Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Kawin

Dulu saya pernah niat nak kawin lari kat Siam. Saya pon tak sangka saya begitu series sampaikan bukak thread kat forum tempatan. Sumpah, sampai skang malu dah nak masuk forum tu walaupun orang tak kenal. So, orang-orang yang tak dikenali nasihatkan bertindak mengikut akal. Saya juga pernah consult kawan baik. Saya takkan lupa saya bersengkang mata ber'ym' dengan dia berbincang hal ni. Tapi saya harap dia lupakan segala apa yang kami dah bincangkan..kekeke. Antara nasihat dia yang saya ingat sampai hari ni. "Aku takmo ko kawin koboi. Aku nak pergi masjlis ko. Nak tengok ko pakai baju kembang yang cantik. Aku nak tengok ko pakai crown. Ko tak teringin ke wedding proper? Potong kek 3 tingkat?"

And then berkat doa mak ayah atuk opah adik beradik rerakan dan mungkin juga musuh, saya tak jadi kawin.. Bukan saja di Siam, saya tak jadi kawin hatta di Malaysia sekalipun. So, takde baju kembang yang cantik. Takde crown segala. Takde kek 3 tingkat. Takde.

Ini baru mukaddimah yer, belum masuk isi penting. Sebenarnya saya ada pandangan yang lain tentang kawin. Dan pandangan saya adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dan berada di sini dikelilingi orang2 yang bersefahaman dengan saya membuatkan saya agak gerun dengan diri sendiri.
Fiona tanya saya kelmarin – Macamana wedding kat Malaysia? Tu budaya ke adat? Apa upacara agama yang wajib?

So, perbincangan berlangsung di dalam lab tatkala kami gigih buat kerja (multitasking la sangat kan…)
Kesimpulan berdasarkan persembangan panjang berjela adalah majlis perkahwinan di dunia nih dah menjadi satu benda yang sudah tersasar dari matlamat utama. Tak kiralah kita nih dari golongan kaya raya mahupun sederhana, kita pentingkan fairytale dreams – especially bila media ketengahkan majlis kawin orang kenamaan dan artis glemer.

1-Hantaran mahal nak mampus. Belanja je dah berdegar2, kalau pompuan ada degree katanya 10k. Macam jual lembu untuk korban je bunyinya. Lembu korban kompom masuk sorga. Kita? Tu belum masuk hantaran yang cecah RM444444.44. Last2 hujan di tengah hari :( . Kalau rasa vogue sangat dan rasa anak tu bernilai, naikkan mas kawin yer, bukan jumlah hantaran. Ni maskawin cukup2 ikut kadar negeri..agaknya kalau negeri letak rm1.50 pon gigih nak ikut. Tapi hantaran………humang hai…sampai beratus ribu. So sebenarnya nak puaskan hati sapa ni? Yer, nak puaskan hati makcik joyah sebelah rumah supaya dia takleh nak menjaja cerita. Trust me, kalau dah namanya kaki joyah, pengantin kawin lipstick terlebih merah pon akan jadik isu. Ropol baju macam kain langsir pon leh jadi bualan di tembok umah setiap pukul 6.00 petang lepas tengok ulangan cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tu belum lagi kalau bulu mata palsu tersenget atau terlebih pantis kening. Masa makcik saya kawin tatkala usia 29, makcik depan saya sempat menjoyah walau saya pakai baju 'uniform' yang menandakan ahli keluarga. Memandangkan tu geng marhaban opah saya saya sabor je le. Kalau ikut hari nak je mengadu domba kat opah biar team marhaban depa berpecah..(batu api sgt) kekekeke

Okes, masuk bab barang hantaran. Barang hantaran merupakan hadiah dari satu pihak dari satu pihak yang lain. And since this occasion is once in a lifetime (hopefully) kita kalau boleh nak buat yang terbaik. Opah pernah cakap zaman dulu-dulu hantaran sebenarnya utk menonjolkan skill bakal isteri. Pandai menggubah tuala berbentuk angsa, pandai buat bahulu ikan dan so on. Itu sebab konsep sebenar hantaran adalah banyak makanan. Serta, makanan2 itu bolehla dimakan oleh para rombongan ketika dalam perjalanan pulang ke kampong halaman tercinta. Mari kita tengok konsep hantaran hari ni. Mostly barang berjenama. Saya pernah ada senior yang kawin dapat hantaran SKII.

Saya tanya – ok tak pakai SKII kak? Muka saya nih sensitip, kotla pakai benda2 mcm ni boleh serasi. Jawab dia - Akak tatau dik,akak beli ni untuk hantaran dik. Kalau tak, tak merasa.
Tak kisah pun korang nak buh hantaran benda mahal2..Bila lagi nak merasa kan? Tapi hakikat yang kita tak sedar,kita secara tak langsung dah bubuh standard untuk masyarakat. Makcik2 pon satu, sibuk menjoyah kat umah orang kawin – meluru masuk bilik pengantin kerobek satu2…siap leh bisik2
"Mekap AVON…" nak je sound "Dah dia pakai AVON takkan lah nak buat hantaran Clinique pulak kan?"
Agaknya makcik2 ni ingat kalau kita pakai sabun cap kapak, haram jadikan sabun cap kapak sebagai hantaran.

Saya cuma terfikir : Tak boleh ke hantaran simple2 saje? Kereta merc, gitar letrik, iPhone segala tu rasa mcm lebih kepada hadiah hari jadi yang digedebukkan sekali. Saya suka je tgk hantaran orang tapi seriously, saya memang tak terpikir nak beli benda yang mahal hazabedah mcm ni. Harapnyalah.

2-Kawin konsep tema angkasakayanganbulan. Ni lagi satu. Saya paham konsep orang buat kenduri kat dewan sebab nak muatkan ramai orang. Kalau kat umah lagi la saya paham. Cuma yang saya konpius kalau kawin siap ada projector, ada karaoke, ada band datang main. Silap takde power point presentation dan badut dan silap mata je. Its too costly, at least for me. Belum masuk benda asas mcm khemah, makan utk satu kepala, kad cikai. Ada kad yang sampai 2 ringgit sekeping. Paling habis pon orang simpan dalam lemari je kad tu. Ada org simpan dalam album. Tapi banyak yang buang je dalam tong sampah. Yang benda tak wajib lah yang mahal nak mampus – pelamin konsep angkasaraya, bunga segar dari Cameron Highlands, fotografer, mak andam, baju kembang kuncup merelip2, crown palsu, cadar tekat benang emas…belum masuk door gift lagi..Mak aih…mau botak mcm nih. Tu belum lagi konsep warna tema satu keluarga – kena beli berkayu-kayu kain..last2 sama warna dengan langsir…hehehhehe.

Saya suka tengok orang kawin, tapi saya berdoa pada Allah andai saya sampai jodoh di dunia nan fana ni, saya nak buat sederhana je. Andai kata terover dari yang saya mahukan, saya niatkan untuk menjaga hati mak ayah atok opah. Sebab dah penat carik pasal ngan mak ayah selama 27 tahun :(. Takmo inai2 awan larat, bulu mata palsu, baju mahal, crown palsu, hantaran mcm hadiah krismas, bilik macam showroom. Takmo bunga manggar berarak disambut lempar bunga rampai. Sebab bagi saya majlis kawin adalah majlis untuk menghebahkan kita kawin supaya tak jadi fitnah kita bersekedudukan. Harapan kita supaya orang doakan kita dan kita bersedekah kat orang. So, bagi saya pengantinlah yang kena layan tetamu..Tanda terima kasih datang. Tapi kita sekarang konsepnya gigih posing kat pelamin feeling2 anggun cam model sampai ramai orang datang tak sempat jumpa pengantin. Ramai orang datang sebagai tetamu pulak nak melahap tanpa jumpa pengantin memberi nasihat atau mendoakan mereka. Takde bezanya dengan masak banyak2 pastu longgok depan umah bagi orang makan. Dan takde bezanya dari pegi kedai makan tak bayar dan tuan kedai halalkan. Oh, ada beza, pengantin pakai crown palsu.

Again, I'm not saying this sebab saya rasa saya je betul, semua yang lain salah. Saya tulis apa yang saya rasa. Nak kata saya sourgrape katalah. Nak kata saya meroyan sebab tak kawin katalah. Konsep saya tulis kali ni adalah seperti – suka melihat artis korea menari dan menyanyi di atas pentas tapi saya tak mahu menari dan menyanyi di atas pentas. So, saya takde masalah bila orang lain kawin dengan cara mcmana pun sebab tu duit depa. Depa buat loan sebab nak kawin berkonsep angkasaraya - saya sedih tapi bila pikir balik bukan duit saya, saya dah boleh go on dengan life :)

"So, you just want to marry in the mosque here eh?"
"Yes, I wish I could. So that I wont be obligated to do things I don't want to just for the sake of satisfying the society. Its my money. Not theirs. My wedding. Not theirs"
"I hope I'm invited"
"You will be. It will be just a simple BBQ"
"Okay! I'll wait! "
--------------
Kesimpulannya – saya pernah nak kawin lari kat siam..kekeke. Saya mohon ampun kat mak ayah atas pendedahan eksklusif kali ni..Harapnya mak ayah tidaklah bertanya lebih lanjut..keke..Namun demikian, kali ni mohon restu sebab niat nak kawin kat tempat lain pulak...ada cadangan tak kat mana patut saya nikah?
A-Masjid di Desa Perwira, Ipoh
B-Masjid di Armidale, Australia
C-Masjid di Seattle, Washington
D-Masjid di Seoul, Korea Selatan

ps: sangat suka konsep budak taayah datang kenduri kawin orang dan bersembang-sembangan reunion mcm itu bukan kenduri kawin :). Sampai pengantin pon tak control ayu.

Tuesday, October 12, 2010

Dari Toronto ke Armidale

Treatment untuk eksperiment hari ni setel. Dua hari berturut nonstop dari pagi sampai lunch dan kendian sambung sampai petang, dengan masalah wanita yang menyebabkan sakit pinggang dan kebas2 kaki, memang rasa sikit lagi nak pengsan. Tapi kemuncak bila encik bos terjah dan kata dia nak jumpa lepas lunch bincang pasal result eksperimen lagi satu (2 eksperimen serentak tengah berjalan). Saya pon apa lagi, nak cakap 'takmo jumpa' tapi tak terkeluar. Saya cuma kata 'saya cuba'. 'Takyah prepare apa2' kata encik bos.
Kendian mulalah meroyan bercakap kat diri sendiri sambil wat keje.
'Apa benda nak tunjuk kat encik bos ni, takdan key in data pon.......' pot pet pot pet kat diri sendiri
Fi dengar, dia bagi idea.
'Takpe, nanti masa jumpa bos buat analisis tang tu'.
Masalahnya otak saya jemmmmmmmm. Kalau sedap mcm jem stroberi takpe gak. Ini memang jem. Air mata dah mula bergenang. Rasa nak balik umah je sebab sangat tak larat, tapi kena tggu 6 jam lepas treatment untuk remove watering jar...huffffffffffffffffffffffffff.
Saya stress dan balik opis utk lunch. Wijdan pulak meroyan.
So, lepas dengar wijdan meroyan saya gelak. Bukan seronok sebab apa, tapi sebab u r not alone gituh. Meroyan berjamaah adalah BEST! Lawak pulak sembang ngan wijdan bila meroyan bersama. Ala2 berlawan sapa punya masalah lebih perlu royanan. kekkekek
The backpain is killing me, seriously. Ni bahana angkat benda berat dengan postur yang salah jugak ni. Bengkok kaki! Lepas ni kena ingat kena bengkokkan kaki kalau angkat benda berat.

Dan akhirnya, bila encik bos kata 'lepas habis 2 eksperimen ni..ada lagi satu eksperimen kan?lepas tu kita kena sit down diskas seme sebab kita tinggal SATU je lagi eksperimen dan you akan setel dah. Just writing untuk PhD. Yes, satu je lagi eksperimen di tahun 2011. Satu. Ya Allah...permudahkanlah urusan =). Terus tak jadi nangis dan quit PhD, setakat ni. hehehe

-------------------------------------

Tajuk Toronto, Armidale. Sebab apa? Sebabbbbbbb tetiba hangatla pulak isu Bebudak UTP hantar salam perantau, katanya Univ Toronto. Seriously, bila saya baca cerita ni memula..saya tak berapa nak heran. Biorla sesapa nak hantar kat salam perantauan tu. Bukannya sapa nak belek pon. Nasiblah kalau terpilih sedangkan saya pernah hantar tapi tak terpilih pon..hehehe. Setakat salam perantauan, just nak wish kat kengkawan ngan kenalan. Kompom seme kontek family kalau nak raya, tambah lagi bila teknologi canggih ni....skype, FB..seme ada. So, tak lah berapa setuju bila orang kata kalau bebudak ni buat prank mcm ni menyebabkan kurang peluang bebudak kat osea nak terpilih. Berjota orang hantor salam perantauan ni. So, kalau setakat seratus (saya jangkakan 100 pranks) ni, tak meningkatkan chance pon untuk terpilih tersiar dalam akhbar.
Cumanya, saya bila baca orang komen maki utusan...saya mcm terpikir..
Komen orang

1) Kenapa utusan tak verify betul ke tak yang hanto tu dari osea?

Ya Ampun..ruangan tu adalah ruangan free untuk ucap selamat hari raya. Motip nak sahkan bagai. Lainlah kalau berita-berita yang menjana minda. Sedangkan berita pun ada paper yang tak sahkan sumber sohih atau tak, main tulis je, inikan pulak ruangan ucapan selamat hari raya..kekeke
Camno depa nak sahkan bebudak tu kat osea? Kena kontek JPA/tajaan/uni luar negara? Kalau depa bagi email uni tempat belajo, utusan kena email sorang2 ke? Bukan anouncement dapat pangkat Datuk ponnnnn.

2)Gambo tu tak melambangkan gambar osea. Utusan tak leh detect ke?

Hadoi, kalau belajar di China kena bergambar dengan tembok besar china? kalau belajar dekat thailand kena bergambor ngan patung buddha? Kalau belajar kat India kena bergambar kat Taj Mahal? Ingat semua orang kenal ke pokok asam dan tau pokok asam takde kat Kanada? Its just like you assume semua orang tau Alpacas ruper macamana dan takde kat Malaysia. Utusan kengkononnya nak menunjukkan depa tak prejudis. Bergambo pakai tshirt Ben10 berlatarbelakangkan kambing pon depa tak kisah. Sebab depa percaya rakyat Malaysia takde nak tipu sebab langsung tak datangkan faedah. Tak rugi satu sen, tak untung satu sen pun.

3) Depa purposely eja University of Toronto Canada sebagai Universiti of Toronto Kanada supaya pihak utusan boleh detect kesilapan dan tak siarkan.

Seriously, apa sebenarnya ni, nak masuk paper ke takmo? kekekekek.

Bagi saya, utusan keluarkan artikel sebagai respon bela diri ala2 reputasi tercalar. Tapi bagi saya secara peribadi..utusan should just ignore. Dah buat ruangan free untuk bagi peluang untuk orang ucap selamat hari raya pon banyak songeh. Korang nak prank, pranklah. Ntah apa yang dapat entah..kekeke

Kesimpulannya mudah je. Tutup je lah ruangan salam perantauan ni. Lebih baik fokus pada berita-berita yang lebih penting. Daripada korang2 berbangga konon berjaya tipu utusan baiklah korang tolong photoshopkan gambar I ngan Jay.kekeke.

Saya bukan ada share dalam utusan, langsung tak. Peminat pon bukan. Saya cuma tak suka bila orang tau komen tapi tak boleh nak bagi idea camno nak buat. Pandai nak salahkan orang je.

Beralih kepada Armidale (konsep tajuk), masjid jual daging halal. Semua org ada akses masuk masjid bebila masa untuk beli daging. Takde penjaga, pandai2 lah sendiri amik daging dan bayar kat tabung. Duit belen pon ada disediakan. Berbekalkan konsep percaya. Percaya yang orang Islam ni berpegang kepada konsep Allah maha melihat, dalam masjid pulak tu, melibatkan makanan yang akan jadi darah daging.
But what happen is...duit daging maging ni asik short beratus2 dah bertahun. Saya baru tau since saya AJK. And Alhamdulillah AJK batch saya ni semua vocal. So, once bebudak laki dapat tau, depa decide nak buat penjualan daging berjadual. Mampusla kalau orang tak puas hati. Dah malas nak pikir apa yang orang pikir..Kita PERCAYA orang akan AMANAH, tapi susu balas tuba. Kita bekalkan daging halal supaya orang yakin dan senang. Tapi orang sapu daging halal tapi tak bayo. Motip carik daging halal tapi takmo bayo? I was so sentap masa dapat tau sebab rasa mcm tak logik. Sampaikan mamat yang cerita kat saya sudahnya kena tenangkan saya. kekek. Its either depe memang terlupa bayar, atau tak reti baca harga, atau takde duit belen yang mencukupi.Saya geram sebab benda ni menyusahkan orang - bila wat jadual, maknanya orang tak boleh beli bila-bila masa. Dan lebih susah pada pompuan2 yang takmo berasak ngan lelaki. Kadang kalau saya nak beli pon saya pesan kat memana AJK lelaki, depa tolong belikan. The, AJK pulak kena tambah keje take turn jaga daging. Saya dah bgtau awal2 saya takmo jaga sebab dalam pada depan AJK lelaki pon depa leh selamba badak je amik daging dan berlalu. Macamana kalau saya yang kecil dan lemah ini? Lagi la tak daya nak buat apa2. Lagipun selalu yang beli orang lelaki, so kesian bebudak laki kena jaga..heheh

Kecik2 bangga konon tipu paper, bila beso nak tipu mesjid plak? Tak berpaedah langsung. Orang Islam warisan nenek moyang je bangga ngan menipu, prank seme ni. Sekian.

Sunday, January 10, 2010

Listen to my heartbeat!

Jantung berdegup kencang, kencang yang teramat. Sebelum tidur malam tadi saya dapat mesej dekat Facebook, ingatkan dari rakan-rakan yang selalu mengirim mesej di Facebook, rupanya dari kawan non-muslim yang dulunya sama-sama di Armidale. Selalunya berbalas-balas komen di wall, tapi kali ni dia bagi mesej di facebook.

"Hey leng nui, I am sure that you must be knowing what happening recently in Malaysia. So, just wonder what do you think about the word of "ALLAH" been used in Bibble, Malay version from Indonesia? Nothing personal, just would like to know more about the case........

best regards...."

Dua minit saya terdiam, dua minit. Saya kalau boleh nak mengelak berbincang pasal ni sebab ilmu saya bagai kail yang panjang sejengkal, mana mungkin boleh menduga lautan yang dalam *cewah, ayat...hehehe*. Itulah sebabnya bila ramai orang menulis di dalam blog berkenaan isu ini, saya memilih untuk diam, memilih untuk menulis pasal jo kwon..hehehe.

Namun, inilah kehidupan. Bila mahu lari, mahu diam-diam, muncullah ruang keterpaksaan. Saya tiada pilihan. Dengan jantung yang sangat kencang, saya mula menulis. Mulanya saya mahu menulis

"Sorry lengchai, you better ask other people" tapi saya batalkan. Saya batalkan kerana saya malu, malu mengaku Islam tapi tak mampu memberi pandangan berkaitan agama warisan nenek moyang. Maknanya saya mewarisi Islam, tapi tatau apa-apa. Sedih.

Maka saya harap apa yang saya tulis pada kawan saya ini dapat menjelaskan serba sedikit. Mind you, apa yang saya tulis ini tak boleh jadi rujukan. Ini pandangan peribadi. Rujuklah orang yang lebih arif.

Cuma asasnya, Allah itu Tuhan semua. Allah Tuhan saya, Tuhan kamu, Tuhan dia. Pencipta. Yang ciptakan saya, kamu, dia, Yamapi, Jay, TOP dan seluruh isi bumi.
Saya tak belajar bahasa Arab dengan detail, tapi apa yang saya tahu Tuhan dalam bahasa arab adalah Ilah.

La ilaha illa Allah - Tiada Tuhan melainkan Allah. Atas justifikasi itu saya katakan Allah itu bagaikan kata nama khas.

Tiada larangan dalam Quran untuk orang bukan Islam guna perkataan Allah, namun ada larangan keras untuk mengatakan Allah itu satu dari tiga. Memandangkan permohonan penggunaan nama Allah ini untuk konsep keagamaan yang sudah pastinya melibatkan konsep trinity, pada hemat saya, lebih baiklah minta depa guna perkataan Tuhan sahaja. Takpayah guna perkataan Allah.

----

hey leng chai..personally, sebenarnya ramai orang jadi sedikit hairan kenapa nak guna Allah sedangkan boleh guna Tuhan as translation to God. Allah ni mcm kata nama khas, macam Jewish panggil Tuhan depa Yahweh. Kalau bukak kamus dewan bahasa, Allah tu maksud tuhan yang esa.

Even dalam bible dan dalam quran pendifinisian Tuhan tu tak sama,

Ayat dari Bible (I tataula ini betul ke tak, cuba you confirmkan boleh?)

'2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.

Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"

- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'

For us, Allah itu satu, takde anak. For kristian, ada konsep trinity kan? Kami tak boleh mengakui Tuhan itu ada anak.

Di Indonesia pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan proses penyebaran agama: Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan caranya dengan, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.' (ni I ambil dr blog)

So, di Indonesia depa guna Allah untuk translate God. Mind you, di Indonesia sedikit longgar. Tapi kat Malaysia, orang-orang agama ni strict. Since dalam Quran kata tak boleh kata Allah tu ada anak, so tak dibenarkanlah guna kat Malaysia.

Kesimpulannya, sebab Allah tu adalah bukan semata-mata 'God' bagi kami, ia adalah Tuhan yang satu yang tiada anak, jadi sebab tu lah kami rasa tak boleh nama Allah tu digunapakai sewenang-wenangnya. But we do respect Christians, kami percaya Jesus, cuma tak kata dia anak tuhan.

No problem with 'Allah tuhan semua, Allah pencipta langit dan bumi, kerana Allah kita wujud, dengan izin Allah kita akan jumpa lagi', semua nih takde masalah sapa-sapa nak guna. Just on the trinity concept je tak boleh guna.

But lately kat Malaysia semua jadi isu politik. I tak suka orang politikkan benda. Bila politik, jadi racist, bila racist jadi huru-hara. Itu je lah setakat yang I faham.

This is more on sensitiviti, macam pernah kes wartawan majalah agama menyamar jadi kristian, masuk church sebab nak korek berita ada tak budak melayu masuk kristian. I'm totally against that sebab tu namanya tak menghormati agama lain. Itu sensitif. Mcm tu jugak dengan isu nama Allah nih.
I only wish generasi akan datang lebih matang dan lebih duduk2 sembang untuk lebih memahami satu sama lain. =)

Kredit: Sila rujuk blog faisal tehrani, saiful islam dan Dr. Maza untuk pemahaman yang lebih jelas.

"Katakanlah, dialah Allah yang satu. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya." Al-Ikhlas.

Monday, October 12, 2009

Merokok lah, tak marah

Semua orang tau merokok membahayakan kesihatan.
Tapi entah kenapa masih ramai lagi perokok tegar.
Being asthmatic, saya memang tak suka dengan asap rokok.
Baunya memedihkan, merengsakan, menyesakkan.
Kalau di kedai makan dan kebetulan asap rokok dari meja sebelah atau dua belah menghala ke arah saya, memang rasa mahu baling pinggan ala2 main frisbee.hikhik.
Tapi saya tekad, lepas nih kalau balik ke tanah air sendiri, kalau berhadapan dengan suasana begini, saya akan bangun perlahan2 dan cakap baik2 kepada perokok. Tidak lagi berlakun2 batuk pekup mulut dengan tudung sebab selalunya tidak akan dipedulikan. Kalau pengsan dan kejang pon takkan dipedulikan, percayalah.

Budaya yang sihat saya kira di Armidale dalam kalangan orang tempatan apabila hanya segelintir yang saya lihat merokok - orang asli yang tak bekerja, lelaki2 muda yang mengerikan dengan tatu penuh di tangan dan sebelah tangan memegang botol arak. Jarang sekali saya lihat lelaki muda yang hot merokok. Even di asrama pun, yang merokok hanya lah budak asia, bukan budak local. Hmmmm.

Tapi yang sedih, umat islam yang datang berkelanalah yang sibuk menyedut racun dan hembus dengan penuh asyik masyuk sekali. Konon macho..Bukan macho yer, hancus! Arab Saudi, Indon, Iran - gigih merokok macam orang-orang asli juga. Nampak persamaan?

Say whatever you want - merokok menenangkan fikiran, memanaskan badan, menjana neuron otak berfungsi - but mind you lebih banyak mudharatnya. Lepas nih jangan banyak komplen kalau dapat tau kandungan sperma berkurang dan kurang berkualiti. Dahla sikit, kurang berkualiti pulak tuh. Tsk, tsk. Jangan komplen kalau dapat kanser peparu dan mati cepat dan terpaksa tinggalkan bini yang cun yang punyalah payah nak tekel. Dahla susah nak dapat, lepas dapat jumpa cinta sejati mati pulak sebab kanser peparu. Kesian.

Ah, kalau dapat suami perokok, akan pasang larangan merokok dalam jarak 5 meter radius dari pintu rumah. Sekian.

Eh, ini bukan entry menghentam perokok..Merokoklah..takde sapa nak marah. Tapi boleh tak jangan merokok di tempat yang ada makhluk bernyawa yang lain? Mana? Go figure!

Peparu perokok tegar yang ditransplan pada seorang askar menyebabkan kematian. Klik sini.

Monday, May 11, 2009

Iklan – derma masjid


Dear Brothers and Sisters - Assalamualykum,
Re Appeal for donation for UNE Mosque development

We are writing on behalf of the Muslim community in Armidale, Australia. Armidale is a small university-based town in New South Wales, Australia, with an approximate population of 25,000. There
are about 300 Muslims in and around Armidale. The only mosque is in the University campus, called UNE Mosque. A small house allotted by the University has been converted into a Mosque not only for
prayers, but also teaching the Holy Quraan and Hadith to children and newly converted Muslims. The UNE Mosque can accommodate only 30-40 people for prayers.

Recently we spent about $30,000 to repair the old house. The roof has been replaced, new carpet laid and the walls and ceiling painted. After the refurbishment, it became an excellent facility for the
local Muslim community.

However, there being no separate space for the women, they are compelled to fulfill their prayer rituals in a corner of the Mosque, separated by a curtain. Moreover, there is no ablution and toilet
facilities for the ladies.

To solve the problem of space, the design of an extension of the existing building (11m x 4m) including a toilet and an ablution area has been approved by the FMS of the University. The estimated
cost of the extension project is nearly $100,000. The small Armidale Muslim community (mainly constituted of student) cannot afford to provide this large sum of money from their personal savings.

Therefore, on behalf of the Armidale Muslim community, we appeal to our Muslim brothers and sisters in Australia and overseas to come forward with generous donations to support the Mosque extension work.
Surely, you shall be rewarded for this bequest when you need it most - in the life hereafter.

Thank you in advance for your cooperation and support, Wassalam

Mr Hussein Megahed
President

Dr Fakhrul Islam
Secretary

You may send the cheques to the following address or deposit money to the following account:
Address:
UMMA
UNE Mosque
c/o International Office, UNE Armidale NSW 2351 Australia
Phone: + 61 2 6773 3192; Fax: + 61 2 6773 3325

Account:
UNE Mosque Management Association
New England Credit Union
BSB: 802-292
Account No: 651895

NB. The University of New England (through FMS) has approved the project and (through International Office) has no objection to seeking funding in this way.

------------------------------------------------------------------------
Saya sedang berbincang dengan setiausaha masjid berkenaan ingin mengutip derma online dari anda-anda semua. Mungkin untuk memudahkan anda semua, saya akan minta anda masukkan duit ke dalam bank saya (CIMB) *sila simpan bukti transaction* dan saya akan keluarkan duit elaun dari bank sini untuk bayar derma anda kepada masjid. Saya sedang berbincang soal resit dan harapnya dalam minggu ni boleh dapat maklumbalas dari setiausaha. Saya cuma terfikir soal currency change. Ada idea? *jeling Am*

Wednesday, February 18, 2009

Separa emo

Ini entry separa emo. *ahah, Am, ni tader kaitan ngan PMS okeh*

Saya tatau kenapa ada sesetengah orang sangat benci anjing dan babi.
Even tengok gambar pon sampai boleh termuntah hijau.
Bukan setakat memek muka, tapi dengan kata-kata yang tak enak didengar.
Kasihan babi dan anjing.
Bagi saya babi dan anjing juga comel.
Saya takut anjing sebab takut kena gigit.
Saya takut babi sebab babi dewasa leh jadi sangat besar.
Selalu terbayang kena sondol.
Tapi anak2 anjing dan anak2 babi sungguh kiut.
Kalau tak suka, takyah lah beria2 mengespresikan kejijikan.
Duk diam2.
Pegang babi n anjing tak dosa.
Cuma kena pastikan kena suci sebelum solat, means kenalah samak.
Tu je.
So, ape kes kebencian meluap2 pada makhluk2 ini?
Sampai banyak kes sengaja langgar anjing. *Ayang penah wat entry pasal drebar lori dgn riang gembiranya langgar anjing sampai menggelepar anjing tu kat jalan kan*
Dera binatang sampai mati.
Korang jawabla kat akhirat esok.

Sunday, February 1, 2009

Panas!

Panas.
Lepas musim tengkujuh, bumi ganu jadik panas.
Berpeluh peluh.
Sakit kepala.
Panas.

Yang lebih memanaskan keadaan bila terpandang kelibat seorang lelaki yang sedang bertenggek atas moto dengan penuh gaya macho. Masa tuh tengah tggu cik pensyarah bayar duit kete kat bank. Panas hati. Panas hati bila terpandang keselamberan mamat itu bertenggek atas motor sambil goyang2 kaki dan sesekali menyedut rokok lantas menghembuskan kepul2 asap dengan penuh nikmat..
sedangkan isterinya yang sarat mengandung terkedek2 mengimbangi diri berjalan menuju ke arah bank, dan terpaksa beratur lama untuk melunaskan pembayaran di bank. Walau apa pun alasan mamat ituh, saya tetap rasa panas hati.
Panas.
Tak boleh ke pimpin bini dia tuh?
Tak boleh ke tolong beratur?

Encik encik yang membaca entry ini, saya menyeru..jangan cakap je lebih: 'sapa tak sayang bini weiii' tapi tolongla zahirkan dengan perbuatan. Tolongla pikir sikit. Bukan anak kambing yang dalam perut tu, anak anda anda jugak!

Encik sains sosial, saya mengusulkan satu tajuk kajian untuk pertimbangan tuan: 'Lelaki Malaysia kurang gentleman?'

nota kaki buat tra: sila lihat contoh penggunaan perkataan kepul yang betul dalam cerita di atas.ahaha

Sunday, January 18, 2009

Filem baru Raja Azmi

Katanya,

Ini cerita dakwah.

Katanya.

Baca sinopsis pon dah meremang bulu tengkuk.
Dr. Maza, any comments?

Sunday, January 4, 2009

Thursday, January 1, 2009

Biar Lambat Asal Selamat?

Paspot kita mudah dipalsukan

'Jika di Amerika Syarikat, seseorang yang memohon pasport tidak akan memperolehnya dalam tempoh dua minggu. Jadi, apa bijaknya kalau proses pengeluarannya cepat sedangkan risikonya amat tinggi' kata D.S. Dr. Rais Yatim.

Sumber

Biar lambat, asal selamat.
Er, tapi takleh ke cepat dan selamat?

Friday, December 26, 2008

Mati pucuk

Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Sumber

Wednesday, December 17, 2008

Jangan baling kasut

Jangan baling kasut, baling benda lain yang lebih berat dan menjijikkan. Dan tolong pastikan tepat ke sasaran okeh?

Monday, December 15, 2008

Solehah?

'Aku dah jadi baik sekarang, dah jadi solehah'
petikan skrip kamala dalam spa q 2.

Macam kurang tepat je penggunaan perkataan tu.

Wednesday, December 10, 2008

Tak suka!

lately saya dikelilingi 4 jenis lelaki yg bijak pandai, tapi menyesakkan jiwa.

1-merokok sakan di dalam kedai makan tanpa mempedulikan org keliling yang jenuh pekup2 idung. merokoklah, tapi tlg jangan di dalam kedai makan.
2-ckp lucah dgn pompuan. Mind you, perkataan 'terangsang, gersang, romen' boleh jadi offensive pada kebanyakan orang, termasuk saya. org yg bcakap lucah nih adalah org yg tak hormat org lain dan tak hormat diri sendiri.
3-perasan hebat. ingat semua org tergila2 kan dia. siap buat muka keji kalau bertembung. pigidah!
4-lazer mcm pompuan. cukuplah pompuan ramai kat muka bumi nih, toksah nak tambah bilangan pompuan lagik. ko tak pms kan? tak menopos kan? so, jadilah lelaki sejati.cool ok, cool!

-------

go away, leave me alone.

Sunday, November 16, 2008

Belum matang

Kita sudah matang dalam budaya bloging.

Apa pandangan anda?
Saya lagi suka untuk katakan kita belum matang dalam budaya bloging. Sebab masih ramai blogger2 yg tak bertanggungjawab - mengkopi pes entry org lain dan jadikan hak milik senirik, menaip entry2 berkonsepkan perkauman, meniupkan perasaan benci dan amarah antara satu sama lain, mewujudkan blog berunsur kelucahan melampau dan menyebarkan fitnah.

Anda rasa, bagaimana?

Sunday, November 9, 2008

Indikator bahagia

Mereka katakan, perempuan suka memikirkan soal cinta dan perkahwinan. Cinta dan perkahwinan bukan satu2nya indikator untuk bahagia.

Saya katakan, mereka suka mengejar pangkat dah harta. Pangkat dan harta bukan satu2nya indikator untuk bahagia.

Apa yang ingin anda katakan?

Saturday, November 8, 2008

Keliru

Apa sudah jadi dengan masyarakat dunia.
Keliru atau buat-buat keliru?
Yang lelaki mahu menjadi cantik jelita, yang wanita mahu jadi gagah perkasa.
Saya pernah terjumpa undergrad - si keras separa ayu yg ingin menjadi si gebu jelita, bertanya pd penjaga kedai jika pil hormon ada dijual di farmasi.
Sungguh menyedihkan.
Ada juga di dunia ini orang tak keliru, tapi cuba mengelirukan orang lain.
Sesuka hati mengwanitakan sesuatu yang tak jelas jantinanya dan menamakannya MINAH. Dunia oh dunia.

Ps: tapi Minah comel.

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

MALACCA: Popular Bollywood actor Shah Rukh Khan is among 77 people to be conferred the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM), which carries the title Datuk, in conjunction with the 70th birthday of Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob today.

Apekah?
Apa jasa pada Melaka?
Apa jasa pada Malaysia?
Apekah?

klik sini untuk berita

Saturday, September 20, 2008

Katak

Tadik dgr student present pasal katak. Malam nih kena translate manual bab anatomi dan fisiologi katak. Minggu lepas tengok students diploma bedah katak. Katak oh katak. Bulan nih bulan katak agaknya. Ayang pon ada buat entry pasal lipan dan akakpokpek buat komen berkisar katak. Saya pon seperti wilda a.k.a ayang - takla geli tahap gaban pada katak. Hanya sedikit geli kalau katak yang licin dan sejuk masuk dalam kasut sekolah atau tengok katak mati katak atas jalan raya. Secara zahirnya, kaki belakang katak dah diciptakan untuk melompat tinggi. Lidah dia panjang untuk menangkap serangga. Katak adalah katak. Katak takkan jadi kucing bila dah dapat tangkap serangga untuk dimakan. Selagi hayat dikandung badan, sampai bila-bila katak akan makan serangga, sampai bila-bila katak akan melompat.

Saya yakin, katak adalah katak. Percayalah, katak adalah katak. Melompat dan terus melompat, untuk survival.

*sigh*