Sunday, September 14, 2008

Marking

Sedang marking lab report sambil cetting ngan alang sambil dengar lagu Mantera Beradu berulang2 kali (talking about multitasking!).

Oh well, sikit script lagik nak habis marking utk experimen nih, lagi 23. So far, agak membanggakan lah jwpn depa. Saya dah buat pembetulan sikit pada skema, so saya expect budak takleh dapat markah penuh sebab saya tukar skema. Kalau depa copy skema dari senior, kompom tak dapat markah penuh. Surprisingly ramai jugak dapat markah penuh. Secara mata kasar, ramai pulak budak laki yang dapat markah penuh.. I wonder, I wonder..
Ada beberapa kemungkinan

1. Budak laki mebi tak serajin budak pompuan, tapi depa cepat tangkap. Sebab cara depa jawab ringkas tapi straight to the point.
Kalau tanya apakah rumusan bila ujian yg dijalankan dapat kptsn positif?
Budak laki akan jawab = kerana kehadiran x x x.
Kalau budak pompuan = ujian ini dijalankan bertujuan untuk bla..bla..bla. Kalau positif ia akan menunjukkan kehadiran mendakan bla..bla..bla..Hal ini kerana tindakbalas bla..bla..bla...Oleh itu tindakbalas positif menandakan hadir x x x .
So, budak pompuan rajin nak explain, tapi sayangnya its not necessary. Markah tetap 1. Yang lagi haru bila jawapan berpusing2 tapi tak menjawab soalan..huhu

2. Err, bila saya perati nama budak2 yang dpat markah penuh, budak2 nih adalah budak2 yang rajin panggil saya pegi bench dan menyerap segala info yang saya ada. Well, cant blame them utk menggunakan akal utk dapat markah penuh.
Saya selalu pesan 'U ols kena menjiwai experimen!' wah, macam kak ogy lak rasa.keke. Saya hampir pasti mereka menjiwai experimen. =)

----------------------

Siang tadi dok translate lab manual. Tak sure kacang hijau (utk experiment taugeh) tu apa. So, call mak.

'Kacang hijau tu mung bin kan?'
'Haha..bukan mung, mang! *ejaan mung, tapi sebut mang*
'Ala, dok kat ganu kena la sebut mung' *kaver jangan tak kaver*
'Kalau ganu, mang bing, bukan mang bin'
'Erk' sentapz
Tak lama lepas tu mak kol balik
'Napa kol tanya pasal mang bin?'
'Tak, tengah translate lab manual'
'Oooo, ingat tgh carik resepi kat internet utk masak. Ayah dah eksaited kata 'anak kita dah belajar masak la tuh!''
'Erk, tak' sentapz lagik
'Hahaha'

3 comments:

  1. Dijah,

    hahhaha mak dan ayah awak nih sporting laa kekeke

    slamat marking!!

    ReplyDelete
  2. haha..tulah pasal! Ala, makcik limah ngan pakcik harun pon sempoi aper....hehe

    thanks akak..berjujuk lagi lab report lain nak kena tanda.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Wah, kena sentap dengan family..

    Kak Dijah, dapat sebenarnya subscription. Yang dulu punya work lagi. Ke sebab dulu Kak Dijah pernah boh dengan alamat nih kot

    ReplyDelete