Showing posts with label Argentina. Show all posts
Showing posts with label Argentina. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Buenos Aires 2

Berposingan sebelum pergi ke conference

Bangunan yang cantik :)

Bangunan yang saaangat cantik 

Berposingan di dalam bilik yang sangat vogue (sewaan warga Malaysia)

Rumah Perdana Menteri di waktu malam

Love and respect
Dijah

Thursday, September 8, 2011

Spanish 101

I dont understand - no entiendo
Phrase ini tersangatlah penting ye adik-adik. Mengelengkan kepala sambil cakap "no english" tidak menjamin orang akan berhanti cakap Spanish dengan anda seolah-olah anda penyanyi Shakira yang bertudung. Semasa berjalan2 muncul seorang wanita menyapa saya bercakap spanish dengan yakinnya. Sepatah haram saya tak paham. Sepanjang2 dia bercakap, sepanjang-panjang itulah saya menggelengkan kepala cakap "No". Rasa nak menangis pun ada!hahaha. Tetiba dia cakap "Muslim!" sambil tunjuk tudung saya. Saya angguk jawab "Yes". Kemudian dia tunjuk diri dia dan cakap "Muslim". Kemudian dia cakap "Mosque" sambil menunding ke arah yang tak dapat dipastikan. Tetiba muncul Gareth entah dari mana hala (kekeke) dengan penuh machonya cakap "No entiendo". Terus tersentap kakak tu dan dia terdiam. Saya terus babai kakak tu dan mengekori Gareth seperti anak itik mengekori ibunya... 

French fries - papas fritas
Masa menaip saya dah gelak-gelak. Ini antara favourite spanish word saya. Bebudak Muslim yang datang conference semua struggle nak order french fries sahaja kat kedai fast food. Bila kita tunjuk pada gambar, orang assume kita nak order set. Since kitorang takmo makan beger, kitorang masing2 struggle (masa dan ketika yang berbeda) untuk order french fries je. Saya gagal sebab last2 order dapat satu set beger, fries ngan air yang diupgrade size. Apekah!!!hahaha. Padah bila asik mengangguk kat cashier konon paham. 
Bila dinner untuk conference dan kitorang yang muslim dok semeja dan dijamu salad dan french fries, rasa nak tergelak terkenangkan susah payah nak order fries kat McD. Sorang budak Pakistan yang sangat drama telah melantik diri dia untuk mintak top up french fries setiap kali fries licin dari meja. Dia kata dia spend 15 minit untuk order french fries sahaja kat kaunter McD so sebagai menghargai kejayaan dia, dia semangat sebut "Papas Fritas!" dengan lenggok kepala hindustannya.haha. 

Do you speak english? -  habla Ingles?

No habla espanol - I dont speak spanish

Thank you - gracias

Excuse me - perdon  

Less please? - menos por favor  
Ni untuk mintak kurang harga..Pastikan buat muka sedih.

Toilet - banos

How much? - cuanto?
Ni untuk tanya berapa harga.

No - No

Yes - Si

You are welcome - de nada

 I am sorry - discupelme

Water without gas - agua sin gas
Kalau sebut agua sahaja, dia akan bagi air kosong tapi bergas. Huks.


Rice - Arroz




Inilah perkataan yang digunakan sehari-hari :) Kalau ada lagi nanti saya tulis.


Love and respect
Dijah

Buenos Aires 1

Sila jangan assume semua orang pandai cakap English. Sebaik sampai, kami berlima terkapai-kapai kurang mampu berinteraksi dengan pemandu teksi, apatah lagi penduduk tempatan. Flight delayed dari Sydney, menyebabkan kami sampai lambat di Buenos Aires (BA). Maka, manusia yang sepatutnya tunggu kami di airport tak muncul-muncul. Kami takde duit syiling nak guna fon. Encik bos 1 gigih pegi guna apekebendaentah untuk buat panggilan guna public phone tapi gagal sebab tak reti guna.hahaha.

Akhirnya kami selamat sampai di Youth Hostel, Florida St., BA.



Pemandangan dari dalam teksi. Pokok tiada daun kerana musim sejuk.




Menelaah buku Lonely Planet. heh.




Pemandangan setiap hari di depan hostel.




Kitorang menerjah bandar untuk ke Sunday market.




Sunday market. Kitorang sampai awal, orang baru nak set up kedai.

Masa awal-awal, agak nervous sebab langsung takleh cakap Spanish dan orang2 sini sapa pun tak cakap English. So, kitorang tak beli satu apa pun dari Sunday market (masa tu tak perasan harga murah!) mainly sebab tak reti nak tanya harga dan tak reti nak tawar menawar. Nak cakap good morning pon tatau.hahahaha.

Alamak, internet gila, ada problem nak upload gambar..Bersambung kemudian.hiks.


Love and respect
Dijah

Tuesday, August 23, 2011

Hola!!

Hola amigos! Rakyat jelata Argentina sangat mendaulatkan bahasa sampaikan majoriti tak guna bahasa inggeris. Maka terpaksa gigih belajar bahasa sepanyol!!! Bila gigih fokus belajar bahasa, tak perasan mamat-mamat hot orang keliling..baguslah tu kan, mengurangkan dosa mata di bulan yang mulia....

Argentina sejuk sekarang, suhu tak cecah 10 rasanya. Tapi kat tmpt conference depa pasang heater macam sudah tiada hari esok - panasssssss sampai sakit kepala!!

Ok, sambung kemudian. Ini nasib baik dapat tumpang wifi sapa entah dari dalam bilik. hiks!