Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Jantung yang berhenti berdenyut

Hari ni cuti umum, Anzac Day. Hari meraikan tentera Australia dan New Zealand yang terkorban semasa mempertahankan negara.

Saya yakin bahawa hari ini cuti umum seperti Hari Kemerdekaan negara di Malaysia, dan telah membuat andaian bahawa library ditutup.

Maka hari ni diisi dengan membuat pembetulan analisis sambil menyambil mononton The Equator Man sampai separuh Episod 2, kemudian melepak sambil bergossip di rumah kawan.

Bila sampai rumah dah Maghrib, tetiba gatal tangan cek email melalui fon. Peliknya bila dapat email dari sorang kakak library memaklumkan kepada semua penjaga kaunter bahawa ada sistem mesin yang down hari ni berserta pintu otomatik yang tak berfungsi.

Sentap. Kalau ada aduan dari library hari ni makanya hari ni library bukak.

Gulp.

Saya punya shift pukul 1-3pm hari ni tapi sebab saya assume hari ni cuti umum saya tak pergi kerja.

Gulp.

Saya bukak website library tengok waktu operasi. ANZAC DAY 1-5pm.

Gulp.

Kenapa depa tak kol tanya kenapa x datang?

Terdiam sendiri.

Pelan-pelan bukak planner nak pastikan waktu kerja hari ni yang dah discrape out sesuka hati sesedap rasa.

WEDNESDAY.

9-11am.

Fuhhhhhh. Alhamdulillah.

Mental note: jangan suka suki assume benda yang tak pasti!

Monday, January 2, 2012

Drama tahun baru

Tahun baru 2010 - balik ke Armidale dari Bathurst, selepas menghadiri majlis pengebumian Charlotte. Few days lepas tu ketika sedang bersembang-sembangan dengan artis naungan (bukan Jay Park), ada manusia lempar bata ke arah tingkap, wallet kena curi. Saya halalkan duit tu, mungkin dia takde duit nak makan.

Tahun baru 2011- sambutan di jalanan kerana tuan punya backpackers brengsek letak kitorang (saya dan kawan) di bilik yang ramai lelaki. Dahla bebudak lelaki nun dok membeli banyak beer demi sambutan gilang gemilang tahun baru. Ada bilik kosong, tapi permintaan kami tak mahu dipenuhi. Tak cukup staff nak kemas katanya. Akhirnya jumpa motel dengan pemilik yang baik. Diringkaskan cerita, duit kena songlap ngan mamat backpackers tu, dan tak dapat refund. Sampai kiamat kitorang tak halalkan duit tu!huh!

Tahun baru 2012 - korang ingat takde drama? adaaaaaaa!!! Di hari tahun baru, lagi berapa menet nak masuk Maghrib, nampak ada pakcik tua dok kerobek mail box kawan saya Sara. Saya sekarang dok housesitting umah dia 2 minggu sementara dia cuti cutian sakan. So saya ingat pakcik ni diamanahkan untuk tengok surat dia. Agak peliklahkan bila fikir, dah saya dok situ, haruslah saya yang dipertanggungjawabkan bawak masuk surat! kan? Dia stare saya pelik. Seram dah. Saya plak bodow pegi kecut2 perut sebab takut dia ni ingat saya nak pecah masuk umah.
Siap perkenalkan diri lagi kat pakcik ni (nak menunjukkan yang i ols ni wanita jujur, perlu ke?kekek) Pakcik ni sikit pon tak bagitau nama ke hapa.

Saya tanya? 'Are you checking on Sara's mail?'
Tak ingat apa dia jawab,tapi dia patah balik ke mailbox buat2 cek surat. Seram.

Kendian dia pandang saya, kata 'Dont be scared' sambil depakan tangan ala2 nak memeluk. Motip dont be scared? Haruslah freaking out!!!
Saya kata 'Sorry, I dont know you. You are a stranger to me' gituhla jawapan feeling2 kalau kenal bolehla menyambut pelukan?hahahahha
Dengan tak paham bahasanya dia datang dekat siap depa tangan lagi sekali.

Saya terus meluru masuk umah, kunci pintu, menggigil satu badan. Kol Sara dia tak angkat. Decide nak SMS Sara nak tanya dia suruh jiran cek mail ke? Dan nak ngadu kata jiran dia nih scary-mary.

Tak sempat habis taip (sebab haruslah mcm essay SMSnya, dengar bunyi kat pintu. Pakcik tu kat luar depan pintu!!
Saya pegi tepi pintu intai, double cek if pintu dah kunci. Dia blah kejap pastu datang balik. Yang ajaib, DIA BOLEH BUKAK PINTU KAYU YANG SAYA RASA SAYA DAH KUNCI TU!!
Dia nak masuk umah.
'Are you checking on me? Please leave me alone!' dengan penuh seramnya tanya kat pokcik tu.
Dia tetap nak masuk.
'Dont be to hard' katanya. Seriesly
muka dia masa tua macam
muka psychopath yang sedang memujuk rayu. Been there!

'Please, I want to be by myself!' hahah.Ini statement paling tak
bleh blah. Suppose cakap 'go away' kan??hihihi. Nak wat canner tu je English sentence yang boleh pikir.

'You want to be by yourself?Ok' dia berdiri tegak.
Tangan sebelah saya dok tekan num tuan umah (sib baik boh kat favourite, dan nasib baik semalamnya baru topap!!), tangan sebelah lagi tolak dia dengan pintu.

Kunci.
Menggigil.
Terus nangis sedu2.
Tuan umah angkat fon, terus bagi dia alamat rumah. Mintak dia datang.
Tunggu dengan pisau.
Nangis.
Lepas seminit, tepon plak tech officer.
Semua sampai serentak.
Depa kol polis.
Binik tuan umah suh pack barang, balik umah sewa balik.
Rupanya pakcik tu ada dementia. Sentap.
So, kiranya selesaila kes ni di mata polis. Polis pon dah pesan kat family member dia supaya make sure dia dalam pengawasan.
Yelah kot dementia, tapi nampak macam orang tua gatal.

Pesanan: make sure nombor penting ada dalam favourite list, dan make sure anda recharge at least beberapa ringgit demi keselamatan anda :)

Malunya teringat bila dok nangis sakan malam tadi.hihi

Sunday, January 1, 2012

Dunia yang penuh kebencian

Dan tahun baru disentapkan dengan ungkapan seorang lelaki remaja Australia.
Dia mencarut-carut berulang kali sejurus melintasi saya di luar pasaraya Coles.
Carutan kepada Allah yang bertubi-tubi.

Saya hanya berlalu pura-pura tidak dengar, hanya berjalan laju-laju meninggalkan beliau.
Sikitpun saya tidak menoleh ke belakang.

16 tahun dahulu saya pernah hampir acukan pisau belit ke arah sahabat yang memperli sekolah rendah saya.
Kali ini saya cuba kawal diri supaya tidak bertindak membuta tuli.
Ya, inilah tanda selemah-lemah iman, hanya mampu membenci dengan hati :(.
Sudah ada peristiwa berdarah di Malaysia sempena tahun baru 2012.
Baik saya elakkan peristiwa tak diingini di Armidale.


Dunia yang penuh dengan kebencian.
Melatih kita untuk bersabar.
Dan melatih kita supaya lebih banyak berfikir.
Balik nanti tidak mahu jadi rasis!
Peritnya rasa jadi minority!

Love and respect
Dijah

Monday, December 12, 2011

Kerja

Armidale sejuk. Orang UK sila menyampah. Baru ni meroyan kat status FB kata depressed sebab summer kat Armidale sejuk, terus ditegur oleh orang yang pernah duduk UK..Mengada-ngada sangat gayanya kan tak tahan sejuk segala. Tapi bila melihat status orang-orang lain di Sydney dan Armidale yang meroyan sebab mengharapkan kepanasan yang hakiki di musim panas, terasa taklah mengada-ngada sangat.

Dan mungkin dek kerana badan-badan orang Armidale ni lemah keimunannya, ramai pakat sakit. Saya tak pergi uni pagi tadi sebab demam, sakit kepala dan batuk2. Punyalah sedap tido time hujan. Bila cek email, dapat makluman yang kena isi timesheet untuk gaji in advance. So kena claim siap2 gaji sampai 23hb ni untuk memastikan gaji masuk lepas krismas. Hopefully saya dikurniakan kesihatan mulai esok untuk kerja. Yelah, dah claim pastu gedik pulak tak masuk kerja, kan ke naya!!

Bercakap pasal kerja, baru ni ada member tanya 
"Kerja kat library eh? berapa belas dollar dapat sejam?"
"Haah, kerja kat library" saya jawab. Belum sempat saya jawab soalan yang seterusnya, dia terus tanya lagi.
"Berapa dapat? Ada $11? $15"
"Ada lah sikit"
"Kerja 20 jam?"
"Eh tak, kerja dalam 7 jam je seminggu"
"7 jam je ke??La...ingatkan kerja 20 jam"

Pengsan la kalau kerja 20 jam, mesti kerja PhD tak siap!! Lagipun kerja kat library takleh lebih 12 jam seminggu. 20 jam seminggu tu adalah kelayakan maksimum kerja yang termaktub dalam student visa.  Alangkah bahagianya kalau takde kerja PhD, dok kerja 20 jam seminggu dengan pay dalam $30 sejam! Ahaks. Feeling-feeling boleh borong DVD Korea dari YesAsia.com!

Tapi sebenarnya, lagi besar periuk nasi, lagi besarlah keraknya!!!!!
Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Rezeki tambahan sikit-sikit tu bolehlah simpan untuk kenduri kawin/tiket konsert kpop/makan makanan sedap yang mahal/beli benda merapu yang dah lama teringin :)


Oh, bercakap balik pasal kesejukan di Armidale, walaupun tak tahan sejuk, setiap kali balik Malaysia tetap komplen Malaysia panas. hahahaha.

Love and respect
Dijah

Sunday, December 11, 2011

Makcik jag

Banyak benda yang saya belajar di library, terutama sekali dari makcik yang membantu menjawab perihal peminjaman jag air. Makcik ni saya cam mukanya sejak dari 1st year, masa attend kelas End Note. Sangat vogue bagi info pasal End Note.

Baru-baru ni ada student baru datang ke kaunter, tanya pasal proses pendaftaran. Kitorang selalu penat menjawab mana kaunter student centre yang terletak sebelah kaunter library. Kebetulan sejak dua menjak ni kaunter student center tu asik kosong, maka orang assume library handle semua urusan student centre.

Bila orang tanya mana bangunan sebenar student centre, saya tunjuklah bangunan depan library, yang kat sebelah kaunter kitorg ni just kaunter untuk memudahkan student.

Tetiba muncul sorang budak laki buat muka sedih kata dia pergi bangunan sebenar, tapi orang bangunan tu suruh pergi library untuk buat appointment. Takde appointment takleh masuk bangunan katanya....

So camne nak buat appoinment sebab orang yang jaga kaunter tu tak ada..Budak ni dah sayu sayan dah tapi kitorang dah dipesan supaya toksah risau kat benda-benda luar bidang kuasa.Tapi I ols ni bukan boleh, hati ni sedih je tengok budak ni tak tentu arah...

Bila telefon extension tertentu takda orang jawablah pulak. Maka dengan hati yang kasihan, makcik jag air dirujuk demi kemaslahatan pelajar ini.

Dengan penuh keratuan makcik tu kol member dia di student centre dan maklumkan yang appointment tak boleh dibuat oleh pelajar ni sebab takde org angkat extension, dan takde org jaga kaunter..So dengan selamatnya budak tu selesai buat appointment dalam telefon.

Ingat dah habis kan? Belum lagi u olsss. Bila habis shift, saya pun blah untuk lunch, kebetulan ada lunch free depan library. Saya nampak makcik jag muka serius, takut pulak kalau2 saya ada buat apa2 masa shift tadi. uhuks!!! Dengan muka seriusnya dia membuat panggilan telefon dan saya hanya membei lambaian manja menandakan shift saya sudah habis.

Masa saya tengah lunch, makcik jag datang kat saya, bagitau yang budak tu bukan budak dari Armidale dan tak reti guna komputer..So akan susahlah dia nak datang semula untuk appointment ataupun melayari internet untuk dapatkan maklumat tertentu yang berkaitan. Tapi dia kata dah hubungi balik orang tertentu dan dah berjaya diselesaikan. Oh rupanya muka serius tu sebab dia pikir pasal budak ni.

Dek kerana sweater tertinggal kat library, saya patah balik ke library lepas lunch dan nampak budak yang dimaksudkan ditemani pegawai enrollment UNE, duduk depan pc sesama. Wah, makcik jag sangat vogue, walaupun pada hakikatnya itu bukan tanggungjawab library. Ratu!



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, November 4, 2011

Kenapa suki suki je lantik orang tanpa tanya dulu?

Gitu lah tajuk entry kali ni.

Tetiba hari ni dapat tau yang diri yang kerdil ini terlantik untuk jadi coordinator untuk games activity sempena sambutan Raya Haji hari Ahad ni. Yang membuatkan saya selalu sentap (walau tak perlu pun nak sentap bagai), depa suka suki bagi email inform tugas kita, tanpa tanya dulu. At least dulu-dulu pokcik presiden tanya dulu kesanggupan kita. Ini pun nasib baik tau awal, sebab kalau ikut trend depa sekarang nih selalunya esok programme malam ni baru tau, pastu inform melalu email. huhuhu. Sib baikla selalu cek email..., kalau tak, mesti selalu ketinggalan keretapi.

Tapi tu lah, mak selalu pesan..Jangan sentap-sentap. Jangan meroyan-royan, nanti hilang pahala. Meroyan sekali sekala dibolehkan kot supaya menjadi iktibar dan pengajaran, ehhehehehhe (kaver, jangan tak kaver!). 

Kita ni kengkununnya bangsa terpilih. The best of the bestlah kononnya. Tapi tak punctual, buat kerja sambil lewa, mengungkit benda seciput yang kita buat, maki budak kecik, disorganised, pandang rendah kat orang, humban segala mak nenek kerja yang kita takmo buat kat orang lain tanpa tanya dulu. Suka-suki kensel kelas sampai cikgu yang mengajar pun tak tahu. 

In the end kita meroyan kenapa ramai orang menjauhkan diri dari Islam...dan sebab kita ni bangsa terpilih, yang confirm masuk sorga, semua salah silap kita tak nampak. Kita tuduh Yahudi dan Nasrani dengkikan kita.
Rasa nak masuk dalam gua!

Saturday, July 23, 2011

International Fair 2011

Semalam (22 Julai) ada International Fair 2011 bagi University of New England Armidale. International Fair ni sebenarnya berkonspkan makanan. Masa balik Malaysia hari tu sebab kesihatan tak berapa ok, terlupa terus pasal majlis ni. Dah last-last minit (sehari sebelum balik) baru teringat dan baru la semangat kitorang (saya dan Wae Jae) contact Tourism Malaysia. Last2 beli dodol dari KLIA dan ayah belikan kuih popia simpul satu balang. Kemudian saya dan Wae Jae pegi Woolies beli jelly buah-buahan yang made in Malaysia..hihihih
Hari Rabu Wae Jae bagitau Tourism Malaysia bagi baaaaaaanyak barang. Ada 4 kotak semuanya..Makanya booth Malaysia yang paling penuh dengan buku dan brochure. Kitorang perasan2 macam keja kat Tourism Malaysia kejap!heh.


Dengan Wae Jae - ada gaya staff Tourism Malaysia tak?? hehe



Kami dengan pengarah projek :)

Gigih propa mamat dari Austria nih. :)

We had fun :) Ini merupakan International Fair yang terakhir buat saya di bumi Armidale ni. Mungkin ada kesempatan lagi,mungkin tidak..Wallahualam.

Love and respect

Dijah

Thursday, February 10, 2011

Persekitaran yang mempengaruhi personaliti


Tadi masuk blog Arin dengan penuh semangat ingin tahu. Tajuk blog dia pekerjaan mempengaruhi kehidupan dan cara pemikiran manusia. Tapi Arin gedik tak tulis entry. Motip sangat pancing orang dengan tajuk yang catchy tapi takde benda yang tulis???hiks.



Tak, saya tatau apa yang dia nak tulis dan saya akan tunggu apa yang dia tulis based on that title sebab cara pemikiran Arin memang selalu lain dari saya. Dari segenap segi. Interpretasi berbeza. No, not because dia lawyer dan saya loyar buruk. Rasanya dari tingkatan 3 cara pemikiran kami tak sama.



I strongly believe that persekitaran kita mempengaruhi personaliti. Masa dalam kelas dulu lecturer psikologi cakap budak yang kecik akan develop personality dia based on persekitaran sebab budak-budak ni memang kuat perati sekeliling. Tu sebab saya risau kawin dengan perokok sebab saya takmo anak saya melihat bapaknya merokok dan merasakan bapaknya macho sebab merokok (budak kecik akan pandang ayahnya macho sampai la cecah umur remaja). Hancur luluhlah hati ibu vogue yang mengidap penyakit asthma ini kerana anak dan suami berlumba2 cuba melakukan kerosakan kekal pada tubuh badan mereka dan dalam diam cuba meragut nyawa ibu yang tidak berdosa ini.

Walau pengaruh rakan sebaya memainkan peranan, tapi penerapan oleh keluarga itu sangat mustahak ye anak-anak. Ayah saya bukan perokok dan alhamdulillah tidak ada seorang pun dari adik lelaki saya yang merokok. Mungkin sebab mereka sayangkan kakak mereka ini dan tidak mahu membahayakan nyawaku, atau mungkin juga mereka mahukan sperma mereka sihat-sihat sahaja, atau mungkin juga mereka mahu kuku yang cantik, gigi yang menarik serta nafas yang berbau segar sentiasa. Apa pun alasannya, saya yakin mereka tak bernafsu nak merokok sebab ayah saya bukan perokok dan adik lelaki sulong tak merokok. Jadi bila adik di bawah melihat ayah dan abang tak merokok, mereka tak bernafsu dengan rokok. Nasib baik Jay tak merokok.hiks.

Eh kejap, merokok ni perbuatan kan? Bukan personality kan. Demit, salah interpret ke ni. Whatever lah.
Saya merupakan seorang yang SANGAT sensitip. SANGAT. Sensitive DAN emotional DAN reflektif (ada ke perkataan ni) yang datang dengan pakej. Saya tak boleh kena maki sebab saya akan terkejut dan maki balik tanpa pikir. Pastu mcm menyesal. So, disebabkan supervisor pertama saya merupakan pemerhati yang sangat bijak, dia selalu melatih saya untuk diam sekejap sebelum reply. Tak, saya tak pernah maki dia. Tapi saya selalu reply dalam bentuk tangisan dan bahasa yang keluar pon macam bahasa makhluk asing dari planet marikh - saya sendiri pon tak paham. 
 
So normally encik boss akan bagi saya masa beberapa saat untuk fikir dan kemudian reply. Dia latih saya baca email 3 kali sebelum reply dan baca 3 kali email sebelum tekan send – sebab dia tak berkenan email takder tajuk, typo, bahasa tunggang langgang dan tak menjawab email yang dihantar.kekeke. 
 
Dia akan paksa saya amik kertas dan pensel walau saya tengah sedu sedan nangis nak lari balik Malaysia sebab dia mahu saya guna otak bila tengah sedih. Lama-kelamaan saya sudah improve sedikit. Walau bulu mata masih basah, otak saya masih mampu berfungsi. Saya masih kuat sentap, saya masih emo, saya masih bertindak balas kalau orang menyentapkan. 
 
Like what happened today bila encik bos number 2 menyentapkan saya – saya rasa lega saya masih boleh proses apa yang dia cakap dan cuba cari positive point uk improve. Walau saya sangat sangat sangat geram. Oh, dan saya boleh reply dengan steady walau tangan dah ketar. Kalau dulu, pasti saya akan just shut off my mind, burst into tears, berkurung dalam umah beberapa hari, langsung tak angkat telefeon even kalau mak telefon. Ask my mom, kalau saya down dedulu saya akan dera jiwa dan perasaan semua orang di sekeliling especially mak dan ayah. Saya akan diam, berkurung dalam bilik mcm orang hilang ingatan, takmo makan, tak angkat telefon. Pernah dulu masa putus cinta *pekup muka ngan tangan* ayah gigih nak hantar saya balik USM dengan van. Mebi ayah risau anak dia terjun jambatan Pulau Pinang. hahahaha. 
 
I am happy now sebab saya dah cuba improve dan sebelum mak risau saya akan kol dan cerita apa yang mengganggu jiwa dan perasaan saya. Alhamdulillah, rasa dewasa. Walaupun ada beberapa orang terkena juga dengan saya bila saya sentap dan terus letak telefon, at least saya dahulukan dengan ucapan "oklah yer, dah ngantuk nak tidur, bye" atau pun "good luck lah yer untuk phd ko" sebelum letak telefon dan menangis. Honestly itu jauh lebih cool dari terus letak tanpa warning atau maki hamun jurus ke tujuh. Saya bersyukur yang encik2 supervisor being hard on me. Depa ulang-ulang cakap yang depa nak saya jadik kuat and after 2 years saya sudah rasa saya lebih best! *mcm iklan testimony pengguna*

 Honestly environment di Armidale merupakan environment yang banyak membentuk saya. Saya sedar yang selain kpop ada lebih banyak masalah dunia yang saya perlu amik tau since saya bercampur dengan ramai orang dari pelbagai negara. Jadi sekarang saya ada jugak ambik tau hal dunia selain kpop. Tambah pulak depa suka bagi pop kuiz yang menyantapkan. Tadi orang tanya jenis tanah yang saya tau. watdehek. Saya tatau apa-apa pun pasai tanah gambut, liat, pasir. Itu je tanah yang saya tau...hahaha. So, disebabkan orag kat sini suka amik tau benda2 sekeliling mcm ni, saya mesti kena tau jugak. Kalau tak nampak mcm bimbo bertudung.

Disebabkan saya selalu sebatang kara, saya cuba untuk realise yang saya tak mampu nak paksa sapa-sapa kawan dengan saya. Saya tak sentap bila orang tak angkat fon atau tak sms. Orang takmo kawan sudah, nama kamu dolah. Dan sila percaya saya dah kurang sikit bercakap, especially cakap merapu *sila tanya mak saya untuk testimony*, dan saya dah cakap dengan lower volume. Sbb masa memula sampai saya sini cakap mcm guna mikrofon, orang sini cakap mcm malas bukak mulut. Saya masih bersuara lebih lantang dari depa tapi dah slow sikit.hiks. See, sekali air bah, sekali pantai berubah (boleh ke guna peribahasa ni?)
Nasihat saya marilah kita sama mewujudkan persekitaran rumah/kerja yang positive dan best. You will never know who will benefit from it.
 

Oh god entry meleret. Tapi saya suka tulis merepek2 camni dari meroyan pasai kpop. Honestly writers block. Thanks to Arin atas tajuk ini..haha. Kalau ada sesapa nak bagi idea topik untuk saya tulis sangatlah dialu-alukan. Sebab rasanya macam lepas ni hehari je entry carta 15 lagu terpasang dan berita kpop. Tapi kalau korang rela entry kpop dan lagu carta 15 lagu semedang..takpe lah. hehehehehhehehehehehehehheheheh.

Tuesday, February 8, 2011

Saya yang tidak berfakta


Depa suka bersembang topik2 kurang menarik. Langsung tatau pekebenda.hahaha
1.
A: "Armidale ada lebih kurang 20,000 penduduk. Kuala Terangganu ada berapa orang penduduk?"
Dijah: "Hah? Bukan asal Terengganu. Asal Ipoh"
A: "Apa populasi Ipoh?"
Dijah: "100,000" hahahahahahhahahah saya bantai dengan penuh bergaya…
Saya ingat orang keje banci je tau bilangan penduduk seme nih? Macamana nak tau kan? BIlangan penduduk opkos la tak tetap kan, orang meninggal, orang pindah, orang lahir, orang kawin lari kat siam. isk! *alasan*
Populasi Ipoh 700,000 okesss.


2.
A: "Semalam hujan 20 mm"
B: "Eh, pagi tadi saya amik bacaan belakang umah 26 mm"
Dijah: ohdimanakahakukniberada? "Kenapa rekod hujan?"
B: "Oh, memang rekod hari-hari kalau boleh pastu plot atas chart. So boleh tau berapa banyak hujan kita terima"
Dijah: Tapi kenapa nak tau?
B: Saje nak tau. Malaysia terima berapa banyak hujan bulan-bulan?
Dijah: Malaysia hujan hari-hari jadi penat nak rekod. Kadang sampai banjir…So nilainya tatau tapi sangat tinggi *wah propa lagi*hahaha.
Sejak menulis thesis baru tahu yang secara purata Malaysia terima hujan lebih 1000 – 2000 mm setahun ye hadik hadik.


3.
A: "Nama burung tu magpie, yang tu parakeet. Kat Malaysia ada burung apa?"
Dijah: "Err, burung?? Saya duduk kat kawasan yang takde banyak burung…Tapi, selalu dengar ada burung gagak, burung hantu, burung merpati, burung kakak tua, burung layang-layang"
Hakikatnya u ols saya tak pernah amik kisah kat burunggggggggggggggggggg. :(

Cuba tanya apa nama betul TOP atau nama lagu2 solo Yamapi atau nama stiap orang ahli kumpulan SuperJunior atau tanya nama lagu Big Bang atau tanya pasal kontroversi Jay. Confirm saya boleh jawab. huks.

Sunday, February 6, 2011

Mahu update

1. Proposal untuk experiment terakhir telah direjek dengan bergaya sekali. Tapi saya tak down sebab depa reject dengan gaya sempoi, takde rasa mcm bodoh sangat "Tell him [principal supervisor yang tak dapat hadir] that we throw out both of your proposals hahahaha". 

2. Mengadu domba dengan principal sv melalui sms [bolehhhhhh???hahaha] dan dia jawab mcm bapak2 - 'Remember that this process is meant to improve decisions and may mean the need to mount a stronger case for your options'.

3. Rasa mcm tak depress tapi hari meeting tu lepas lunch dah balik umah tido, malam bangun untuk makan and mandi. Semalam pun tidur SEPANJANG HARI. Bangun untuk makan dan mandi je. Gosh.

4. So, tengah timbang tara options yang ada untuk final eksperimen. Maybe kena buat 2 instead of 1. Dan sekarang sudah berlapang dada dengan kemungkinan kena buat extension. Ake cakap kenapa perlu stress kalau kena extend - bukan ke suka dok Armidale? So, thats so true. Let it be.

5. I'm currently waiting for Big Bang 2010 Concert DVD *sengeh* untuk sampai di pigeon hole.

6. Kebarangkalian Jay dan BIG BANG datang Sydney tahun ni adalah tinggi sebab skang kat Aussie depa nak jadikan jemputan artis korea sebagai aktiviti tahunan. Sentap kan??

7. Member bukak kedai makan thai yang baru. So happy for them. 

 Tolong kelim karipap

Dengan anak taukey kedai..hehehe

8. Sebab panas gila kat sini dan saya kena pi sampling kat field, so skang ni lebih hitam berkilat dari biasa. Tapi rasanya takde beza masa kat UMT dulu. Cuma bila kat sini sempat berlaku proses pencerahan sket sebelum nih..tu yang rasa makin gelap..sebenarnya sama jer..hehehe.

Thursday, January 13, 2011

Gambar cuti-cuti menjelang tahun baru

Kami memula pegi Koala Hospital. Best! Dapat tengok banyak Koala yang dah diselamatkan dari bushfire.


Tapi yang tak best, Koala kuat tido. Kalau tak silap depa just jaga bape jam je utk makan. Selebihnya megholoh, bak kata orang Perak (maksudnya tidor) .hehehehhee. So semua Koala tengah tido baekkkk punya atas pokok. Yang pelik, tak pulak jatuh tergolek! Dan satu lagi yang tak best kat sini takleh peluk cium Koala. So just tgk dr luar..

Punyalah ramai orang sini moskel bila dengar saya masuk kelas renang (depa bayang saya pakai bikini - tapi macam takleh diterima dek akal). Anak-anak tuan rumah siap datang umah, nak tengok baju renang. Curious gituh...Rupanya mak depa yang kepochi siap tanya Elodie dan suh anak depa jadik spy...OMG. Ingat Melayu je menjoyah! hahahahahahhahahaha.
Terimalah teletubbies di tepi pantai
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tapi sebab orang semua pandang pelik dan sebab panas nak mampus mcm bahang api neraka, saya tak berenang dah esok dan lusa. Takpelah, lagi best mandi dalam kolam kat Armidale nih. Orang tak pandang pelik dan tak berombak. ps: Ini bukan pose untuk majalah mangga! hahah.


Setelah berjaya jumpa tempat berteduh untuk satu malam dan diberi pinjam tempat masak BBQ neh, maka malam tu kami sakan kenduri..hehehehehhehe







Pantai mana tah tak ingat. Sebab pegi 3 pantai..Konpius!!




Masa tidur kat backpackers di malam kedua, katil mengadap benda alah ni. El kata benda ni memotivasikan dia. Hahahaha. So, amik gambo supaya dia kenang kata-kata nih.

Monday, January 3, 2011

2011

What a waste mulakan entry 2011 dengan royanan sakit ati kat orang, kan? So, sebelum masuk tidur rasanya nak tulis sikit.

2011 ni kalau boleh nak habiskan eksperimen. Memohon kepada Allah supaya dilancarkan semuanya.

Sadly, itu je aim untuk 2011. Kalau 2010 dulu ada la jugak target nak buat itu ini...Tapi rasanya 2011 ni harapnya dapat teruskan apa yang dah dimulakan - menabung, memasak, driving, swimming.

And I hope to minimise communication with people. Mungkin orang rimas dengan kemeroyanan saya or keoversensitifan saya. So, saya akan cuba minimakan hubungan sosial dengan manusia. Walau saya tau cuba tak semestinya berjaya, tapi saya harap sangat niat saya ni dipermudahkan Allah. I'm going to be 29 dan dah malas nak carik pasal ngan orang. hehehehe.
Esok start masuk keje. Badan penat lagi sebenarnya dipaksa trekking (betul ke istilah nih?) ngan Elodie (El)- sumpah, sampai rasa nak nangis trekking dalam panas terik lebih dari 2 jam - 2 hari berturut2. Bukan lemak je terbakar, rasa mcm daging dah tulang pon terbakar. Sekarang kalau timbang sure ringan sebab tinggal berat kering jer dah..hehehe.

Masa bercuti dengan El ada la sebabak dua drama - depa letak kitorang sebilik dengan pat lima orang jantan2 hot kat hostel backpackers. Tu pon sedar sebab masa berenti nak solat, sedar dalam bilik ada kasut jantan, rokok ngan arak. So, mintak tukar bilik, takleh. Apekah?

So, kitorang bagitau dia kitorang nak blah tido tempat lain (dengan penuh yakin) dan management pulangkan duit deposit kunci masa saya nak angkat takbir - so takdan nak sembang apa. Lepas solat El tanya saya sempat tak mintak refund untuk bayaran 2 malam. Camno nak mintak refund tgh solat? Ingatkan El mintak refund - rupanya dia sebok punggah segala bahan mentah yang kitorang beli (untuk BBQ di malam tahun baru) dari peti ais. Pokcik tu dah larikan diri. cis.

Yang kitorang hangin bukan apa: Bebudak laki ni semua beli bertin2 beer dan berbotol2 arak. Motip letakkan kitorang sebilik dengan laki walaupun depa tak mabuk? Dahtu pulak org kaunter kata management takde malam ni ngan besok. Jadik kiranya keselamatan 2 orang pompuan yang diletakkan sebilik dengan jejanz2 nih takde sapa nak jamin. Then pulak ada 2 lagi bilik yang kosong, dalam 4 katil 2 tingkat setiap bilik. KOSONG. Tapi dia tak bagi kitorang dik situ. Malas mengemas katanya. Haiyohhhhh. So, misi pelarian bermula. Sedih sangat mencari tempat tido malam tahun baru. Most tempat mmg dah fully booked - tambah pulak ni cuti sekolah sampai hujung bulan.

Dipendekkan citer dalam kul 8 lebih jumpa satu motel terpencil tepi jalan ada vacancy. Dapatla tumpang berteduh satu malam dan masak segala bahan mentah yg dah beli tadi. Kul 11.30 dah tido dah..tak larat nk tunggu tahun baru sebab siang sebelum drama penat pi jenjalan lawat koala ngan pi berenang mcm orang gila kat laut...hehehhehehehhe.
Hari kedua juga gila sebab skang plan dah tukar habis. Pegi pantai lain tapi saya tak mandi sbb mmg panas nak mampus. Then kena seret gi mendaki waktu tengahari rembang. Dah menitis air mata dah sebab mmg pekejadah la mendaki bila matahari panas terik dengan topi tak bawak. Ingat nak pengsankan diri supaya helikopter datang rescue. Pastu dengan penat separuh mati, sesat pulak tak jumpa jalan keluar....Pulak, tetiba tercongok sekor kangaroo lagi besor dari saya dalam jarak 2 meter. Dia stare kitorg sampai tatau nak watper. Then dalam 5 minit jugakla berdirian berpelukan kekakuan - sebab El cakap jgn bergerak. Sib baik dia tak kata jangan bernapas. Kalau tak kejung dah. Last2 kitorang blah je slow2 bila dia mcm tak heran kat kitorng - makan rmput sambil sekali sekala tgk kitorg. Cis. Kalau tau dia tak attack takde la gigih berpelukan sakan kaku maku segala.
Dengan penat nak pengsan, misi cari tempat tidur bermula lagi. SEMUA hotel/motel/caravan park yang kitorg pegi takde vacancy. LAst2 baru kitorg guna otak - telefon dulu segala hotel/motel/tempat backpackers sebelum terjah and dapat tau ada kosong kat tpt backpackers dalam sejam lebih dr tempat kitorg telefon. Then sampai situ okeylah walaupun toilet/shower share. Depa bukan rajin mandi sangat pon. Best le jugak kat tpt backpackers ni ada jugak org2 ramah.Ada org tanya2 soalan pasal PhD kitorg masa dinner- terus rasa mcm confirmation seminar..keke.Then masa nak balik tadi tetiba ada pakcik tua bagi salam. Sentap. Dia kata dari Malaysia ke? Dia kenai cara pakai tudung..hahahhahahahahahahah. Lawoks.
So tadi pi teman El mandi sungai. Ingat nak masuk dalam sungai sekalik, tapi depa nih tak baca papan arahan yang anjing prohibited mandi sungai - ada la lebih 2-3 ekor mandi dalam sungai tu which I dont like. Motip tak baca arahan? So, in the end saya tido bawah pokok dan tggu El habis berenang. Then menuju ke balik ke Armidale - singgah pulak natural park. Ala2 trekking lagi 3 jam. Panat tapi tak nangis la tadi sebab teduh. Kalau terik mcm semalam memang saya akan pepura pengsan je biar org seret balik. Tak koserrrrrr. Ya hampun, lepas ni kalau El ajak bercuti lagi ngan dia, nak serender awal2..hahahahah. Gila berjalan ler dia nih. So, kesimpulan - sangat penat. Ada drama jugakla masa jalan tadi sbb banyak pacat. Dia nih penggeli gila kat pacat tapi pakai shorts trekking. Asik bergema bunyi dia menjerit hysterically - hahahahhahahaah.mati la semua anak-anak burung dalam tu. Orang yang belakang kitorng pon jadi seriau bila tgk kitorg over berperang ngan pacat..Semua pon cek2 kaki/selipar segala..hahahahahha
Dah puas berdrama - time to work tomorrow.


Err, kalau bangun pagi. hiks.

Sunday, December 19, 2010

Disember

Akhirnya, merasa bercuti dalam erti kata yang sebenar. Tak pegi uni on weekends.ngehngehngeh.
Last Thursday was the day - Meeting dengan supervisors ttg progress setakat ni. Alhamdulillah dah habis 7 experiments dan dah present briefly on the summary of the experiments... Skang tgh plan for the final experiment. InsyaAllah akan start last experiment baru bulan 2 sampai bulan 6. Lepas tu dah boleh focus writing. Bulan satu akan buat satu observation on field. Skang tengah pikir method untuk buat observation.
Cuti, cuti jugak, tapi tetap jugak encik bos peringatkan yang 80% lit review kena submit ASAP. Suppose due on November tapi sebab busy ngan experiment dan ada ugutan untuk berhenti study, encik bos tak mintak..hehehheheheheheheeheheheheheheheh. So ingat nak try hantar January. Maknanya, cuti-cuti Krismas ni kena pulun gak wat keje.

Kelas renang best, dah takyah guna pelampung. Kadangkadang tenggelam, banyak kali tertelan air. Semalam siap sampai demam-demam sebab stay dalam pool sampai sejam. Selalu setengah jam je dalam pool tapi sebab semalam kelas last untuk tahun ni, terlebih semangat prektis berenang.hehehe. Terlupa yang sepanjang minggu depan akan join kelas intensif selama 5 hari. Tapi 30 menet je sehari. Dengan keadaan cuaca armidale yang menggila skang ni, eloklah 30 menet jer. Kang tak pepasal demam sampai tahun baru.

Rumah baru ni best. Tenang jer. Nak memasak pon best. Selalu gilir-gilir masak ngan elodie. So, kalau saya tak larat masak dia masakkan. Kalau dia tak larat saya masakkan. Selalu saya masak simple-simple je - goreng2. Dia pon jenis yang tak banyak songeh bab makan...so, senang..Anak2 tuan tanah pon best. Ada satu malam tu depa mai umah ni jemput untuk ke pertunjukan sarkis. Rupanya depa yang buat performane feeling2 sarkis kat tempat parking kereta! keke. Sampai sakit perut gelak tengok performance depa..kekeke.

Oklah, sekian dulu untuk kali ni. I will update later.

Thursday, November 25, 2010

Kawin

Dulu saya pernah niat nak kawin lari kat Siam. Saya pon tak sangka saya begitu series sampaikan bukak thread kat forum tempatan. Sumpah, sampai skang malu dah nak masuk forum tu walaupun orang tak kenal. So, orang-orang yang tak dikenali nasihatkan bertindak mengikut akal. Saya juga pernah consult kawan baik. Saya takkan lupa saya bersengkang mata ber'ym' dengan dia berbincang hal ni. Tapi saya harap dia lupakan segala apa yang kami dah bincangkan..kekeke. Antara nasihat dia yang saya ingat sampai hari ni. "Aku takmo ko kawin koboi. Aku nak pergi masjlis ko. Nak tengok ko pakai baju kembang yang cantik. Aku nak tengok ko pakai crown. Ko tak teringin ke wedding proper? Potong kek 3 tingkat?"

And then berkat doa mak ayah atuk opah adik beradik rerakan dan mungkin juga musuh, saya tak jadi kawin.. Bukan saja di Siam, saya tak jadi kawin hatta di Malaysia sekalipun. So, takde baju kembang yang cantik. Takde crown segala. Takde kek 3 tingkat. Takde.

Ini baru mukaddimah yer, belum masuk isi penting. Sebenarnya saya ada pandangan yang lain tentang kawin. Dan pandangan saya adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dan berada di sini dikelilingi orang2 yang bersefahaman dengan saya membuatkan saya agak gerun dengan diri sendiri.
Fiona tanya saya kelmarin – Macamana wedding kat Malaysia? Tu budaya ke adat? Apa upacara agama yang wajib?

So, perbincangan berlangsung di dalam lab tatkala kami gigih buat kerja (multitasking la sangat kan…)
Kesimpulan berdasarkan persembangan panjang berjela adalah majlis perkahwinan di dunia nih dah menjadi satu benda yang sudah tersasar dari matlamat utama. Tak kiralah kita nih dari golongan kaya raya mahupun sederhana, kita pentingkan fairytale dreams – especially bila media ketengahkan majlis kawin orang kenamaan dan artis glemer.

1-Hantaran mahal nak mampus. Belanja je dah berdegar2, kalau pompuan ada degree katanya 10k. Macam jual lembu untuk korban je bunyinya. Lembu korban kompom masuk sorga. Kita? Tu belum masuk hantaran yang cecah RM444444.44. Last2 hujan di tengah hari :( . Kalau rasa vogue sangat dan rasa anak tu bernilai, naikkan mas kawin yer, bukan jumlah hantaran. Ni maskawin cukup2 ikut kadar negeri..agaknya kalau negeri letak rm1.50 pon gigih nak ikut. Tapi hantaran………humang hai…sampai beratus ribu. So sebenarnya nak puaskan hati sapa ni? Yer, nak puaskan hati makcik joyah sebelah rumah supaya dia takleh nak menjaja cerita. Trust me, kalau dah namanya kaki joyah, pengantin kawin lipstick terlebih merah pon akan jadik isu. Ropol baju macam kain langsir pon leh jadi bualan di tembok umah setiap pukul 6.00 petang lepas tengok ulangan cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tu belum lagi kalau bulu mata palsu tersenget atau terlebih pantis kening. Masa makcik saya kawin tatkala usia 29, makcik depan saya sempat menjoyah walau saya pakai baju 'uniform' yang menandakan ahli keluarga. Memandangkan tu geng marhaban opah saya saya sabor je le. Kalau ikut hari nak je mengadu domba kat opah biar team marhaban depa berpecah..(batu api sgt) kekekeke

Okes, masuk bab barang hantaran. Barang hantaran merupakan hadiah dari satu pihak dari satu pihak yang lain. And since this occasion is once in a lifetime (hopefully) kita kalau boleh nak buat yang terbaik. Opah pernah cakap zaman dulu-dulu hantaran sebenarnya utk menonjolkan skill bakal isteri. Pandai menggubah tuala berbentuk angsa, pandai buat bahulu ikan dan so on. Itu sebab konsep sebenar hantaran adalah banyak makanan. Serta, makanan2 itu bolehla dimakan oleh para rombongan ketika dalam perjalanan pulang ke kampong halaman tercinta. Mari kita tengok konsep hantaran hari ni. Mostly barang berjenama. Saya pernah ada senior yang kawin dapat hantaran SKII.

Saya tanya – ok tak pakai SKII kak? Muka saya nih sensitip, kotla pakai benda2 mcm ni boleh serasi. Jawab dia - Akak tatau dik,akak beli ni untuk hantaran dik. Kalau tak, tak merasa.
Tak kisah pun korang nak buh hantaran benda mahal2..Bila lagi nak merasa kan? Tapi hakikat yang kita tak sedar,kita secara tak langsung dah bubuh standard untuk masyarakat. Makcik2 pon satu, sibuk menjoyah kat umah orang kawin – meluru masuk bilik pengantin kerobek satu2…siap leh bisik2
"Mekap AVON…" nak je sound "Dah dia pakai AVON takkan lah nak buat hantaran Clinique pulak kan?"
Agaknya makcik2 ni ingat kalau kita pakai sabun cap kapak, haram jadikan sabun cap kapak sebagai hantaran.

Saya cuma terfikir : Tak boleh ke hantaran simple2 saje? Kereta merc, gitar letrik, iPhone segala tu rasa mcm lebih kepada hadiah hari jadi yang digedebukkan sekali. Saya suka je tgk hantaran orang tapi seriously, saya memang tak terpikir nak beli benda yang mahal hazabedah mcm ni. Harapnyalah.

2-Kawin konsep tema angkasakayanganbulan. Ni lagi satu. Saya paham konsep orang buat kenduri kat dewan sebab nak muatkan ramai orang. Kalau kat umah lagi la saya paham. Cuma yang saya konpius kalau kawin siap ada projector, ada karaoke, ada band datang main. Silap takde power point presentation dan badut dan silap mata je. Its too costly, at least for me. Belum masuk benda asas mcm khemah, makan utk satu kepala, kad cikai. Ada kad yang sampai 2 ringgit sekeping. Paling habis pon orang simpan dalam lemari je kad tu. Ada org simpan dalam album. Tapi banyak yang buang je dalam tong sampah. Yang benda tak wajib lah yang mahal nak mampus – pelamin konsep angkasaraya, bunga segar dari Cameron Highlands, fotografer, mak andam, baju kembang kuncup merelip2, crown palsu, cadar tekat benang emas…belum masuk door gift lagi..Mak aih…mau botak mcm nih. Tu belum lagi konsep warna tema satu keluarga – kena beli berkayu-kayu kain..last2 sama warna dengan langsir…hehehhehe.

Saya suka tengok orang kawin, tapi saya berdoa pada Allah andai saya sampai jodoh di dunia nan fana ni, saya nak buat sederhana je. Andai kata terover dari yang saya mahukan, saya niatkan untuk menjaga hati mak ayah atok opah. Sebab dah penat carik pasal ngan mak ayah selama 27 tahun :(. Takmo inai2 awan larat, bulu mata palsu, baju mahal, crown palsu, hantaran mcm hadiah krismas, bilik macam showroom. Takmo bunga manggar berarak disambut lempar bunga rampai. Sebab bagi saya majlis kawin adalah majlis untuk menghebahkan kita kawin supaya tak jadi fitnah kita bersekedudukan. Harapan kita supaya orang doakan kita dan kita bersedekah kat orang. So, bagi saya pengantinlah yang kena layan tetamu..Tanda terima kasih datang. Tapi kita sekarang konsepnya gigih posing kat pelamin feeling2 anggun cam model sampai ramai orang datang tak sempat jumpa pengantin. Ramai orang datang sebagai tetamu pulak nak melahap tanpa jumpa pengantin memberi nasihat atau mendoakan mereka. Takde bezanya dengan masak banyak2 pastu longgok depan umah bagi orang makan. Dan takde bezanya dari pegi kedai makan tak bayar dan tuan kedai halalkan. Oh, ada beza, pengantin pakai crown palsu.

Again, I'm not saying this sebab saya rasa saya je betul, semua yang lain salah. Saya tulis apa yang saya rasa. Nak kata saya sourgrape katalah. Nak kata saya meroyan sebab tak kawin katalah. Konsep saya tulis kali ni adalah seperti – suka melihat artis korea menari dan menyanyi di atas pentas tapi saya tak mahu menari dan menyanyi di atas pentas. So, saya takde masalah bila orang lain kawin dengan cara mcmana pun sebab tu duit depa. Depa buat loan sebab nak kawin berkonsep angkasaraya - saya sedih tapi bila pikir balik bukan duit saya, saya dah boleh go on dengan life :)

"So, you just want to marry in the mosque here eh?"
"Yes, I wish I could. So that I wont be obligated to do things I don't want to just for the sake of satisfying the society. Its my money. Not theirs. My wedding. Not theirs"
"I hope I'm invited"
"You will be. It will be just a simple BBQ"
"Okay! I'll wait! "
--------------
Kesimpulannya – saya pernah nak kawin lari kat siam..kekeke. Saya mohon ampun kat mak ayah atas pendedahan eksklusif kali ni..Harapnya mak ayah tidaklah bertanya lebih lanjut..keke..Namun demikian, kali ni mohon restu sebab niat nak kawin kat tempat lain pulak...ada cadangan tak kat mana patut saya nikah?
A-Masjid di Desa Perwira, Ipoh
B-Masjid di Armidale, Australia
C-Masjid di Seattle, Washington
D-Masjid di Seoul, Korea Selatan

ps: sangat suka konsep budak taayah datang kenduri kawin orang dan bersembang-sembangan reunion mcm itu bukan kenduri kawin :). Sampai pengantin pon tak control ayu.

Tuesday, October 12, 2010

Dari Toronto ke Armidale

Treatment untuk eksperiment hari ni setel. Dua hari berturut nonstop dari pagi sampai lunch dan kendian sambung sampai petang, dengan masalah wanita yang menyebabkan sakit pinggang dan kebas2 kaki, memang rasa sikit lagi nak pengsan. Tapi kemuncak bila encik bos terjah dan kata dia nak jumpa lepas lunch bincang pasal result eksperimen lagi satu (2 eksperimen serentak tengah berjalan). Saya pon apa lagi, nak cakap 'takmo jumpa' tapi tak terkeluar. Saya cuma kata 'saya cuba'. 'Takyah prepare apa2' kata encik bos.
Kendian mulalah meroyan bercakap kat diri sendiri sambil wat keje.
'Apa benda nak tunjuk kat encik bos ni, takdan key in data pon.......' pot pet pot pet kat diri sendiri
Fi dengar, dia bagi idea.
'Takpe, nanti masa jumpa bos buat analisis tang tu'.
Masalahnya otak saya jemmmmmmmm. Kalau sedap mcm jem stroberi takpe gak. Ini memang jem. Air mata dah mula bergenang. Rasa nak balik umah je sebab sangat tak larat, tapi kena tggu 6 jam lepas treatment untuk remove watering jar...huffffffffffffffffffffffffff.
Saya stress dan balik opis utk lunch. Wijdan pulak meroyan.
So, lepas dengar wijdan meroyan saya gelak. Bukan seronok sebab apa, tapi sebab u r not alone gituh. Meroyan berjamaah adalah BEST! Lawak pulak sembang ngan wijdan bila meroyan bersama. Ala2 berlawan sapa punya masalah lebih perlu royanan. kekkekek
The backpain is killing me, seriously. Ni bahana angkat benda berat dengan postur yang salah jugak ni. Bengkok kaki! Lepas ni kena ingat kena bengkokkan kaki kalau angkat benda berat.

Dan akhirnya, bila encik bos kata 'lepas habis 2 eksperimen ni..ada lagi satu eksperimen kan?lepas tu kita kena sit down diskas seme sebab kita tinggal SATU je lagi eksperimen dan you akan setel dah. Just writing untuk PhD. Yes, satu je lagi eksperimen di tahun 2011. Satu. Ya Allah...permudahkanlah urusan =). Terus tak jadi nangis dan quit PhD, setakat ni. hehehe

-------------------------------------

Tajuk Toronto, Armidale. Sebab apa? Sebabbbbbbb tetiba hangatla pulak isu Bebudak UTP hantar salam perantau, katanya Univ Toronto. Seriously, bila saya baca cerita ni memula..saya tak berapa nak heran. Biorla sesapa nak hantar kat salam perantauan tu. Bukannya sapa nak belek pon. Nasiblah kalau terpilih sedangkan saya pernah hantar tapi tak terpilih pon..hehehe. Setakat salam perantauan, just nak wish kat kengkawan ngan kenalan. Kompom seme kontek family kalau nak raya, tambah lagi bila teknologi canggih ni....skype, FB..seme ada. So, tak lah berapa setuju bila orang kata kalau bebudak ni buat prank mcm ni menyebabkan kurang peluang bebudak kat osea nak terpilih. Berjota orang hantor salam perantauan ni. So, kalau setakat seratus (saya jangkakan 100 pranks) ni, tak meningkatkan chance pon untuk terpilih tersiar dalam akhbar.
Cumanya, saya bila baca orang komen maki utusan...saya mcm terpikir..
Komen orang

1) Kenapa utusan tak verify betul ke tak yang hanto tu dari osea?

Ya Ampun..ruangan tu adalah ruangan free untuk ucap selamat hari raya. Motip nak sahkan bagai. Lainlah kalau berita-berita yang menjana minda. Sedangkan berita pun ada paper yang tak sahkan sumber sohih atau tak, main tulis je, inikan pulak ruangan ucapan selamat hari raya..kekeke
Camno depa nak sahkan bebudak tu kat osea? Kena kontek JPA/tajaan/uni luar negara? Kalau depa bagi email uni tempat belajo, utusan kena email sorang2 ke? Bukan anouncement dapat pangkat Datuk ponnnnn.

2)Gambo tu tak melambangkan gambar osea. Utusan tak leh detect ke?

Hadoi, kalau belajar di China kena bergambar dengan tembok besar china? kalau belajar dekat thailand kena bergambor ngan patung buddha? Kalau belajar kat India kena bergambar kat Taj Mahal? Ingat semua orang kenal ke pokok asam dan tau pokok asam takde kat Kanada? Its just like you assume semua orang tau Alpacas ruper macamana dan takde kat Malaysia. Utusan kengkononnya nak menunjukkan depa tak prejudis. Bergambo pakai tshirt Ben10 berlatarbelakangkan kambing pon depa tak kisah. Sebab depa percaya rakyat Malaysia takde nak tipu sebab langsung tak datangkan faedah. Tak rugi satu sen, tak untung satu sen pun.

3) Depa purposely eja University of Toronto Canada sebagai Universiti of Toronto Kanada supaya pihak utusan boleh detect kesilapan dan tak siarkan.

Seriously, apa sebenarnya ni, nak masuk paper ke takmo? kekekekek.

Bagi saya, utusan keluarkan artikel sebagai respon bela diri ala2 reputasi tercalar. Tapi bagi saya secara peribadi..utusan should just ignore. Dah buat ruangan free untuk bagi peluang untuk orang ucap selamat hari raya pon banyak songeh. Korang nak prank, pranklah. Ntah apa yang dapat entah..kekeke

Kesimpulannya mudah je. Tutup je lah ruangan salam perantauan ni. Lebih baik fokus pada berita-berita yang lebih penting. Daripada korang2 berbangga konon berjaya tipu utusan baiklah korang tolong photoshopkan gambar I ngan Jay.kekeke.

Saya bukan ada share dalam utusan, langsung tak. Peminat pon bukan. Saya cuma tak suka bila orang tau komen tapi tak boleh nak bagi idea camno nak buat. Pandai nak salahkan orang je.

Beralih kepada Armidale (konsep tajuk), masjid jual daging halal. Semua org ada akses masuk masjid bebila masa untuk beli daging. Takde penjaga, pandai2 lah sendiri amik daging dan bayar kat tabung. Duit belen pon ada disediakan. Berbekalkan konsep percaya. Percaya yang orang Islam ni berpegang kepada konsep Allah maha melihat, dalam masjid pulak tu, melibatkan makanan yang akan jadi darah daging.
But what happen is...duit daging maging ni asik short beratus2 dah bertahun. Saya baru tau since saya AJK. And Alhamdulillah AJK batch saya ni semua vocal. So, once bebudak laki dapat tau, depa decide nak buat penjualan daging berjadual. Mampusla kalau orang tak puas hati. Dah malas nak pikir apa yang orang pikir..Kita PERCAYA orang akan AMANAH, tapi susu balas tuba. Kita bekalkan daging halal supaya orang yakin dan senang. Tapi orang sapu daging halal tapi tak bayo. Motip carik daging halal tapi takmo bayo? I was so sentap masa dapat tau sebab rasa mcm tak logik. Sampaikan mamat yang cerita kat saya sudahnya kena tenangkan saya. kekek. Its either depe memang terlupa bayar, atau tak reti baca harga, atau takde duit belen yang mencukupi.Saya geram sebab benda ni menyusahkan orang - bila wat jadual, maknanya orang tak boleh beli bila-bila masa. Dan lebih susah pada pompuan2 yang takmo berasak ngan lelaki. Kadang kalau saya nak beli pon saya pesan kat memana AJK lelaki, depa tolong belikan. The, AJK pulak kena tambah keje take turn jaga daging. Saya dah bgtau awal2 saya takmo jaga sebab dalam pada depan AJK lelaki pon depa leh selamba badak je amik daging dan berlalu. Macamana kalau saya yang kecil dan lemah ini? Lagi la tak daya nak buat apa2. Lagipun selalu yang beli orang lelaki, so kesian bebudak laki kena jaga..heheh

Kecik2 bangga konon tipu paper, bila beso nak tipu mesjid plak? Tak berpaedah langsung. Orang Islam warisan nenek moyang je bangga ngan menipu, prank seme ni. Sekian.

Tuesday, August 10, 2010

Kasih ibu

Pernah terfikir apa yang mak kita akan rasa kalau kita meninggal?
Khamis lepas birthday Charlie. Saya email mak dia, ucap terima kasih kerana lahirkan Charlie. We are missing her so damn much.

Dan ini reply mak dia.

Dear Dijah,

I was very moved to receive your email expressing your personal thoughts and emotions, I can understand it was a hard day for you. It was a very hard day for us also and for Rachel who is in Nowra. I think it was especially hard for Rach because she is away from home.

Ralph and I are keeping going with the continual work on the farm but the wound is still very raw. Some days are OK but on others I still feel very sad.

I hope your PhD is going well. I think of you often, sorry I haven't emailed you but I find it very hard because it brings out so much emotion.

I would love to see you again well before you finish your PhD. If you feel that you would like to visit Charl at any time we would be more than pleased to have you stay with us. If you wished to come down on the train we could pick you up from the station or the local airport if you prefer to fly. I don't think I could handle the trip to Armidale. Charl's headstone and kerb have been put into place and we are keen to commence the garden before the spring commences. I will send you a photo when the plants I have selected have been planted.

I told Rach tonight that you had emailed me and she asked me to let you know that when you asked her, before Charl died, to be your friend on facebook and she declined, she didn't realise at the time that it was you and that she would love to be your friend. She apologises and hopes you weren't offended - she really didn't know that was you - she recognised your ID, I suppose, when she went onto Charl's facebook.

Take care Dijah. I know that you miss Charl very much, she was a very loving and caring girl and great company. That laugh!

Please say hello to Lewis and Sarah for us please.

I look forward to hearing from you at any time.

Love,
Chris

Kasih ibu, selagi hayat di kandung badannya..

Hello!


Salam sayang buang peminat2 sekalian. Mohon maaf atas kemalasan yang melanda, sehingga sudah lama blog ni tak berupdate.

Keadaan di sini seperti biasa, meroyan-gembira silih berganti bagaikan ombak yang menghempas pantai tanpa henti. Kerisauan di hati bagaikan buih-buih di lautan, banyak, walau tidak kekal lama. 

Saya kini sibuk dengan persiapan untuk ke Melbourne untuk conference. Entah, hati rasa tak sedap pulak nak tinggalkan Armidale..tambah pulak dah terkena penangan solat terawih jemaah kat masjid! best!
Hidup agak lintang pukang dek kerana semester ni saya ambil kelas STAT asas dan juga menggipangkan diri mengoffer diri untuk jawatan siti situ sana sini.

Isnin, kelas. Selasa, tutorial. Rabu, kelas. Khamis, lab comp. Jumaat, kelas. Itu yang wajib. Yang tak wajib seperti aktiviti mesyuarat persatuan-persatuan dan juga aktiviti sampingan sedikit mengambil masa bersosial dan melepak saya. Kesannya,saya kurang masa bersama anda. Kalau kaya dan rajin, biasanya saya akan kol insan2 terpilih. Kalau tak, saya akan terus pengsan lepas kena marah ngan mak sebab tido lewat. Tapi saya tak boleh komplen sebab saya yang gipangkan diri. Sebab saya tau saya hanya boleh kerja tanpa malas2 kalau tau saya kurang masa.

Hujung bulan, bebiri baru akan sampai. Hanya lapan ekor.
Eksperimental design sudah siap, alhamdulillah. Perlu buat validation dan persiapaan untuk eksperimen seterusnya. Dalam proses writing journal paper *nanges* dan literature review *muntah*.
Encik bos sudah jeling-jeling. Saya rasa dia mahu progres. Saya punya literature review baru 7 muka surat. Dia nak 30 muka surat. Aci tak kalau saya buat 5 spacing? hehehe
Selamat berpuasa buat semua yang dikasihi! <3
Ingat, kalau kita dah biasa buat solat terawih 20 rokaat, toksah pung pang pelik orang lain buat 8 rakaat. Kalau nak buat banyak, itu korang punya pasal. Ini ibadah sunat. Toksah nak riak berlagak, tuhan tak suka. Manusia lagi menyampah. kesian. Eh, sekian.

 

Saya malas update skang…So, untuk memudahkan anda keep track kalau saya update, bolehlah link kan.=)

Monday, July 19, 2010

July

Entah kenapa sekarang malas gila update blog. Selalu kalau nak meroyan just kol mak, atau tunggu mak kol.

Rasa macam takde benda nak cerita, walau hakikatnya baaaaaanyak sebenarnya benda yang nak dicerita. Dah tak reti nak menulis agaknya. Saya buat bulletpointlah isi2 penting.

1. Awal bulan hari tu tolong Sara housesitting. Lebih kepada dogsitting sebenarnya. Sara cuti 12 hari, dan tanya if saya nak stay kat umah dia sambil jaga anjing dia. Walau rumah dia jauh (jauh skala Armidale), saya setuju sebab nak try dok sorang. Dan nak try jaga anjing. Susah okeh jaga anjing sebab anjing bukan pemalas macam kucing. Kucing takyah bawak berjalan. Kalau anjing tak bawak jalan, dia akan kaco. Kisahnya ada satu hari tu hujan dan saya decide tammo bawak dia jalan. Malam tu hazabnye bila saya buat kerja kat ruang tamu dia dok betul2 kat tepi sambil golekkan bola – nak ajak main!! Sebab Sara ni dah biasa bawak anjig dia berjalan 2 kali sehari (6 pagi dan 4.30 petang), maka sebab tu lah anjing dia kalau tak dibawak berjalan mcm kena sampuk jin je ketidakkeruanannya. Cuma yang bestnya anjing ni paham bahasa. Takyah jerit2 mcm kucing2 kat umah mak..hekhek. Kalau dia nak berjalan pukul 6 pagi tapi saya decide nak sambung tidur, saya akan suruh dia ‘on your bed!’ haha. Maka saya membuat kesimpulan untuk tidak membela anjing kerana wanita pemalas seperti saya akan menyebabkan anjing sengsara. Anjing tak suka menjilat seperti yang saya sangka. Labih senang dari bela kucing in terms of pandai bahasa, tapi perlu latihan la kot kan.

2. Eksperimen gagal. I mean it. Ini bukan mcm isu bebiri tammo berak atau incubator terswitch off atau tersilap irrigation atau kena marah dengan bos. Dalam bahasa kasarnya, 84 ekor yang disembelih itu sia-sia. But I just couldn’t afford to cry. Encik bos disappointed tapi dia taklah berubah jadi hijau. Maka hari rabu akan ada meeting dengan semua sv untuk bincang hala tuju seterusnya. I need to repeat the bloody experiment but this time saya nak simplifykan – buang semua variable yang saya rasa tak crucial sebab dah tak sanggup nak bunuh banyak2. Too heartbreaking…DAN, jenuh nak kena bersoal jawab dengan board animal ethics. Bebiri yang kini di syurga, maafkan diriku..

3. Baru lepas present oral untuk conference kat sini. Sangat down sebab sampaikan ke hari nak present pon encik bos masih tak puas hati. Nak present pukul 11.30, pukul 10.30 baru finalisedkan slide. Ngokngek sangat rasa. But overall it was ok. Stagefright is always my problem. ALWAYS. Dahla present lepas Gareth dan Encik bos kedua. Serams. I still need to work on the skill to answer people’s question. Hazabs sangat menjawab! kehkehkeh.

4. Bulan depan ke Melbourne untuk conference. Tak siap lagi poster =(. Tangguh dulu sebab nak focus siapkan report untuk meeting hari rabu. Agak eksaited ke Melbourne sebab akan jumpa kawan2 dari Malaysia. Hope rakan-rakan semua tak berebutkan I lah nanti di Melbourne.

5. Ake is back to Thailand. I’m fine, until orang tanya 
“How are you?”
“I’m fine” 
“Are you sure?”
“Opkos” 
“Do you miss Prarom?”
“No. I have other friends”. 
Ngokngek kan? Suppose saya takyah jawab. Saya senyum je patutnya. Tapi dah geram, terlepaslah jugak. Cuma saya agak rasa tak best bila orang semua kesiankan saya bila Ake takde. I’m fine. Sampaikan Ake pun dok asik pesan suruh ajak orang ni orang nun untuk lepak sama. Seriously, I’m fine. Cuma bila jumpa kaunselor je saya tak ok. Bela jin kot makcik tu. Cakap pasal Charlotte saya nangis, cakap pasal Ake saya nangis. I will get through, insyaAllah!

6. My birthday this year was a blast. Alhamdulillah =). Mendapat wish dari ramai orang, terima kasih!!!! Dan dicelebrate selama 4 hari berturut-turut. I am grateful to the Thai community here. Even I’m not one of them, they treat me as the Thai community’s friend. Alhamdulillah. Semua budak Thai baru akan diperkenalkan kepada saya dan saya sekarang menjadi ejen untuk memperkenalkan bebudak baru yang cun dan single pada Ake bila dia datang konvo nanti. kekekeke. 
“New Thai girl. Very cute! Doing bachelors! You must come back to dale NOW!” 
“Cute? Introduce to me on graduation day” LOL. Jantan2 ni sama je dari mana benua pon kan..kekkeke

7. Cultural day was fun. Walaupun Malaysia punya stall takde makanan (jangan tanya kenapa). But I’m grateful ada pakcik Sadi dari Sarawak tu. Sib baikla dia ada menjawab soalan orang-orang yang berminat pada negara kita. Saya dulu masa sejarah kat sekolah, tidur. Maka, hampir disepuk dengan Encik Sadi bila saya tanya ‘Malaysia pernah kena jajah ngan komunis kan? Berapa tahun eh?’ Sumpah baru tau Malaysia tak dijajah komunis, hanya diserang.

8. Will start swimming class soon, insyaAllah. Eksaiteddddddddddddddddd. 
“ Do you know how to swim at all?” 
“ I don’t even know how to float!” 
“You might need to go for basic class” 
kekeke. Mintak-mintak cikgu hensems ketul2 mcm Jay Park!

Monday, July 5, 2010

Plasterlah mulutku

Pagi tadi kelam kelibut bila perasan frost dah menutupi cermin2 dan tingkap2 kereta. Berlari2 carik paip dan cuba nak cairkan ais. Bila nak cabutkan paip, terpatah. Saya dah patahkah paip yang bersambung ke kepala paip di rumah sara!! (saya tinggal di umah sara, akan diceritakan dalam episod akan datang). Berdesup pegi amik kawan-kawan yang nak ke stesen keretapi. Saya terlewat sebab tak sangka lak kene cairkan ais. keke.

Nak dijadikan cerita, tangan saya luka..agaknya masa cabut paip dengan ganasnya. Luka sikit, so, tak wajarlah mengada-ngada, kan? Maka saya buat bodo dan hanya amik tisu dan pekup. Saya bukan budak medik maka saya agak konpius bila luka kecil tapi darah tak berenti-renti.
On the way pegi breakfast, kawan lelaki yang sorang ni dok pesan suruh pakai losyen segala. Tangan saya dah kedut2 sebab kering. Saya bagi alasan luka sebab tangan kering..malas nak bukak cerita paip patah..keke

Masa tengah breakfast, luka masih tak berhenti.

Kawan tadi asik tanya 'dah stop darah blom?'.
Setiap kali dia tanya, saya angkat tisu dan jawab 'blom'.
'Nak ubat?'
'Ubat?' Saya tergelak. 'Sikit je, cuma lambat kering'.
Sebab banyak kali dia tanya dan setiap kali dia tanya saya jawab 'Sikit je', dia bangun dan pegi amik beg ubat dalam kereta (mak, sebijik sejibun macam beg ubat ayah yang lutsinar tu!)
Duduk sebelah saya dan suakan iodin segala.
Saya tammo. Over tau beriodin segala padahal lukanya kecik beso bulu hidung je!
Saya amik plaster.

'Nak saya tolong pakaikan plaster?'
'Ha? Saya boleh pakai sendiri......'
'Kotlah tak reti pakai sendiri..'
'Senang je pakai sendiri..'

Saya tatau kenapa bodoh sangat pegi tanya
'Tak reti pakai plaster sendiri ke?'
'Err, tengok pada luka. Kadang2 susah nak pakai sendiri'

Masa makan, saya rasa nak kerat lidah sendiri dengan pisau plastik. Why cant I be a bit pompuan kan? Relakan ajelah bila orang nak bubuh plaster (hakhakhak). Tak pun, duduk diam-diam. Ni dahla tak ucap terima kasih pun atas plaster dan offer untuk pakaikan plaster. huks. Im feeling bad and sad, considering that was his last breakfast in Armidale.

Sekarang hati menjerit 'BALIK SINI BALIK!!!!!!!!!!!!!!'

And my bestfren is gone. Ini rasa yang sama masa Tra pegi UK. And I hope my friendship with him will remains, like my friendsheep with Tra!

Selamat datang meroyan. Mau seminggu baru ok ni..kekeke

Sunday, May 30, 2010

Royanan version 82

Disclaimer: ini entry royanan. Sila jangan baca. keke

1. Saya berasa berpuas hati bila berjaya siapkan labwork sebelum pegi conference. Tetiba saya teringat yang saya lupa amik gambo cacing yang belum matang. Encik bos cakap eloklah amik gambo demi kevoguean tesis nanti. Dan juga mungkin berguna bila nak tunjuk kat pelajar-pelajar di universiti. Maka bila dok observe sampel simpanan, terkujat kuasa limabelas bila spesis yang saya assume A adalah sebenarnya B. Adalah tidak masuk akal kerana A dan B adalah 2 spesis yang menjangkiti bahagian perut yang berbeza dan perut-perut ini tidak bercantum antara satu sama lain. Maka saya telah minta Sara confirmkan dan dia pon kata ianya adalah spesis B. Silap saya adalah tidak angkut cacing tersebut ke magnifikasi yang lebih tinggi dah confirmkan. Skarang dah kena repeat balik sampel-sampel tertentu. *sigh*.
To my horror semalam repeat balik sampel....dan.....jumpa pulak spesis C. Ini memang misteri nusantara! Yang melegakan, spesis C memang biasanya menjangkiti perut tersebut, (menjangkiti tempat yang betul) cuma..saya hanya detect telur cacing spesis C pada 2 haiwan dan infeksi dikesan pada haiwan lain. Ya hampun, kepala terus berpinar. I hope encik bos tak suruh saya repeat semua lagi 20 sampel sebab saya dah stress. Kalau kena repeat jugak, I will burn my tiket to Malaysia and will only go home on the 10th. "Predict the unpredicted,"pesan encik Bos sebagai pedoman di eksperimen yang akan datang. Yeah, right.

2. Fanclub Jay punya nama.. Seriously APEKAH yang sangat APEKAH!!!!

i - JayEffect = camo dia pilih nama ni? JayEffect adalah suatu fenomena, camno nak jadikan nama fanclub??? Cuba bayangkan kalau fangirls nak introduce diri : Hello, I'm a JayEffect. Very the tak sedap.

ii - JayWalker = Ya ampun, depa tau ke dak makna JayWalk? Jaywalk adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang, kan? Sudah-sudahla dengan kontroversi, "moral issues" dan benda-benda negatif..nak buh nama fanclub pon yang bakal membangkitkan kontroversi. Apekah Jay??? Apekah? I know apa yang dia maksudkan adalah wanita-wanita anggun yang sentiasa berjalan seiring dengan dia, tapi seriously I will never vote for this. I rather vote for JayStalkers! keke.

iii - Beyond the top = Ni lagi satu, taulah nama BTT ni nama fanclub Jay sebelum debut (sentimental value gituh), tapi cukuplah SUJU dengan fanclub nama ELF (ever lasting friendship). I dont want any more fanclub with long names!

iv - BUMblebee = Fanboys meroyan tak setuju. Kepoh la fanboys. Yang nama club untuk B2st (B2uty) tu takde sapa komplen plak. Compared to other choices, ni lah yang agak masuk akal. Kenapa Bee? Sebab masa lepas Jay withdraw dari 2pm fans takleh bukak thread untuk dia kat Daum Cafe Gallery. So, basically Jay was considered nobody and there was no place for his stories to be discussed. Fangirls yang gigih melepak kat thread cerita Honey Bee dan terus bermastautin menjadikan itu thread Jay.
Lantak koranglah fanboys, toksah nak segan-segan segala. A bee can sting you know!

I VOTE FOR BUMBLEBEE BECAUSE I WANT TO CALL HIM HONEY!!!! <3>
But sigh, based on the votes, ramai meroyan vote for JayEffect and JayWalker. Apekah?????

Edit: Err, boleh tak korang tolong? vote Bumblebee kalau rajin. Hancur luluh hati ni tau bila tengok nama tapahapa mendahului.
klik sini
Thank you!!

3. Winter di Armidale adalah suasana yang berkorelasi tinggi dengan mood bunuh diri (rsquare = 0.80)