Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Tenanglah wahai hati

Saya merupakan seorang ekstrovert yang sangat expressive. Segala macam perasaan akan saya zahirkan dengan sejelas-jelasnya. Encik bos cakap saya articulate.
Tapi seekstrovert dan seexpressive saya, ada saat dan ketika saya jadi kelu dan kaku. Terdiam dan membisu. Membatu dan terpaku.
Seperti di saat ini tiada perkataan untuk menggambarkan kecamuknya hati.
Pedihnya jiwa.
Sesal yang bermaharajalela.
Orang yang kepochi pun sekali sekala perlu bertenang tenang pujuk hati,kan? :)

Sunday, July 17, 2011

Percaya

Percaya kepada Tuhan adalah lebih bermakna dari percaya kepada diri sendiri.
Lebih bermakna dari percaya kepada mana-mana jasad bernyawa di muka bumi ini.

Dan saya percaya Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Hati yang sungguh-sungguh percaya pada Tuhan, akan lebih aman dan damai.


Love and respect

Dijah

Wednesday, September 2, 2009

Buang masa

Saya telah membuang masa selama 3 jam 25 minit, berbolak balik dalam hati tentang sesuatu.

Tunggu bas.
*terpikir*

Telepon adik ikan.
*terpikir lagik*

Makan.
*terpikir lagik*

Mandi.
*terpikir lagik*

Telepon kawan.
*terpikir lagik*

Telepon kawan lain.
*terpikir lagik*

Gila.

Telepon kawan jauh.
*terpikir lagik*

'Istighfar bebanyak' suara dari corong belah sana.

Tammolah main2 gedik dalam entry blog dah.
Seram.
Series seram.

Thursday, August 27, 2009

Merepek sebab tak boleh tidur

Selalu sunyi
selalu sepi
selalu sendiri

Selalu,
sampai
sudah
sebu.

Monday, March 23, 2009

Sebelum ia tertutup rapat

Kesan hidung cuping telinga darah dah tak pakai subang. Malas nak pegi beli subang. Cuma sesekali terpikir dan ada juga respon begini kalau saya menzahirkan yang saya nak beli subang kat Mydin.

'Tak sangka la awak pakai subang'

Wah, sentap!Walaupun saya tak feminin mcm ahli kumpulan feminin, saya suka subang dan eksesori lainnya. Kalau dah namanya wanita tu, wanita juga kan walaupun gayanya seperti berhalkum contoh mcm kakak saya yang seorang itu..tidaklah nampak feminin sangat, tapi request perfume untuk hadiah farewell. Apekah? keke
Saya pernah pakai rantai kaki tapi akhirnya dah tak pakai sebab tak berapa selesa - rantai tu macam terhakis dan asik tersangkut ke tumit..haish.
Saya tak suka cincin. No doubt. Beli je lebih sebab nak nampak lebih wanita. Memang tak pakai. Rimas dan menjatuhkan saham.
Saya sangat suka rantai leher dan tangan, tapi sekarang dalam mode menyimpan duit untuk membeli loket..hiks. Tetiba teruja dengan loket..oh, apekah?
Saya sangat teringin pakai subang dari kecil tapi sebab takut nak pegi tindik telinga, saya beli stiker yang kecik2 dan lekat kat telinga..hahaha. Bila avon keluarkan subang klip, saya gigih pakai subang kepunyaan mak sedara sambil bergaya di depan cermin solek sampai merah2 telinga - kesan terkepit..keke. Bila 1st year kat uni baru berani tindik telinga..Masa tu rasa saaaaaaangat feminin okehhh..keke
Saya rasa mahu beli subang, tapi nnti telinga darah lagi bila pakai. Tammo beli emas sebab duit takde mahal. Kalau guna lidi telinga jadi gatal-gatal. Wajar ke saya membiarkan sahaja lubang subang tertutup sendiri ditelan masa..dan bila sampai masanya saya tindik semula - walaupun ianya menyakitkan?Oh, beli subang plasik je lah kan?

ps: sila gelakkan saya..niat nak berenti menulis sekejap memang sentiasa terbatal. Memang tak boleh merancang dengan poyo nampaknya..keke

Saturday, March 21, 2009

Isu yang dah tak berbangkit

Baru sampai dari KL pagi tadi.
Penat tapi gembira.
Terima kasih Kak Yan dan Dayah.
Kak Zila, next time kita ke KL reramai ek?
Ini cerita sebenar berkaitan isu tersebut
pwd: sensasi

Saya kira kes ini sudah selesai.
Saya akan tunda pendaftaran ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak
=)

Thursday, March 19, 2009

Counting the blessings

Visa dah dapat
Tiket bas tak habis lagi walau beli last menet
Dapat naik bas dua tingkat - memang dah lama berhajat. Dahla dapat tingkat atas. Boleh berfantasi jadi watak dalam heri poter sekejap.
Pergi dengan Dayah n Kak Zila, tak bersendirian seperti biasa.
Ada dua orang yang pemurah nak bagi derma kilat, eh, pinjam duit rentetan masalah entry bawah. Sentap dan sangat2 terharu.
Dikelilingi insan-insan yang bagaikan bidadari kayangan *er, tapi bukan macam citer julia juli tu ye* yang sentiasa memberi semangat dan sokongan padu dan senantiasa buat saya tersenyum.
I'm counting my blessings.
Alhamdulillah


ps: dah tak meroyan lagi lah pasal isu di bawah *memoncongkan bibir ke entry bawah* sebab saya rasa salah saya lah..lambat hantar dokumen. Sekian dimaklumkan.

Wednesday, March 18, 2009

Kebas hati

Ini entry kebas. Sebab dah tatau nak rasa apa.
Tadi kol pihak itu.
Nak maklumkan saya dah fax info yang dia perlukan utk sediakan cek elaun.
Katanya, cek tak dapat dikeluarkan dah bulan nih.
Dah tutup akaun katanya.
Ingatkan ujung2 bulan je org tutup akaun.
Rupanya 18 hb pun ada org tutup akaun. *mental note*
Kata pihak itu..pergilah dulu sambung belajar..
Nanti depa masukkan duit bulan depan.
Wah, sangat yakin kan.
Saya tammo gamble ginih.
Tak pasal-pasal kang kena menjaja tepi jalan.
kompem tak laku kan?
So decided utk stick pada plan utk ke pusat pentadbiran gomen jumaat nih.
Mintak penjelasan bagi semua yg kabur dan kelabu asap.
Kemudian tunda registration.
Kena reconfirmkan semua balik.
Tetiba rasa mcm nak jerit.
Eh, dah terjerit tadi..keke
Sekian entry kebas.

Tuesday, March 17, 2009

Mengarut!

Pernah beli benda yang mengorat mengarut?
Saye pernah. Abaikan kisah masa kecil ye u ols..sebab kalau nak dihitung benda-benda mengarut yang dibeli pasti listnye panjang..Din Dang, Tora, Tikam..etc..etc..hehe
Ini kisah bila dah tua dewasa.
2007, bulan Ogos saya telah hilang kawalan diri dan tanpa berfikir panjang *lihat, ambil dan terus bayar* telah membeli majalah Popolo - majalah hiburan jepun yang berharga lebih kurang RM27.00 di Kino. Yang membuatkan kisah ini lebih mengarut, saya langsung tak reti membaca kanji *tulisan jepun yg seperti tulisan cina* - saya hanya reti baca nama Yamapi dalam kanji. hakhakhak. Hiragana agak boleh tapi katakana - gaya membaca merangkak2 mengesot-esot. Langsung tak masuk akal kan bila membeli majalah yang tak dapat dimanfaatkan. Membeli semata-mata kerana ada dia. Ye, dia.

Lepas kegagalan mengawal nafsu tersebut, saya sudah tidak jejak kaki ke Kino lagik. Dan saya sangat bersyukur bila di Ipoh dan Ganu tiada Kino...fuhhhhh.
Cuma...*ulps* hujung tahun lepas..*ulps* saya telah beli benda mengarut lagik...Saya terbeli sesuatu yang closely related dengan benda di atas. Untuk mengubati kekesalan hati, saya berniat untuk memanfaatkannya..hukhukhukhuk. Dan saya perlu betul-betul mengentalkan jiwa dan mencekalkan hati untuk tidak mengorat mengarut lagi. Saya perlu jauhkan diri dari benda-benda berkonsepkan pokcik sorang nih. Pembaziran. Pembaziran.*sambil geleng2 kepala*.
Inilah salah satu hikmah saya tak jadi sambung belajar di Jepun..kalau tak, mungkin saya perlu bergolok bergadai kerana keborosan luar kawal...kannnnnn?

Monday, March 16, 2009

Tak boleh merancang dengan poyo

Update: Trip ke Kedah pon saya tak jadik ikut...Food poisoning..wawawawawawaaaaaaaaaaaaaa

Saya seorang yang tak boleh merancang dengan poyo. Selalunya mesti tak jadi *haish*. Saya orang yang perlu dikejutkan dan mengejutkan. Atas alasan itu, masa sekolah menengah rakan-rakan sedorm hanya akan ajak saya apa2 last menet. Pasti berjaya.
Begitu juga perihalnya bila meningkat tua dewasa. Perancangan bercuti konon-kononnya ke pulau2 bersama Izawani, Arin and da gang terkulai layu di tasik madu. Juga perancangan untuk buat bisnes di sekolah lama bersama Ude dan Angah yang tak jadi - kontrak dapat kat org lain *kitorg tak dan nak buat kertas keje...keke*, juga perancangan menubuhkan syarikat bersama cik pensyarah yang kini hanya nampak bayang2 sebab semua ahli-ahli entomologi yang berminat sudah scattered dan sibuk dengan hal masing-masing. *mode geleng-geleng kepala* Perancangan yang poyo utk pergi kenduri Aqilah sambil melihat encik fotografer bekerja *mode jangkit ngan scha* tak dapat ditunaikan, sebab urusan masih belum selesai kat Ipoh. Hari Isnin kena ambik salinan result xray dr klinik dan juga pergi ke specialist utk ambil bukti hormon T3 dan T4 saya berada pada paras normal.
Semalam Prema yang sudah mengenali saya selama 3 tahun *pasti dia tau saya nih hanya boleh diajak last menet..keke* menalifon saya dan memaksa mengajak saya sama2 menghadiri kenduri kawin anak supervisor saya. Wah, tiada dalam perancangan *dah terlupa sebenarnya* sebab saya taklah begitu merancang mahu balik ke Ipoh mggu ni, dan kenduri tersebut di Kedah - so, mmg rasa tak dan nak pergi. Maka, Ahad pagi akan ke Kedah bersama Prema dan bos lama. *Adik ikan, adakah namamu akan mengungguli carta gossip kali ini?kekeke*
Benda-benda yang mengejutkan sangat mengujakan sebenarnya sebab saya tak sempat nak pikir benda yang bukan-bukan..Mind you, saya sangat suka berfantasi...haha I love suprises!..kekeke

ps: Mental dan emosi sudah sangat stabil, alhamdulillah..Terima kasih atas sokongan semua! =)

Thursday, March 12, 2009

Entry emosi

Ini entry emosi.
Betul-betul emosi.
Sedang menangis di cc *apekah*
Jenuh lap air mata dengan tudung dan tapak tangan.
Pagi tadi kol agent.
Dia dah masuk kerja hari ni.
Dia cakap saya boleh buat check up hari ini.
Tapi kena bawak 2 gambar paspot dan paspot dan print out form.
Gambar saya dah pas kat opis agent semalam.
Kalau saya tau tu untuk saya lekat kat form yang kan diemail hari ni saya tak bagi kat depa.
Tak pasal2 kena amik gambar lain hari ni.
Printer kat rumah ntah apa masalahnya, takleh print.
So decided utk amik gambar kat kedai dan print form kat cc.
Saya bersiap-siap.
Rupanya hari ini saya didatangi sahabat baik.
Konggo - tu bahasa budak Taayah..haha
Saya nekad jugak nak pegi medical cek up.
Kedai dekat rumah pulak takleh buat print express.
Mesin rosak katanya.
Pergi jauh sikit dari rumah.
Lepas amik gambar, duduk kat pc ini.
PC number 4.
Bukak email yang agent bagi.
Dia email semua borg.
Dan pesanan yang saya tammo baca.
'cannot do check up during menses'
Saya kol agent sambil tahan nangis.
Nak tegakkan benang yang basah.
Dia cakap takleh buat test.
Dia tanya bila start konggo.
Saya jawab hari ni.
Dalam hati saya jawab *tak sampai sejam*.
Dia hanya boleh cakap 'haiya!'.
Dan saya bebel apa tah kat dia sambil tahan nangis.
Saya takde mood.
Saya nak minum coke hari-hari.
Sampai habis konggo.
Oh, bagus jugak tulis blog.
Saya dah berenti nangis.
Sekian entry emosi.

Wednesday, March 11, 2009

Subang

Malam tadi sampai Subang. Fath fetch kat airport. Masuk je dalam kereta terus Fath mcm 'kerasukan'. Perangai sekolah menengah tetiba terzahir. Pantang betul bersua muka dengan kawan-kawan lama..ada je benda merapu yang jadi.
Bila nak sampai tol, Fath kalut2 jerit;

'Dijah, mana handbag aku! Ambik bag aku!' dalam kepekatan malam mana nak nampak kan..
'Mana? takde pon..nak bayar tol ke? Guna la duit kami dulu'
'Handbag kami! ada kat belakang tu. Ce tengok kat belakang..'

Suara Fath sedikit panik, agaknya dah menghampiri tol kan...
Kalut nih meraba seat belakang....isk..takde.
Oh, kat lantai rupanya..
dan bila tarik...
Pelapik kaki!
Berdekah kitorg ketawa.
Raba sekali lagi, dan jumpa!
Fath kalut2 keluarkan RM5 dan hulur ke gadis tol.
Gadis tol hulurkan tiket. Apekah? Fath semangat nak bayar tol sebelum waktunye. hahaha
Dan Fath keluarkan ayat kaver

'Aku kat sini tak mcm nih tau. Bila jumpa hang je jadi gila mcm nih'

Dan kitorg ketawa sampai keluar air mata dan sampai sesat jalan. Bersembang sakan utk catch up all the story-mory sejak berpisah lepas matriks. Dan cuba apdet mengupdate kisah kawan-kawan sekolah menengah. Sampai dah menguap dan keluar air mata, masih bersembang. Ah....missing the good old times!
Dan pagi tadi bergegas ke tempat agent dan bersemangat jalan-jalan pusing kawasan..Fath bagi tips utk boost up blood pressure - semalam low kan? Dia kata jalan-jalan sebelum check up. So, sementara opis agent bukak, berjalan sakan sampai peluh..haha
Bila opis bukak, agen wanita berkenaan MC la pulakkkk..hukhuk. Depa cakap dia je yang boleh key in info, so saya just boleh serahkan dokumen dan pembayaran hari ni....medical check up takleh lagi. Lepas wanita itu key in the details *esok*, baru leh wat check up. Decided utk buat kat Ipoh, sebab kat ganu mcm takde panel *berdasarkan list panel clinics yg dia bagi*.
Sudah sampai di Ipoh pukul 3.30 tadi.
Sangat penat.
Sangat mengantuk.
Bulan ini adalah bulan membesar dalam public transport.
Ye, membesar.
Berat sudah cecah 50 kg.
Yay *alhamdulillah*
Tapi mcm tak bagus je membesar, tapi tekanan darah rendah, kan?

ps: Aman, jangan repot kat mak pasal tekanan darah rendah. Nanti-nanti dia akan tinggi balik, insyaAllah. Akak penat kot. Eh tak, akak tak senaman..hahaha

Tuesday, March 10, 2009

Medical Check Up 1

Setelah bincang ngan Aidya n Illa *thanks adik2*, kesimpulannya kena buat 2 medical check up. Sebab utk KP*T kena amik darah. Agaknya utk visa dia just tebuk2 jari kot kan. Yang KP*T nih dia amik baaaaaaanyak satu tube darah *14ml rasanya*.
Semalam semangat pegi klinik. Duh, klinik tutup!
Hari nih dengan semangat yang masih belum padam, pegi klinik..

Wah, doc sangat kebapaan. Rasa sangat happy membuat medical checkup.. *pesanan buat pelajar2 medic yang membaca entry ini - sila bermesra dengan pesakit ye..senyum selalu =)..pasti pesakit rasa bahagia..*
Sambil check up berbual2 mesra dan bergelak ketawa dengan doc. Oh, heavennya..hihihi.
Gelak ketawa hilang bila doc amik darah. Ye, saya pemabuk. Tapi bukan kaki botol ye..hehe. Mula2 siap boleh berlakon kuat

'Eh, doc..taknak ikat lengan saya dulu ke?'
'Nak ikatlah nih...' *saya masih merasakan doc nak kaver sebab dia mcm nak cucuk dah jarum..terlupa ikat la tuh..hihih*

Dan bila doc laaaaama sangat perati saya punya salur darah, saya tolong tunjukkan..

'Sini doc'
'Bukan situ lah...'

haha..sib baik doc tu penyabar..kalau tak mau saya mati ditikam berkali2 dengan picagari...Bila doc mula cucuk, wah sangat rasa sakit *over betul*. Memalingkan muka dan cuba tersenyum bila pembantu doc pandang saya. Wah, kebas rasa tangan, muka2 pon kebas... Agaknya balasan Tuhan sebab sibuk tunjuk pandai kat doc tadi, darah tak keluar! jenuh doc gerak-gerakkan jarum.

'Tak keluar!'
'Ha? tak keluar?' sepantas kilat saya pusing tgk picagari
'Jangan tengok!'
Saya pon cepat2 pusing balik
'Awak jangan pitam kat sini, susah saya nnti'
cis..hehe

Masa tuh dah start peluh sejuk. Jenuh bernapas dalam2..kurang over sikit dari pompuan nak bersalin je gayanya. Akhirnya...dengan skill doc tuh, dapatlah darah satu tiub...lega...hehe. Bila turn amik blood pressure, tekanan darahku rendah!hukhuk. Doc cakap kurang senaman. Dalam hati menjawab *bukan kurang, langsung tak senaman. huhuh* Tulah pasalllllll. Hukhuk.

Dan doc memberi tips utk buat urine test bila period - lepas saya menzahirkan kerisauan utk medical check up esok. Kalau ada yang mahukan tips, leh ym saya..hihi *sedikit tidak sopan kalau ditulis sebagai entry..*. Tapi bila difikir, tips tersebut tak dapat menjamin 'selamat' resultnye..so, saya juga sedikit ragu-ragu..

Tapi kesimpulannya saya sangat enjoy buat medical check up harinih...=)

Selesai dah satu perkara...oh ya, saya buat pregnancy test dan resultnya negatif..haha *sangat bersemangat untuk test! hehe*
Semoga selamat semuanya esok.
Malam ni off to Subang.
Semoga semua urusan dipermudahkan.
Amin.

ps: Congrats to Kak Khalidah yg akan ke aussie on 19th March. Er..kak, whats with the estee lauder perfume? sentap hokeh! kekekekeke

Saturday, March 7, 2009

Dont leave me...yet

Sepanjang hayat saya, setiap kali dilanda PMS saya akan berdoa dan berharap agar keruntuhan dinding rahim akan segera berlaku. Kerana saya sungguh tak tahan bergelumang dengan sindrom PMS yang kadangkala menyesakkan diri sendiri, dan sudah pasti menjengkelkan semua orang. Loya, berpeluh, hangat, sakit pinggang, kebas kaki, cramp perut, sakit kepala, keletihan melampau dan moody dan hasilnya gorgon *sila rujuk kamus untuk maksud gorgon*.
Tapi kali ini lain. Sungguh lain. Saya berdoa semoga PMS ini berlaku dengan lama, cukup lama sehingga keruntuhan dinding rahim akan dapat dilewat-lewatkan. Hanya kali ini. Saya perlu menjalankan urine test minggu depan. Dinding rahim, sila bertahan. Jangan runtuh lagi. PMS, jangan pergi dulu..Tunggu sampai semuanya selesai. Amin.

Friday, March 6, 2009

Abaikan entry ini

Pernah tak rasa mcm nak shut offkan diri dari manusia-manusia di planet bumi ini?
Rasa mcm nak tutup blog *kalau ada blog lah kan*, supaya apa yang kita rasa kita simpan sendiri.
Rasa mcm tammo guna handfon, supaya orang tatau kita kat mana and sedang buat apa.
Rasa mcm tammo guna YM, sebab tatau nak sembang apa dengan orang.
Rasa mcm tammo jumpa orang-orang yang rapat dengan kita, sebab kita tak mahu dipedulikan.
Pernah tak eh?
Ini soalan, sila jangan speku.
Sindrom PMS kah? - bila tudung pagi tadi pasola *lipatan* tak jadi, tudung kena marah? Penat okeh tiup2, sampai lenguh mulut!

Wednesday, March 4, 2009

Tolong abaikan apa yang tak perlu

'Saya susah-susah pergi oversea belajar teknik ni, takkan senang-senang je nak ajar u? Saya sorang je kat Malaysia yang tau teknik nih'

Dan hari ini kenangan silam menerjah-nerjah, meninggalkan kesan pedih dalam hati.
Oh, inilah kehidupan.
Tak perlu ambil hati berlebihan.
Ilmu Allah itu amat luas.
Jangan berhenti mencari.
Jangan patah semangat.
Mungkin Allah tak mahu kita terlalu bergantung pada manusia lain.
Atau mahu kita meneroka perkara yang lain.
Mungkin.
Saya perlu belajar mengabaikan apa yang tak perlu.
Ada sesiapa mahu buka kelas tusyen percuma?

Friday, February 27, 2009

Catatan kembara

Sudah sampai ipoh *mode tolak adik yg tgh main pokemon crystal*

Pagi tadi pukul 7 dah keluar umah, cik pensyarah hantar ke airport. Ntah apa mimpi tauke airasia, hari ni duduk ikut num seat. Dapat duduk kat pintu kecemasan, dan sempat berfantasi 'kalau2 ada sesuatu berlaku' yang menyebabkan saya yang duduk di pintu kecemasan perlu segera bertindak demi keselamatan semua. I dah hapal cara bukak pintu keselamatan dlm plane u ols..hiks.. Sampai LCCT dalam pukul 9 lebih, gerak ke KL*IA. Berjaya menyesatkan diri masa cari transit kat KL*IA. Mcm kanak2 kehilangan parents rasanya.huhu Tapi takla merengek meraung atau berguling2..gelakkan diri sendiri bila jenuh naik turun esculator dan alih2 back to square one..huhu. Last resort adalah tepon kak delinn. yang sedang berliburan hari ini....haha. Sampai je Putrajaya, dengan kompidennya amik teksi dan bercakap dengan yakin
'Kem. Peng. Tggi*, Parcel E'. *gituhhhh* Bunyi mcm org KL kan?ahaha.
Sempat bergossipan dgn pakcik teksi *dia bukak cerita pasal anak dia loyer amik KP*LI kat UP*SI* sampai ke destinasi. Bila sampai kaunter, dengan kompidennya *lagi* inform org kaunter
'Bahagian biasiswa' - sambil keluarkan lesen memandu dengan muka keKL-an.
'Biasiswa kat Menara PJ*H, Pre*sint 2'
Maka berakhirlah kekompidenan dan gaya keKL-an.
'Erk..mcmana saya nak pegi situ?'
'Ha? mcmana? amik teksi'
Huhuhuh
Sib baik ada teksi lalu...Wah, wira penyelamat bumi! hiks.
Bergossipan *lagi* dengan pakcik teksi tapi kali nih pakcik teksi banyak bagi nasihat. Agaknya gaya keKL-an sudah pudar..ahahaha
'Kamu jangan ingat semua org kat sini jujur. Kamu kena hati-hati. Jangan amik teksi sembarangan..'
Ulps, apekah? saya berterima kasih atas nasihat pakcik itu sepanjang menuju ke pre*sint 2 walau dalam dada sedikit sentap. Sentap sebab asik kena tegur dgn pakcik teksi tentang kepercayaan *gituhhhh*. Dulu masa kat CM pun kena tegur...Hukhuk..Mungkin kena diam kot kalau naik teksi. Kena prektis nih!
Urusan kat bahagian biasiswa selesai. Officially dah dapat surat *alhamdulillah* dan perlu berusaha untuk settlekan semua sebelum 1/4. Doakan ye!
Amik teksi balik ke erl. Kali nih kene 'halau' ngan abang teksi. Dia tak bagi duduk depan.haha. Dah terbiasalah encik teksi..senang nak gossip kalau dok depan..Kalau tak gossip ngantuklah!huhuh
Rasa lega bila dah dalam erl menuju KL sent*ral. And alhamdulillah, berkat bantuan Angah *via fon* dan Kak Yan yang ada kat situh, berjaya amik keretapi balik Ipoh.
Sempat express goss ngan kak yan sebelum masuk train..hehe
Note untuk Kak Yan - You look xtra gojes today!Love it! *ahaks*
Note untuk Angah - Pay extra rm8 sbb ada tv? tv rosaklah pulak tu! Acu dan adik yg dok sebelah dok gelak2 pasal nih!
Sekian kisah kembara cik tutor yang dot dot dot.

'Akak tak bawak balik laptop?'
'Tak'
'Dahtu... jenuhlah rebut pc'

Hahaha. Semoga berjaya berebut lagi esok.

'Tepi, nak cek email kerja. Penting'

Ya, pasti berjaya. Pasti. *sengih jahat*

Monday, February 23, 2009

Puas!

Banyak benda yang saya lakukan memberikan rasa nyaman dan bahagia.
Gembira.
Tapi bila saya rasakan benda itu akan memudaratkan, saya cuba berhenti lakukannya.
Mula-mula memang susah.
Lama-lama akan ok.
Tapi, saya hanya manusia biasa.
Manusia yang lemah.
Yang punya nafsu dan keinginan.
Minggu lepas dan minggu ini, saya tak mampu menahan nafsu yang membuak-buak.
Tewas dengan diri sendiri.
Banyak benda yang saya menahan diri dari lakukannya.
Saya lakukan juga demi rasa lega, bahagia dan puas.
Walau saya tahu kesannya menyakitkan.
Sangat menyakitkan.
Salah satu daripadanya adalah makan budu.
Budu sangat sedap.
Saya tahu kesan dan akibatnya bila makan budu - mungkin akan gatal hidung dan bersin sampai nak tercabut hidung.
Atau jerawat berkampung beramai-ramai di atas muka dengan jayanya.
Tapi saya tak kisah dah.
Sebab saya tahu 'makan budu' itu yang saya mahu.
Dan saya tahu itulah yang membuatkan saya rasa puas dan lega.
No pain, no gain kan? hiks

*akademia, sila jangan cerca saya dengan penyalahgunaan no pain no gain di atas*..ahah

Saturday, February 21, 2009

Hakikat

Kisah entry lepas sudah selesai.
Walaupun ambil masa agak lambat untuk diselesaikan, kesimpulannya dah selesai.
Lega sikit.
Betul lah..berterus terang ni merupakan langkah yang terbaik.
Berterus terang.
Buang ego.
Beralah.
Miscommunication terungkai.
Kita belajar benda baru.
Kan kita menyokong pembelajaran berterusan sepanjang hayat?
Kita diperingatkan dengan benda yang kita lupa.
Saya berdoa agar perkara begini tak berlaku lagi.
Kalaupun berlaku lagi, saya harap tiada adegan2 ganas yg boleh menyentapkan jantung.
Amin.
Itu kisah saya.

Kisah mereka pula berbeza.
Tiada miscommunication.
Sudah berterus terang.
Tapi masih begitu.
Saya amat-amat berharap agar ada secebis rasa hormat dan simpati dari si dara.
Kerana si teruna walaupun gagah macam raksasa, dia tetap manusia biasa.
Manusia biasa yang punya rasa.
Manusia biasa yang akan terluka.
Manusia biasa.
Bukan action figure kamen rider kabuto. *lap hidung darah bila terbayang tendou souji*

Hakikat yang pahit untuk ditelan adalah bila mengetahui org yg kita sayang sepenuh hati lebih bahagia tanpa kita.
Akan lebih bahagia, atau sedang bahagia.
Telanlah.
Sebab itu hakikat.
Hakikat.
Dan cubalah untuk berbahagia.
Bukankan kebahagiaan orang yg kita sayang itu amat bermakna?
Walau kebahagiaan itu tak dikecapi bersama kita.

Ps: Yamapi tak pandai rap. Saya terima hakikat itu. Tapi dia sangat howt. Itu hakikat juga. Saya telan semua hakikat itu sambil lap hidung darah. Ahaks.

Friday, February 20, 2009

Saya salah

Kalau saya buat salah, saya akan rasa bersalah.
Bersalah dan sedih.
Ye, saya mengaku saya buat salah.
Tapi itu bukan tiket untuk kamu marah2 saya dan hempas telefon bila saya mintak maaf.
Saya tahu saya salah.
Dan saya dah mengusulkan cadangan utk menyelesaikannya.
Yang memudahkan kepala otak kamu.
Dan mungkin melegakan sikit hati saya.
Tapi kamu takmo dengar.
Sukahatilah.
Saya bukan sesiapa pun.
Hanya melukut di tepi gantang.
Ye, ye..saya sedar.
Saya ni bukan sesiapa.
*sambil seka air mata dengan tudung bawal kelas satu kaler biru yang ada berlian straight kelas 1* ahaha

ps: sori hosmet, jiwa kacau sikit..tak dapat nak teman hingga ke akhirnya..