Tuesday, September 9, 2008

5 more to go (so far)

Baru abis tanda 1 kelas punya lab repot. Tapi hanya untuk satu bab. Ada lagi 5 bab lab repot! Ni lah part yang masih dalam penyesuaian diri. Bercakap tu seronok, almaklumlah, bergoss tuh dah jadik amalan harian *tetapi tidak di bulan pose..ahaks*. Tapi tang menanda nih ngeri sikit, sebab kita bukan menanda objektif - jawapan yang pasti. Bila esei nih, kena memahami topik dan kena lebih tau dari budak2. Masalahnya tak. Memang tak. Depa nih lagik advance..keke. Tapi thank god bebudak nih jawapannya sama je bagi tetiap bench..keke. senang nak bagi markah. Dah siap pesan kat depa hantar by group. So, boleh pejam mata sikit bila start tanda repot ke2 bagi tetiap bench..kekek.
Bila bergelumang ngan 1st year nih, baru paham pentingnya utk pastikan 1st year nih minat belajar. Kalau dah masuk 2nd sem liat kata kak tie yg bpngalaman lama. So, masa 1st year 1st sem nih la nak pupuk minat. Jangan maki herdik. Tegas tapi jadi guide depa.
Teringat masa lab genetik. Muka bebudak dah moncong semacam. Depa nih ada yang takde basic bio, tup2 amik paper bio yg ada bab genetik. Sian menengoknye. Jenuh mengexplain, muka depa dah macam tak minat. Terpaksa la menggunakan hikmat tektik keji - umpan.

'Katakan awek korang darah jenis O, agaknya apa kumpulan darah anak korang? Meh kita lukis gambarajah'

'Eh, boleh tau ek?' *dengan bersemangat*
Perghhhh, mata bundar dan bersinar! Dasar okehhhhh! Hope jangan bab nih je semangat dik oiiiii

Saya doakan, semua pelajar tahun 1 diploma, tahun 1 ijazah sarjana muda dan tahun 3 ijazah sarjana di bawah tunjuk ajar saya *tunjuk pon tak tunjuk sangat sebenarnya* dikurniakan pemahaman yang lebih dan diterangkan hati..Semoga depa tak putus asa dan bersemangat!

Kena tidur dulu, kang terlepas sahur LAGIK!

Nota untuk diri sendiri: bersemangat menanda lab repot!!!!!Hiyargggghhhhh!!

2 comments:

  1. Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cantiknyaaaaaaaa blog.

    Awatnya asik pindah2 ni Dijah oiiiiiii

    ReplyDelete
  2. Saje...tukar angin..Harapnye tak pindah dah..tak larat..keke

    ReplyDelete