Showing posts with label Library 101. Show all posts
Showing posts with label Library 101. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Suka pinjam buku?

Kalau anda merupakan peminat buku dan sering meminjam buku dari perpustakaan, silalah dengar luahan hatiku ini

1. Tolonglah jangan conteng buku yang dipinjam. Kalau terconteng dengan pensel, sila padam sebelum pulangkan. Sebabnya kalau bos perpustakaan vogue mcm bos kitorang, kami petugas kaunter kena buat kerja sampingan memadam tulisan2 bila takde patron kat kaunter. Conteng ngan pen: No no no!! Ni bukan meroyan sebab nak gaji buta tauuuu, ni luahan hati sebab selain dari padam contengan, kami ada banyakkkkk kerja lain lagik yang lebih penting..huksss

2. Sticky label warna warni untuk tanda mukasurat juga disarankan supaya dibuang sebelum pulangkan buku. Tugas mengcheck-in buku jadik lambat bila kena buang banyak sticky labels.

3. Boleh tak jangan humban buku kat kaunter? Ada tempat khas untuk pulangkan buku.Eh tapi mungkin ada library yang kena pulangkan buku kat kaunter...Anyways, sila lah tanya dulu ya!!! Ada makcik pernah suka suki humban 13 buku segedebuk kat kaunter. "Book for returns, there" saya tunjuk tempat yang sepatutnya. "Its ok, I want to return the books here." Wah, RATU! sentap!!!!

4. Untuk mengelak kena denda dan kemudian meroyan macam orang kena sampuk di kemudian hari, saya sarankan supaya mencari info untuk renewals..Ada library yang offer renewals online which is very convenient. Dan ketahuilah, petugas library tidak ketawa gembira kalau patron kena denda ratus ratus dollar. Kami lagi sayu sayan kesian dan terasa seperti kurang cekap dalam menyampaikan maklumat. Setiap kali proses pembayaran denda suasana kaunter suram dan muram sekali..hihi

5. Jangan ingat semua buku dalam dunia ada kat library. Ada ramai student stress bila buku rujukan saranan takde dalam library. Anda sedih petugas kaunter juga terasa pedih..hihi. Kalau boleh orang library nak semua buku yang ada di dunia nan fana ni available di perpustakaan anda. Namun apakan daya, itu adalah mustahil. Sila bagitau penyaran supaya suggest pembelian oleh pihak library ataupun penyaran boleh bagi kat library copy percuma (biasanya salesman buku bagi free).

6. Ada library yang menawarkan khidmat pinjaman buku dari library lain (interlibrary loan). Maka jika buku yang ingin dipinjam tiada di library kita, boleh dipinjam dari universiti lain. Jangan malu dan segan untuk bertanya.

7. Maafkanlah kalau petugas kaunter muka serabut. Mungkin baru lepas padam contengan di buku, buang semua sticky labels dan melayan karenah patron yang bermacam-macam dari pagi. Anda cuba senyum, mereka pasti senyum kembali!

Selamat meminjam buku!!!!

Friday, February 17, 2012

Lagi lima minit

Marilah sama-sama menuju ke arah perkhidmatan cemerlang. Kalau tidak mahukan servis yang kelam kelibut, kurang senyuman, silalah datang ke library lagi lima minit waktu tutup library.
Semua bilik kena cek, mesin duit kena simpan, almari dan laci kena kunci, sistem kena log off. So sesamalah lebih memahami untuk mengelakkan kes belasah pelanggan berulang. hiks

Love and respect
Dijah

Thursday, January 12, 2012

Buku di library

Selepas membaca buku di library silalah jangan letak semula di rak. Adalah lebih afdhal meletakkan buku tersebut di atas troli, biar petugas di library susun semula.

Saya dulu selalu ingat bila gigih bubuh balik kat rak tu kita membantu orang library...sebenarnya for most cases lebih mengundang masalah dn kekeliruan.

Banyak buku berstatus LOST sebab gagal dijumpai di tempat sepatutnya di rak. Then after a while ada pulak orang jumpa secara tak sengaja..

Saranan saya kepada pengguna library yang dikasihi sekalian, letakkanlah buku selepas dibaca ke atas troli dan biarlah orang library susun balik. Lebih terjamin susunannya, lebih menyenangkan korang! :)


biro perpustakaan