanpa tanya dulu?

Gitu lah tajuk entry kali ni.

Tetiba hari ni dapat tau yang diri yang kerdil ini terlantik untuk jadi coordinator untuk games activity sempena sambutan Raya Haji hari Ahad ni. Yang membuatkan saya selalu sentap (walau tak perlu pun nak sentap bagai), depa suka suki bagi email inform tugas kita, tanpa tanya dulu. At least dulu-dulu pokcik presiden tanya dulu kesanggupan kita. Ini pun nasib baik tau awal, sebab kalau ikut trend depa sekarang nih selalunya esok programme malam ni baru tau, pastu inform melalu email. huhuhu. Sib baikla selalu cek email..., kalau tak, mesti selalu ketinggalan keretapi.

Tapi tu lah, mak selalu pesan..Jangan sentap-sentap. Jangan meroyan-royan, nanti hilang pahala. Meroyan sekali sekala dibolehkan kot supaya menjadi iktibar dan pengajaran, ehhehehehhe (kaver, jangan tak kaver!). 

Kita ni kengkununnya bangsa terpilih. The best of the bestlah kononnya. Tapi tak punctual, buat kerja sambil lewa, mengungkit benda seciput yang kita buat, maki budak kecik, disorganised, pandang rendah kat orang, humban segala mak nenek kerja yang kita takmo buat kat orang lain tanpa tanya dulu. Suka-suki kensel kelas sampai cikgu yang mengajar pun tak tahu. 

In the end kita meroyan kenapa ramai orang menjauhkan diri dari Islam...dan sebab kita ni bangsa terpilih, yang confirm masuk sorga, semua salah silap kita tak nampak. Kita tuduh Yahudi dan Nasrani dengkikan kita.
Rasa nak masuk dalam gua!

Thursday, September 15, 2011

1

Takde duit. Sekian

Love and respect
Dijah

Tuesday, July 27, 2010

【English Subs】Yamapi-One In A Million PV

Yamapi dah keluarkan PV lagu baru.
Sebenarnya nak buat review lirik demi lirik. Tapi sebab sakit jantung tengok clip ni, saya batalkan.
Kesimpulannya video klip ni bertujuan hanya satu - mensakit jantungkan bekas awek yang telah lari ke Armidale. Sorry Yamapi, I'm with Jay Park right now. Meroyanlah macamana pun..I tak dapat tolong.
Sila tengok lirik dia, memang tuju kat i u ols, sungguh.



Kesimpulan sebenar:

1. Pompuan tu memang nak kena simbah asid. Eh jap. muka dia macam pelakon La Usurpadora, kan?
2. Pompuan tu tak patut ada dalam video klip.
3. Tak perlu ada mana-mana pompuan pon dalam klip nih. Boleh je buat Yamapi nyanyi pegang telefon. Dari mula sampai habis klip scene pegang telefon pon takpe.
4. Autotune yang mega banyak.
5. Yamapi makin kurus dan gelap.
6. Ini macam bukan imej dia. Kenapa nak berimej seperti Jin? (Akanishi Jin, bukan Jin Afrit yer).
7. Sedaplah lagu ni sebab Yamapi yang nyanyi. hahaha (bias)

Monday, July 5, 2010

Plasterlah mulutku

Pagi tadi kelam kelibut bila perasan frost dah menutupi cermin2 dan tingkap2 kereta. Berlari2 carik paip dan cuba nak cairkan ais. Bila nak cabutkan paip, terpatah. Saya dah patahkah paip yang bersambung ke kepala paip di rumah sara!! (saya tinggal di umah sara, akan diceritakan dalam episod akan datang). Berdesup pegi amik kawan-kawan yang nak ke stesen keretapi. Saya terlewat sebab tak sangka lak kene cairkan ais. keke.

Nak dijadikan cerita, tangan saya luka..agaknya masa cabut paip dengan ganasnya. Luka sikit, so, tak wajarlah mengada-ngada, kan? Maka saya buat bodo dan hanya amik tisu dan pekup. Saya bukan budak medik maka saya agak konpius bila luka kecil tapi darah tak berenti-renti.
On the way pegi breakfast, kawan lelaki yang sorang ni dok pesan suruh pakai losyen segala. Tangan saya dah kedut2 sebab kering. Saya bagi alasan luka sebab tangan kering..malas nak bukak cerita paip patah..keke

Masa tengah breakfast, luka masih tak berhenti.

Kawan tadi asik tanya 'dah stop darah blom?'.
Setiap kali dia tanya, saya angkat tisu dan jawab 'blom'.
'Nak ubat?'
'Ubat?' Saya tergelak. 'Sikit je, cuma lambat kering'.
Sebab banyak kali dia tanya dan setiap kali dia tanya saya jawab 'Sikit je', dia bangun dan pegi amik beg ubat dalam kereta (mak, sebijik sejibun macam beg ubat ayah yang lutsinar tu!)
Duduk sebelah saya dan suakan iodin segala.
Saya tammo. Over tau beriodin segala padahal lukanya kecik beso bulu hidung je!
Saya amik plaster.

'Nak saya tolong pakaikan plaster?'
'Ha? Saya boleh pakai sendiri......'
'Kotlah tak reti pakai sendiri..'
'Senang je pakai sendiri..'

Saya tatau kenapa bodoh sangat pegi tanya
'Tak reti pakai plaster sendiri ke?'
'Err, tengok pada luka. Kadang2 susah nak pakai sendiri'

Masa makan, saya rasa nak kerat lidah sendiri dengan pisau plastik. Why cant I be a bit pompuan kan? Relakan ajelah bila orang nak bubuh plaster (hakhakhak). Tak pun, duduk diam-diam. Ni dahla tak ucap terima kasih pun atas plaster dan offer untuk pakaikan plaster. huks. Im feeling bad and sad, considering that was his last breakfast in Armidale.

Sekarang hati menjerit 'BALIK SINI BALIK!!!!!!!!!!!!!!'

And my bestfren is gone. Ini rasa yang sama masa Tra pegi UK. And I hope my friendship with him will remains, like my friendsheep with Tra!

Selamat datang meroyan. Mau seminggu baru ok ni..kekeke

Sunday, March 28, 2010

Update Ahad

Update.

Thanks atas concern. It was not that bad. Tapi sebab dah seminggu tidur terganggu dek tak boleh bernafas dan dada rasa sempit, malam tadi lepas balik meronggeng kat town terus menonong ke sepital daerah armidale. Kengkonon henpon ada google map, tapi hampeh sebenarnya sebab tak reti baca map. Hopeless bila bab baca map nih, kekeke.

Menonong dalam gelap gelita malam, sampai ke satu bangunan bertulis bla bla bla Health bla bla bla. Terus terjah ke opis, walau dah nampak on the way masuk terpampang beso-beso papan tanda 'Hospital for mental health Armidale'. Lebih kurangla tulis gituh, tak berapa ingat.

Lepas mendapat maklumat bagaimana ke hospital, terus rempit dan alhamdulillah selamat sampai.
Masuk je ke bahagian emergency, dah ramai orang. Dengar pulak ada orang asli maki hamun makcik kat counter sebab dia kata dia dah tggu 5 jam. Since saya tulis kat borang daftar 'mild asthma attack', saya telah diberi priority untuk masuk dulu, potong que. Selalunya gituhla, sejak dari di malaysia lagi saya perasan kalau penyakit berkaitan jantung, pernafasan ni depa bagi masuk dulu. Agak bersalah pada encik yang tunggu 5 jam, tapi apekan daya. Saya pon dah tak larat tunggu lama.

Then nurse *lelaki! ahaks* amik tekanan darah dan cek pernafasan dan cek suhu. Kendian dapat nebulizer - ubat lelah dalam bentuk liquid yang disedut bersama oksigen *betul ke explenesyen ni wahai encik-cik doktorsssss?*

Kendian tuan doktor yang comel datang, bersembangan dan bergossipan. Dia memula nak suh saya stay sebab saya masih sakit dada. But agaknya dia tengok saya dah boleh bergossipan sakan *orang kalau semput terus takleh sembang*, maka dia yakin saya dah semakin ok =). Maka dia berikan saya inhaler baru untuk prevention *which I hate the most sebab tetiap kali sedut kena kumur air suam, kalau tak mulut boleh berkulat*, dan dapat steroid pill (prednisolone). Oh, dan doc bagi spacer supaya aplikasi ubat lebih berkesan. Kalau tanpa menggunakan spacer antara mulut dan inhaler, ubat akan tersekat di mulut dan pharinx.

Possible side effects include fluid retention of the face (moon face, Cushing's syndrome), acne, constipation, and mood swings. kekeke. This is not side effect, thats a part of me! kekeke.

Im ok, cuma masih belum fit. Buat kerja kat lab tadi pun sikitttt sangat sebab sakit dada balik. I hate being unfit. Oh well.. what to do..

----------------------------------------

Recommend this. I cried watching this. Super duper sensitive *sigh*. And now, I want a dragon!



------------------------------------------

I've been thinking....
When a friend gave me signs that my hi's and hellos are worthless.
When a friend silently say to me 'i am ok, stop asking me ARE YOU OK?'.
When a friend giving me hints that I'm annoying.
I should respect that friend and just go on with my life.

Even these hurt me.
Badly.

What do you think about friendship?
For timebeing, its a major bullshit! I dont know.

Comment disabled. Super duper meroyannes.

Saturday, March 6, 2010

I want to learn how to use a handgun. Anyone?

1. I'm missing Charlotte more than I could ever imagined.

2. I am a talkative, kepochi, short tempered lady that is having difficulties to adapt and tolerate others.

3. I'm hating all the 2pm 5pm members (excluding Nichkhun Horvejkul). I cant even look at their faces without this feeling - want to chop their heads off and feed them to the hungry wolves in Armidale. Seriously, I want to koyakkan mulut Taec and korek mata Junho and potong hidung Junsu and tarik rambut Chansung dan tikam pipi Woo. Dont ask me why, I dont have the answer. Kpop fandom is really bad for your health! Distraction from your stressful PhD? Think again.

4. I want to see penguins in real life.

5. I almost broke into tears today when identifying and marking the pens of the animals that will be killed on the 22nd March. I just can't look into their eyes as they now can recognize me (I think so!) and will jump (hungrily) as soon as I enter the room. Yes, it might be pavlov's theory. But by the way they look at me, I think its more than Pavlov theory.
*a visit to psychiatrist perhaps? huks*

6. Go away. If you hate me so damn much, why bother to come to my blog like 5 times per day even when there is no post and seriously 65 times per day when there is an entry? This. is.really.annoying.

Please remind me that every single thing in this world happened for a damn good reason.



Yeah, BLAME.THE.HORMONES.please.

EDIT: Tergelak beso bila baca blog mak. Okes, sudah kurang emo bila baca nama Yamapi kat blog mak.keke. Tapi orang kata Yamapi mendiva sekarang. Semoga Yamapi berubah attitude dan ubah pesen rambut, aminnnn. kekeke

Tuesday, November 10, 2009

cerita HELL

Being a short tempered person memang tak best.
Langsung tak best.
Tapi compared to masa kat uni, saya rasa saya ada improve sikit. Especially bila tercampak kat armidale nih, saya jadik kurang melenting meletup kebabom. Feeling2 wanita melayu terakhir pulak.
But today, hell jadinya. Belum neraka jahannam. Just not yet.
Meeting hari ni dengan encik2 sv. Dek kerana encik bos kedua tak reply email, saya assume dia away, dia tak cek email *sebab tak dapat reply pon* dan secara logik akal takde lah miting sebab encik bos ketiga away 2 mggu, so tak cukup korum. Tapi dek kerana encik bos pertama ajak deting jumpa, saya sudah bersedia apa yang patut - bawak experimental design yang saya dah siapkan malam tadi.
Sekalik....dia suruh panggil encik bos kedua. Encik bos kedua mai miting dan malangnya dia tak dapat nak feel experimental design saya sebab dia nak tau result eksperimen sebelum nih., senang dia nak bagi improvement idea katanya. Kiranya kalau dia tau apa result sebelum nih, leh relate ngan planning untuk eksperimen yang akan datang nih.
Encik bos pertama suruh saya print out report. Terasa masa tuh fire alam dah bunyi - nak lari selamatkan diri. Tak siap lagi pembetulan, mcmana nak printout? Takde dalam agenda pon pasal bentang report nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
'Tak siap lagi'
'Print apa yang ada' suara encik bos tegas mcm suara optimus prime.
Sentapppppppppppppppppppppppp. Menggigil masa tuh tau sebab memang tak puas hati. Tak puas hati dengan diri sendiri sebab tak sempat siapkan.
Rasa macam nak pengsan masa masuk opis, carik file, kena alter sikit2 sebab memang caca merba. Bila kita tau encik2 bos tgh tggu kita, lagi rasa nak pengsan.
Tengah dok gigil2 panik tu........................muncullah hamba Allah sorang nih yang boleh diklasifikasikan sebagai penggosip tegar, datang nak mengumpat.
Boleh?
Kat sinih dengan kengkawan I memang tak mengumpat yer, selalu gossip2 perasan hot dan meroyan. Mengumpat tak masuk dalam list. ~Ha! dengan hang lain cerita noooo. Itu bukan mengumpat tu, tu menyakat..hahah *memerli orang yang ym artikel kosmo*.~

Bila mukaddimah pon dah mukaddimah mengumpat, ditujukan kat cik tutor yang dot dot dot yang sedang gigil sebab encik2 bos tengah tggu report dia yang tak siap....memang tataulah nak kata apa. Pencetus bebola api jurus ke lapan belas from HELL.

'Tammo sembang, stress ada keje' saya cakap dengan gaya mcm hero yang tegas sedang fokus kat laptop tanpa pandang muka penggoda. Bukan heroin tau. hero.

Pastu masuk pulak miss x dalam opis saya. Dia gagal kesan aura kelabu. Penggosip tegar ni nak mengumpat kat miss x, miss x pi tarik dok sedepa dari I, membiarkan pengumpatan berlaku kat situ. Boleh????kekekeke

Masa tuh memang leh perasan tangan dah gigil. Bulu telinga rasa macam kena cabut satu2 dengan kejam.

'Boleh tak sembang kat luar? Tengah buat kerja nih!' gaya pompuan hilang akal.

Maka berakhirlah episode kesabaran selama nih. I can tolerate gossip. Eh salah. I love gossips. Tapi I dont like pengumpatan yang mana kita lebih tau cerita buruk orang dari kenal orangnya, dan dalam kes ni its too much sebab hari-hari datang bilik kitorang nak mengumpat pasal orang yang sama. Seriesly overdose! Dah ignore hari-hari pon tak paham-paham lagi? And datang ketika saya kegigilan memang silap besar lah. Mcm menjolok sarang2 tebuan gituh. But still, saya silap jugak sebab tak tarik napas dalam2 dalam kiraan 10 saat, bercakap sambil senyum manis. Terasa mcm mamat perasan hensem yang saya tak kasihi tu - macam tu lah dia sound orang suruh diam. I hate his style but it seems now I'm his protege lah pulak. I just can help it. Bukan salah PMS. Bukan salah cuaca panas. Bukan salah demam yang kejap ada kejap takde. Bukan salah sakit kepala yang tak baik-baik. It's just me. Saya memang sangat short tempered dan hari ini saya gagal mengawalnya. As simple as that.

And the meeting didnt turn out to be fun. keke. Selalu pon tak fun kan kalau meeting. The supervisors suggest *ntahla suggest ke pinda* eksperimen yang akan datang nih. Nak tambah lagi satu faktor untuk eksperimen, maka tambah plot, dan tambah bilangan bebiri. Maka tuan-tua dan puan-puan, lebih dari seratus ekor akan digunakan dan untuk eksperimen tu nanti, saya dan encik bos pertama perlu ke paddock dari 6 ptg sampai 3 pagi for few days *pengsan*. Saya malas bangkang sebab ni part awal. Hope last2 nanti dapat konsensus untuk timing yang lebih menggembirakan.
Encik bos kedua agak happy dengan report saya, but encik bos pertama tak. As expected, dia memang super duper perfecto skematogenesis sampai dah tak mampu nak menurutinya. Its good but I'm currently cracking my heads. Sampai titik perpuluhan tak sama allignment pon leh highlight sampai leh rasa nak nangis. Mata bionik! Oh, tau tak macamana nak allignkan titik perpuluhan guna word? kalau sapa yang belum tau leh bgtau saya, nanti saya share dalam entry akan datang. Berilmiah la sikit dari video klip jejambu je semedang.

I'm just drained. Bukan salah tengok MV Korea jepon. Kalau tak tengok pon kerja tak siap. Honestly, tengok MV tu is an escapisme untuk distract otak. Sebab saya tau kalau tak tengok pon, tak buat kerja. I hate this konsep kemeroyanan berterusan *istiqamah la ni*. But I really really hope saya dapat kembali semangat ceria macam sebelum ni. Penat otak lebih bahaya dari penat badan =(.

---------


So, hows your relationship with that boy? *buat lirikan mata ke arah bangunan sebelah library*

Which boy?

The sushi boy!


Ini jelah yang buat saya ketawa hari ni. Over betul pelakon-pelakon tambahan!

Esok sushi day dan esok halim interview. Didoakan selamat semuanya. Amin.

ps: konsulate malaysia postpone visit. eerrrr, depa baca royanan i ke?

Monday, October 12, 2009

Merokok lah, tak marah

Semua orang tau merokok membahayakan kesihatan.
Tapi entah kenapa masih ramai lagi perokok tegar.
Being asthmatic, saya memang tak suka dengan asap rokok.
Baunya memedihkan, merengsakan, menyesakkan.
Kalau di kedai makan dan kebetulan asap rokok dari meja sebelah atau dua belah menghala ke arah saya, memang rasa mahu baling pinggan ala2 main frisbee.hikhik.
Tapi saya tekad, lepas nih kalau balik ke tanah air sendiri, kalau berhadapan dengan suasana begini, saya akan bangun perlahan2 dan cakap baik2 kepada perokok. Tidak lagi berlakun2 batuk pekup mulut dengan tudung sebab selalunya tidak akan dipedulikan. Kalau pengsan dan kejang pon takkan dipedulikan, percayalah.

Budaya yang sihat saya kira di Armidale dalam kalangan orang tempatan apabila hanya segelintir yang saya lihat merokok - orang asli yang tak bekerja, lelaki2 muda yang mengerikan dengan tatu penuh di tangan dan sebelah tangan memegang botol arak. Jarang sekali saya lihat lelaki muda yang hot merokok. Even di asrama pun, yang merokok hanya lah budak asia, bukan budak local. Hmmmm.

Tapi yang sedih, umat islam yang datang berkelanalah yang sibuk menyedut racun dan hembus dengan penuh asyik masyuk sekali. Konon macho..Bukan macho yer, hancus! Arab Saudi, Indon, Iran - gigih merokok macam orang-orang asli juga. Nampak persamaan?

Say whatever you want - merokok menenangkan fikiran, memanaskan badan, menjana neuron otak berfungsi - but mind you lebih banyak mudharatnya. Lepas nih jangan banyak komplen kalau dapat tau kandungan sperma berkurang dan kurang berkualiti. Dahla sikit, kurang berkualiti pulak tuh. Tsk, tsk. Jangan komplen kalau dapat kanser peparu dan mati cepat dan terpaksa tinggalkan bini yang cun yang punyalah payah nak tekel. Dahla susah nak dapat, lepas dapat jumpa cinta sejati mati pulak sebab kanser peparu. Kesian.

Ah, kalau dapat suami perokok, akan pasang larangan merokok dalam jarak 5 meter radius dari pintu rumah. Sekian.

Eh, ini bukan entry menghentam perokok..Merokoklah..takde sapa nak marah. Tapi boleh tak jangan merokok di tempat yang ada makhluk bernyawa yang lain? Mana? Go figure!

Peparu perokok tegar yang ditransplan pada seorang askar menyebabkan kematian. Klik sini.

Thursday, September 3, 2009

Over confident

Dalam hidup, kita kena yakin.
Tapi jangan sekali-kali terlebih yakin.
Tambah lagi ketika sedang melakukan eksperimen yang melibatkan seratus sampel.
Kerana bila kita terlebih yakin walau hakikatnya kita salah, kita akan menyebabkan berjam2 terbuang kerana terpaksa menjalankan 'pemulihan' terhadap sampel-sampel itu.
Lebih mengharukan bila proses pemulihan itu melibatkan pengiraan beserta formula2 yang kurang kita gemari kerana kita bukan budak math.
Kesannya, kita akan membuang masa, sedangkan masa itu amat-amat berharga - boleh dimanfaatkan untuk melakukan perkara lain, misalnya menyiapkan barang-barang untuk eksperimen minggu depan.
Kita mungkin terpaksa berbuka puasa dengan minum air suling lagi dalam makmal, dikelilingi tinja2 kambing, dan ditemani rangkaian radio tempatan yang mendendangkan suara pemanggil menangis2. Sesi meroyan live barangkali.
Yer kawan-kawan. Kesannya bukan berhenti di situ. Kerana malam mungkin sudah menginjak tua, sambil makan kinders bueno sebagai makanan berbuka puasa, kita mungkin terpaksa menunggu bas untuk pulang bersendirian dalam kesejukan, kesepian dan kesunyian dalam kepekatan malam.
Kalau kita bernasib baik, mungkin presiden persatuan indo menawarkan untuk menumpangkan kita.
Kalau tidak?
Kalau kita bernasib baik lagi, kita mungkin ada kawan untuk diganggu, meneman dan melayan kita bercerita sambil kita memasak hidangan berbuka puasa.
Kalau tidak?

Yer kawan-kawan, kita tak boleh terlebih yakin =p.

--------------------

Selamat bergraduasi buat adik kandung seibu sebapa.
Semoga terus sukses dan boleh belanja kakak. Aminnnnnnn.

Wednesday, September 2, 2009

Buang masa

Saya telah membuang masa selama 3 jam 25 minit, berbolak balik dalam hati tentang sesuatu.

Tunggu bas.
*terpikir*

Telepon adik ikan.
*terpikir lagik*

Makan.
*terpikir lagik*

Mandi.
*terpikir lagik*

Telepon kawan.
*terpikir lagik*

Telepon kawan lain.
*terpikir lagik*

Gila.

Telepon kawan jauh.
*terpikir lagik*

'Istighfar bebanyak' suara dari corong belah sana.

Tammolah main2 gedik dalam entry blog dah.
Seram.
Series seram.

Thursday, August 27, 2009

Merepek sebab tak boleh tidur

Selalu sunyi
selalu sepi
selalu sendiri

Selalu,
sampai
sudah
sebu.

Sunday, August 23, 2009

No!

Mencengkam jiwa. Tanpa diduga. Tanpa disangka. Terlalu leka sampai tidak menjangka kehadirannya seperti selalu. Tindakbalas meroyan emo seposen rupanya sebagai tanda, tapi diabaikan kerana terleka dengan benda lain.

Kupikir, sakit pinggang sebab salah tidur atau kerja kuat sangat *cececece*.
Kupikir, emo tak tentu hala sebab penat sangat.
Kupikir, sengal-sengal lutut sebab kurang kalsium.
Kupikir, exhausted sebab kerja sepenuh jiwa raga *ngehngehngeh*

Sayu kerana sedang bersemangat.
Takpe lah, hargai masa yang ada sebaiknya. Terima apa yang diberi. Semua di luar bidang kuasa.

Sambil masak spaghetti dengan daging cincang untuk lunch esok, tv dibuka - Kate Cook berjaya masuk top 24 Au Idol. Top 24 semua memang vok lah!

Mahu tidur awal, mahu jumpa Sa*ra dan repeat recovery. Tapi masih menunggu kejian dari manusia yg dijadualkan mengeji lepas berbuka puasa.kehkehkeh.

Wednesday, August 5, 2009

Hari mengGaban

Secara literal, mengGaban bermaksud menjadi space kop gaban. Secara konsep, space kop gaban boleh memberi maksud yang pelbagai. Dalam konteks hari ini, mengGaban bermaksud menjadi space kop gaban dari segi kesibukan sampai tak boleh bergosip di ym atau bermain pet society, mafia wars, restaurant city dan zoo builder di facebook. Dan juga dragonapters. Sumbangan pada masyarakat tiada ye, cuma sibuk ala2 gaban. Eh, bukan mengabang telipot ye warga U*MT sekalian. MenGaban.

Awal pagi sudah keluar rumah dan menapak ke skul sebab bas hanya akan tiba pukul 8.15 pagi. Terkocoh-kocoh print report dan terus berjumpa encik bos. Mengantuk tahap gaban. Tapi masih terkawal. 9.15 selesai perbincangan, terkocoh-kocoh buat pembetulan sebab miting pukul 10.
Terkocoh-kocoh ke bilik bos dan bertembung dengan ga*reth. Translation rekaan sendiri berdasarkan isi penting

'Oih, bebiri hang buat bising lagi. Dok berbaaa baaa, hentak kaki mintak makanan'
'Uhhhh.. Over aih depa tuh. Memang tak bagi makan lagi, ada meeting'
'Merajuk dah tu rasa'
'Makin over lah depa nih. Biarlah. Satgi orang bagi makan'

Encik bos ketiga sudah ada dalam bilik bos. Uh, selalu dia sampai lambat...
'Sorry, I'm late'
'and I'm Jus*tin' *sambil senyum*.
(seolah-olah saya sedang memperkenalkan diri, maka dia memperkenalkan diri dia)
sentap bila buat lawak time org tgh kalut. Dia nih encik bos yang busy tahap gaban sebab juggling antara keje kat uni ngan keje kat kampeni drug yang tersohor. Vok tahap gaban, kan?

Since encik bos pertama dah 3 hari berturut-turut jumpa saya dan betulkan report, hari ini buat pertama kali dalam sejarah di Armidale ini saya tahu apa yang saya terangkan. Walaupun sedikit nervous dan banyak merepek sampai kena gelak ngan encik bos bila saya cakap 'beautiful faecal pellets' untuk menerangkan perihal tahi kambing yang sempurna keadaannya. Mungkin patut guna typical, bukan beautiful.kehkehkeh. Bab bagi report je lah yang ok. Bila masuk bab experimental design, menung balik sambil kebil2.

Dek kerana experimental design saya terlalu komplikated *mesti encik bos rasa nak sekeh2 kepala saya - kehkehkeh* maka telah brainstorm untuk menyimpelkannya. Pada depa simple, tapi pada saya lagi komplikated sebab takkan terpikir nak buat cara mcm tu. Takpelah, kesimpulannya dah sort out generally mcmana nak buat. Habis meeting pukul 1. Berlari ke langitkandang, amik sampel tinja the 5 B's dan potong 'cloth diaper' *sukati je boh nama cloth diaper* yang terlebih kat hujung sebab takut tersangkut, dan bagi depa makan. Memang gaya depa mcm nak terjah keluar kandang bila nampak saya bawak baldi isi makanan. Over sungguh. Bukannya buat keje apa pun, makan kemain banyak!

Berlari pulak ke library sebab ada kelas tanpa peter. Satu satunya saat menenangkan bila bertembung dengan peter dalam perjalanan ke library. Senyumannya yang manis, wool jumpernya yang merah menyala melambangkan keberanian dan kegagahan, sapaannya yang lemah lembut
'Haiii kha*dijahhhh......' suaranya di bawa angin lalu, berlegar-legar di udara dan meresap ke dalam peparu..
Sib baik tak pengsan. Pura-pura macho seolah-olah tak terkesan dengan sapaan lembut 'Oh hai! how are you?'. dan terus berlalu dengan macho tanpa menunggu jawapan..kehkehkeh.

Kelas adalah ok. Tapi saya mengantuk. Kesan sama macam makan nasik lemak dewan makan setiap hari rabu di sekolahrajaperempuantaayah sesi perkolahan 1995-1999. Tapi ni masih terkawal. Kat sekolah dulu sampai mimpi2 dalam kelas add-math..kehkehkeh. *dan semua orang tunding jari pada nasik lemak..haha*
Kalau rajin saya akan buat notes on isi penting dan link kan downloadable notes dari website uni tentang endnote *memuncungkan bibir ke arah blog research journal*.

Ni tengah lunch. Lapo tahap gaban. Ingatkan nak makan sambil mesyuarat tergempar dengan artis. Nampaknya artis dah mula tunjuk belang bila dah ramai fangirl - terus hilang ketika mesyuarat di alam maya perlu dijalankan. kehkehkeh.

Okes, times up. Kena ke lab untuk proses sampel. Esok akan hantar the 5 Bs ke padang ragut. Sayunya..macam hantar anak masuk asrama pulak rasa..hahaha. Tapi in a way lega. Leh bangun lambat lepas nih sebab takyah bagi depa makan dah seminggu. Yay!

Oh, doakan. Terlalu banyak nak dibuat menjelang minggu depan demi memastikan eksperimen berjalan lancar. *pengsan*

Sunday, July 5, 2009

Ini entry fangirl emo melampau

Saya menentang keras kissing scene dalam movie atau drama, terutama yang melibatkan Yamashita Tomohisa a.k.a Yamapi. Saya takkan tengok cerita ini (T_T). Hati bagai disiat siat. Kemudian dipotong menjadi dadu. Kecil-kecil. Halus halus. Cerita Prodai pon saya tak tengok – tengok episode satu je dah buat saya hangin satu badan. Kalau saya tengok sampai kissing scene mesti saya terus pengsan seminggu. Kenapa perlu ada scene peluk2 dan cium-cium? Kenapaaaaaaaaaaaaa? Tengok aksi tolak2 manja dengan badan pon saya rasa nak tolak pompuan tuh sampai tergolek ke sebelah sana. Ini amaran buat pengarah cerita jepun. Jangan buat lagi scene mcm nih. Sudah hilang seorang penonton drama jepun. Takkan beli CD ini. Lihat? Belum apa-apa anda sudah hilang beberapa ringgit Malaysia. Huh!
Nampaknya hari lahir tahun ini sungguh mengecewakan. =(
Mahu menyepikan diri..mengenangkan diri yang selalu dikecewakan….



Wednesday, March 18, 2009

Kebas hati

Ini entry kebas. Sebab dah tatau nak rasa apa.
Tadi kol pihak itu.
Nak maklumkan saya dah fax info yang dia perlukan utk sediakan cek elaun.
Katanya, cek tak dapat dikeluarkan dah bulan nih.
Dah tutup akaun katanya.
Ingatkan ujung2 bulan je org tutup akaun.
Rupanya 18 hb pun ada org tutup akaun. *mental note*
Kata pihak itu..pergilah dulu sambung belajar..
Nanti depa masukkan duit bulan depan.
Wah, sangat yakin kan.
Saya tammo gamble ginih.
Tak pasal-pasal kang kena menjaja tepi jalan.
kompem tak laku kan?
So decided utk stick pada plan utk ke pusat pentadbiran gomen jumaat nih.
Mintak penjelasan bagi semua yg kabur dan kelabu asap.
Kemudian tunda registration.
Kena reconfirmkan semua balik.
Tetiba rasa mcm nak jerit.
Eh, dah terjerit tadi..keke
Sekian entry kebas.

Thursday, March 12, 2009

Entry emosi

Ini entry emosi.
Betul-betul emosi.
Sedang menangis di cc *apekah*
Jenuh lap air mata dengan tudung dan tapak tangan.
Pagi tadi kol agent.
Dia dah masuk kerja hari ni.
Dia cakap saya boleh buat check up hari ini.
Tapi kena bawak 2 gambar paspot dan paspot dan print out form.
Gambar saya dah pas kat opis agent semalam.
Kalau saya tau tu untuk saya lekat kat form yang kan diemail hari ni saya tak bagi kat depa.
Tak pasal2 kena amik gambar lain hari ni.
Printer kat rumah ntah apa masalahnya, takleh print.
So decided utk amik gambar kat kedai dan print form kat cc.
Saya bersiap-siap.
Rupanya hari ini saya didatangi sahabat baik.
Konggo - tu bahasa budak Taayah..haha
Saya nekad jugak nak pegi medical cek up.
Kedai dekat rumah pulak takleh buat print express.
Mesin rosak katanya.
Pergi jauh sikit dari rumah.
Lepas amik gambar, duduk kat pc ini.
PC number 4.
Bukak email yang agent bagi.
Dia email semua borg.
Dan pesanan yang saya tammo baca.
'cannot do check up during menses'
Saya kol agent sambil tahan nangis.
Nak tegakkan benang yang basah.
Dia cakap takleh buat test.
Dia tanya bila start konggo.
Saya jawab hari ni.
Dalam hati saya jawab *tak sampai sejam*.
Dia hanya boleh cakap 'haiya!'.
Dan saya bebel apa tah kat dia sambil tahan nangis.
Saya takde mood.
Saya nak minum coke hari-hari.
Sampai habis konggo.
Oh, bagus jugak tulis blog.
Saya dah berenti nangis.
Sekian entry emosi.

Friday, March 6, 2009

Abaikan entry ini

Pernah tak rasa mcm nak shut offkan diri dari manusia-manusia di planet bumi ini?
Rasa mcm nak tutup blog *kalau ada blog lah kan*, supaya apa yang kita rasa kita simpan sendiri.
Rasa mcm tammo guna handfon, supaya orang tatau kita kat mana and sedang buat apa.
Rasa mcm tammo guna YM, sebab tatau nak sembang apa dengan orang.
Rasa mcm tammo jumpa orang-orang yang rapat dengan kita, sebab kita tak mahu dipedulikan.
Pernah tak eh?
Ini soalan, sila jangan speku.
Sindrom PMS kah? - bila tudung pagi tadi pasola *lipatan* tak jadi, tudung kena marah? Penat okeh tiup2, sampai lenguh mulut!

Friday, February 27, 2009

Hikmah

Ini entry yg dah dikarang awal-awal. Dan dijadualkan untuk publish pada pagi Jumaat. Semasa anda-anda membaca entry ini, saya mungkin;
  • Sedang terkocoh-kocoh ke putrajaya.
  • Sesat dan sedang membuat muka kesian, kot-kot ada org yang nak tolong.
  • Dah selesai urusan dan sedang mencari rakan gossip *jeling kak yan penuh makna*.
  • Sedang bertolak balik Ipoh, sambil layan2 fantasi dalam bas.
  • Tengah tidur dengan nyenyak di rumah.
  • Sedang melakukan benda yang kurang berfaedah.
Ok, saya dah mula merepek.

Hakikatnya, saya tatau nak tulis apa. Aura gelap dapat dikesan pada kawan-kawan sebilik di sini. And how I wish I can help them. Sedih ok bila awan gelap berkepul-kepul. *sigh* Saya pernah melaluinya tahun lepas, dan saya rasakan adalah lebih baik orang keliling *tunjuk kat diri sendiri juga* kurangkan bercakap dan mengomen mahupun bertanya. Sampai masanya, kamu kamu dan kamu akan beroleh kekuatan yang di luar jangka, dan saya doakan agar Allah berikan jalan yang terbaik buat kita semua.

Kak Delinn, ingat tak..kita penah rasa semua orang tak paham kita?
Kita rasakan semua tak adil?
Kita rasakan kita sangat gagal?
Kita rasa tertipu.
Rasa mcm nak bakar opis tertentu?
Kita tammo dengar nama orang tertentu?
Kita rasakan kita hanya akan kuat bila bercakap berdua lama2 dalam tepon dengan penuh semangat?
Kita buat sesi luahan perasaan ala2 press conference kat kedai tanpa nama dengan Kak Dor dan Abang S?
Kamu kamu dan kamu semua lebih kuat dari saya setahun lepas.
Sungguh!
Kamu masih boleh layan klip2 Arashi dengan semangat. Dulu saya hanya menangis peluk bantal.
Kamu masih boleh mendengar luahan hati saya. Dulu saya tammo bercakap dengan orang.
Kamu masih boleh tersenyum. Dulu saya hanya akan masam dan sedih.
Maka saya rasakan, kamu kamu dan kamu sangat kuat.
Saya yakin, kamu semua akan jadi pendidik yang di hormati.
Ingat, semua yang ditakdirkan ada hikmahnya.
Macam kepulangan saya ke Ipoh seminggu, hikmahnya adalah supaya kamu kamu semua mendapat ketenangan.
Tanpa gangguan saya dan semestinya adik ikan...ahaks.
Take care!
Jangan rindu I tauuuuuuuuuuuuu...
Jangan rinduuuuuu...
Jangan rindu tauuuuuuuu...
hikhik

Friday, February 20, 2009

Saya salah

Kalau saya buat salah, saya akan rasa bersalah.
Bersalah dan sedih.
Ye, saya mengaku saya buat salah.
Tapi itu bukan tiket untuk kamu marah2 saya dan hempas telefon bila saya mintak maaf.
Saya tahu saya salah.
Dan saya dah mengusulkan cadangan utk menyelesaikannya.
Yang memudahkan kepala otak kamu.
Dan mungkin melegakan sikit hati saya.
Tapi kamu takmo dengar.
Sukahatilah.
Saya bukan sesiapa pun.
Hanya melukut di tepi gantang.
Ye, ye..saya sedar.
Saya ni bukan sesiapa.
*sambil seka air mata dengan tudung bawal kelas satu kaler biru yang ada berlian straight kelas 1* ahaha

ps: sori hosmet, jiwa kacau sikit..tak dapat nak teman hingga ke akhirnya..

Tuesday, February 17, 2009

Entry meroyan

Inhale.
Exhale.
Semoga semua selamat.
Semoga semua selamat.
Kamu ada ramai kawan yang sentiasa di sisi.
Yang sentiasa menggembirakan kamu.
Yang sentiasa buat kamu ceria dan bersemangat.
Kerana kamu merupakan kawan yang baik.

Yang boleh dititipkan hanya doa dari jauh.
Semoga semuanya selamat.
Semoga kamu baik-baik saja.

Jantung mcm direntap-rentap.
Tanda masih ada bekas di hati.
Semoga semua selamat.
Semoga semua selamat.
Air mata, jangan gugur di sini.