Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Benci

Bila hati bergelumang rasa benci, hilang ketenangan.

Percayalah, tiada satu apa pun dalam dunia ini yang mampu memberikan rasa lebih best dari ketenangan. Untuk itu, saya mahu kikis rasa benci yang bersarang dalam hati demi mencari ketenangan yang hakiki.

Saturday, August 6, 2011

Pernah

Pernah rasa mahu bawak kereta laju2 dan kemudian rempuh lori yang datang dari arah bertentangan atas lebuhraya?

Pernah rasa mahu hunuskan pisau potong daging ke dalam perut seseorang dan kemudian hunus diri sendiri?

Pernah rasa mahu menangis semahunya dan menjerit sekuat hati sampai habis semua tenaga?

Pernah rasa mahu tidur selama-lamanya kerana mahukan semua yg terjadi ini hanya mimpi?

Pernah rasa lemah selemah lemahnya tidak berdaya dan tidak berkuasa melakukan satu apa pun?

Saya pernah.

Friday, August 5, 2011

Sesal

Masa saya muda remaja banyak benda yang saya sesalkan.Saya berpegang pada pepatah 'sesal dulu pendapatan,sesal kemudian TIDAK BERGUNA'. Tapi bila saya meningkat dewasa terutamanya di Armidale ni, saya sudah kurang berpegang kepada pepatah di atas.Saya masih sesal atas kesilapan dan keterlupaan,tapi saya tak mahu fikir sesal kemudian tak berguna.

Walaupun secara konsepnya bila kita menyesal kemudian ia tidak mampu mengubah masalah atau kejadian yang telah terjadi atas salah silap,bagi saya perasaan sesal tu boleh menyebabkan kita jadikan sebagai pedoman.Pedoman untuk lebih berhati-hati di hari kemudian.Pedoman untuk menjadi/memberi yang lebih baik.

Dont be hard on ourselves.Things happen.To err is human.

Hidup ini adalah satu proses pembelajaran.Bila kita berhenti belajar,tandanya kita dah mati.Dan semoga kita mati dalam iman.
Mungkin bila kita tak jemu2 belajar dari kesilapan kita akan makin dekat dengan rahmat Allah,dan akan dapat merasai kemanisan iman menjelang kematian :).Amin.

Selamat berRamadhan!!

Saturday, July 23, 2011

Tenanglah wahai hati

Saya merupakan seorang ekstrovert yang sangat expressive. Segala macam perasaan akan saya zahirkan dengan sejelas-jelasnya. Encik bos cakap saya articulate.
Tapi seekstrovert dan seexpressive saya, ada saat dan ketika saya jadi kelu dan kaku. Terdiam dan membisu. Membatu dan terpaku.
Seperti di saat ini tiada perkataan untuk menggambarkan kecamuknya hati.
Pedihnya jiwa.
Sesal yang bermaharajalela.
Orang yang kepochi pun sekali sekala perlu bertenang tenang pujuk hati,kan? :)

Sunday, July 17, 2011

Percaya

Percaya kepada Tuhan adalah lebih bermakna dari percaya kepada diri sendiri.
Lebih bermakna dari percaya kepada mana-mana jasad bernyawa di muka bumi ini.

Dan saya percaya Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Hati yang sungguh-sungguh percaya pada Tuhan, akan lebih aman dan damai.


Love and respect

Dijah

Saturday, July 16, 2011

A new beginning

Saya start blogging dari 2007, tapi hobi asik meroyan. Bila meroyan asik tutup blog. Bila tutup blog tu tanda nya meroyan. Kalau tak tutup blog, pindah blog. Kalau tak pindah blog, delete blog. Bila dah delete blog rasa tenang ya amat sebab konon-konon macam menyorok dalam gua yang gelap, takde sapa tau apa yang jadi pada kita (walau hakikatnya yang baca blog setakat 10 orang) hehehehehehehe.

Sekarang dah 2 tahun 3 bulan mencampakkan diri di negara orang - Armidale, NSW. Dalam tempoh di tempat orang ni, banyak sungguh benda yang manis. Banyak sungguh benda yang pahit dan ngeri. Tapi yang penting banyak sungguh pengajaran hidup yang dapat diambil.

Allah temukan saya dengan sebaik-baik insan dan sekeji-keji insan untuk saya lebih paham tentang hakikat kehidupan.

Kini saya kembali, harapnya tiada lagi royanan. Kerana saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pedoman lain-lain insan.

I'm back! :)

Love and respect

Dijah

Sunday, February 27, 2011

Update in English heheheheheheheheheh

After 2 years in Armidale, I should try to write in English. :)

1. Currently preparing for my FINAL lab experiment. Yes, FINAL. Excited but at the same time I'm so nervous. No butterfly in my tummy but A SNAKE :( Please pray for me..

2. After the lab experiment, will fiddle around with a computer software. Dont want to think about that at the moment.

3. Will still try to go to Argentina for the conference. No, this is not because of hot Latinos!haha. Its for the sake of networking and future research!

4. Should.start.writing.journal.articles.

5. I miss my mom, my dad, my opah, my atok, my superduperannoyingbrothers, relatives and friends. Oh, and food. And cats. And Big Bang is coming to Malaysia. B2ST too. Gosh. This is depressing!

6. Similarities between Jay and Beckham which I dont like - addicted to ink! Its not cool at all. Walking graffiti. They should appreciate the beautiful white milky skin..so precious :((((((

7. InsyaAllah everything will be fine. For all PhD candidates, DONT GIVE UP! :)

Saturday, August 29, 2009

You can do it!

Ada orang mengirim email kepada saya memberi luahan perasaan tentang percaturan tuhan. Saya mengambil kesempatan ini untuk publish satu entry.

Bila kecewa kerana gagal mendapat apa yang diimpi, kita akan jadik down dan ada antara kita yang mempertikaikan kenapa benda ni terjadi pada kita. Kita semua lemah, itu hakikat. Keyakinan kita pada tuhan yang memberikan kita kekuatan. Kita rasa tuhan tak sayang kita, kita rasa kita banyak dosa jadi tuhan mahu hukum kita, kita rasa dunia tak adil pada kita, kita rasa semuanya tak kena, kita rasa pasti ada orang sihirkan kita, kita rasa kita kena jumpa mak esah untuk buang badi dengan mandi bunga .

Bila kita sangsi dengan tuhan, hidup kita akan penuh dengan kemuraman dan kelesuan, kita rasa kita bawak malang, kita akan buat tindakan seperti cuba amik nyawa sendiri atau jumpa tukang tilik untuk tahu masa depan kita - *malang lagikah atau berubah jadi lebih baik?*.

Tra pernah cakap dalam entry dia - kita selalu kata 'time will heal' walau hakikatnya bukan masa yang menyembuhkan, kita sendiri yang bertanggungjawab menyembuhkannya.

"walau kita dalam kesedihan dan berharap agar masa cepat berlalu supaya kita boleh tidur dan untuk seketika melupakan semuanya, masa tidak pernah terhenti. kita tertutup dengan ruang lingkup masa. maka sepanjang kita berada dalam kesedihan, luka tidak akan pernah sembuh selagi kita melihatnya daripada tanda aras kesedihan. selagi kita tidak letakkan diri dalam tanda aras normal atau gembira, selagi itu masa akan bergerak terlalu perlahan (Tra, 2009)."

Dulu masa putus cinta, saya rasa hidup saya sudah gelap. Lebih gelap dari kulit sendiri. Bila direjek pula oleh lelaki yang diperkenalkan oleh seorang pakcik yang saya hormati, saya lebih rasa sedih. Bukan sedih kerana terfikir akan hidup sorang sampai tua di rumah orang tua, hanya ditemani kucing peliharaan. Tapi sedih dan kecewa sebab saya rasa saya sentiasa gagal bahagiakan kedua orang tua. Sentiasa merisaukan mereka dari lahir ke dunia hingga kini. Dari soal kesihatan, pendidikan, pekerjaan, hinggalah ke soal peribadi seperti kekasih hati.

Bagai jatuh ditimpa tangga bila pemergian ke jepun ditentang oleh ketua bahagian di universiti dan juga KPT, menyebabkan saya menahan tangis bila diasak dalam telefon dengan soalan bertubi2 oleh pensyarah jepun yang hairan kenapa saya tak dapat sambung pengajian ke sana. Saya adalah sensitif dan memang ada masalah inferiority kompleks. Maka bila 2 perkara besar ini berlaku dalam hidup saya, kesannya lebih besar dari kesan kepada insan2 tabah seperti anda, anda dan anda semua.

Hari ini, saya boleh menarik nafas lega bila saya fikir tentang 2 perkara di atas. Saya sangat berterima kasih pada tuhan kerana mentakdirkan saya tak berkahwin dalam usia yang muda kena saya baru sedar yang saya sedang menuju kematangan di usia 27 tahun. Saya sangat berterima kasih kerana mentakdirkan saya tidak ke jepun untuk PhD yang mana saya yakin, masa saya hanya akan dipenuhi dengan mengunjungi konsert-konsert mamat jepun yang mendarahkan hidung, atau lebih meroyan kerana masalah bahasa yang ketara, dan juga kerana ilmu perikanan yang masih belum cukup di dada. Saya berterima kasih kepada tuhan kerana mentakdirkan saya menjejakkan kaki ke armidale, kampung yang sangat aman tenteram, bergelumang dengan kecintaan saya dari dulu - *bebiri,* dikelilingi lelaki2 hot yang sangat gentleman yang terkejar2 saya yang single *ahaks*, dan dikelilingi manusia2 yang sangat baik hati dan suka bergossip. Kalau 3 tahun dulu saya sudah berkahwin dengan kekasih hati, saya mungkin tidak jejak kaki ke sini. Dan mungkin takkan menulis entry ini hari ini. Dan kalau 3 tahun dulu kekasih hati sudah berkawin dengan saya, pasti dia tak kecapi bahagia seperti hari ini - isteri yang cantik dan memahami yang tak meroyan time PMS dan anak yang sangat comel.

Maka kawan, kuatkan semangat. Usahlah bersangka buruk pada tuhan. Kita ingkar banyak suruhanNya, kita buat banyak laranganNya. Tapi tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia tetap beri yang terbaik buat hambaNya. Sama-sama lah kita berterima kasih dengan tuhan dengan cara hampir dengannya selalu. Suatu hari nanti pasti kamu akan tersenyum puas hati, bila berjaya melepasi fasa gila ini. Sehingga masa itu tiba, kuatkan semangat, doa selalu dan jangan berdendam. Dendam itu akan membuatkan hidup kita jadik suram.

Take care! You can do it! =)

Saturday, February 28, 2009

Gomen ne!

Hey kawan, minta maaf.
Benda yg sensitif pada kamu, tak sensitif bagi diriku.
Tersilap langkah, mahu buat kamu ketawa.
Takpon bengang2 manja.
Rupanya bengang sungguh.
I learnt my lesson.
Sori.

Tuesday, February 3, 2009

Masa

Masa.
Masa yang tepat saya kira.
Bila lagu nih sampai dalam inbox *thank you very2 much Am!*, perasaan tak keruan menyerang.
Bila dgr lagu Am nih, mcm ada aura hitam menyerap masuk, dan menikam jantung.
Pedih.
Kamu, kamu tahukan kita bersahabat sejak muda remaja dulu lagi?
Dan aku selalu akan rasa kalau ada sesuatu yg kamu sorok?
Mcm surat panggilan interview PTD?
Dan kali ini perasaan itu datang lagi.
Tapi lebih tak keruan dari biasa.
Meneliti sesuatu yang tak perlu.
Menganalisa sesuatu yang tak perlu.
Dan mengetahui sesuatu yang tak perlu.
Sungguh pedih dan menyakitkan.
Sungguh.
Tapi ingat.
We all have each other.
Aku nak kamu ingat sampai mati.
Kitorg sentiasa ada untuk kamu.

Payung (Malay Version of Umbrella)

Kau di hati
Walau jauh kita berada
Merentasi benua
Sinarmu menyala
dan di dalam kelam
Bayangmu tidak kelihatan
Bila ku kau perlu
Kau tahu ku di mana
Kerna

Biar kita bersinar bersama
Seiring sejalan slamanya
Sahabat berkekalan
Diri di sisi
memberi sokongan
Dan hujan turun semakin lebat
Usahlah kau risau sendiri
Berteduh di bawah payung kita
Berteduh di bawah payung kita

Takkan ada
yang menjadi halangan
Kau sebahagian entiti
kini hingga ke infiniti
Bila kacau bilau dunia
Awan gelap berarak tiba
Selagi ku mampu
Kita ubati hatimu
Kerna

Biar kita bersinar bersama
Seiring sejalan slamanya
Sahabat berkekalan
Diri di sisi
memberi sokongan
Dan hujan semakin lebat
Usahlah kau risau sendiri
Berteduh di bawah payung kita
Berteduh di bawah payung kita

Berlarilah ke mari
Tak perlu engkau risau
usah gusar
tiada apa yang menghalang
biarlah hujan turun
kita redah bersama
kerna

Biar kita bersinar bersama
Seiring sejalan slamanya
Sahabat berkekalan
Diri di sisi
memberi sokongan
Dan hujan semakin lebat
Usahlah kau risau sendiri
Berteduh di bawah payung kita
Berteduh di bawah payung kita

dan hujan
oh biar hujan

redah bersama
bersama

oh hujan
oh biarlah hujan
kita redah bersama

Am, akak dapat lirik kat sini.

Sorry, disable komen. *er, terlupa..huhu. dah disable betul2..*

Tuesday, January 20, 2009

Buat Kak Ron

Kak Ron my dearest hosmet,

Sila jangan lupa ini semua *sila kopi pes kat word kendian print, haha - takut saya meroyan n tutup blog lagi hihi*

1. Semangat bersama2 mencari rumah sewa. *akak sangat semangat, saya suam2 kuku je*. Jatuh cinta bersama pada rumah itew dan gigih masuk, walau tak cukup orang.

2. Tragedi demi tragedi even sebelum masuk. Pagar rumah menghempap kereta kesayanganmu *ampun kak*, orang yang asik tak jadi masuk umah. Orang sentiasa tak cukup. Tapi akak tetap cool, saya yang sampai tarik2 rambut sendiri. *Er, agaknya sebab tu rambut saya gugur kan? Bukan sebab pantene hair fall control tak berkesan.*

3. Kerajinanmu memasak. Saya hanya mampu menemuramah anda sambil tolong menyibuk. Telur yang saya goreng kalau tak hangit, mesti lupa bubuh garam. Duh! Sangat gagal kan? Tapi takpe, saya tetap tak putus asa untuk belajar masak cari laki yang pandai masak. haha.

4. Tetiap malam melepak depan tivi dan bersembang semua isu. Dari bab hati dan perasaan, sampailah nasib haiwan2 peliharaan di muka bumi ini.hahah.

5. Saya yang kuat tido dan akak yang tidur sikit. Akak, lebih baik saya tidur dari bangun dan meroyan kan? Tidur tu terapi tau kak. Betulllll, tak tipu nih. *cuba bagi good impression sebelum kak ron keluar umah*

6. Kita terkunci di luar pagar dan akak telah bagi semangat untuk saya panjat pagar..Walaupun saya tgh konpius2 adakah itu langkah yang bijak. Ye, bijak rupanya. Kalau tak kena berkhemah luar umah! Sungguh, kagum dengan kecekapan otak akak berfungsi di kala kecemasan.

6. Saya Kita yang suka emo tak tentu hala bila tgk drama yang meleret2 dan komplikated!

7. Port biasa TJFC dan NR. Smpai orang dah leh pangkah muka kita! hahaha.

8. Keretamu dan keretanya....haha *kereta pon pandai menggedik kan?* err, ke tuannya yang gedik?haha

Dan jangan lupa, akak banyak bagi kekuatan kat saya dan mengembalikan saya ke jalan kebenaran bila saya mereng dan meroyan tak tentu hala. Trust me, bila akak dah berjaya survive dengan orang yang mereng cam saya, akak akan takde masalah duduk di Belanda! ahaha.

Terima kasih.
Terima kasih.

Nanti kat Belanda, tolong jangan bela kura-kura dan hamster!

Thursday, October 2, 2008

Pesanku

Adik
Jangan pegang kuat-kuat kaca itu
Nanti pecah berderai
Tangan akan luka
Parut akan menjadi tanda

Adik
Pegang kaca dengan kemas
Kemudian simpan ia baik-baik
Sambil selalu menjenguk kaca
Menjaga dari debu, memelihara dari retak

Adik
Jangan lupa berdoa
Semoga kaca akan terus tersimpan rapi
Semoga kaca akan sentiasa berada di sisi.

Friday, September 26, 2008

Berkat Ramadhan

Berkat Ramadhan,
Dia dipertemukan dengan jalan yang lebih baik. *congrats kak*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan keyakinan hati untuk mengejar cinta sejati *congrats mijie lalala*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan musibah supaya dapat berehat dan banyakkan berdoa *take care adik*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan rezeki melimpah ruah *congrats kak yam, nak duit raya!*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan kekuatan hati untuk mengharungi segalanya *miss you nee chan!*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan jalan penyelesaian, agar dia lebih tenang mengharungi kehidupan *take care sis*

Berkat Ramadhan
Mereka dikurniakan zuriat yang sempurna, untuk mendoakan mereka kelak *congrats friends!*

Berkat Ramadhan
Mereka dikhabarkan berita gembira, tanda Allah tak pernah lupakan hambaNya.

Berkat Ramadhan
Kita diberikan nikmat yang melimpah ruah, semoga kita lebih bersyukur *minyak turun 10 sen..thehehe*

Berkat Ramadhan
Saya dianugerahkan ketenangan dan kedamaian. Gelisah dalam jiwa dapat dikawal. Alhamdulillah.