Monday, September 8, 2008

Kelas memasak?

Hari ni kelas animal cell culture start. Kecut perut pepagi sebab malam tadi baru teringat. Lab manual pulak tak bawak balik. Lagipon kak ja yang nak brief ttg teknik tak kol. Kalau ikut perbincangan, dia akan kol sebelum lab utk make sure saya paham. Kami akan bergandingan utk jaga lab neh, dengan encik wan.
Sampai opis pukul 9.30, sampai lab pukul 9.45. Kak ja ckp dia tak sempat nak kol sebab dia busy yang teramat. Paham, tapi risau nih. Satu hapa pun tatau.

'Ok, akak explain..nnti dijah kena demonstrate kat student ye?'

Ya allah..apekah? kena demonstrate dpn bebudak ke? gelabah ayam sat, seperti biasa. So, masa lecturer dok memberi briefing ttg subjek, saya dok bersoseh kat belakang sambil membuat nota bagi memastikan boleh demonstrate. Tak penah sekali dalam seumur hidup buat ACC nih. Tengok pon tak penah. Kak ja kata takyah risau, sebab hari nih media prep je. Haish, sama je riso sebab media prep pon tak penah buat.
Bila habis lecturer brief, tibalah turn kitorang utk demonstrate. Kak ja suruh saya demo, dia bekap.
Isk, apa nak cakap neh? Budak2 dah kerumun bench. Saya pun nampak bahan2 utk prepare media. So, memperkenalkanlah bahan2. Belasah je lah.

'Okeh, utk prepare media kita perlu ada deionized water, kemudian natrium bikarbonat, growth medium, filter membrane, serum dan antibiotik.' Sambil menunjuk kepada tetiap bahan.

Series, terasa seperti mengendalikan rancangan masakan. Budak2 pon tergelak. Sib baik kak ija terer, membantu saya dgn cekap utk mencampurkan 'bahan2 masakan'. Keje2 yang gentle2 nih saya perlu latihan intensif.keke.

Part filter kitorg bagi bebudak yg buat. Kitorg monitor je. Isk, tak bestnye rasa sebab saya pun tak penah guna filter set tuh.

So far kelas nih ok. Jauh lebih santai dari kelas fisio asas. Sebab kelas nih pecah 2 group. Esok akan demo skali lagi pada group lain. Suppose dah improve esok. Kelas fisio asas pulak lusa, bercakap tanpa henti sebab ada 10 bench. Kena explain kat tetiap bench. Time bulan poser nih, rasa macam kat padang pasir bila habih kelas.

Moral of the story, be prepared!

2 comments:

  1. waaah..kalo angah..mau terketar-ketar tu..dgn blank2 nye kepala...acu hebatt..

    ReplyDelete
  2. angah..hebat apanya! acu blank..gelabah ayam tuuuu..asik kena gelak je ngan senior...hukkk

    ReplyDelete