Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, February 25, 2009

Tunda

Mode hiatus ditunda ke minggu depan *er, boleh tak ginih?*
Sebab plan nak amik cuti seminggu, dan malas nak bawak balik laptop. Kalau balik terus ke Ipoh takpe..masalahnya nak travel ke putrajaya sensorg, jadik tak larat nak usung laptop ke hulu ke hilir. Sejak Kak Ron ke Belanda, rasanya berat menyusut sebab muka makin cengkung. Hanya portion2 tertentu je yg mencanak naik yg menyebabkan kena tahan napas sesungguhnya bila nak pakai jeans..hahaha. Er, kaitan statement ini dengan laptop - badan menyusut, so, lagi kurang tenaga nak angkut laptop. Oleh yang demikian entry berunsur kegedikan akan tiada seminggu. Kalau ada cerita panas dan sensasi, saya akan update bila berjaya rebut pc dr adik, mak dan ayah kat umah.

Hari nih ada anak kumbang singgah opis. Transit sekejap sebelum ke destinasi seterusnya, hehe. So, I decided utk test power. Yelah kan, asik gagal je ngorat adik2 ikan kan?



Gosh! Kegagalan yang nyata!

Thursday, February 19, 2009

Fantasi lagi

Baru lepas habis meeting.
Bincang pasal penawaran kursus baru tahun 2015 nnti.
And tergatal mulut suggest subjek kegemaran saya dan cik pensyarah sebagai elektif - Para*sitology.
Yelah, masa tu semua dok konpius2 subjek apa lagi nak tambah utk elektif mikrob...So, terkeluarlah idea itu.
Kerana pulut, santan binasa kan? Kerana mulut, badan tak berapa binasa lah dalam kes nih. Cuma minda sedikit mereng sebab tak pernah ajar lecture. So, tak reti nak rangka. Cik pensyarah, I need your expertise dalam menda alah ini..
Ok, itu realiti.

Ini fantasinya.
Kalaulah saya mengajar kat univ mcm citer accepted tu *kos sesuka hati*, saya akan mintak ajar 2 subjek saje.

1 - Bercakap Tanpa Henti - BTH101
Sinopsis kursus - Kos ini ditawarkan untuk wanita2 yang kurang bercakap *jeling dayah* yang ingin mengasah bakat dalam bidang percakapan tanpa henti. Kelas ini akan ditawarkan setiap semester jika pada semester itu tiada bulan Ramadhan. Kelas akan dijalankan selama 4 jam seminggu dan setiap kali kelas, semua orang akan dilatih bercakap tanpa henti. Kelas ini akan melengkapi pelajar dengan skill membela diri dan meluahkan perasaan dengan gigih sekali. Ini akan membolehkan masyarakat keliling lebih memahami kehendak pelajar dan ini merupakan satu skil pertahanan diri dari dibuli lelaki *jeling zakaria* dan juga satu skil terapi.
Keburukan - kelas akan menjadi huru hara sebab semua orang sibuk nak bercakap. Dunia akan tidak aman lagi, dan para lelaki akan ramai sakit jiwa. Semua sibuk nak bercakap, sapa nak mendengar, kan?

2 - PMS Survival - PMS 101
Sinopsis kursus - Kos ini ditawarkan untuk lelaki yang ingin memahami wanita dengan lebih mendalam. Kelas ini hanya ditawarkan setiap semester, selagi tenaga pengajar tak kawin, namun kelas hanya akan diadakan pada hari PMS menyerang tenaga pengajar. Pelajar boleh melakukan apa saja di dalam kelas namun terpaksa pasrah dengan tindakan2 yang bakal dikenakan oleh tenaga pengajar. Pelajar perlu menganalisa kesan PMS terhadap tenaga pengajar wanita dan perlu tahu cara untuk survive. Survive kelas ini di penghujung semester merupakan satu kejayaan.
Keburukan - Pelajar mungkin tak sanggup habiskan semester.

Okes, ini memang karut. Tapi kalau saya kena ajar dedua kelas nih, kertas kerja boleh disiapkan on the spot! ahah

Kembali ke realiti.
Nak cari idea pasal proposal subjek.
Buat-buatSemangat!

Friday, January 23, 2009

Pegawai Penyelidik

Kawan-kawan,
Surat jabatan hewan dah dpt. Alhamdulillah, dioffer jwtn Pegawai Penyelidik. It was very difficult utk ambil keputusan - setia dgn umt or kembali ke jabatan hewan.

1. Logistik
Posting tatau lagi kat mana, bos ckp saya akan ke lab lama. Kalau betul kat Ipoh, memang sorga donia. Dok bawah ketiak dengan mak, dekat dengan opah & atok, save duit makan, save duit sewa. Ipoh kat central, senang nak ke mana2 ladang, nak ke mana2 uni. Hubungan sosial dgn lecturer2/researcher dr institut lain akan dapat dijalinkan dengan jayanya.
Ganu sangat jauh dari keluarga. Tercampak jauh2. Balik naik bas 8 jam, sangat memenatkan. Kalau naik bas kesatuan, sejuk tahap kancing gigi. Memang bila pikir travel ke ipoh, rasa mcm malas sangat. Penat. Since located kat east coast, hubungan sosial sedikit terhad since kebanyakan program saintifik diadakan di central, esp KL. Kena rajin turun KL lah nampak gayanya.
Ipoh 1, Ganu 0

2. PhD
Ntah, saya pon tak perasan bila saya mula berazam nak buat PhD. Mebi bila dah buat MSc, azam menggunung tinggi utk sambung. Since banyak benda yg saya tak mampu nak capai compared to wanita2 seusia, I decided utk buat PhD - to improve myself.
Kat jabatan hewan leh convert research jadik PhD, ramai org leh tolong. Tapi kena guna duit sendiri sbb tak confirm lagi dalam jabatan. Kalau nak ditanggung perbelanjaan study, kena tggu lagi 3 tahun, bila dah sah jawatan. Tu belum lagi pikir soal seniority dan birokrasi. Biasanya depa bagi senior sambung dulu.
Kat umt memang disyaratkan utk sambung. Bila sambung, dapat elaun dan gaji akan jalan.
Ipoh 1, Ganu 1

3. Kerja
Honestly, I love teaching and gossiping. Bercakap dan bercerita adalah passion saya. Melihat muka adik-adik yg hensems mahu belajar membuatkan saya bersemangat utk belajar bersama2.
Ipoh 1, Ganu 2

4. Pantai
Saya suka pantai. Sangat suka. Sangat. ngeeeeeeeeeeeeee.
Ipoh 1, Ganu 3
And yes, saya telah buat keputusan untuk setia dengan ganu. Keputusan ini agak risky, bila amik kira kedudukan ekonomi yg sangat teruk sekarang [scholarship maybe ditarik balik, jwtn tutor bertaraf sementara]. Tapi saya akan kuatkan semangat. Semoga urusan saya dipermudahkan. Amin.
Keputusan ini tak diambil dengan mudah sebab terlalu banyak kenangan dan harapan saya sandarkan pada jabatan hewan. Dari 2003 menimba ilmu dan pengalaman di jabatan hewan, dari terjerit2 ketakutan sebab dikurung dengan kambing..sehinggalah jatuh cinta dan berkucupan mesra dengan kambing dan bebiri, jabatan hewan telah menjadi platform utk saya memupuk minat dan mengasah bakat dalam bidang saya sekarang. Jabatan hewan akan selama2nya terpahat di hati saya.

Terima kasih banyak2 buat yg telah mendoakan saya berjaya dalam interview. Doa kalian telah dimakbulkan. Doa saya juga telah dimakbulkan - doa saya sepanjang 3 tahun lepas, utk berjawatan tetap di jabatan hewan. Ini tandanya Allah mendengar doa kita, cuma masa pengabulan itu cepat atau lambat. Teruskan berdoa, Allah pasti bagi yang terbaik.

ps: Tolong doakan kesihatan Pakcik Mohamed, ayah kawan saya. Semoga cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan. Amin.

Tuesday, January 13, 2009

Updates

Updates:

1. Rumah dah penuh. Alhamdulillah. Sekarang duduk 5 orang. Next month Kak Ron dah ke Belanda, tapi harapnya ada orang masuk n ganti dia. Until the time this entry is written, orang yang nak masuk ada, cuma tak kompom dia masuk ke tak. Kesimpulan, tak jadi pindah umah.

2. Kalau ada rezeki, insyaAllah akan sambung PhD. Tempat je yang tak kompom. Mebi USM, mebi VRI. Mebi juga tempat lain. Hidup nih terlalu banyak kemungkinan kan?

3. After 18hb akan dapat tahu keputusan interview. Mungkin dapat mungkin tak. Kalau dapat baru pikir. Sekarang nih tak pikir. Malas nak pikir apa2. Terlalu banyak benda last minit yang jadik.

4. Lepas sembilan bulan lebih, baru ada kekuatan untuk email Prof Naga (takleh link, entry blog lama yang berkaitan dah delete). Email dia tanya hutang berapa yen. Dulu application ke HiroDai dia yang bayarkan. Dia suruh bayar bila sampai sana. Malangnya tak sampai2..hehe. So, email dia untuk mintak num akaun. Kalau dia tammo bagi, akan transfer duit to kak Amy (kat HiroDai). Terpaksa mintak tlg kak Amy pas kat Prof Naga.

5. PMS bulan nih sangat mengerikan. Apasal tak dapat updates dari pmscetral? Walaupun tak meroyan dekat certain2 orang yang biasa jadi mangsa, tapi rasa mcm nak tumbuk2 orang. Apekah? haha. Sib baik Kak Yan ajar lukis orang lidi, pastu koyak. Eh, lepas nih nak try tulis nama orang lah kat orang lidi tu. Kot leh jadik cam voodoo! *kidding*

Antara benda yang saya scribble bila PMS :
"Here goes.
I'm totally pissed off.
Holding myself back.
Pissed off!
None of their jokes are funny.
None of the conversations are interesting!
For god sake!
I hate the whole universe!
Hate!
Hate!
Inhale.
Exhale."


6. Sekarang saya sangat suka scribble2 apa yang saya rasa. Conteng2. Saya akan lega. Tak banyak bebel. Tangan je yang gerak sambil nafas naik turun. Kadang2 Ada juga sambil kesat air mata. *mode DQ*

7. Adik yang bongsu tu dah pakai hfon. Guna fon ayah yang lama. Hehari dia akan sms. Taklah sunyi sangat. Kalau tak, mau berhari2 henfon tak berbunyi. Cuma penat nak melayan. Hahaha.

Mahu buat kerja. Semoga ada berita baik untuk diri sendiri. Amin.

Sunday, January 11, 2009

Semangat!

Tadaaaaaaaaa....
Minggu ini dijangkakan minggu semangat!hiyah!
Kepala otak dah tak ting tong lagi..
Tapi errr, tak juga fokus sepenuhnya
Contohnya bila tgh menaip lab manual ini.
kekekeke
note: suppose GREEN

note: suppose RATIO

mode jerit kat diri sendiri: cik tutor musti semangat!!!!!!!!!

Thursday, January 8, 2009

Takde tajuk lah

Mahu tiru stail Tra tulis blog dengan nombor2.keke

1
Hari nih pumpkin race.
Hajat di hati nak join, tapi tak berkesempatan.
Itik biruAm, kami doakan kejayaan program itu.
Jangan lupa upload gambar banyak2 yer?
Enjoy yourself, guys!
Jeles.
Jeles.
Jeles.

2
Dek kerana balasan Allah ada isu yang berbangkit, saya tak jadi demo untuk lab sem ini. Hampa sedikit. Tambah lagi untuk kelas yg ramai adik2 ikan yg chumils. (kak lina, bab adik ikan nih saya gurau2 je..keke). Saya berniat nak menyibuk2 jugak selagi termampu. Hope semua org tak kisah. =)

ps: cik tutor sudah kembali bersemangat

Monday, January 5, 2009

Zero zero

Katanya nak zero failure dalam subjek2 yg diajar. Nih dah biasa dengar. Dulu masa kat sekolah, cikgu2 pakat aim nak zero failure. Even sekarang mak selalu aim zero failure dalam subject yang dia ajar untuk UPSR.

Katanya nak zero mortality pada binatang2 yang dibela. Wah, sentap tak? Ajal maut kan di tangan Allah. Susahnya bila yang bercakap nih bisnes minded, tak pikir soal ajal maut. Usaha minimize mortality, bukan zero mortality. Absurd sungguh. Macam target untuk 'zero andartu' kat Malaysia. Mustahil bukan? keke

ps: zeti, akak target zero meroyan di blog ineh..kekeke. Seperti 'meroyan free zone' hang..hehe

Tuesday, December 23, 2008

Mula semester

Semester dah mula.
Akan mula membantu pensyarah dalam kelas amali.
Mode: tune kepala otak untuk menanda lab report dan mencuci mata.
Akan mula busy.
Bloghopping akan dikurangkan.
Meroyan tak tentu hala akan cuba diminimakan *meroyan hanya akan dilakukan pada wanita2 vok saje..haha*.

Hiyah! Mode semangat sebab masuk sem baru.

Monday, December 15, 2008

Tutup buku lama, campak jauh2

Here goes.

Miting kay pee tee 16hb ni rupanya. Kalau ikut information bulan Feb. Alhamdulillah, senang nak buat apa2 keputusan kalau 'sangkut' lagi..thehe. InsyaAllah by 17 leh tau result. Takpon the next working week.

Interview es pi ay dkt bangunan area2 masjid negara on 18hb. Januari akan tau keputusan, insyaAllah. Tuan director dah buat surat rekomendasi *oh, ada ke pkataan ni?*. Saya akan bersungguh2 utk ditemuduga.=)

I'm following the flow. Doakan semoga Allah permudahkan jalan yang terbaik. Amin.



dah tukar ringtone, tak guna lagu wonderpets lagik. guna lagu neh^^. lagu lama yg best.

Thursday, December 11, 2008

At last, good news!

Alhamdulillah, lepas JKLB. Waiting for the letter. Menunggu KPT pulak.
And yes, just found out that my dearest x-boss will join my interview next month week [thanks kak yan].

blessed.
blessed.
alhamdulillah.

and yes my fren, saya sudah mempersetankan benda lain selain kerja dan study. and i'm feeling great!2009 adalah tahun untuk fokus kerja dan study.
no regrets.

kak yan, congrats sbb dpt NSF scholarshp itew..keke!

Sunday, November 23, 2008

Kenangan

Kak Faizah, yg baru menamatkan zaman solonya bbrapa bln lalu memang sering jadi usikan dan mangsa sakat pompuan2 gedik dalam bilik nih.keke. Dia yg matang, hanya senyum, blushing dan ketawa kecil bila disakat2. Agaknya dalam hati, rasa nak hempuk2 kitorg dengan buku2 rujukan yg ada..haha.
Suatu hari tetiba timbul idea menyakat dia;

'Akak, dah isi borg keselamatan?'
'Belom'
'Erm, saya rasa jenuh akak nak isi tu'
'Ye ke?'
Muka dia cuak sikit. Dia bangun dan dtg kat meja saya.
Yes! Pancingan mengena. *mode angkat2 kening*
'Saya just isi bahagian diri sendiri, bahagian mak ayah' *sambil saya menunjuk2 kat bahagian yg dah isi*
Saya sambung lagi...
'Tapi kalau akak, byk nak kena isi ni..sebab bahagian suami pon kena isi'
'La, tu je ke...'
Hilang muka susah hati dia.Hehe. Tapi muka dia cam blushing.Hiks.

Petang tu, ketika saya sibuk bergoss di tpt Haza, tetiba Kak Faizah singgah di meja saya yg berselerak sebelum dia balik rumah.

'Dijah...' dia panggil sambil membelek borang di meja saya. *Ada kesilapan saya isi borang cuti blajar ke?*
Dia sambung...
'Niha....status kawin'
'Ha?'
'Awak tanda bujang'
Huh! Balas dendam rupanya!
'Memangla bujang kak oiii!' *mencik!mencik!mencik!hahahaha*

------------

"Akan ku simpan kemas-kemas kenangan ini, walau aku bukan penyimpan kenangan yg tegar"

Thursday, November 20, 2008

Sudah ok..

Luka sudah pulih, pendarahan sudah berhenti. Sakit masih ada, jd tak boleh sentuh pembuluh darah..keke. Terima kasih semua. Berkat sokongan, dorongan, doa dan tips main ikariam dari kalian sangat membantu memulihkan keadaan saya. Dan bila saya semakin pulih, saya juga bersemangat utk beri sokongan buat rakan baik saya. Saya ingat akan hibernasi seminggu, nampaknya tak sampai 24 jam. Alhamdulillah, pencapaian yg memberangsangkan.

Updates:

Baru lepas submit proposal kawin sambung belajar utk dievaluate jabatan. Maybe next week presentation *mode ketaq lutut*. Next week juga akan busy seminggu - deting pegi kursus ngan adik ikan.

Hujung minggu nih Kak Ron plan nak masak bekfes n ajak org dtg umah.. Kak Ron, there goes my beauty sleep di siang hari! *bluwek*

Sayang semua. Muahs


------



Colbie Caillat - Realize

Thursday, October 30, 2008

Doakan, doakan

Pagi tadi permohonan untuk candidature dan scholarship dah dipos. Alhamdulillah. Doakan, doakan. Tatau rezeki bagaimana. Masa mengisi borang, berpeluh2, bernapas pun dah tak ikut hidong, tapi ikut molot, jantung berdegup kencang. Over kan? Drama kan? Oh, biasalah tu drama. Sebab buat kerja last menet. Masa dah nak pos borang, baru perasan yg arahan permohonan biasiswa tu ada disertakan dengan 14 mukasurat borang yg perlu diisi. Softcopy, tu yg tak perasan. Maka, mengisi dengan penuh kelam kabut, tapi sambil menyanyi2 utk menenangkan diri. Dahla mintak fotostat itu ini... Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan kesabaran kawan2 menyemak application. Thank you Dayah si dutch lady!
Lega.
Baru nak lega, jadi tak lega balik. Kena siapkan proposal untuk KPT. Sebelum dibawa ke KPT, kena dpt approval dari jwtnkuasa cuti belajar dulu. Sebelum masuk jawatankuasa cuti belajar utk dpt approval, kena present kat jabatan dulu. Fuuuuh, manyaknye peringkat..Kalau tersangkut kat salah satu peringkat, jenuh la nak kena berhempas pintu pulas buat pembetulan. Kena semangat, kena semangat! Doakan tau!Doakan, doakan!
Lab report fisio ada lagi 1 stack. Roughly ada 100 scripts lagi. Fuh, dari beratus2 dah tinggal seratus. Alhamdulillah. Tak sabar nak habis.
Lab report kultur tisu tak tanda lagi. Sebab kena study kaw2 masa tanda. Benda yg tak penah belajar, benda yang tak penah buat. So, kena study balik. Tapi tak dan dah nak study slow2..kena pulun sampai semput!. Semangat!semangat!
Esok balik Ipoh. yay!
Doakan saya selamat sampai. Bas pukul 830 malam. Akan sampai Ipoh pukul 6 pagi, InsyaAllah. Doakan, doakan! Semoga perbincangan dgn specialist nnti akan memberi saya sinar harapan untuk mengecap kebahagiaan di hari yang mendatang *apakah ayat?*.
No updates until saya balik sini. Kecuali kalau gatai tangan dan ada drama sensasi utk dilaporkan. Kat rumah nak bergoss dgn mak puas2, dan melepas rindu pada kekacang kekucing. So, akan cuba jauhkan diri dari internet..

Jangan nakal2...
daaaaaaaaaa~

Thursday, October 23, 2008

Padan muke

Saya memang terkenal dengan sikap bertangguh. Juga terkenal dengan sikap 'kurang rajin'. Saya suka rasakan due date masih jauh. Lagi beberapa hari nak due date baru terkocoh2 berpeluh2 siapkan.
Sehinggalah hari ini pada pukul 9:30 pagi, saya terima email dari si dia. Psst, comel, kan?keke. Dia minta saya setelkan permohonan biasiswa. Oh, tarikh tutup 31 oktober, masih ada masa kan? Bila mengira2 dengan jari, saya sudah takde masa! Malam ini perlu bersengkang mata. Perlu campak jauh2 mood PMS, perlu simpan kemas2 perasaan rindu, perlu fokus. Saya perlu kuatkan semangat.
Nota kaki - padan muka diri sendiri. Inilah sebab saya selalu gagal. Suka bertangguh. Dan suka bermalas2an. Oh, tak perlu bebel, saya boleh bebel pada diri sendiri. kekeke

*mode hibernasi sampai hujung minggu*

------

Kalau pegi konsert shiela majid boleh tenang ke?wakaka.

Wednesday, October 15, 2008

Yang terakhir

Hari nih kelas amali yang akhir. Setelah bertungkus lumus bersengkang mata dan meroyan menanda lab report, finally dah siap tanda report utk 7 labs. So, dengan riangnya membawa carrymarks untuk dilihat students. Well, terlupa nak expect bahawa akan ada banyak komen. Yelah, depa expect lebih tinggi carrymarks.

'Boleh double check tak? Markah saya sikit. Saya rasa patut dapat lebih'
'Boleh, tapi kalau check thoroughly, maybe markah akan turun sebab saya sebelum nih saya check dengan penuh lenient'

Tulah, dulu bila saya pesan suruh label gambo tak nak dgr, skang baru kelam kelibut. Meniru pun semberono.. Bayangkanlah, kalau sorg salah eja, berbelas2 org pon salah eja.haha

'Kalau nak tiru, jgn bagi saya nampak dan jgn tiru semberono'
'Semberono tu apa?'
'Cari maksud' Tak pasal2 dpt hwork tambahan.

Now only the memories will remain. Definitely will miss them =D and their cheekiness. And will miss my mentors - dr faridah, en mat, en mazrul, kak wani. I enjoyed.

Oh, how sweet and cute..

Depa bedah katak dengan gembira


Ada aje penyibok kat belakang..haha


Ayam yang dah berjaya ditogelkan dan dibedah

Time dah nak habis lab, sorg budak nakal kena bebel..haha


semoga semua akan berjaya (^^,)

p.s: akan dapat lagi beratus script utk lab hari nih dan minggu lepas. Lepas tuh merdeka lab report. Time to focus on the proposal..


-------

Yang terakhir, tapi hakikatnya yang pertama.
Yang akan jadi kenangan dan semangat supaya menjadi lebih berjaya.
Yang menyedarkan saya tentang tulusnya kasih guru.
Yang sedarkan saya betapa sucinya hati pelajar2.
Yang sedarkan saya slogan wonderpets itu sungguh benar

Apa yang penting...kerjasama! Kerjasama dalam menyiapkan spesimen lab, dalam memberi taklimat, dalam memberi penerangan teori, dalam mengemas lab!

Yatta!

Sunday, October 12, 2008

Hobi

Kalau anda ditanya tentang hobi, jawapan faveret mungkin membaca, memasak, mengambil gambar, melukis, membuat video log, menulis, membela kambing, menyanyi atau menjahit.
Hobi saya? Mengacau orang..keke

Orang lain buat keje, saya ngaco Qila..keke

-----

Bulan depan saya pindah insyaAllah. sedih. gembira. sedih.
Komen tuan umah: 'Dah biasa bertiga, mesti sunyi lepas nih'. Oh well, atas sebab tertentu, saya kena pindah..

Kak Lynn, kalau ada sesapa cari umah bgtau saya.Nak cari hosmet lagik sebab nak kurangkan lagik sewa..hehe

Wednesday, September 24, 2008

Tadaaaaa

Ha ha ha
Plan berubah. Tak jadi balik pukul 9 pagi Khamis, atau 6 ptg Khamis, atau 3 pagi jumaat. Tapi, balik pukul 3 pagi hari khamis. Yes fellas! Plan balik kul 3 pagi satgi. Nih tengah kemas beg sambil ngapdet blog. *oh apekah* Keputusan yang dibuat dengan penuh tiba2, tapi maintain selamba. Niza berjaya dapatkan cuti. So, takde masalah lah nak balik bila. Kalau ikut plan dia nak balik jumaat pagi kul 3. Tapi sebab saya ada urusan hari jumaat, saya decide naik bas saje esok, kul 6 ptg. Tup2 Niza dapat cuti, lega..alhamdulillah.

Tadi, kelas yang sangat best. Pertamanya sebab topik eksperimen berkisar darah. Since dulu kerja kat lab bertahun2, maka agak familiar dengan topik ini. Alhamdulillah. Keduanya, 'seri' raya jelas terpancar di wajah setiap org dalam lab. Bebudak sungguh ceria. Ceria sangat dalam lab. Agaknya saya pon ada 'seri' raya, sebab bebudak dlm lab kemain manja ngan saya hari ni. Siap bersoreh2 segala. Yang best, wlaupun berseronok dalam lab, depa bersungguh2 memahamkan eksperimen.
Habis je kelas, student 2nd year dtg jumpa. Habit depa, bila dah nak submit report esok, hari ni baru dtg jumpa. Oh, saya tak ngajar depa pon, sekadar teman masa depa pi sampling. Tak banyak yang boleh tolong sebab masa yang sangat suntuk. Tak dan habis discussion, student final year pulak tepon. Adus, sesungguhnya saya lupa sebab janji nak tgk dia buat labwork. Oh, saya juga bukan main supervisor. Co pun bukan. Saya cumalah pembantu yang membantu sekadar yang termampu. Semasa menuju ke lab, Niza bgtau kata plan tukar. Balik kul 3 pagi. So, cepat2 demo kat student pastu terkocoh2 kemas2 barang.
Niza bawak gi kedai. Plan nak beli serunding - ayah ngidam. Masalahnya, sampai sana lupa hala tuju. Saya beli tudung untuk mak dan opah. Juga telekung buat sepupu yang comel seperti saya. Elok nak balik Niza tanya pasal serunding! Oh apakah?
Hatinya suci murni gunakan tanpa was-was, lepas balik dari bazar Niza patah balik ke kedai tadi. Dia bertegas nak patah balik, macam dia yang nak beli serunding! keke.
Niza borong berbungkus2 kopok lekor. Whoah! Ganas betul ustazah neh..keke
Oh, saya mau kemas2 bilik + peti ais + baju. Doakan kami selamat sampai ke destinasi.

---------

'Akak, umur akak sebenarnya berapa?'
'Doploh nam'
'Akak umo 26? Saya ada Abang umo 27!' *mode kenakan cik demo*
'Ye ke? Kem salam kat abang ye?'
Sentapz? Padan muka, kenakan aku lagik.hehe

---------

Kak Lina, kalau uni offer pengajian kat warga emas kan best, senang bodek bakal pak mentua.kekekekek

Menjelang cuti raya

Ramai yang dah start cuti raya. Esok hosmet balik dah. Tinggallah seorang diri...sob...sob...Plan nak kemas rumah dan marking paper sok. Plan je lah. Jadik tak jadik belakang kira. Bercakap pasal lab report, rasa tertampar bila wani *penjaga lab satu lagi* dah announce akan tampal lab marks lepas raya! Saikooooooo! Saya tak habis2 tanda lagik! Cannerlah dia yang studentnya lebih (seratus lebih) boleh habih tanda sepuluh bab lab report! Dekat beribu skrip tuh. Saya yang ada 80 org dalam lab nih, menonggeng nak habiskan marking. huhuh
Dek kerana isu lab repot ini, mode raya tak berapa nak mari. *sigh*. Perlukah membawa pulang beratus2 script ni utk ditanda di rumah? kehkehkeh.

Lab tissue culture dah habih dah. Cam tak percaya. Ada 4 lab je rupanya. *kak lina, tu sebab saya apply kelas nih lagi sem dpn, lalalala*. Lab report pon tak sampai beribu2. - sepuloh sajork ye kawan-kawan! Walaupun sebenarnya lab nih susah sebab sel senang tercontaminate, tapi enjoylah lab nih. Kak ja & en wan yang sempoi..serta student2 yang ceria dan friendly..Senang handle 3rd year nih. Banyak benda dah tau. Err, tapi depa nih bahaya gak, pandai guna skil pujuk n rengek supaya dpt hanto repot lambat. Alhamdulillah saya masih boleh bertahan. Hiyaaah! *note: kelas banyak budak pompuan, kalau ramai budak laki maunya cair...fuh, mintak dijauhkan dari godaan sebegitu* hehe

Aduh, ni pulak baru dapat sms dari Niza. Tak dapat balik Ipoh hari Khamis pagi *balasan Allah sebab meriakkan diri ngan student kah?.* Isk..betullah ek, Allah bayar CASH! uhuk2. Takpelah, mungkin boleh menanda report hari Khamis tuh.sob..sob..Niza suh tggu keputusan muktamad esok. Isk, balik raya pon berdrama bagai. See kak Delinn? bukan saya yang mendramakan keadaan. Ia berdrama sendiri!

Doakan saya semoga selamat sampai ke Ipoh untuk berhari raya..AMIN

Sunday, September 21, 2008

Stage fright

Saya ada sindrom stage fright yang sangat dahsyat. Saya sentiasa rasa nak pengsan setiap kali nak berucap dia khalayak ramai, apatah lagi bila masuk pertandingan berucap. Saya selalu mahu tarik diri bila giliran saya sudah hampir untuk naik ke atas pentas. Kawan2 saya di sekolah menengah sangat sabar, memujuk saya dengan penuh sabar. Ketika di universiti, saya pernah membaca perkataan demi perkataan semasa pertandingan di atas pentas, tanpa menghiraukan loceng berbunyi. Sungguh ngeri rasanya. Semasa mula menjadi student master dan diminta membentangkan kajian dia hadapan org2 berpengalaman, saya langsung tak boleh berdiri..sampai dihulurkan air suam untuk menenangkan saya. Saya present dalam keadaan duduk dan terketar2.
Sampai sekarang masih ada masalah itu, tapi berjaya diatasi sedikit. Kronik, kan?
Itu sebabnya saya sangat kagum dengan orang yang pandai berucap. Yang sentiasa yakin dengan diri. Yang bersahaja dalam penyampaian. Kesimpulannya, yang tiada masalah stage fright seperti saya. Tapi hari ini hati saya berkecai. Bila orang salah guna kepetahan yang Allah kurniakan. Membidas pensyarah setiap kali pensyarah memberi teguran membina, dan bidasan itu langsung tak perlu. Worse, ada yang membantai pensyarah bila ditegur.
Hampa.
Kecewa.

-------

Tahniah buat Tra yang telah selamat melahirkan menyerahkan tesis Mastersnya. Congrats!!
*ucapan ini adalah bertemakan stage fright. Tra tidak pernah stage fright. Dia tak pernah jadi punca kekalahan team. Dia penah berada di tangga 3 teratas pendebat terbaik IPT di Malaysia. Dia penah membuatkan teammatenya malu bila hakim kata hakim bagi menang sebab hujah Tra SEORANG. bluwekkkk.*

Saturday, September 20, 2008

Kerja

Out to univ. Ada presentation bebudak pulak. Haish..malasnye rasa. Tulah, sini keje tak menentu..sampai weekends pon kene keje..Takpelah kan, dari membesarkan peha, lebih baikla buat keje...hehe..
Petang ni lak bukak poser ngan persatuan students. Rasanya depa ajak lecturer je, tapi dijangka lecturers ramai tak datang, kiranya rezekilah utk kitorg yang bukan lecturer..hihihi.
Isk, translation lab manual utk minggu depan nih tak siap lagik. Banyak pulak tuh! Nampaknya malam nih kena stay up.
Alang, acu tak sempat buat tag lagi..nnti yek..

Ciao!