Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Over confident

Dalam hidup, kita kena yakin.
Tapi jangan sekali-kali terlebih yakin.
Tambah lagi ketika sedang melakukan eksperimen yang melibatkan seratus sampel.
Kerana bila kita terlebih yakin walau hakikatnya kita salah, kita akan menyebabkan berjam2 terbuang kerana terpaksa menjalankan 'pemulihan' terhadap sampel-sampel itu.
Lebih mengharukan bila proses pemulihan itu melibatkan pengiraan beserta formula2 yang kurang kita gemari kerana kita bukan budak math.
Kesannya, kita akan membuang masa, sedangkan masa itu amat-amat berharga - boleh dimanfaatkan untuk melakukan perkara lain, misalnya menyiapkan barang-barang untuk eksperimen minggu depan.
Kita mungkin terpaksa berbuka puasa dengan minum air suling lagi dalam makmal, dikelilingi tinja2 kambing, dan ditemani rangkaian radio tempatan yang mendendangkan suara pemanggil menangis2. Sesi meroyan live barangkali.
Yer kawan-kawan. Kesannya bukan berhenti di situ. Kerana malam mungkin sudah menginjak tua, sambil makan kinders bueno sebagai makanan berbuka puasa, kita mungkin terpaksa menunggu bas untuk pulang bersendirian dalam kesejukan, kesepian dan kesunyian dalam kepekatan malam.
Kalau kita bernasib baik, mungkin presiden persatuan indo menawarkan untuk menumpangkan kita.
Kalau tidak?
Kalau kita bernasib baik lagi, kita mungkin ada kawan untuk diganggu, meneman dan melayan kita bercerita sambil kita memasak hidangan berbuka puasa.
Kalau tidak?

Yer kawan-kawan, kita tak boleh terlebih yakin =p.

--------------------

Selamat bergraduasi buat adik kandung seibu sebapa.
Semoga terus sukses dan boleh belanja kakak. Aminnnnnnn.

Tuesday, March 3, 2009

Dialog mereka

Malam semalam tak boleh tido. Kesannya, mengantuk di awal pagi. Awal2 pagi pulak dah kena keluar rumah, pergi ke opis lama utk join miting dan ala2 workshop pengenalpastian kekutu dan cecacing. Sangat teruja bila jumpa kawan2 lama - terus hilang mengantuk! Then, Ude pulak ajak keluar lepas habis opis hour. Sangat ceria dan bertenaga bila bersembang..tapi bila jejak je kaki ke halaman umah, mcm kuasa semua disedut..Sangat-sangat penat. Ntah apa yang dipenatkan..
Tapi hilang penat sekejap bila dengar dialog mak ngan adik2

1 - Mak : kamu buat apa tadi? rumah mcm tak dikemas je.
Adik 1: menyapu spjg hari... *dgr pon dah tau auta kan?*
Mak: Ye ke? mak tgk samaaaaa je.
Adik 1: betul mak, kalau tak caya tanya Putih.
Mak: Sebab Putih tu tokleh bercakapla kamu berani cakap mcm tu kan? Kalau Putih boleh bercakap mesti kamu tak cakap mcm ni kan?
Adik 1: Erk....hehehe

2 - Mak : Kamu dah buat homework?
Adik 2: Sakit lidah
Mak: Buat homework guna lidah ke?
Adik 2: Ok....nak buatla nih..

Hakhak

Monday, March 2, 2009

Benda yang tak diduga

Kebelakangan ini banyak betul benda yang tak diduga berlaku. Salah satunya ketika melepak depan tivi rumah opah pagi tadi.

Opah: Best lagu nih. Lagu bola *sambil menghirup kopi dari mug*
Saya: Ha? *sambil membuat muka sentap*
Opah: Lagu ni best. Kumpulan Meet Uncle Hussain kan?
Saya: Haah. *tatau nak respon apa - masih muka sentap, rasanya lah*

Pergh, tak sangka plak opah suka lagu MUH - Lagu Untukmu. Rupanya jadi lagu tema rancangan apa tah pagi Ahad. Rancangan pasal latih-latih pemain bola.

Dan untuk benda-benda tak diduga yang lain *yg tak berapa best*....saya harap semua akan ok..Amin.

Tuesday, February 17, 2009

Minda yang lemah

Ini entry meracau. hahaha.

Saya rasakan EQ saya agak lemah berbanding manusia yang normal. IQ apatah lagi. Tapi kelemahan EQ saya sangat obvious. Mungkin sebab tu Allah takdirkan saya kuat bercakap, supaya saya tanpa segan silu meminta bantuan dan arahan dari org sekeliling. Biasanya benda yang kecil akan jadi besar, dan kesannya akan menimbulkan huru hara di kemudian hari. Palpitation, adrenaline rush, multiple personality disorder...name it..semua mcm ada..ahaha.

Kegagalan mengawal emosi dari kecik sampai sekarang.
Mungkin sebab itu ayah susah hati dan tak yakin.

Dah lama tak buat nampak ayah susah hati. Rasanyalah.
Dah lama juga ayah tak kol.
Bila ayah kol dan menzahirkan kesusahan hati, rasa agak sedih.

'Ayah dah susah hati'
'Ha? kenapa?'

'Nnti kamu nak gi belajar sensorang'
Ayah, dah 30 tahun lah nih'

'Bila masa pulak kamu 30?' *suara tak puas hati*
'Bundarkan ke puluh yang hampir'

'Boleh pulak macam tu'
'Takyah risau yah, dah nak masuk 30..tua dah nih'

'Nnti mcmana, ada ke orang nak gi ambik kamu kat sana? Tempat tinggal dah confirm ke?'
'Surat agreement tak dapat lagi. So, tak confirm lagi nih. Tapi dah apply campus. Jgn risau'

'Kamu sorang..'

'Tu, lah....kalau ayah carikan calon suami kan senang..ada elaun suami lagi' *ketawa berdekah-dekah*

'Ayah bukan tuhan yg leh tentukan jodoh kamu'
Pangggggg *sound effect kena tampar dan kemudian rambut terkibas ke muka dengan mode slow motion*
Lawak tak kelakar rupanya.

Kegagalan yang nyata dalam menyenangkan hati kedua ibu bapa.
Layak ke nak cium bau syurga kalau ginih.
*sigh*

-----------

Org kpt cuti sampai mggu depan.
Minggu depan baru dapat tau bila leh gi amik agreement.
Surat acceptance dah hantar.
Tgh tggu surat lagi satu dr uni *COE*.
Baru leh proceed buat visa.
Hostel dah book, tapi lupa mintak nak dok floor pompuan seme.
Lepas dpt agreement bru leh wat medical check up.
Dah email SV bgtau dah send acceptance, dia suh send arrival details.
Lambat lagi la jawabnya.
Sekarang kumpul buku2 rujukan yg nak bawak.
Kalau berat sangat, pos je kot nnti.
Tengoklah mcmana.

-----------

My life would sucks without you.

-----------

Monday, January 26, 2009

Tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Tetiba cam terngiang2 je lagu nih.
Bila dipikir2 balik, we cannot judge people hanya dengan tengok parents dia, family dia.
Kalau ayah beriman, tak semestinya anaknya beriman.
Iman tuh kita kena cari sendiri.
Kena usaha untuk menambah.
Bila mak dia beriman, iman tuh tak disalurkan melalui susu yg anak dia minum.
Bukan macam ubat cacing yang kita sumbat pada mak kambing.
Kalau mak kambing makan ubat cacing, anak dia akan dapat jugak ubat cacing tu bila minum susu mak dia.
Tu sebab anak kambing biasanya kita bagi ubat cacing bila dah cerai susu, bila start makan rumput.
Soal benda yang tak dapat diwarisi bermain2 di fikiran dua tiga menjak nih.
Kerana,
Skil memasak mak langsung tak berjaya diwarisi.
Hari nih cuba2 memasak.
Dan ayah cakap kat mak
'I am very2 lucky to have u as my wife'
Cis.
Nampak sangat skil mak tak diwarisi oleh satu2nya anak pompuan pakcik Saad inih.
Konsep sama macam iman.
Konsep tak sama mcm ubat cacing.
So, I guess..kena berusaha lah.
Tak gituh?

Tuesday, January 13, 2009

Sms itu

Sms dr adik bongsu di suatu malam

'Dah mkan blom? Dah mandi blom? Dah solat blom? Dah kawin blom (saje tanya) hehehehe Dah gosok gigi blom?

Adeh. Saya balas.

'Semua belom. Sila tido. haha'

Dia balas.

'Truknye..:) hahahahahaha. Pttla lmbt kawin kalo gini gayanya...JGN MARAH YE..
Ps: jgn lupa main neopets..
Ps lagi: kem salam kat semua kwn akak.. (kalo akak tinggal ngan kawan la)
Ps lagi: muahs 1000000000000000000x(tlg belikn topup DG)*KALO BLEH'

belikan topap. Itulah niat sebenar. Cis.
Haha.

Updates

Updates:

1. Rumah dah penuh. Alhamdulillah. Sekarang duduk 5 orang. Next month Kak Ron dah ke Belanda, tapi harapnya ada orang masuk n ganti dia. Until the time this entry is written, orang yang nak masuk ada, cuma tak kompom dia masuk ke tak. Kesimpulan, tak jadi pindah umah.

2. Kalau ada rezeki, insyaAllah akan sambung PhD. Tempat je yang tak kompom. Mebi USM, mebi VRI. Mebi juga tempat lain. Hidup nih terlalu banyak kemungkinan kan?

3. After 18hb akan dapat tahu keputusan interview. Mungkin dapat mungkin tak. Kalau dapat baru pikir. Sekarang nih tak pikir. Malas nak pikir apa2. Terlalu banyak benda last minit yang jadik.

4. Lepas sembilan bulan lebih, baru ada kekuatan untuk email Prof Naga (takleh link, entry blog lama yang berkaitan dah delete). Email dia tanya hutang berapa yen. Dulu application ke HiroDai dia yang bayarkan. Dia suruh bayar bila sampai sana. Malangnya tak sampai2..hehe. So, email dia untuk mintak num akaun. Kalau dia tammo bagi, akan transfer duit to kak Amy (kat HiroDai). Terpaksa mintak tlg kak Amy pas kat Prof Naga.

5. PMS bulan nih sangat mengerikan. Apasal tak dapat updates dari pmscetral? Walaupun tak meroyan dekat certain2 orang yang biasa jadi mangsa, tapi rasa mcm nak tumbuk2 orang. Apekah? haha. Sib baik Kak Yan ajar lukis orang lidi, pastu koyak. Eh, lepas nih nak try tulis nama orang lah kat orang lidi tu. Kot leh jadik cam voodoo! *kidding*

Antara benda yang saya scribble bila PMS :
"Here goes.
I'm totally pissed off.
Holding myself back.
Pissed off!
None of their jokes are funny.
None of the conversations are interesting!
For god sake!
I hate the whole universe!
Hate!
Hate!
Inhale.
Exhale."


6. Sekarang saya sangat suka scribble2 apa yang saya rasa. Conteng2. Saya akan lega. Tak banyak bebel. Tangan je yang gerak sambil nafas naik turun. Kadang2 Ada juga sambil kesat air mata. *mode DQ*

7. Adik yang bongsu tu dah pakai hfon. Guna fon ayah yang lama. Hehari dia akan sms. Taklah sunyi sangat. Kalau tak, mau berhari2 henfon tak berbunyi. Cuma penat nak melayan. Hahaha.

Mahu buat kerja. Semoga ada berita baik untuk diri sendiri. Amin.

Tuesday, December 9, 2008

cerita kuih dan hati

saya: eh, ni kueh yg dua kaler tu ek? *menegur mak yang sdg mengacau bancuhan*
adik: hahaha, apalah kakak nih. Mak tgh buat marble cake lah. Ade ke kuih dua kaler.
saya: *sentap sampai terdiam*. Ape2 je lah.
mak: hahaha


--------------
Sebenarnya
saya tak pernah main2 soal hati dan perasaan
dan harapnya
saya takkan jadikannya satu permainan yg menggembirakan
sebabnya
saya tau ia menyakitkan
doakan saya ye?


Nee chan n yla, thanks for the invisible hugs! <--(^_^)-->

Saturday, December 6, 2008

isk, takde citer lain ke?

Kisah 1

Perbualan dgn hosmet;

'si polan si polan dah nak kawin'
'ye ke?isk, derang nih memuda lagik dah kawin'
'muda hapanya. ko ingat umur ko tu berapa?'
'erk, hahaha. kita yg tua tapi tak kawin2'

Terlupa umur dah doplohnam. Nak masuk doplohtujuh. Tapi jiwa menten muda.ekeke


Kisah 2

Sembang2 ngan mak sambil tolong tengok buat tat nenas

adik: mak, abang ckp dia dah ada awek [abang yg baru abis SPM]
mak: ye ke?
adik: haah, dah tanya dia, dia syok sendiri ke tak. Dia jawab budak tu pon suka dia.
saya: hahahaha
adik: dia cakap dia nak kawin
mak: nak bagi anak org makan apa?
saya: topap pon suruh org..ada hati tuh..kekeke
saya: ha, kamu pon ada awek?
adik: mana boleh cakap
mak: ha? dah ada ke? sapa?
adik: mana boleh cakap. teka la
mak: budak tu dapat 5A tak?
adik: dapat
mak: pengawas ke tak?
adik: tak bleh ckp *terus melarikan diri*
mak: kalau bukan headgirl mak tak nak!
saya: over betul budak2 nih
mak: ntah, orang yg sepatutnya ada, takde. Yang sepatutnya takde awek lagi, ade pulak.
saya: *ulps* hahaha - gelak paksa

nota: dulu saya tulis surat kat budak laki siap kena kurung dalam jamban. Siap terpekik terlolong mintak ampun. sib baik depa lahir lambat, kalau zaman saya kecik dulu, mesti dah kena apa yg patut.


Credits to Cathy Thorne

-------

Org tak hargai kita sebab dia tak syg kat kita. Benarkah?

Friday, October 17, 2008

Rindu...

dijah: hai dedi
dijah: online kat mana tu
Ayah: kat umah. esok nak ke putrajaya
Ayah: ni apa slogan kami tak besar dan kami tak kuat *beliau merujuk pd status ym*
dijah: slogan wonder pets
dijah: tak besar
dijah: tak kuat
dijah: tapi kerjasama
dijah: semua kerja jadi mudah
dijah: hehehehe
Ayah: ingat kan slogan h*ndr*f
Ayah: hahahahaha
dijah: hahahah
Ayah: mak jerit tak tido lagi ke
dijah: ok2
dijah: nak tido dah
dijah: keke

-----

rindu ayah. rindu mak. rindu keluarga.

Wednesday, October 1, 2008

Kisah malam raya

Malam raya.
Gembira menolong org memasak sebab opah dah extend dapur. Nota buat Encik Rizuan: see, betapa dapur yang lapang mempengaruhi mood?ehehehe.
Well, setakat ini tiada soklan cepu emas yang terkeluar. So, tersangatlah lega..alhamdulillah. Tiada org mau speku saya macam Kak Delinn dispeku. kekeke.
Topik sanak saudara dah bertukar. Dari soal jodoh ke soal kesihatan. Due to the fact that dalam keluarga dah ada 2 org yang pernah didiagnos ada ovarian cyst (dan selamat menjalani pembedahan) dan mereka melihat saya ada simptom2 serupa dengan mereka dulu, especially senggugut sampai pitam. It was a fruitful discussion, at the same time menakutkan. Selama nih bila acne menggila di muka atau senggugut sampai separuh nak mati, saya dok bertahan dan merasakan its normal. Acne tuh biasanya saya relatekan dengan masalah goiter, hormon tak stabil tu sebab menjadi penternak jerawat yang berjaya. Bagilah mak nenek SKII tu pon, since this is related to hormone, payah nak ok.
Saya cuba mengignore masalah period pain nih..sampaila insiden pitam di shopping complex sebanyak 3 kali (dalam masa 1 hari) due to senggugut yang melampau last month-sebelum pose, saya mula rasa risau. Still, merasakan itu adalah berpunca dari rehat yang tak cukup dan makanan yang kononnya tak berkhasiat. And today semuanya fall into pieces. Saya ada simptom2 ovarian cyst;

Cramp yang dahsyat di bahagian perut, kaki, pinggang *macam nak terberanak* masa period.
Muntah2 masa period.
Period >7 hari. In my case, more than 10 days!
Perut macam bloat.
Letih ya amat, macam kat dunia nih saya sorg je buat keje.keke
Sakit bila nak period, dan sakit bila nak habis period.


Note 1: Kak Khalid, ingat tak masa training di Aman Damai, tetiba saya cramp dan akak merempit angkut saya balik?Psst, kita tipu budak laki bgtau saya asthma..keke.
Note 2: Saya dah start senggugut sejak dalam menengah rendah, so tu sebab saya rasa mcm normal...

Oh well, tak dapat dipastikan saya ada cyst ke tak. But based on the discussion dan simptom2, its 80%-20%. 80 tu positip. Saya sedikit kurang bernasib baik. Kedua2 makcik saya didiagnos selepas berkahwin dan ada suami masa operate. But hey, saya still ada keluarga dan kamu semua kan? (^____^)
My plan is to visit a gynea specialist ASAP. Mebi sebelum balik ganu, InsyaAllah. Dulu penah jumpa doktor kat klenet, and the respond was 'Ala, biasa nih, nnti lepas kawin sure ok. Cepat2 kawin'
Due to the fact that rukun nikah masih belum dapat dipenuhi [rukun - suami/isteri/saksi/wali/akad - guess which one is missing..keke], I will skip the general practitioner, and try specialist instead.

My dear friends, wish me luck. Hope everything will be fine. =)
Please be alert if you have similar symptoms as stated above. Take care! Enjoy your raya with your beloved family and friends!

------

Makcik 'Ha, dah naik minyak dah niii' - merujuk kepada rendang.
Yess! Naik minyak! Makcik saya yang berusia lewat 30an juga menggunakan terma naik minyak! I guess it runs in the family =)

Sunday, September 28, 2008

Tag dari Alang

Membuat tag malam hari

First Name - Khadijah *tiada Siti Mahupun Nur yer....*
Nickname (s) - Dijah, Tijah, Kat, Di, Jah, Dija, Deja, Cik Jah, Kak Jah, Kak Ijah, Kak Dijah..pergh..banyaknya nama
Birthday - 8 Julai *Sama dengan Rashid Sidek*
Birthplace - Hospital
Time of Birth - tatau. pagi rasanya *esok nak tanya mak*
Zodiac sign - Cancer

–This or That–
Flower or Chocolate - Mode lapor: cokelat. Mode jiwang: bunga.
Pepsi or Coke - Pepsi. *Coke tajam sangat*
Pop or Rock - Mode buat kerja: Pop. Mode tensi: Rock.
Relationship or One Night Stand - Apekah? Opkos relationsheep.
School or Work - Skolah. Tak banyak masalah negara nak pikir.
Love or Money - Kasih sayang diterima. Duit yang dicari senirik.
Movies or Music -Musik! Tak cukup masa nak tgk movies =(
Country or City - Country. Bela bebiri di ladang yang luas sambil mengembala naik kuda..Dekat dengan tepi sungai yang jernih ditemani kekura yang comel. weeeeee.
Sunny days or Rainy days - Sunny waktu basuh baju, rainy waktu nak tido..kekekeke!
Friends or Family - Opkos dedua.. Forever.

Have you ever;
Lied - Pernah. Sama seperti Alang: bila takut dimarah.
Smoked - Tidak.
Broke someone’s heart - Pernah. *no komen*
Had your heart broken - Pernah *balasan tuhan sebab jwpn di atas*
Wish you were a prince/princess - Pernah, masa kecik. Sebab teringin pakai tiara. kekkeke =p
Liked someone who was taken - Pernah. Tapi simpan dalam hati..
Shaved your head - Tak pernah. Rasanya masa kecil pun tiada cukur jambul.
Been in love - Pernah. Seawal darjah satu.kekek
Used chopsticks - Pernah, tapi terkial2.
Sang in the mirror to yourself - Pernah, sebab nak tengok susunan gigi.

–Favorites–
Flower - Ros
Candy - lollipop=candy?
Scent - Tak pakai, sebab dulu selalu bergelumang dgn kamben.
Color - Pink!
Musical Instrument - Kompang..kekeke. Tapi suka tgk org main gitar kapak.
Movie - The latest yang best: L change the world.
Actor/Actress - Yamapi
Junk food - Asam
Animal - Semua yang berbulu, dan juga kekura.
Ever cried over someone - Pernah
Is there anything you wish you could change about yourself - Sikap dalaman. Semoga lebih sabar, relax dan tabah.
Do you think you’re attractive - Tak, tapi saya suka menarik perhatian dgn bercakap banyak dan tanpa henti. Org ditarik, bukan tertarik. kekekek
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Sleeping beauty..kekeke
Do you play any sports - Sekolah rendah, bola jaring.*sebab tak cukup player* kekeke

–List (8) random facts about yourself –
1. Kuat tido *ketagihan yang melampau*
2. Kuat berangan. Imaginasi selalunya tak terjangkau dek pikiran orang lain kecuali As. kekeke
3. Suka humming/berlalala kecil sambil buat kerja tanpa sedar. *selalu students berpaling bila trdgr, uhuk*
4. Suka sakat org yang pendiam. *students pon jadi banyak cakap sebab takut kena sakat. kak lina, saya selalu kacau dayah, kekek*
5. Anak manja ayah. Kalau tak jumpa ayah sebulan, tak dengar suara 2 minggu, akan mimpi ayah sambil nangis2. Cakap dalam fon juga akan menangis tiba2..haish.
6. Kakak yang garang. Tapi kini tidak lagi sebab adik2 semua dah menjadi lebih besar dan kuat. Bagai raksasa2 yang berkampung dalam rumah. Harus berbaik dgn mereka..kekeke.
7. Penakut. Tgk citer hantu mestilah di siang hari ketika sedara mara berkumpul beramai2. Saya juga takut bawak kereta.
8. Bila makan banyak, lemak akan terkumpul di perut dan ke bawah. Kesannya, tangan masih kurus, tapi perut membuncit!huhu

*tammo tag sesiapa*

----------
1.
ayah: 'Eh, ni ada onion chopper. Nak beli?'
saya: 'Ha? nak buat apa?'
ayah: 'Untuk kamu guna untuk masak'
saya: 'Erk..' T_T

2.
saya: 'Mak, kari nih dah naik minyak!'
adik lelaki 20 tahun: 'Apelah kakak nih, bukan naik minyak, pecah minyak!'
mak: 'Hahaha'
saya: 'Erk...'

Tag dari Alang

Membuat tag malam hari

First Name - Khadijah *tiada Siti Mahupun Nur yer....*
Nickname (s) - Dijah, Tijah, Kat, Di, Jah, Dija, Deja, Cik Jah, Kak Jah, Kak Ijah, Kak Dijah..pergh..banyaknya nama
Birthday - 8 Julai *Sama dengan Rashid Sidek*
Birthplace - Hospital
Time of Birth - tatau. pagi rasanya *esok nak tanya mak*
Zodiac sign - Cancer

–This or That–
Flower or Chocolate - Mode lapor: cokelat. Mode jiwang: bunga.
Pepsi or Coke - Pepsi. *Coke tajam sangat*
Pop or Rock - Mode buat kerja: Pop. Mode tensi: Rock.
Relationship or One Night Stand - Apekah? Opkos relationsheep.
School or Work - Skolah. Tak banyak masalah negara nak pikir.
Love or Money - Kasih sayang diterima. Duit yang dicari senirik.
Movies or Music -Musik! Tak cukup masa nak tgk movies =(
Country or City - Country. Bela bebiri di ladang yang luas sambil mengembala naik kuda..Dekat dengan tepi sungai yang jernih ditemani kekura yang comel. weeeeee.
Sunny days or Rainy days - Sunny waktu basuh baju, rainy waktu nak tido..kekekeke!
Friends or Family - Opkos dedua.. Forever.

Have you ever;
Lied - Pernah. Sama seperti Alang: bila takut dimarah.
Smoked - Tidak.
Broke someone’s heart - Pernah. *no komen*
Had your heart broken - Pernah *balasan tuhan sebab jwpn di atas*
Wish you were a prince/princess - Pernah, masa kecik. Sebab teringin pakai tiara. kekkeke =p
Liked someone who was taken - Pernah. Tapi simpan dalam hati..
Shaved your head - Tak pernah. Rasanya masa kecil pun tiada cukur jambul.
Been in love - Pernah. Seawal darjah satu.kekek
Used chopsticks - Pernah, tapi terkial2.
Sang in the mirror to yourself - Pernah, sebab nak tengok susunan gigi.

–Favorites–
Flower - Ros
Candy - lollipop=candy?
Scent - Tak pakai, sebab dulu selalu bergelumang dgn kamben.
Color - Pink!
Musical Instrument - Kompang..kekeke. Tapi suka tgk org main gitar kapak.
Movie - The latest yang best: L change the world.
Actor/Actress - Yamapi
Junk food - Asam
Animal - Semua yang berbulu, dan juga kekura.
Ever cried over someone - Pernah
Is there anything you wish you could change about yourself - Sikap dalaman. Semoga lebih sabar, relax dan tabah.
Do you think you’re attractive - Tak, tapi saya suka menarik perhatian dgn bercakap banyak dan tanpa henti. Org ditarik, bukan tertarik. kekekek
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Sleeping beauty..kekeke
Do you play any sports - Sekolah rendah, bola jaring.*sebab tak cukup player* kekeke

–List (8) random facts about yourself –
1. Kuat tido *ketagihan yang melampau*
2. Kuat berangan. Imaginasi selalunya tak terjangkau dek pikiran orang lain kecuali As. kekeke
3. Suka humming/berlalala kecil sambil buat kerja tanpa sedar. *selalu students berpaling bila trdgr, uhuk*
4. Suka sakat org yang pendiam. *students pon jadi banyak cakap sebab takut kena sakat. kak lina, saya selalu kacau dayah, kekek*
5. Anak manja ayah. Kalau tak jumpa ayah sebulan, tak dengar suara 2 minggu, akan mimpi ayah sambil nangis2. Cakap dalam fon juga akan menangis tiba2..haish.
6. Kakak yang garang. Tapi kini tidak lagi sebab adik2 semua dah menjadi lebih besar dan kuat. Bagai raksasa2 yang berkampung dalam rumah. Harus berbaik dgn mereka..kekeke.
7. Penakut. Tgk citer hantu mestilah di siang hari ketika sedara mara berkumpul beramai2. Saya juga takut bawak kereta.
8. Bila makan banyak, lemak akan terkumpul di perut dan ke bawah. Kesannya, tangan masih kurus, tapi perut membuncit!huhu

*tammo tag sesiapa*

----------
1.
ayah: 'Eh, ni ada onion chopper. Nak beli?'
saya: 'Ha? nak buat apa?'
ayah: 'Untuk kamu guna untuk masak'
saya: 'Erk..' T_T

2.
saya: 'Mak, kari nih dah naik minyak!'
adik lelaki 20 tahun: 'Apelah kakak nih, bukan naik minyak, pecah minyak!'
mak: 'Hahaha'
saya: 'Erk...'

Saturday, September 27, 2008

Sentapz

'Nanti, duit raya akak bagi ikut umur, jadi a'a dapat sikit'
'Tak aci'
'Memang mcm tuh, yang sekolah menengah dapat lebih sikit'
'Sampai hati. Bila akak dah keje, ini yang akak buat pada a'a'
'Erkk'

Thursday, September 18, 2008

Haha

Ce korang nengok menatang panda kat sebelah nih. Fungsi dia adalah membaca entry2 dan analyse mood saya. Memandangkan dia hanya boleh detect english word, mcm kelakar la pulak..kehkehkeh

1. Dapat email hebahan dari bos :
'........Kepada yang nak menyumbang mohon diserahkan kepada Cik Siti Kadijah'
Siti.
Kadijah.
Apekah?


2. Ditegur adik di ym:

BUZZ!!!
Khairul Azhar: kakak
dijah: yer
Khairul Azhar: sori sebab waktu tu a'a panggil akak (SISSY)
Khairul Azhar: a'a tak tahu maksud sissy tu ape
Khairul Azhar: *smiley*
dijah: sekarang dah tau ke
Khairul Azhar: dah
dijah: apa
Khairul Azhar: maksudnyer adalah perempuan yang lembik
Khairul Azhar: kan
Khairul Azhar: kan
Khairul Azhar: kan
dijah: haah
dijah: mcm coward jugak
dijah: tapi kalau kita ckp kat laki, mksudnya mcm pondan
bagus betul budak2 kecik nih. Dia ingat lagi. Lupa dah dia penah panggil saya sissy..keke. Konon nak panggil 'sis' dgn penuh stail. Cit!

Sunday, September 14, 2008

Marking

Sedang marking lab report sambil cetting ngan alang sambil dengar lagu Mantera Beradu berulang2 kali (talking about multitasking!).

Oh well, sikit script lagik nak habis marking utk experimen nih, lagi 23. So far, agak membanggakan lah jwpn depa. Saya dah buat pembetulan sikit pada skema, so saya expect budak takleh dapat markah penuh sebab saya tukar skema. Kalau depa copy skema dari senior, kompom tak dapat markah penuh. Surprisingly ramai jugak dapat markah penuh. Secara mata kasar, ramai pulak budak laki yang dapat markah penuh.. I wonder, I wonder..
Ada beberapa kemungkinan

1. Budak laki mebi tak serajin budak pompuan, tapi depa cepat tangkap. Sebab cara depa jawab ringkas tapi straight to the point.
Kalau tanya apakah rumusan bila ujian yg dijalankan dapat kptsn positif?
Budak laki akan jawab = kerana kehadiran x x x.
Kalau budak pompuan = ujian ini dijalankan bertujuan untuk bla..bla..bla. Kalau positif ia akan menunjukkan kehadiran mendakan bla..bla..bla..Hal ini kerana tindakbalas bla..bla..bla...Oleh itu tindakbalas positif menandakan hadir x x x .
So, budak pompuan rajin nak explain, tapi sayangnya its not necessary. Markah tetap 1. Yang lagi haru bila jawapan berpusing2 tapi tak menjawab soalan..huhu

2. Err, bila saya perati nama budak2 yang dpat markah penuh, budak2 nih adalah budak2 yang rajin panggil saya pegi bench dan menyerap segala info yang saya ada. Well, cant blame them utk menggunakan akal utk dapat markah penuh.
Saya selalu pesan 'U ols kena menjiwai experimen!' wah, macam kak ogy lak rasa.keke. Saya hampir pasti mereka menjiwai experimen. =)

----------------------

Siang tadi dok translate lab manual. Tak sure kacang hijau (utk experiment taugeh) tu apa. So, call mak.

'Kacang hijau tu mung bin kan?'
'Haha..bukan mung, mang! *ejaan mung, tapi sebut mang*
'Ala, dok kat ganu kena la sebut mung' *kaver jangan tak kaver*
'Kalau ganu, mang bing, bukan mang bin'
'Erk' sentapz
Tak lama lepas tu mak kol balik
'Napa kol tanya pasal mang bin?'
'Tak, tengah translate lab manual'
'Oooo, ingat tgh carik resepi kat internet utk masak. Ayah dah eksaited kata 'anak kita dah belajar masak la tuh!''
'Erk, tak' sentapz lagik
'Hahaha'