Wednesday, September 24, 2008

Menjelang cuti raya

Ramai yang dah start cuti raya. Esok hosmet balik dah. Tinggallah seorang diri...sob...sob...Plan nak kemas rumah dan marking paper sok. Plan je lah. Jadik tak jadik belakang kira. Bercakap pasal lab report, rasa tertampar bila wani *penjaga lab satu lagi* dah announce akan tampal lab marks lepas raya! Saikooooooo! Saya tak habis2 tanda lagik! Cannerlah dia yang studentnya lebih (seratus lebih) boleh habih tanda sepuluh bab lab report! Dekat beribu skrip tuh. Saya yang ada 80 org dalam lab nih, menonggeng nak habiskan marking. huhuh
Dek kerana isu lab repot ini, mode raya tak berapa nak mari. *sigh*. Perlukah membawa pulang beratus2 script ni utk ditanda di rumah? kehkehkeh.

Lab tissue culture dah habih dah. Cam tak percaya. Ada 4 lab je rupanya. *kak lina, tu sebab saya apply kelas nih lagi sem dpn, lalalala*. Lab report pon tak sampai beribu2. - sepuloh sajork ye kawan-kawan! Walaupun sebenarnya lab nih susah sebab sel senang tercontaminate, tapi enjoylah lab nih. Kak ja & en wan yang sempoi..serta student2 yang ceria dan friendly..Senang handle 3rd year nih. Banyak benda dah tau. Err, tapi depa nih bahaya gak, pandai guna skil pujuk n rengek supaya dpt hanto repot lambat. Alhamdulillah saya masih boleh bertahan. Hiyaaah! *note: kelas banyak budak pompuan, kalau ramai budak laki maunya cair...fuh, mintak dijauhkan dari godaan sebegitu* hehe

Aduh, ni pulak baru dapat sms dari Niza. Tak dapat balik Ipoh hari Khamis pagi *balasan Allah sebab meriakkan diri ngan student kah?.* Isk..betullah ek, Allah bayar CASH! uhuk2. Takpelah, mungkin boleh menanda report hari Khamis tuh.sob..sob..Niza suh tggu keputusan muktamad esok. Isk, balik raya pon berdrama bagai. See kak Delinn? bukan saya yang mendramakan keadaan. Ia berdrama sendiri!

Doakan saya semoga selamat sampai ke Ipoh untuk berhari raya..AMIN

5 comments:

  1. Semoga Dijahsaad settle semua masalah dan selamat pulang ke kampung halaman untuk beraya. Insyaallah dengan izin Allah semuanya selamat

    makang Lemang Kuah Kari
    Cicah dengan ikan keli
    Cukup pose raya aidifitri
    Ponteng pose happy depavali,

    Salam Aidilfitri untuk Dijahsaad

    ReplyDelete
  2. Aminnnnn..

    thank you!

    *saya tammo ucap salam aidilfiri lagi, sebab nak apdet lagi sampai menjelang raya..hihi*

    ReplyDelete
  3. Dijah,

    Have a safe journey home.. slamat hari raya..maaf zahir batin..jemputlah datang beraya kat umah eks hahahahah umah mak kak ija laaaa kekekek...sambil2 makan tu nanti, kenang kenang la kak ija ekss huhuu

    ReplyDelete
  4. dijah... heheheh...jgn tensen2... sabar2... ko laa org pertama yg men'sukarela'kan diri menjadi demo utk animal cell ituw... he3...

    ReplyDelete
  5. Aduh, ni pulak baru dapat sms dari Niza. Tak dapat balik Ipoh hari Khamis pagi *balasan Allah sebab meriakkan diri ngan student kah?.* Isk..betullah ek, Allah bayar CASH! uhuk2.

    ERRRR.....Nak ker Allah bayor kredit?? hutang lagi payar wooo...
    Bior ler balasan di sini jer banding balasan di sana....
    Amcam cuak tak? takut tak??

    ReplyDelete