Tuesday, October 23, 2012

Sebulan

Dah sebulan tak update blog. Entah ke mana pergi semangat yang hilang?

Thursday, August 30, 2012

Seram

Seram
Bila pindah masuk bilik baru, tengah malam kena cuit ampai terjaga.
Baca ayat kursi dengan surah 3 qul, hembus, sapu kat badan baru lena tidur.

Seram
Bila lepas Mik si anjing hitam yang comel meninggal
Malam lepas tu dia muncul dalam mimpi.
Hukkkkkkkkks.

Seram
Bila non-kpoppers meroyan dengan Oppan Gangnam Style - PSY macam sudah tiada hari esok



Seram
Bila kena reanalyse and rewrite 3 chapters
Tapi supervisor tak luluskan extend
Sempat submit thesis katanya.

Hidup ini penuh dengan benda SERAM




Love and respect
Dijah

Wednesday, August 22, 2012

Mika

So today Mik was put to sleep.

We are sad. Rest in peace Mika.

You will always be my first Kelpie-friend, and my favourite!




  

Love and respect
Dijah

Monday, July 9, 2012

Kenapa lambat?

Dapat tajuk hari Jumaat lagi. Tapi baru hari ni sempat menulis. Lambat pulak pos entry bertema kali ni.

Kenapa lambat?

1. Tajuk sebenarnya dapat malam Khamis tu, tapi dek kerana ada adegan merajuk manja, menggedik mengada-ngada antara pihak-pihak yang terpaksa dirahasiakan identitinya, tajuk baru diberi di hari Jumaat. Jumaat pagi ada meeting dengan supervisor dan Jumaat tengahari dari pukul 2-5 bertugas di library. Pukul 5 terus balik rumah sebab tumpang kawan. Maka saya tak dapat tulis entry di hari Jumaat.

 Cantikkan buku research saya???mwehehehehehe

 Antara rak-rak buku di library


2.  Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa saya tak update di waktu malam. Jawapannya rumah tiada internet dan saya sudah tidak mampu ke mana-mana tanpa diberi tumpang oleh rakan-rakan. Saya sudah tiada pengangkutan untuk ke mana-mana dengan sendirinya :( Meminta rakan menghantar dan mengambil saya di uni semata-mata untuk mengupdate blog, dikhuatiri akan mengundang amarah rakan. Malam Sabtu hanya diisi dengan makan nasik dan membaca journal sahaja, tidak seperti minggu lepas - kami main pool. Main pool atau makan nasik di rumah, kesimpulannya tetaplah sama - saya saya tak dapat tulis entry. 

Saya sendiri tak paham kenapa saya posing macam tu

Pompuan yang paling over sebab dia paling terer

3. Di hari Sabtu yang indah pula saya ikut tuan rumah dan hosmet mencari kayu api untuk pemanas. Tuan rumah potong kayu yang dah mati, kami bagaikan buruh paksa - menyeret kayu-kayu yang lebih tinggi dari kami ke tempat pemotongan seperti di bawah. Kayu dipotong kecil-kecil supaya muat dalam fireplace nanti. Kami campak kayu kecik-kecik tu dalam trailer dan angkut balik rumah. Bila balik rumah dah masuk asar dan sangat penat. Sekali lagi diperingatkan dengan ketiadaan internet dan kenderaan mana mungkin entry ini dapat dihasilkan dan dimuatnaik.



4. Di hari Ahad pula bersenang lenangan bersama rakan-rakan di pekan kerana ia merupakan Hari Lahir saya yang ke 25 (5 tahun lepas) !!! Weeeehuuuu!!! Terima kasih atas ucapan dan doa dari kalian. Dan disebabkan semalam masih ada alasan yang bersisa (tak boleh update entry sebab nak berehat di hari jadi, ahaks), makanya saya lambat mengepost entry bertema kali ini. 


Gossip-gossipan di pekan

 Demikianlah fakta serta bukti bergambar bagi entry kali ini. Di harap tiada pihak yang meroyan tak puas hati sebab saya pos lambat. Sekurangnya saya cuba sedaya upaya memenuhi tema sebaik mungkin. Sekian!

 RIP Camry Feb 2010 - July 2012


Love and respect
Dijah

Thursday, June 28, 2012

Duduk dan Royan

Blog ini dulu penuh dengan unsur royanan yang tak berkesudahan. Be it pasal hati, manusia sekeliling, pasal PhD, pasal artis Jepon Korea ataupun isu semasa. Tapi perasan tak selama ini sudah tiada entry royanan tak sudah?

Kenapa?

Adakah ketenangan hakiki sudah dapat dikecapi?

No no no, not quite right. 

Mungkin sejak berumrah lebih tenang sedikit, tapi banyak benda yang jadi sebelum keberangkatan ke Mekah yang wajar diroyankan. 

Seminggu lepas beg duit kena curi, dapat tau visa permohonan visa lanjutan masih belum diluluskan. Walaupun masa tu lagi beberapa hari nak balik Malaysia, immigration masuk belum grant the visa. Dipendekkan cerita yang panjang (telefon imigresen banyak kali, yada yada yada) finally dapat tahu yang medical doctor TAK HANTAR LAGI keputusan medical. Sangat sentap dan masa tu memang sibuk duduk dan meroyan sambil bercakap dengan mak/travel agent. Hati berbolak balik nak balik atau tak sebab as soon as saya keluar dari benua ini, permohonan visa akan terbatal (sebab application bernama onshore application). Immigration suggest supaya turun Sydney, apply Bridging Visa yang akan menyelamatkan permohonan visa dari terbatal, tetapi visa ini bernilai lebih seratus dollar dan perlu membenarkan pemprosesan hingga beberapa minggu. Dipendekkan cerita lagi akhirnya membatalkan visa sesedap rasa (burn $800 AUD) dan balik setelah dileteri cik travel agent dari Malaysia, dan juga setelah dinasihati oleh emak.

Balik Malaysia, uruskan medical dan visa untuk umrah di KL. Sampai Ipoh dapat tau syarat baru medical untuk visa Australia - hanya boleh dijalankan di 2 pusat perubatan (satu di KL dan satu di Penang). Agent yang membantu untuk visa pulak melahirkan unsur keraguan dengan permohonan sebab dia assume saya tak lepas medical check up di Australia, sebab tu saya re-apply kat Malaysia. Jadi urusan jadi selow melow sebab perlu membuktikan SAYA WITHDRAW application sebab depa GAGAL HANTAR MEDICAL REPORT ONTIME, dan akhirnya check-up dibuat beberapa hari sebelum pegi umrah dan hanya ketika pulang dari umrah baru dapat visa *phew*. Was thinking to sue the GP but in the end could not be bothered.

Selipar hilang di Mekah (paling tak wajar diroyankan sebab selipar tu comel dan di tempat ramai orang sure hilang) dan di hari2 terakhir di Mekah diserang asma. Ke hospital bersama emak dan diberi nebulizer, pulang ke hotel dengan rasa lebih lega. Tak sampai 24 jam sakit balik dan dibawa oleh ketua kumpulan ke hospital. Nebulizer + drips for the second visit sebab suhu badan dah tinggi. Oh bahang api neraka yang membakar dosa? huuuuuuuuuuuuuuuu.

  
 Gambar ketika masih belum pulih sepenuhnya :/



Balik Malaysia dengan rasa lega sedikit tapi sehari lepas tu ke klinik dan kena nebulizer sekali lagi. Malam tu tak boleh tidur langsung lepas makan ubat doktor. Adik cek ubat yang doktor bagi and the meds triggered my thyroid to be active. Jadi nervous all the time, tangan ketar2, cold sweat dan langsung tak boleh tidur. Dalam flight ke Australia pagi tu pon takleh lena. Just lelap lelap ayam selama 1 jam. Masa lainnya tengok movies. 

Bermalam di Sydney dan esok paginya ke airport untuk flight ke Armidal. Lagi 1 minit nak sampai airport baru perasan salah tengok waktu flight. I looked at the arrival time instead of the departure. Job well done! Berlari ke kaunter, dan dinafikan hak untuk menaiki kapalterbang. Nasib baik diberi naik the next flight tanpa bayaran.
  
Demikianlah kisah-kisah yang hanya mampu diroyankan dalam otak dan hanya kali ini dapat diluahkan dalam tulisan dengan kadar yang minima.

Kenapa hanya diroyankan dalam otak? Kerana untuk menzahirkan royanan, saya perlu duduk. 'Duduk dan royan' adalah konsep royanan berkualiti bagi diri saya. Sekarang masa duduk diisi dengan menonton drama-drama Korea. Maka sudah tiada masa untuk duduk dan royan.

Duduk dan royan, menjamin royanan yang berkualiti.


p.s Ini adalah entry bertema.


Love and respect
Dijah

Sunday, June 24, 2012

Sesat dalam cahaya

Mana mungkin kita boleh tersesat dalam cahaya?

Suasana terang,pasti benderang alam semesta.

Itu kata kita.

Hakikatnya..

Ramai orang yang sesat dalam cahaya.

Kenapa?

Mungkin kerana lupa tuju hala,dek usia yang semakin tua.

Mungkin kerana ikut rasa gila, berjalan tanpa panduan yang ada.

Mungkin juga kerana alpa,melayan kpop sepanjang masa,sampai lupa jalan yang nyata.

Mungkin kerana mahu bergaya,terlupa membuka kacamata berwarna.

Sesat dalam cahaya,semoga kita dijauhkan darinya.

Saturday, June 23, 2012

Bagaimana saya kekal comel dan muda remaja

Bertemu kembali di blog ini setelah sekian lama menyepi. Lagi 97 hari nak submit thesis. Video klip baru Big Bang pon lambat 2 minggu tengok sebab begitu busy seperti budak nak SPM.hiks. 
Update umrah dan drama-drama berkaitan akan ditulis bila dah submit paper 2 kat SV. Till then, terimalah entry berjemaah dengan tajuk "Bagaimana saya kekal comel dan muda remaja"

Fakta 1: Saya bertubuh kecil dan comel, hiks. Ditambah pula kini dikelilingi dengan orang berbadan besar di Australia, saya pernah mengelirukan makcik di Vinnies - "I thought you are 12 years old!". Sedikit keji tapi tetap dijangka belasan tahun!yess!

Fakta 2: Saya merupakan fangirls tegar kpop - yang mana 80% daripadanya adalah perempuan berusia 10-20 tahun (statistik rekaan tapi berdasarkan pemerhatian). Dalam fanclub Jay Park, saya yang paling tua dari segi hakikatnya tapi tiada siapa yang menduga. Ramai fangirls yang ingat saya budak undergrad.Ahaks.

Fakta 3: Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat (ececececeh) - berbasikal pegun beberapa km seminggu, sarapan menarik seperti ini  


memasak untuk lunch dan dinner, selalu tidur sebelum 12 malam dan cuba mendapat tidur selama 8 jam. 

Fakta 4: Saya suka membeli benda comel yang biasanya dibeli oleh para remaja seperti ini 



Fakta 5: Saya masih main game seperti ini dalam phone yang biasanya untuk golongan muda


Fakta 6: Saya tolak 10 tahun dari umur sebenar setiap kali tiba hari lahir. Ahaks.

Fakta 7: Saya yakin saya comel dan masih remaja dengan berfesyen seperti ini  /bricked.





kerana....

Fakta 8: Kami dah dilatih yakin comel dan muda sejak kecil seperti ini! (Anak saudara berusia 7 bulan)




 
Love and respect
Dijah

Tuesday, May 1, 2012

And today I cried

Malam tadi purse kena curi. Letak beg tangan besar gedabak atas troli, kat seat tempat budak duduk atas troli tu. Sampai ke benda terakhir untuk dibeli - kicap. Letak troli belah kiri, handbag terbukak. Sibuk pikir kicap apa nak beli, siap cangkung2 sebab kicap kat shelf bawah sekali.
Tetiba terdengar bunyi kunci kat belakang dari handbag. Saya pusing, tapi lanyard dah terkeluar dari beg tangan. Saya pelik.
Ambil masa bersaat saat jugak untuk compute dalam kepala yang lanyard tu dah terusik. 
Kemudian periksa handbag, purse dah takde. Satu sen pun dah takde dalam poket.

Menuju ke kaunter dan bagitau orang terlibat. Bila brainstorm apa ada dalam purse baru teringat baru je keluarkan $500 untuk bayar sewa rumah. Sigh. Terus menitik air mata.

Dipendekkan cerita, buat laporan polis semua dah (skip cerita abang polis yang hensem dan keselesaan buat report).

Balik umah dah rasa OK. Dah halalkan duit tu semua. Dah lega bila mak tolong block kad kredit Malaysia.

Tapi hari ni saya menangis. Bukan sebab duit saya yang hilang. Sebab baru sempat baca kisah Nayati.

Sebelum ni baca sekilas kata budak ni hilang.

Hari ni bila tengok video mak ayah dia nangis, sebaknya rasa. Sampai nangis sedu sedan jugaklah sebab rasa sangat sedih.

Kenapa banyak manusia GILA dalam dunia?

Memanglah takde tempat yang sangat selamat di dunia ni...Tapi cuba pikir balik. Apa jadi kat kes Nurin Shazlin? Shalini? dan ramai lagi bebudak yang dibunuh ngan kejam? Senyap sepi jer...
  
Dan kejadian-kejadian ni buat saya bersyukur sebba duit je yang hilang malam tadi. Semoga dilindungi dari  kemalangan jiwa dan jasad.

Sama-samalah doakan semoga Allah selamatkan adik Nayati, dan semoga abducter tergerak hati nak pulngkan budak tu :(.
 

Love and respect
Dijah

Apa dalam beg

 Tadaaaa!!!!!

Inilah jawapan buat soalan entry lepas. Tersilap pulak double post tapi malas delete satu sebab kang terdelete komen sekali :(



1. Koala - sebenarnya tu casing compact camera. Dalam tu ada camera.
2. Beg duit hot purple yang sudah hilang dicuri.
3. Tiket ke Newcastle!
4. Pen pink hadiah hari lahir tahun lepas.
5. Highlighter purple.
6. Sorbolene cream - moisturizer. Hanya dibawa bila cuaca kering (autumn, winter)
7. Spacer untuk inhaler
8. Medicine - inhaler prevention dan inhaler reliever.
9. Spek mata jenama Hamtaro.hiks.
10. DUA earphones. Motip??
11. Brooch 'dangling butterfly'
12. Longgokan kunci
13. Hand sanitizer.
14. Lipstick Loreal dan Maybelline.
15. Lip balm.
16. Student card.
17. Spek mata hitam.

Sebenarnya kalau kira satu-satu ada 20 barang kesemua!kehkehkeh

Pompuan dan beg tangan!

Love and respect
Dijah

Thursday, April 26, 2012

Mencari benda tersembunyi

Memunggah barang dalam beg tangan. lihatlah!!!!!

Jika anda hebat cuba bagitau apa yang anda nampak. Ada 17 benda kesemuanya!!!!! Ahaks

Mencari benda tersembunyi

Memunggah barang dalam beg tangan. lihatlah!!!!!

Jika anda hebat cuba bagitau apa yang anda nampak. Ada 17 benda kesemuanya!!!!! Ahaks

Wednesday, April 25, 2012

Jantung yang berhenti berdenyut

Hari ni cuti umum, Anzac Day. Hari meraikan tentera Australia dan New Zealand yang terkorban semasa mempertahankan negara.

Saya yakin bahawa hari ini cuti umum seperti Hari Kemerdekaan negara di Malaysia, dan telah membuat andaian bahawa library ditutup.

Maka hari ni diisi dengan membuat pembetulan analisis sambil menyambil mononton The Equator Man sampai separuh Episod 2, kemudian melepak sambil bergossip di rumah kawan.

Bila sampai rumah dah Maghrib, tetiba gatal tangan cek email melalui fon. Peliknya bila dapat email dari sorang kakak library memaklumkan kepada semua penjaga kaunter bahawa ada sistem mesin yang down hari ni berserta pintu otomatik yang tak berfungsi.

Sentap. Kalau ada aduan dari library hari ni makanya hari ni library bukak.

Gulp.

Saya punya shift pukul 1-3pm hari ni tapi sebab saya assume hari ni cuti umum saya tak pergi kerja.

Gulp.

Saya bukak website library tengok waktu operasi. ANZAC DAY 1-5pm.

Gulp.

Kenapa depa tak kol tanya kenapa x datang?

Terdiam sendiri.

Pelan-pelan bukak planner nak pastikan waktu kerja hari ni yang dah discrape out sesuka hati sesedap rasa.

WEDNESDAY.

9-11am.

Fuhhhhhh. Alhamdulillah.

Mental note: jangan suka suki assume benda yang tak pasti!

Sudah berubah?

Entry-entry dari blog lama sudah diimport. Walau mula blogging dari sebelum 2008, blog sebelum 2008 sudah hilang tanpa kesan (tak diimport) sobs sobs. Tapi bear with me, labels semua merapu dan meraban, tak sempat nak organize lagi.

Bila baca balik entry lama sejak 2008 sangatlah dramatik. Banyak benda yang saya tulis saya rasa saya nak bidas. Dan saya  saya dulu saya menulis untuk happy2, untuk sharing2. Sekarang macam sudah kurang lawak sengal. Saya sendiri hairan mana dapat idea merepek menulis entry spastik macam dulu-dulu.hahahhaa

Agaknya dah jarang tulis blog sebab selalu letih. Sepanjang masa letih. Tak de masa yang tak letih, asik letih. Mungkin bila dah meningkat dewasa nih tenaga semua dah berkurang.hehehehehe.

Lebihnya, dah tatau nak cerita apa. Malas nak bercerita pun ada. Kalau dulu berlari kejar bas pon cerita kat blog. Sekarang walau ada jugak join itu ini situ sana sini, malas pulak nak bercerita. Mungkin sebab rasa penat menaip (motip?). Sekarang bila meroyan citer kat kawan/kaunselor. Kalau dulu bloglah satu-satunya tempat curahan rasa.

Anyway I will try to keep up menulis, ot for the sake of other people but for myself. Bila dah tua-tua nanti boleh baca balik. Sekarang ni pon bila baca balik cerita lama hati tergelak kecil.hahaha. Ada benda yang saya dah lupa pun.

Buat yang membaca entry-entry dalam blog ni, ingatlah...Whatever you read in this blog stays here. Janganlah pulak terjah2 tanya details.kekekeke. Letih tau nak menjawab. Dahlah letih menaip!hahahah

Selamat terjah!
 

Love and respect
Dijah

Tuesday, April 24, 2012

Membunuh banyak burung dengan satu batu

InsyaAllah kalau takde aral melintang, sihat tubuh badan dan jika diizinkan Tuhan akan ke Newcastle Australia di hari Jumaat. 

Teruja untuk berjumpa jiran Desa Perwira (Ana), Pdos Bawadi, kawan baik Halim (Harith) dan wifenya yang baru bersalin serta wife kepada adik Harith. Di samping juga jalan-jalan buang masa.

Disebabkan itu, esok dan lusa mesti siapkan draft Journal 2. Lima jam dalam keratapi (ini kali pertama nak naik keretapi, nervous!!!!), kalau tak tidur nak betulkan lit review.

Baru paham kenapa supervisors semak thesis/paper/kerja-kerja students dalam flight, masa adalah sangat limited.
Semoga selamat semuanya! Niat nak menziarah!

Love and respect
Dijah

Thursday, April 19, 2012

Does it matter? Why?

Kaunselor cakap saya punya threshold kesabaran adalah tinggi, tapi bila lepas je threshold tu, kadar kawal diri amatlah lemah sebab saya dah bottleup lama.

So sebagai latihan kawalan diri kaunselor suruh tanya diri sendiri tetiap kali badan menggigil menahan geram: "Does it matter?"
Tapi knowing myself, saya tergelak kecil dalam hati sebab kalau tengah napsu amarah membuak-buak haruslah saya akan jawab kat diri sendiri "IT DOES MATTER". Dah namanya kaunselor terlatih,opkoslah dah banyak deal dengan drama queen yang kuat meroyan. Kaunselor kata, lepas tanya "Does it matter?", kalau kita jawab "Yes", tanya pulak "Why?"  Hahahahah.Terdiam terus dalam hati.

Lepas balik kaunseling, balik umah semangat nak makan nasik. Penat seharian away dari umah dan assume nasik ada lagi dalam periuk sebab masak banyak semalam. Sekali bukak periuk tinggal secoet nasik, ala2 2 sudu besar. Terus rasa bengang. Nasib baik baru lepas balik sesi kaunseling, terus prektis.
"Does it matter?"
"Opkossss!!!!!" 
"Why?"
"Im starving".

Bila jawab starving tu dah sedar yang masalah utama adalah lapar.Tahap lapar dan tahao cranky adalah berkadaran terus gituh. So, saya pun tenangkan diri sendiri....Masak nasik, sambil tunggu nasi siap pegi mandi sambil menenangkan jiwa. Bila dah wangi, makan nasik lagi best. So malam tu makan dengan senang hati. Sekarang lepas masak nasik asingkan siap2 dalam peti ais, jadi taklah tersentap sendiri kalau nasik yang banyak dalam periuk communal itu habis.  

Macam tu jugak bila ada hamba Allah yang tetiba kata kat saya kalau dia nak fokus dengar cerita saya dia kena bayangkan muka pompuan yang cun sebab dia tak selera kalau terbayang muka saya.

Memang bengang.
"Does it matter?"
"Yes"
"Why?"
Saya terus takleh jawab diri sendiri. It doesnt matterlah kan sebenarnya. Kalau nak cakap kasar, saya tak pernah masukkan nama dia dalam list lelaki yang layak dibuat suami pon kan? So why take it so seriously? Itu opinion dia kan? So saya pon abaikanlah dan sembang macam biasa.


Banyak benda yang kita takleh ubah dalam dunia ni. Yang kita boleh ubah adalah the way we think. And Im still struggling to do that.


Love and respect
Dijah

Saturday, April 14, 2012

Senyum seindah suria

Hari Khamis, first time dapat shift malam. Excited tapi risau. Risau sebab bila kerja dari 5 ptg sampai 9 malam, sure letih. Saya tak suka kerja kat kaunter bila letih sebab nanti akan pengaruhi mood patron. Bila kita tak berada dalam mood yang baik, senyum pun fake. Sigh. Tapi nak buat macamana keje PhD menimbun. So nak tak nak siang hari cuba siapkan analisis dan kerja2 yang sepatutnya. Then bila pukul 4 decide balik umah makan nasik. Sebabnya, saya ni akan cranky bila lapar dan saya takmo cranky kat kaunter. Sebelum balik makan nasik sempat sembang ngan Arin kat ym. "bila ko di kedudukan customer msti ko try jd customer yg tak byk songeh kan? kan?"

Definitely YES. I am a very sensitive young lady. Kalau sesapa penah kenal saya dari zaman USM akan tau bahawa saya adalah ratu sentap dan ratu meroyan. Tapi kenapa, sejak saya kerja di KAUNTER library tiada kecederaan pelanggan dilaporkan? (setakat ini). 

1. Arahan dari pihak atasan sangat clear dan setakat ni kebajikan terjaga. Jadi bila tak berapa nak stress ngan bos/rakan sekerja, kita punya mood pon OK kat kaunter. Jadi seboleh2 takmo burukkan nama library.
2. Patron yang menceriakan dan yang menghargai lebih ramai dari yang kerek. THIS. Setiap kali beri bantuan kepada patron, majoriti akan tunjuk depa appreciate. "Thank you very much for your help. I really appreciate it", "Thank you so much, you helped me a lot". "Thanks I appreciate you help today". "Fantastic! thanks". Bayangkanlah kan bila orang senyum sambil mengucapkan kata-kata ini kat kita sure penat pon hilang. At least thats what I felt. 

Being on this side of the counter made me realize that I took things for granted. Makcik kerja kaunter JPJ, pejabat pos, kaunter pertanyaan, perpustakaan, stesen bas, pejabat pendaftaran, kedai makan, kedai jahit dan polis. Kita selalu ingat kita je yang penting dan customer is always right. Kita riak dan sombong sebab kita ingat semua orang yang serve customer perlu merafak sembah kat kita sebab customer is always right. 

Kita tak sedar ucapan 'Terima kasih' disertakan dengan senyuman ikhlas membuatkan orang kaunter rasa dihargai. Saya TAK PERNAH puji perkhidmatan orang kat kaunter secara depan-depan masa kat Malaysia walaupun servis depa tip top. Saya ingat semua tu tak perlu. Depa dapat gaji kan, motip nak kena puji-pujian segala? Tapi saya lupa, penghargaan perlu dizahirkan. Sama seperti ketidakpuashatian selalu dizahirkan. Kat sini bila orang komen baik-baik bila ada servis yang tidak memuaskan, staf akan mintak maklumat, cuba jelaskan situasi, mintak maaf dan beri jaminan akan perbaiki. Dan bila servis memuaskan memang ramai orang akan zahirkan. Pakat2 makcik pakcik kerja library rasa happy. Bila happy kami pon dapat bagi senyuman dari hati bila bertugas. So bila pelanggan tengok kami senyum depa pun tak takut, depa pun senyum. So its a cycle. 

"Buang masa je cakap elok-elok, orang kaunter tetap kerek masam mencuka" Baguslah bertanding sapa paling kerek kan? If you cant solve the problem, please dont be one of the problem. Ingat ya, kalau nak servis terbaik dari pelayan pelanggan kita perlulah jadi pelanggan terbaik juga :) It starts with us ^^


Love and respect Dijah

Thursday, April 12, 2012

Risk taker

I am not a risk taker but I wish I am.

Bila dikelilingi bebudak yang just grab any chance depan mata kadangkala rasa diri ini begiru lemah sekali.ahaks.

1. Dulu pernah dapat offer buat PhD kat Jepun tapi sebab KPT tak luluskan, terus kensel niat walaupun potential sv sanggup gunakan duit research grant dia dulu for all expenses dan kemudian cari scholarship. Kalau saya risk taker maybe saya dah pegi Jepon dan mungkin dah jadik girlfriend Yamapi sekarang. hiks.

2. Dah bei tiket konsert dekat beribu kendian kensel. Sebabnya, tak berani memandangkan konsert habis lewat malam kat Sydney, pastu pulak tempat tinggal yang dah dibook adalah jauh dari stadium tempat konsert. Memandangkan tak pernah ke konsert, tak pernah ke Sydney dan kali ini berseorang diri dan rasa tak sedap hati, terus kensel. Burn tiket flight, burn tiket konsert. Lagipun artis kpop tahap sendu je yang datang. Taklah rasa rugi sangat tapi terpikir kalau saya berani amik risk berseorangan sure dah boleh catch up dengan kengkawan fangirls (merangkap rakan meroyan online) di Sydney :(.

3. Sepanjang kat sini ada few verbal offers untuk kerja dan postdoc. Salah satu offer postdoc adalah dari researcher KOREA. Korea you all, KOREA!!!!! Tapi bila memikirkan saya ada kontrak ENAM tahun ngan gomen, kendian takde basic molecular, saya terus decide untuk decline. Satu lagi offer untuk postdoc kat sini tapi host animalnya ayam. Saya decline sebab isu contract dan ayam bukan bidang saya. Tapi lecturer tu cakap bila dah habis PhD sepatutnya jadi allrounder, tak kisah host animalnya apa. Which is true, tapi I ols ni penakut tahap gaban nak amik risk. Ahhhhh, kalau jenis wanita risk taker mebi dah tak peduli apa, accept verbal offer mamat korea tu dan diskas prosedur. Apa susah, bayar je lah balik kat gomen, kan? Ramai je budak oversea sini resign kerja lama sebab decide nak stay. Tapi tulah, penakut gila saya nih..jadilah seperti katak yang comel dalam gelas. Takpelah, rezeki ada di mana2. Semoga ada jodoh bertemu mertua di Korea suatu hari nanti! Amin. ahaks
 

Love and respect Dijah

Monday, April 9, 2012

3 jantan macho

Pada suatu hari ketika minggu orientasi, muncul 3 orang jejaka macho mendatangi kaunter. Sorang-sorang badan macam raksasa. Solid dan tough giteww. Tetapiiii bebudak ni tersangatlah kontrol macho menyebabkan saya terseksa menahan ketawa di kaunter. Adik-adik, tak perlulah trying so hard nak tunjuk sasa bagaikan raksasa!!! Kehkehkeh

"Do you have books here?" dengan penuh gaya macho bagaikan pengembala lembu.

Saya jawab "Yes we do. This is a library" Senyum. Dalam hati: (Seriously u ols? Motip tanya kat library ada buku ke idakkkkkkkk? Saje bikin akak sentap!)

"Cool. Can we borrow books here?" Dengan suara jantan dan memek muka yang sangat serius.
"Yes you can. You can borrow books from the library". Senyum. Dalam hati:(Ada ke library yang tak boleh pinjam buku?Akak konpiussss dikk!!)

"How much is it to borrow books from the library?"
"In this library its free" Senyum. Dalam hati (Akak tatau pun ada library yang caj kalau pinjam buku. Mungkin sama konsep macam sewa DVD???Saje tau bikin akak konpius lagi!!)

"Cool! Do you have textbooks too?"
"Yes we do for subjects offered here" Senyum.

"OK. We want to borrow textbooks"
Depa diam 30 saat, tunggu respon saya.
(Wah you ols ingat akak ni ahli nujum ker???Ahli nujum pun nangis kalau dapat request macam ni)
"Do you have any information on the book like for example THE TITLE?"

"No."kata sorang budak ringkas.
"Chemistry book" jawab sorang lagi.

Ya hampun, barisan patron dah makin panjang. Bebudak nih main terjahhhhhh je nak pinjam buku semberono. Beratus tau buku kimia kat library ni manalah akak tau korang nak buku apa, chemisty jenis apa, edisi ke berapa, penulisnya siapa.

"We have so many chemisty books here and it will be easier to find the book if you know the title. Please have a seat here, find the title from the course and unit information. Will be back shortly"

Gitew la menjadi mak mak sekejap. Terus layan patron lain kendian bila pusing hilang dah adik2 macho. Over tau nak merajuk segala. Kehkhkeh

Bila habis shift nampak depa berkumpul dekat pintu masuk, dok kerobek lappie. Agaknya gigih lagi cari tajuk buku.

"Have you found the title yet?"
"No"
"Need help?"
"No, were OK"

Bagus, boleh akak balik makan nasik.

Lawaklah depa nih. Tak lawak sebenarnya kalau depa sempoi. Ramai je patron yang sempoi bila tanya soalan, tak rasa apa2 pun. Bila orang over macho terus rasa lawak sesangat. Ingat ya adik2 di Malaya, jangan over bermachoan segala di kaunter!!Tidak perlu itu semua!!!!






Suka pinjam buku?

Kalau anda merupakan peminat buku dan sering meminjam buku dari perpustakaan, silalah dengar luahan hatiku ini

1. Tolonglah jangan conteng buku yang dipinjam. Kalau terconteng dengan pensel, sila padam sebelum pulangkan. Sebabnya kalau bos perpustakaan vogue mcm bos kitorang, kami petugas kaunter kena buat kerja sampingan memadam tulisan2 bila takde patron kat kaunter. Conteng ngan pen: No no no!! Ni bukan meroyan sebab nak gaji buta tauuuu, ni luahan hati sebab selain dari padam contengan, kami ada banyakkkkk kerja lain lagik yang lebih penting..huksss

2. Sticky label warna warni untuk tanda mukasurat juga disarankan supaya dibuang sebelum pulangkan buku. Tugas mengcheck-in buku jadik lambat bila kena buang banyak sticky labels.

3. Boleh tak jangan humban buku kat kaunter? Ada tempat khas untuk pulangkan buku.Eh tapi mungkin ada library yang kena pulangkan buku kat kaunter...Anyways, sila lah tanya dulu ya!!! Ada makcik pernah suka suki humban 13 buku segedebuk kat kaunter. "Book for returns, there" saya tunjuk tempat yang sepatutnya. "Its ok, I want to return the books here." Wah, RATU! sentap!!!!

4. Untuk mengelak kena denda dan kemudian meroyan macam orang kena sampuk di kemudian hari, saya sarankan supaya mencari info untuk renewals..Ada library yang offer renewals online which is very convenient. Dan ketahuilah, petugas library tidak ketawa gembira kalau patron kena denda ratus ratus dollar. Kami lagi sayu sayan kesian dan terasa seperti kurang cekap dalam menyampaikan maklumat. Setiap kali proses pembayaran denda suasana kaunter suram dan muram sekali..hihi

5. Jangan ingat semua buku dalam dunia ada kat library. Ada ramai student stress bila buku rujukan saranan takde dalam library. Anda sedih petugas kaunter juga terasa pedih..hihi. Kalau boleh orang library nak semua buku yang ada di dunia nan fana ni available di perpustakaan anda. Namun apakan daya, itu adalah mustahil. Sila bagitau penyaran supaya suggest pembelian oleh pihak library ataupun penyaran boleh bagi kat library copy percuma (biasanya salesman buku bagi free).

6. Ada library yang menawarkan khidmat pinjaman buku dari library lain (interlibrary loan). Maka jika buku yang ingin dipinjam tiada di library kita, boleh dipinjam dari universiti lain. Jangan malu dan segan untuk bertanya.

7. Maafkanlah kalau petugas kaunter muka serabut. Mungkin baru lepas padam contengan di buku, buang semua sticky labels dan melayan karenah patron yang bermacam-macam dari pagi. Anda cuba senyum, mereka pasti senyum kembali!

Selamat meminjam buku!!!!

Sunday, April 8, 2012

Attachment

Hidup saya selalu attached pada kebendaan. Saya selalu sangat attached pada manusia, menyebabkan bila kecewa saya separa gila (literally).

Sampai suatu hari saya baca artikel dari Yasmin Mogahed tentang attachment. Attachment pada benda keduniaan ciptaan Allah adalah punca kita tak tenang. Its so true in my case. Benda yang kita rasa kita sayang sangat-sangat Allah boleh tarik sekelip mata je. Bila kita sangat attached, maka berlakulah sesi meroyan dengan menggila bila benda kesayangan sudah goyah statusnya/tiada dalam genggaman.

Kisah budak kecik kena belasah teruk dek kerana beliau meludah kereta mercedes. Mungkin satu contoh tuan punya Merc too attached dengan keretanya sampai budak kecik lidah pon nak emo segala.

Mak bapak yang bila TV rosak maki anak, remaja yang bila putus cinta nak bunuh diri, manusia yang gigih kumpul duit tapi lokek, ilmuan yang banyak ilmu tapi kedekut. Mungkin semua ni penyakit attachment pada kebendaan?

Attachment dengan benda yang tidak kekal ni memudaratkan kesihatan emosi sebenarnya. Attachment pada manusia, manusia mampu menyakiti kita, mampu berubah dan mempu ditarik balik dari kita.

Attachment pada harta, harta tak pernah cukup, juga mampu ditarik dari kita bila bila masa.

Malam ni saya tetiba terfikir pasal ni. Dan saya sudah nampak hikmah Allah biarkan saya masih sendiri. Sebab saya pasti kalau saat ini saya dengan sesiapa, attachment saya dengan beliau pasti akan lebih kuat dari attachment saya dengan Allah.

Selamat malam dunia

Saturday, April 7, 2012

Adiwiraku

Last week saya dan rakan-rakan terlibat dengan aktiviti kebudayaan kat sebuah sekolah sempena Harmony Day. Kami dapat liputan dari wartawan university dan appeared kat website uni. Ahaks. Link sini. Dan jurugambar siap panggil masuk studio. Malangnya saya terlupa pasal sesi bergambar segala nih di hari yang dijanjikan, dan pakai sangat slebet. Tudung pon main selempang2 jahhhhh. Kalau ingat, sure bertouch up-touch up bling bling berpakaian meriah! Sesia amik gambo guna kamera ribu riban dalam studio canggih vogue tapi saya seperti pelarian dari Malaysia :/  Hazabbbbsss *facepalm*


Yang best tentang team kami kali ni, kami berkawan sejak zaman berzaman di bumi Armidale dan decision nak join ni sebab bebudak lain tak dapat participate (depa jadi volunteer untuk graduation). Maka konsepnya aman sekali bila kerja ngan member2 yang dah kenal. 

Kami sampai hari Khamis. Eksaited nampak depa advertise Harmony Day.

Malam tu kami berjaga sampai kul 2 sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa slide tak siap. Almaklumlah kami semua sibuk ngan assignment/tesis segala. Jadiknya sampai ke hari kejadian (Jumaat pagi) kami masih kelam kelibut siapkan slide carik maklumat.Hazabbbbbbbbbbbbs. Dahla menompang tido rumah pengetua, pastu bebudak ni sebab ngantuk depa buat lawak yang sengal so macam seksa menahan mengantuk dan ketawa (takut pengetua halau tido luor).


Nampak tak kain baju kurung saya tersangkut situ? Ahaks!!


Kami buat presentation kat 5 ke 6 kumpulan, dah lupa. Setiap kumpulan sejam. Tercungap jugaklah. Ni kumpulan budak darjah 5 kot. 


Gambar budak tadika darjah satu tak amik, lupa sebab sibuk dok nengok depa. Comellllll sangat. 

Tajuk entry adalah adiwira kan? Apa kaitan??? Ok, ni baru nak masuk konsep. Tadi tu semua mukaddimah...kekekek. Dek kerana kurang persediaan, kuranglah props dari Malaysia. Punyalah nervous nak attract attention depa. In the end, klip Boboiboy menjadi penyelamat wakil dari Malaysia.kekekekek. Tayang klip Boboiboy tu semua terngaga siap depa suruh ulang. Ada yang tanya macamana nak cari kat youtube. Fuhhhhhhhhhhhhhh.

So, terima kasihlah Boboiboy, menjadi adiwira di saat-saat genting. Yelah, nak menari tak reti, nak nyanyi lagu Cindai kang pengsan pulak bebudak sekali ngan cikgu-cikgu. Kembang kuncup hidung kebanggaan bila bebudak semua senyap terlopong tengok kecanggihan dan kecomelan animasi Malaysia. Go Boboiboy!!!!


Love and respect
Dijah

Friday, April 6, 2012

Puji pujian

Pagi tadi hantar kakak Korea balik rumah dari airport dan dia ajak singgah. Dia kenalkan dengan anak dia yang masih belajar kat sekolah menengah...

Sepanjang saya sembang dengan anak dia (yang mengejutkan mak dia nak anak dia jadik artis!mungkin ada can ni jadik pengurus!!hahahah), mak dia asik dok ulang-ulang puji anak dia..

Sekejap-sekejap 'my son is handsome,right?'...

Lepas 2-3 minit 'my son is very clever, isnt he?'...

Kemudian tak lama lepas tu 'my son is a well-mannered boy, right?' sambil tersenyum simpul.

Saya teringat..kaunselor uni pernah address yang saya ni tak yakin orangnya. Bila saya tanya macamana dia tahu, dia kata setiap kali dia puji, saya tak pernah kata terima kasih

Contoh: 'I like your scarf, its beautiful'
Saya akan jawab 'Oh this is my grandma's. Its an old scarf'

Contoh lagi: 'Pretty bracelet!'
Saya akan jawab: 'Its cheap, only $3'

Maka tahun lepas setiap kali sesi kaunseling, kaunselor akan test dengan bagi puji pujian. Objektifnya mudah,saya perlu jawab 'Thank you' dan senyum. Akhirnya selepas banyak kali, saya berjaya tapi dalam hati meronta-ronta nak elaborate benda yg tak perlu..kehkehkeh

Ada antara kita dah terbiasa mengelak pujian. Bila orang puji baju raya, ada je jawapan balas..baju raya tahun lepas, baju guna kain murah, beli kain kat golok, hadiah nenek bagi, etc etc. Kita tak mahu kelihatan poyo, riak dan takbur. Tapi in the end kita dah menyebabkan wujudnya penyakit 'tak selesa dengan pujian'. Tapi tricky kan? Terlebih selesa dengan pujian kang terjebak dengan 'dahagakan pujian-pujian' lagi bahaya..tsk.

Dan saya terpikir pulak, kalau mak saya dok puji2 saya depan orang mesti saya rasa stress.kekekeke. Macam adik korea yang hensem tadi, dia dok jeling2 mak dia sambil geleng2 kepala. Dan ketidak selesaan ini sebabnya kita rasa kita tak deserve pujian. Kita pikir kita ni tarap biasa-biasa saja yang tak wajar diberi pujian..But u know what? We are better than what we think we are :)

Berbalik pada kisah adik comel tadi, mak dia selamber je tidak mempedulikan anaknya yang dok tak berapa selesa dengan pujian. Last-last anaknya tu bila saya puji (haruslah kan berbaik2 dengan bakal artis naungan hiks) tersengeh2 sambil ucap thank you dan tertunduk-tunduk dengan penuh comel..

Lets be nice to ourselves. Bila orang puji ucap alhamdulillah dan terima kasih :)

Encik bos pernah cakap "Will you believe me if say negative things about you?"

Saya jawab "Yes".

"So I hope You believe me when I say positive things about you".

Thursday, April 5, 2012

Apakah yang saya selalu buat pada pukul 8 malam

Pukul 8 malam waktu di Armidale adalah waktu menonton TV..kekekeke.


Dan rancangan kegemaran saya adalah Modern Family pada pukul 8 malam ini. Yiiiiihaaaaa.

Kenapa? Sebabnya;

1. Cerita ni best.
2. Armidale seperti bandar mati lepas maghrib. Kedai majoriti tutup pukul 5.30 petang. Kedai makan je ada yang bukak sampai pukul 9 tapi tak berapa sedap lah. Bazir minyak kereta je keluar memalam.
3. Tiada yang lebih best dari bersantai-santai depan TV di waktu malam :)

Maka, selalunya, kalau malas bawak balik kerja akademik ke rumah, atau sudah tepu otak, pukul 8 malam adalah waktu bersantai-santai menonton Modern Family.




Selalu juga menonton sambil makan. Either makan nasik berlauk yang dimasak sendiri (statemen ni perlu caps tak?hiks), mahupun makan aiskrim yang dibeli di kedai. Tapi kelmarin menonton sambil menyambil makan keropok Mamee (Yes, keropok yang ada Mamee Monster sebagai maskot tu...Ada jual kat sini!), dan sambil menyemak penulisan sendiri. Sangat multitasking kan????

Modern Family ni sangat best konsepnya. Paling suka kejoyahan pasangan songsang yang sangat happening. Setiap kali tengok keoveran depa mesti tergelak-gelak. 

 

Love and respect Dijah

Saturday, March 24, 2012

Baru perasan

"Was it difficult to be married at 18?" saya tanya makcik Bulgaria. Orangnya nampak cantik menawan, rupanya anak dah 30 tahun dan expecting cucu very soon.

"No. Not difficult at all. Vey-very easy. Its easier to adapt to someone else, easier to have kids. I was not worried about other things besides myself and my family"

"Its easier to adapt to someone else". THIS.

Baru saya perasan bila jangkau umur 30 an ni memang jadi lagi fussy dan banyak benda yang saya tak boleh tolerate.

1. Towel lembab. Towel yang dah dipakai perlulah disidai dan di'tegangkan' supaya kering. I hate using damp towels. Masalahnya tengok orang main sangkut je towel lepas swimming buat saya terbau-bau tuala lembab.huks.

2. Paling pantang kalau pinggan kotor letak dalam sinki. Lagi rasa emo bila permukaan lubang sinki ada sisa makanan tersekat. Pinggan kotor letak luar sinki please. Susah nak basuh tangan or guna sinki kalau sinki penuh.

3. Span basuh pinggan perlulah bersih, especially dari minyak. Seriously macamana orang guna span basuh pinggan kalau kotor dan berminyak. Selalu urut dada dan tarik napas panjang2 bila perasan span dalam keadaan kotor. Seriously I couldnt stand that.

4. Ubat gigi pakai kat berus gigi kan? Geramnya kalau sinki toilet kotor, siap ada ubat gigi bertampuk2. Lagi stress bila kat kepala ubat gigi berselemuih ubat gigi. Picit sesikit je lah. Bukannya nak guna scrub badan kan?

5. Daripada basuh pinggan tak bersih (masih berminyak, bersisa makanan), baiklah takyah basuh. Saya suka basuh pinggan. Tapi tensi kalau orang tolong basuh pinggan tapi tak ikhlas.

6. Tak suka orang pinjam barang tak letak balik ke tempat sepatutnya. Kalau amik kunci dari atas almari, jangan pulangkan ke dalam laci. Kalau pinjam gunting dari pensel box jangan pulangkan atas meja. Sila pass balik ke tangan saya kalau malas sangat nak letak ke tempat asal.hiks.

See, banyak lagi kefussyan I ols..huhuhuhuh.

Makin tua makin fussy!!!


Love and respect
Dijah

Wednesday, March 21, 2012

Wheres my daddy?

Mode 2 minggu lepas adalah mode serabut ayam. Serabut yang amat sampaikan kurung diri kat bilik study lower ground floor library.Situ sunyi sepi sampaikan kengkadang risau kot terkurung dalam library.Yelah duduk terceruk dan tersorok sure tak perasan masih ada insan bernyawa dalam tu.

Mode serabut berterusan hari demi hari..bak kata sorang makcik PhD yang jawab "same shit,different day" setiap kali saya tanya "hows everything?", sekadar berbasa basi.

Bila serabut mode sentiasalah tunduk ke lantai ala2 menjaga pandangan.Hakikatnya malas nak berhai hai dengan orang.Kotlah,terserempak dengan orang yang dikenali.

Ketika di bahagian buah-buahan saya terdengar suara budak kecik dalam umur 4 tahun "Where is my daddy".

Saya pusing.Oh dia memang tujukan soalan kat saya! Sen.tap!

Saya pusing keliling,kotlah ada sesapa yang offer nak tolong.Tapi orang tak ramai dan semua orang sibuk membeli dan blah.

Saya pandang budak kecik comel tu. Dia tanya lagi "Where is my dadday".

Saya hanya mampu balas "Where is your daddy?"

Budak kecik tu terus blah sambil laung-laung "Daddy! Daddy!".

Budak tu mesti jumpa daddynya,sebab keluasan kawasan groceries tu sangatlah kecik.Ala2 macam groceries area kat Hok Ki Seng Tok Jembal. Mungkin juga besar sikit dari Yoon Foong Fair Price Market Tingkat 1.

Yang menjadi isu entry kali ini adalah 'soalan budak kecik tu membuat saya tersenyum sendiri'. Dan baru saya sedar dah banyak hari tak senyum.kekekeke

Sayangilah anak anda.Janganlah biar anak-anak hilang dari pandangan mata..

Caption gambar: Mamai akan makan semua mak bapak yang cuai jaga anak-anak. Takut kan????

Friday, February 17, 2012

Lagi lima minit

Marilah sama-sama menuju ke arah perkhidmatan cemerlang. Kalau tidak mahukan servis yang kelam kelibut, kurang senyuman, silalah datang ke library lagi lima minit waktu tutup library.
Semua bilik kena cek, mesin duit kena simpan, almari dan laci kena kunci, sistem kena log off. So sesamalah lebih memahami untuk mengelakkan kes belasah pelanggan berulang. hiks

Love and respect
Dijah

Friday, February 10, 2012

Pelanggan dan pelayan pelanggan

Customer is always right?

Sebelum kerja di library saya berpegang kepada customer is always right.
Jadik kalau khidmat yang diterima dari pelayan pelanggan tak memuaskan
memang saya hangin satu badan. Tapi sehangin-hangin saya belum pernah maki atau cari pasal ngan pelayan pelanggan. Rasanyalah.
Sejak kerja library, perspektif terhadap pelayan pelanggan sama sekali
berubah.

Customer is a priority, but they are not always right.

Kejadian petang hari Jumaat, mendapat panggilan telefon dari student off campus, marah-marah sebab buku yang dia pesan masih belum sampai. Ini kali pertama saya terima complain pasal 'off-campus library service'. Saya kagum dengan petugas bahagian tersebut sebab depa memang proses permohonan artikel atau buku dengan cepat dan pantas.

Jadi bila orang telefon marah-marah saya jadik nervous sebab orang
bahagian tu semua dah balik rumah (petang jumaat kan..student yang marhaen je kena tercongok sampai kul 6 hiks). Jenuh kawal nervous sebab pakcik nih kata dia PELIK dan HAIRAN dan TAK PAHAM kenapa buku yang dia order minggu lepas belum sampai. Dia kata dia dapat email bagitau buku dah dipos dan boleh track postage tapi email tu dia dah delete.

Saya tanya nama buku, dia tak ingat.
Saya check record dia, takde pon details apa-apa buku dipinjam bawah nama dia.
Something is fishy.

Masih lagi whinging pasal buku yang tak sampai. Dia kata sepatutnya dah
sampai. Saya mintak maaf. Saya suruh dia tunggu sampai minggu depan, ambik details dia untuk dipanjangkan ke bahagian terlibat.

Bila saya tanya, cara meminjam guna online kat website library ke guna
phone, dia sentap. Dia kata dia order online. Dia BELI buku.

Terus rasa lega. Kitorang tak jual buku. Ini perpustakaan. Setiap kali angkat telefon saya ucap 'Dixon Library Service Desk'. Mungkin lepas nih
cakap lebih kuat suara dan lebih perlahan kelajuan supaya orang dapat
tangkap.

Dia sentap. Dia kata dia order kat kedai buku. Saya bagi nombor telefon kedai buku. Haram nak mintak maaf. Dia terus letak telefon.

Tapi saya tergelak je dah bila kes macam nih. Sebab selalu dapat orang
yang lebih grumpy dan menyakitkan hati. At least dengan pakcik ni taklah
sakit hati, cuma rasa bersalah sebab dia dok mempertikaikan servis
penghantaran buku.

"Orang yang tengah marah dia tak pay attention" komen senior kat library.
Kita dah cakap ini library awal-awal tapi depa tak dengor.

Saya kalau ada patron yang macam kerek kat kaunter saya akan panggil
senior librarian. Kitorang siap ada buzzer untuk panggil security kalau
orang carik pasal. Kalau tak, sure ada jugak kes orang kena karate atau
kena maki.

Tapi tulah, ini kerja dalam library berhawa dingin kerja relaks jaga kaunter sengeh-sengeh duduk depan komputer. Bukan goreng ayam berpanas berkuap berdiri layan ramai orang beratur. Saya yang siap 20 jam
training untuk deal ngan customer pon banyak kali rasa nak tumbuk muka
orang-orang kerek nak mampus yang guna nada kasar. Rasanya kalau saya
kerja KFC sure ramai yang dah kena sumpah seranah. Saya takkan belasah
sebab saya insan yang lemah. hiks.

Pelayan pelanggan bukan hamba abdi yang takde perasaan. Walaupun
tanggungjawab pelayan pelanggan adalah untuk memberikan khidmat
terbaik, tapi pelanggan perlulah memberi sokongan yang padu juga. Jangan terlalu banyak songeh please. Pelayan pelanggan dan pelanggan di Malaysia perlu berubah sikap dan mentality.

Sekian royanan petang jumaat :)

Wednesday, February 8, 2012

New Breed

Salam mimpi ngeri kawan-kawan





Sudah dengar semua lagu baru album konsep ngeri (?) Jay Park.hihihi.

Banyak lagu yang saya suka dengar, tapi satu lagi ni paling best di telinga saya. Yoon Mirae (Tasha) menyebabkan lagu ni best. Hope depa buat MV ngan Tiger ngan Yoon Mirae untuk lagu Clap nih. Sangatlah ratu minah ni rap.

Lagu-lagu Jay dalam album ni sudah menjadi lebih matang berbanding lagu-lagu lama. Suka juga lagu Know Your Name. Sangat Brilliant!

MV tak diletak sebab ada part pompuan menari dengan penuh gedik :( dan lagi satu MV dia cium pompuan. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! sob sob

Bye!

Monday, February 6, 2012

Internet


Busy slack slack slack

Hanya ke uni bila nak print kerja untuk memudahkan reviewing (yes, old fashioned me. Orang lain semua review softcopy, I ols tetap suka hard copy reviews, leh golek lepak2 sambil review hiks).

Hanya ke uni bila shift library.

Hanya ke uni bila nak submit documents online (sambil download Running Man).

Hanya ke uni bila kena call dengan SV. Sentap hari tu tengah tido meninggi hari dapat call dri SV mengerah masuk lab. Terpaksa berlakon demam teruk padahal demam manja jer, hiks. Malu siot.

Kesan dari kegagalan hadir uni banyak jam seperti dahulu kala, tak mampu bersosial di alam nyata mahupun maya.

Entry-entry project pon dah tak buat. Tapi teruja nengok artis-youtube-yang Abby-Fana-call, Mak dan Aini buat 30 Days Entry Challenge neh. Nak tergelak plak sebab Mak main skip entry sesuka hati! kekekkekekekekk.

Anyways, just to let you guys know that I'm a bit busy but being a successful slacker.

Tata!

Wednesday, February 1, 2012

Wanita

"Theres this Muslim boy who keep on asking me to sleep with him. Just for fun" mengadu wanita genit dari Asia ni. Kulitnya cerah. Pakaiannya sentiasa bergaya tapi tak sakit mata memandang.

Hati saya bagai disiat-siat. Ini bukan kali pertama orang mengadu mengeluh. tentang insiden macam ni.

Kita kata Islam tak tindas wanita.
Kita kata Islam pelihara wanita jadi dari simbol seks.
Kita kata Islam meletakkan wanita di tempat yang mulia.

Saya terdiam lama.

"What did you say to him then?"

"I said that I am haram for him"

Ha, amik kau!

Semoga kita selalu diperingatkan tentang halal dan haram.

Monday, January 30, 2012

Gu sip

Fakta menarik hari ini

Dalam bahasa korea 90 adalah Gu Sip

구 (gu) sembilan + 십 (sip) sepuluh = gusip, sembilan puluh.

Jom bergusip sampai umur 90!! Hiks



FB bukan diari

Sedarilah ye kita semua, FB bukan diari. Masalah rumahtangga, masalah susu badan tak cukup, masalah susu terlebih cukup, masalah anggota sulit, bergaduh dengan bf/tunang/suami tak perlulah kot kita tulis FB bagi segenap alam baca.

Dulu saya suka meroyan kat FB, tapi bila orang lain buat gituh saya terasa 'haiyoh,apa masalah kau mek?'. Maka saya terhutang budi jugalah pada kaki meroyan, kaki tayang gambo pelok2 laki bini atas katil pakai baju seksi, kaki berbalas-balas status antara kekasih hati bagaikan tidak wujudnya lagi sistem sms, kaki bergambo muncung itik, kaki maki makcik seopis setiap minggu dan kaki status bajet2 comel yang telah menyedarkan saya erti kerimasan yang hakiki di alam maya.

Kita ni bukan artis youtube, artis terkenal jauh sekali. So, kalau story kita tak pernah appear dalam MHI, takde thread khas tentang kita kat forum tempatan, jomlah kia sesama kurangkan bubuh status yang tak perlu.

ps: Kalau glemer macam adik Hilal Asyraf si penulis buku islamik, dia tulis '.' kat status pon melambak orang komen. Kita yang Abby Fana tak pernah kol ni sure kena hide ngan kawan2 kalau buat status gedik camtu kan? kan?

Percayalah, dunia lebih tenang tanpa ramai kawan di FB, hihihi.

Friday, January 27, 2012

Software

Buat yang masih bergelar student, jangan malu dan segan untuk bertanya berkenaan software seperti Endnote, SPSS dan sebagainya di kaunter library. Kalau kurang bernasib baik pun, sekurang-kurangnya anda akan dirujuk ke bahagian Teknologi Maklumat.

Ada library/universiti yang menawarkan workshop untuk menggunakan software-software tertentu.

Banyak juga buku-buku rujukan berkaitan.

Selamat studi!

Chammak Challo

Walau bagi sejuta tahun pon tak akan dapat agak yang Akon penyanyi lagu nih. Pronounciation dia macam fluent je kan?




Komen sampingan

1. Ingatkan Shah Rukh Khan ni dah bersara.

2. Sentiasa suka Shakh Rukh Khan ngan Kajol. Tak pernah suka Kareena Kapoor.

3.  Sentiasa meluat dengan penari hindustan yang tak pernah cukup kain. Hazabbbs.

4. Hope pas nih Akon nyanyi lagu Korea plaks. Nak dengor fasih ke idak. hiks

5. Kagum betul dengan orang yang boleh nyanyi lagu asing. Macam orang nyanyi lagu raya dalam bahasa German. kihkih..

Thursday, January 26, 2012

26

The reason why I am still on FB.

Day 16

Dream house.

Rumah banglo atas tanah 5 hektar, dikelilingi bunga-bungaan seperti ros dan melur. Bebiri atau kambing sebagai pet berada di kawasan belakang rumah. Di tepi rumah ada kolam renang kecil untuk renang santai.

Wednesday, January 25, 2012

Day 15

Fave song ever

1. Lemon tree - kumpulan apa ni eh?

2. Haru haru - Big Bang

3. Keluarga bahagia - Saujana

4. Teman sejati - Brothers

ahh good old times :)

25

Bebiri yang basah kuyup

Tuesday, January 24, 2012

Day 14

A picture of you last year – how have you changed?

Sebab guna fon, gambar tahun lepas ada dua ni jer :((


Now I gained few kilos and feeling better, alhamdulillah.

24

Monday, January 23, 2012

Day 13

Goals.

1. Puasa FB 40 hari.

2. Kayuh basikal 20km/week.

3. Hantar tesis bulan 9.

4. Kawin sebelum 40.

5. Simpan duit at least 10% dari gaji

23

Makcik teksi yang mengait sambil tunggu penumpang

Day 12

Something you don’t leave the house without.

Ventolin inhaler.

22

Saturday, January 21, 2012

21

Dan pabila bangun di pagi hari tatkala ingin menyidai kain di ampaian, tersedar kunci rumah dan kunci kereta terlekat elok di pintu semalaman. Gulps.

Day 11

Favourite TV shows

1. The Big Bang Theory

2. The Modern Family

3. BoBoiBoi

4. Family Outing Season 1

5. Heroes

6. Running Man

Friday, January 20, 2012

Day 10

Something you are afraid of.

Losing my parents. I cant afford to
be by myself in this evil world.

20

19

Taffie yang gedik lepas amik gambar dari jauh tetiba dia daang dekat. Tapi tak reti nak amik gambo sendiri :(

Thursday, January 19, 2012

Day 9

A favourite picture of your best friend

Pass. I dont have any best friend.

Wednesday, January 18, 2012

Day 8

A place you've travelled to

Uruguay.

Uruguay tempatnya cantik. Disebabkan pendapatan penduduknya rendah, maka kes curi kereta agak common. Masa kami berhenti untuk lunch, ada budak lelaki tanya sesuatu kat Daniel Pereira, vet yang bawak kitorang hari tu (sedap kan nama dia? hiks). Rupanya budak tu tanya Daniel nak ke dia tolong tengokkan kereta. Daniel cakap 'ya' sebab kalau kata 'takmo' nanti budak tu yang akan kebas kereta.kekekeke.lawak sungguh.

Uruguay sama macam Argentina, makan daging daging daging. Istilah vegetarian pun tak common bagi depa.

Uruguay guna Spanish. Tapi nasib baik masa lawatan ke Uruguay, pegawai2 pandai cakap English.

Uruguay guna Uruguaian Peso, lain dari Argentinian Peso.

Saya suka Uruguay, tapi bila memikirkan gaji depa sangat kecik, berkuburlah harapan nak cari kerja kat sana. Melepaslah peluang nak tekel lelaki yang hensem dan nama sedap seperti Daniel Pereira.ahaks!

18

BoBoiBoy




Tersangatlah suka layan BoBoiBoy ni. Telah berjaya layan sampai episod akhir. Terbaek!!


Kuasa yang paling diminati: Kuasa petir.
Watak yang paling diminati: Probe - robot warna ungu.
Paling suka: Episod Probe bertukar jadi 'robot makcik' siap dengan beg tangan sebagai senjata.

Memula rasa macam depa tiru kuasa dalam citer Naruto, tapi nampaknya depa pandai kembangkan idea. 

Walaupun ada bunyi-bunyi orang kebanyakan tak puas hati sebab cerita ni tak guna bahasa baku, saya secara peribadi rasa mesti janggal kalau guna bahasa baku. Saya suka je depa guna bahasa seharian sebab bunyi lebih real.

Penggunaan suara adik yang buat suara Upin dan Ipin menyebabkan comel sangat suara Boboiboy.hehe. Tapi semua suara watak dalam cerita ni best.

Kalau cerita Upin dan Ipin lebih sesuai untuk kanak-kanak, cerita BoBoiBoy ni bukan saja sesuai untuk kanak-kanank, tapi juga untuk orang dewasa. Memang semangat tengok cerita ni. Permulaan yang baik untuk masa depan animasi Malaysia yang lebih vogue! Tahniah Animonsta Studios!



Love and respect
Dijah

Tuesday, January 17, 2012

17

FB free

Saya sudah deactivate FB buat kesekian kalinya, hehe. Tapi nampaknya saya ada lebih masa untuk benda lain, masa yang mungkin dahulunya banyak dihabiskan kat FB.

Apa benda lain yang saya buat?
Tengok Family Outing Season 1
Tengok Running Man sampai episod 30.
Tengok BoboiBoy sampai episod akhir.
Kedua dua rancangan ni biasanya ditonton sambil mengayuh basikal senaman. Rekod tertinggi setakat ni 20km seminggu.

Writing tetap kena paksa diri buat. InsyaAllah end of this week boleh siap dah draft untuk 1 chapter.

Yang saya rindu dalam FB adalah membaca status Hilal Asyraf, Yasmin Mogahed, Saiful Islam, Dr. Maza. dan tak tertanggung bila memikirkan gambar2 terkini dan tersensasi Amani Humaira tak dapat ditonton :(.

But so far I'm in peace without FB, alhamdulillah (propa sebab baru seminggu, hiks).

Anyway, wish me luck. Nak melawan ketagihan memang tak senang.hehe

Day 7

Favourite movies

1. Harry Potter series, walaupun baca buku lagi best!
2. Madagascar
3. Alien vs Predator
4. X-Men 1st class

Ah, banyak sangat!! Yang penting Ombak Rindu tak tersenarai, sekian!

Sunday, January 15, 2012

15

Budak paling muda dalam kelas mengaji!

Day 5

A song to match your mood.

Mood sekarang sangat berubah-ubah. Kejap semangat.
Buat kerja.
Bila dah nak krem kaki duduk
melepap bersila atas kerusi, baru perasan analisis silap. Kena buat balik semua. So serabut balik.
Terus dah tak semangat.
So tiada lagu yang bersesuaian dengan mood.

Oh ada, mungkin lagu Berhenti berharap Sheila on 7

"Aku berhenti berharap, dan menunggu datang gelap"

Selamat malam. hehe

Saturday, January 14, 2012

14

Day 4

My parents

My parents are very strict, tapi most of times gila-gila. Masa kecik sangat takut dengan mak tapi dah besar ni dah kurang rasa takut dan dah boleh open up kalau ada apa2 benda.

Bila saya dah semakin tua ni rasa banyak sangat belajar dari mak dan ayah.

Kalau orang tanya apa benda yang disesali berkaitan mak ayah, saya sesal sebab sepanjang 30 tahun ni, banyak kecewakan dan susahkan hati depa. Merisaukan hati depa senantiasa.
Doakan saya menjadi anak yang baik ya!

Friday, January 13, 2012

Harapan yang berkecai

Harapan yang berkecai.

Lagi.

Sebelum ini dinafikan hak menderma darah kerana tidak mencapai berat minima.

Hari ini dikejutkan dengan panggilan soal siasat dari Red Cross.

Disebabkan pernah berada di UK lebih dari 6 bulan dalam tempoh 1980 - 1996 maka tak dibenarkan menderma.

Katanya sebab ada kebarangkalian terdedah kepada Mad Cow Disease.

Takpelah.

Tuhan kata belum lagi.

Day 3

Your 1st love.

Oh apekah?

Saya definisikan love dalam challenge ini adalah kesukaan kepada manusia berlainan jantina.

Sapa ek?

Mamat exist?
Jamal abdillah?
Member tadika?
Anak jiran sebelah rumah?
Budak kompang?


Argh, tak ingat.

13

Thursday, January 12, 2012

Day 2

Maksud di sebalik nama blog.

Nama penuh sendiri. Dan nama itu terpilih sebab lahir pada bulan puasa. Walaupun nama tak menjanjikan pemiliknya masuk syurga, tapi bagi saya itulah doa dan harapan mak ayah kepada saya.

Tak sekaya, tak semulia, tak secantik, tak sesetia Saidatina Khadijah, tapi akan bertatih-tatih untuk memperbaiki diri. InsyaAllah.

12

Buang tebiat breakfast pancake di Hungry Jacks! :D