Showing posts with label Armidale. Show all posts
Showing posts with label Armidale. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Jantung yang berhenti berdenyut

Hari ni cuti umum, Anzac Day. Hari meraikan tentera Australia dan New Zealand yang terkorban semasa mempertahankan negara.

Saya yakin bahawa hari ini cuti umum seperti Hari Kemerdekaan negara di Malaysia, dan telah membuat andaian bahawa library ditutup.

Maka hari ni diisi dengan membuat pembetulan analisis sambil menyambil mononton The Equator Man sampai separuh Episod 2, kemudian melepak sambil bergossip di rumah kawan.

Bila sampai rumah dah Maghrib, tetiba gatal tangan cek email melalui fon. Peliknya bila dapat email dari sorang kakak library memaklumkan kepada semua penjaga kaunter bahawa ada sistem mesin yang down hari ni berserta pintu otomatik yang tak berfungsi.

Sentap. Kalau ada aduan dari library hari ni makanya hari ni library bukak.

Gulp.

Saya punya shift pukul 1-3pm hari ni tapi sebab saya assume hari ni cuti umum saya tak pergi kerja.

Gulp.

Saya bukak website library tengok waktu operasi. ANZAC DAY 1-5pm.

Gulp.

Kenapa depa tak kol tanya kenapa x datang?

Terdiam sendiri.

Pelan-pelan bukak planner nak pastikan waktu kerja hari ni yang dah discrape out sesuka hati sesedap rasa.

WEDNESDAY.

9-11am.

Fuhhhhhh. Alhamdulillah.

Mental note: jangan suka suki assume benda yang tak pasti!

Tuesday, April 24, 2012

Membunuh banyak burung dengan satu batu

InsyaAllah kalau takde aral melintang, sihat tubuh badan dan jika diizinkan Tuhan akan ke Newcastle Australia di hari Jumaat. 

Teruja untuk berjumpa jiran Desa Perwira (Ana), Pdos Bawadi, kawan baik Halim (Harith) dan wifenya yang baru bersalin serta wife kepada adik Harith. Di samping juga jalan-jalan buang masa.

Disebabkan itu, esok dan lusa mesti siapkan draft Journal 2. Lima jam dalam keratapi (ini kali pertama nak naik keretapi, nervous!!!!), kalau tak tidur nak betulkan lit review.

Baru paham kenapa supervisors semak thesis/paper/kerja-kerja students dalam flight, masa adalah sangat limited.
Semoga selamat semuanya! Niat nak menziarah!

Love and respect
Dijah

Saturday, April 7, 2012

Adiwiraku

Last week saya dan rakan-rakan terlibat dengan aktiviti kebudayaan kat sebuah sekolah sempena Harmony Day. Kami dapat liputan dari wartawan university dan appeared kat website uni. Ahaks. Link sini. Dan jurugambar siap panggil masuk studio. Malangnya saya terlupa pasal sesi bergambar segala nih di hari yang dijanjikan, dan pakai sangat slebet. Tudung pon main selempang2 jahhhhh. Kalau ingat, sure bertouch up-touch up bling bling berpakaian meriah! Sesia amik gambo guna kamera ribu riban dalam studio canggih vogue tapi saya seperti pelarian dari Malaysia :/  Hazabbbbsss *facepalm*


Yang best tentang team kami kali ni, kami berkawan sejak zaman berzaman di bumi Armidale dan decision nak join ni sebab bebudak lain tak dapat participate (depa jadi volunteer untuk graduation). Maka konsepnya aman sekali bila kerja ngan member2 yang dah kenal. 

Kami sampai hari Khamis. Eksaited nampak depa advertise Harmony Day.

Malam tu kami berjaga sampai kul 2 sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa slide tak siap. Almaklumlah kami semua sibuk ngan assignment/tesis segala. Jadiknya sampai ke hari kejadian (Jumaat pagi) kami masih kelam kelibut siapkan slide carik maklumat.Hazabbbbbbbbbbbbs. Dahla menompang tido rumah pengetua, pastu bebudak ni sebab ngantuk depa buat lawak yang sengal so macam seksa menahan mengantuk dan ketawa (takut pengetua halau tido luor).


Nampak tak kain baju kurung saya tersangkut situ? Ahaks!!


Kami buat presentation kat 5 ke 6 kumpulan, dah lupa. Setiap kumpulan sejam. Tercungap jugaklah. Ni kumpulan budak darjah 5 kot. 


Gambar budak tadika darjah satu tak amik, lupa sebab sibuk dok nengok depa. Comellllll sangat. 

Tajuk entry adalah adiwira kan? Apa kaitan??? Ok, ni baru nak masuk konsep. Tadi tu semua mukaddimah...kekekek. Dek kerana kurang persediaan, kuranglah props dari Malaysia. Punyalah nervous nak attract attention depa. In the end, klip Boboiboy menjadi penyelamat wakil dari Malaysia.kekekekek. Tayang klip Boboiboy tu semua terngaga siap depa suruh ulang. Ada yang tanya macamana nak cari kat youtube. Fuhhhhhhhhhhhhhh.

So, terima kasihlah Boboiboy, menjadi adiwira di saat-saat genting. Yelah, nak menari tak reti, nak nyanyi lagu Cindai kang pengsan pulak bebudak sekali ngan cikgu-cikgu. Kembang kuncup hidung kebanggaan bila bebudak semua senyap terlopong tengok kecanggihan dan kecomelan animasi Malaysia. Go Boboiboy!!!!


Love and respect
Dijah

Thursday, April 5, 2012

Apakah yang saya selalu buat pada pukul 8 malam

Pukul 8 malam waktu di Armidale adalah waktu menonton TV..kekekeke.


Dan rancangan kegemaran saya adalah Modern Family pada pukul 8 malam ini. Yiiiiihaaaaa.

Kenapa? Sebabnya;

1. Cerita ni best.
2. Armidale seperti bandar mati lepas maghrib. Kedai majoriti tutup pukul 5.30 petang. Kedai makan je ada yang bukak sampai pukul 9 tapi tak berapa sedap lah. Bazir minyak kereta je keluar memalam.
3. Tiada yang lebih best dari bersantai-santai depan TV di waktu malam :)

Maka, selalunya, kalau malas bawak balik kerja akademik ke rumah, atau sudah tepu otak, pukul 8 malam adalah waktu bersantai-santai menonton Modern Family.




Selalu juga menonton sambil makan. Either makan nasik berlauk yang dimasak sendiri (statemen ni perlu caps tak?hiks), mahupun makan aiskrim yang dibeli di kedai. Tapi kelmarin menonton sambil menyambil makan keropok Mamee (Yes, keropok yang ada Mamee Monster sebagai maskot tu...Ada jual kat sini!), dan sambil menyemak penulisan sendiri. Sangat multitasking kan????

Modern Family ni sangat best konsepnya. Paling suka kejoyahan pasangan songsang yang sangat happening. Setiap kali tengok keoveran depa mesti tergelak-gelak. 

 

Love and respect Dijah

Monday, January 2, 2012

Drama tahun baru

Tahun baru 2010 - balik ke Armidale dari Bathurst, selepas menghadiri majlis pengebumian Charlotte. Few days lepas tu ketika sedang bersembang-sembangan dengan artis naungan (bukan Jay Park), ada manusia lempar bata ke arah tingkap, wallet kena curi. Saya halalkan duit tu, mungkin dia takde duit nak makan.

Tahun baru 2011- sambutan di jalanan kerana tuan punya backpackers brengsek letak kitorang (saya dan kawan) di bilik yang ramai lelaki. Dahla bebudak lelaki nun dok membeli banyak beer demi sambutan gilang gemilang tahun baru. Ada bilik kosong, tapi permintaan kami tak mahu dipenuhi. Tak cukup staff nak kemas katanya. Akhirnya jumpa motel dengan pemilik yang baik. Diringkaskan cerita, duit kena songlap ngan mamat backpackers tu, dan tak dapat refund. Sampai kiamat kitorang tak halalkan duit tu!huh!

Tahun baru 2012 - korang ingat takde drama? adaaaaaaa!!! Di hari tahun baru, lagi berapa menet nak masuk Maghrib, nampak ada pakcik tua dok kerobek mail box kawan saya Sara. Saya sekarang dok housesitting umah dia 2 minggu sementara dia cuti cutian sakan. So saya ingat pakcik ni diamanahkan untuk tengok surat dia. Agak peliklahkan bila fikir, dah saya dok situ, haruslah saya yang dipertanggungjawabkan bawak masuk surat! kan? Dia stare saya pelik. Seram dah. Saya plak bodow pegi kecut2 perut sebab takut dia ni ingat saya nak pecah masuk umah.
Siap perkenalkan diri lagi kat pakcik ni (nak menunjukkan yang i ols ni wanita jujur, perlu ke?kekek) Pakcik ni sikit pon tak bagitau nama ke hapa.

Saya tanya? 'Are you checking on Sara's mail?'
Tak ingat apa dia jawab,tapi dia patah balik ke mailbox buat2 cek surat. Seram.

Kendian dia pandang saya, kata 'Dont be scared' sambil depakan tangan ala2 nak memeluk. Motip dont be scared? Haruslah freaking out!!!
Saya kata 'Sorry, I dont know you. You are a stranger to me' gituhla jawapan feeling2 kalau kenal bolehla menyambut pelukan?hahahahha
Dengan tak paham bahasanya dia datang dekat siap depa tangan lagi sekali.

Saya terus meluru masuk umah, kunci pintu, menggigil satu badan. Kol Sara dia tak angkat. Decide nak SMS Sara nak tanya dia suruh jiran cek mail ke? Dan nak ngadu kata jiran dia nih scary-mary.

Tak sempat habis taip (sebab haruslah mcm essay SMSnya, dengar bunyi kat pintu. Pakcik tu kat luar depan pintu!!
Saya pegi tepi pintu intai, double cek if pintu dah kunci. Dia blah kejap pastu datang balik. Yang ajaib, DIA BOLEH BUKAK PINTU KAYU YANG SAYA RASA SAYA DAH KUNCI TU!!
Dia nak masuk umah.
'Are you checking on me? Please leave me alone!' dengan penuh seramnya tanya kat pokcik tu.
Dia tetap nak masuk.
'Dont be to hard' katanya. Seriesly
muka dia masa tua macam
muka psychopath yang sedang memujuk rayu. Been there!

'Please, I want to be by myself!' hahah.Ini statement paling tak
bleh blah. Suppose cakap 'go away' kan??hihihi. Nak wat canner tu je English sentence yang boleh pikir.

'You want to be by yourself?Ok' dia berdiri tegak.
Tangan sebelah saya dok tekan num tuan umah (sib baik boh kat favourite, dan nasib baik semalamnya baru topap!!), tangan sebelah lagi tolak dia dengan pintu.

Kunci.
Menggigil.
Terus nangis sedu2.
Tuan umah angkat fon, terus bagi dia alamat rumah. Mintak dia datang.
Tunggu dengan pisau.
Nangis.
Lepas seminit, tepon plak tech officer.
Semua sampai serentak.
Depa kol polis.
Binik tuan umah suh pack barang, balik umah sewa balik.
Rupanya pakcik tu ada dementia. Sentap.
So, kiranya selesaila kes ni di mata polis. Polis pon dah pesan kat family member dia supaya make sure dia dalam pengawasan.
Yelah kot dementia, tapi nampak macam orang tua gatal.

Pesanan: make sure nombor penting ada dalam favourite list, dan make sure anda recharge at least beberapa ringgit demi keselamatan anda :)

Malunya teringat bila dok nangis sakan malam tadi.hihi

Sunday, January 1, 2012

Dunia yang penuh kebencian

Dan tahun baru disentapkan dengan ungkapan seorang lelaki remaja Australia.
Dia mencarut-carut berulang kali sejurus melintasi saya di luar pasaraya Coles.
Carutan kepada Allah yang bertubi-tubi.

Saya hanya berlalu pura-pura tidak dengar, hanya berjalan laju-laju meninggalkan beliau.
Sikitpun saya tidak menoleh ke belakang.

16 tahun dahulu saya pernah hampir acukan pisau belit ke arah sahabat yang memperli sekolah rendah saya.
Kali ini saya cuba kawal diri supaya tidak bertindak membuta tuli.
Ya, inilah tanda selemah-lemah iman, hanya mampu membenci dengan hati :(.
Sudah ada peristiwa berdarah di Malaysia sempena tahun baru 2012.
Baik saya elakkan peristiwa tak diingini di Armidale.


Dunia yang penuh dengan kebencian.
Melatih kita untuk bersabar.
Dan melatih kita supaya lebih banyak berfikir.
Balik nanti tidak mahu jadi rasis!
Peritnya rasa jadi minority!

Love and respect
Dijah

1Poskad 2012

This is a sticky post. It will be on top until the 1st of January 2012. Please scroll down for new entries..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Today I work in my office after few months in the lab. While I was tidying my desk, I nearly teared up reading all the postcards that was sent by my mum and friends (Fadhilah, Kak Yan, Kak Ronnie, Kak Khalidah). Its a wonderful feeling to know there is someone somewhere out there who is thinking about you! :)   

If you are a big fan of postcards and interested to receive an Australian/Armidale postcard from me, kindly send me an email to ksaad[at]une[dot]edu[dot]au. I will write a postcard to you with my random hopes. 

You are encouraged (not forced) to send a postcard to me writing about your hopes at the moment e.g. "Dijah, I want to finish my PhD". So that I can pray for you as well in my prayers. (I will email my address when you email me). 

I am doing this to just feel closer to you guys. I am finishing my PhD sometimes next year insyaAllah, thus this is the chance for me to send Australian/Armidale postcards to you guys! :)   

p/s: Malaysians: harga setem untuk poskad 60 sen ke seluruh dunia. Sila jangan kedekut!hiks.


Love and respect
Dijah

Monday, December 12, 2011

Kerja

Armidale sejuk. Orang UK sila menyampah. Baru ni meroyan kat status FB kata depressed sebab summer kat Armidale sejuk, terus ditegur oleh orang yang pernah duduk UK..Mengada-ngada sangat gayanya kan tak tahan sejuk segala. Tapi bila melihat status orang-orang lain di Sydney dan Armidale yang meroyan sebab mengharapkan kepanasan yang hakiki di musim panas, terasa taklah mengada-ngada sangat.

Dan mungkin dek kerana badan-badan orang Armidale ni lemah keimunannya, ramai pakat sakit. Saya tak pergi uni pagi tadi sebab demam, sakit kepala dan batuk2. Punyalah sedap tido time hujan. Bila cek email, dapat makluman yang kena isi timesheet untuk gaji in advance. So kena claim siap2 gaji sampai 23hb ni untuk memastikan gaji masuk lepas krismas. Hopefully saya dikurniakan kesihatan mulai esok untuk kerja. Yelah, dah claim pastu gedik pulak tak masuk kerja, kan ke naya!!

Bercakap pasal kerja, baru ni ada member tanya 
"Kerja kat library eh? berapa belas dollar dapat sejam?"
"Haah, kerja kat library" saya jawab. Belum sempat saya jawab soalan yang seterusnya, dia terus tanya lagi.
"Berapa dapat? Ada $11? $15"
"Ada lah sikit"
"Kerja 20 jam?"
"Eh tak, kerja dalam 7 jam je seminggu"
"7 jam je ke??La...ingatkan kerja 20 jam"

Pengsan la kalau kerja 20 jam, mesti kerja PhD tak siap!! Lagipun kerja kat library takleh lebih 12 jam seminggu. 20 jam seminggu tu adalah kelayakan maksimum kerja yang termaktub dalam student visa.  Alangkah bahagianya kalau takde kerja PhD, dok kerja 20 jam seminggu dengan pay dalam $30 sejam! Ahaks. Feeling-feeling boleh borong DVD Korea dari YesAsia.com!

Tapi sebenarnya, lagi besar periuk nasi, lagi besarlah keraknya!!!!!
Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Rezeki tambahan sikit-sikit tu bolehlah simpan untuk kenduri kawin/tiket konsert kpop/makan makanan sedap yang mahal/beli benda merapu yang dah lama teringin :)


Oh, bercakap balik pasal kesejukan di Armidale, walaupun tak tahan sejuk, setiap kali balik Malaysia tetap komplen Malaysia panas. hahahaha.

Love and respect
Dijah

Sunday, December 11, 2011

Makcik jag

Banyak benda yang saya belajar di library, terutama sekali dari makcik yang membantu menjawab perihal peminjaman jag air. Makcik ni saya cam mukanya sejak dari 1st year, masa attend kelas End Note. Sangat vogue bagi info pasal End Note.

Baru-baru ni ada student baru datang ke kaunter, tanya pasal proses pendaftaran. Kitorang selalu penat menjawab mana kaunter student centre yang terletak sebelah kaunter library. Kebetulan sejak dua menjak ni kaunter student center tu asik kosong, maka orang assume library handle semua urusan student centre.

Bila orang tanya mana bangunan sebenar student centre, saya tunjuklah bangunan depan library, yang kat sebelah kaunter kitorg ni just kaunter untuk memudahkan student.

Tetiba muncul sorang budak laki buat muka sedih kata dia pergi bangunan sebenar, tapi orang bangunan tu suruh pergi library untuk buat appointment. Takde appointment takleh masuk bangunan katanya....

So camne nak buat appoinment sebab orang yang jaga kaunter tu tak ada..Budak ni dah sayu sayan dah tapi kitorang dah dipesan supaya toksah risau kat benda-benda luar bidang kuasa.Tapi I ols ni bukan boleh, hati ni sedih je tengok budak ni tak tentu arah...

Bila telefon extension tertentu takda orang jawablah pulak. Maka dengan hati yang kasihan, makcik jag air dirujuk demi kemaslahatan pelajar ini.

Dengan penuh keratuan makcik tu kol member dia di student centre dan maklumkan yang appointment tak boleh dibuat oleh pelajar ni sebab takde org angkat extension, dan takde org jaga kaunter..So dengan selamatnya budak tu selesai buat appointment dalam telefon.

Ingat dah habis kan? Belum lagi u olsss. Bila habis shift, saya pun blah untuk lunch, kebetulan ada lunch free depan library. Saya nampak makcik jag muka serius, takut pulak kalau2 saya ada buat apa2 masa shift tadi. uhuks!!! Dengan muka seriusnya dia membuat panggilan telefon dan saya hanya membei lambaian manja menandakan shift saya sudah habis.

Masa saya tengah lunch, makcik jag datang kat saya, bagitau yang budak tu bukan budak dari Armidale dan tak reti guna komputer..So akan susahlah dia nak datang semula untuk appointment ataupun melayari internet untuk dapatkan maklumat tertentu yang berkaitan. Tapi dia kata dah hubungi balik orang tertentu dan dah berjaya diselesaikan. Oh rupanya muka serius tu sebab dia pikir pasal budak ni.

Dek kerana sweater tertinggal kat library, saya patah balik ke library lepas lunch dan nampak budak yang dimaksudkan ditemani pegawai enrollment UNE, duduk depan pc sesama. Wah, makcik jag sangat vogue, walaupun pada hakikatnya itu bukan tanggungjawab library. Ratu!



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, November 4, 2011

Kenapa suki suki je lantik orang tanpa tanya dulu?

Gitu lah tajuk entry kali ni.

Tetiba hari ni dapat tau yang diri yang kerdil ini terlantik untuk jadi coordinator untuk games activity sempena sambutan Raya Haji hari Ahad ni. Yang membuatkan saya selalu sentap (walau tak perlu pun nak sentap bagai), depa suka suki bagi email inform tugas kita, tanpa tanya dulu. At least dulu-dulu pokcik presiden tanya dulu kesanggupan kita. Ini pun nasib baik tau awal, sebab kalau ikut trend depa sekarang nih selalunya esok programme malam ni baru tau, pastu inform melalu email. huhuhu. Sib baikla selalu cek email..., kalau tak, mesti selalu ketinggalan keretapi.

Tapi tu lah, mak selalu pesan..Jangan sentap-sentap. Jangan meroyan-royan, nanti hilang pahala. Meroyan sekali sekala dibolehkan kot supaya menjadi iktibar dan pengajaran, ehhehehehhe (kaver, jangan tak kaver!). 

Kita ni kengkununnya bangsa terpilih. The best of the bestlah kononnya. Tapi tak punctual, buat kerja sambil lewa, mengungkit benda seciput yang kita buat, maki budak kecik, disorganised, pandang rendah kat orang, humban segala mak nenek kerja yang kita takmo buat kat orang lain tanpa tanya dulu. Suka-suki kensel kelas sampai cikgu yang mengajar pun tak tahu. 

In the end kita meroyan kenapa ramai orang menjauhkan diri dari Islam...dan sebab kita ni bangsa terpilih, yang confirm masuk sorga, semua salah silap kita tak nampak. Kita tuduh Yahudi dan Nasrani dengkikan kita.
Rasa nak masuk dalam gua!

Thursday, September 15, 2011

1

Takde duit. Sekian

Love and respect
Dijah

Monday, September 12, 2011

Ayam masak lemak menjilat periuk

Bahan-bahan

Beberapa ketul ayam dipotong serdehana
bebarapa biji cili api
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Beberapa sudu kunyit serbuk
Satu batang serai
Garam secukup rasa
Santan sesedap rasa

Cara-cara
Gaul serbuk kunyit dan garam pada ayam. Bakar ayam pada suhu 180 darjah celcius sampai separuh masak.
Tumbuk kunyit hidup dan cili api dan garam.
Tumbuk pangkal serai.
Masukkan hasil tumbukan dalam periuk berisi 2 cawan air.
Bila mendidih masukkan ayam dan tambah garam jika perlu
Bila ayam sudah masak, masukkan santan.
Tutup api sebelum pecah minyak.

Selamat jilat periuk!!


Love and respect
Dijah

Tuesday, August 16, 2011

Mari mendramakan eksperimen orang lain

Kisah ini berlaku 2 minggu lepas, bila puasa baru mula. Konon-konon baik hati tolong budak buat final year projek. Lihatlah gambar di bawah. Kami dengan tekunnya menambah air kepada rumput rampai, untuk mengelakkan mereka mati layu terbujur kaku di dalam pasu.
Sila perhatikan bikar plastik berisi air di bawah.


Beberapa minit selepas gambar ini diambil, saya dengan semangatnya menggunakan tangan kiri untuk memindahkan bikar tersebut dari atas pasu ke atas meja.
Sudah menjangkakan apa yang akan saya tulis?

YESSSS, saya telah terbalikkan bikar tersebut dan menyebabkan air tercurah ke dalam pasu-pasu tanpa mengikut piawaian!
Tapi nasib baikkkkkk sangat air tercurah ke dalam pasu 'spare'. Kusssss semangat!!!
Maka pengajaran dalam cerita ini yer adik-adik..jika buat eksperimen ataupun kuih raya, pastikan senantiasa berlebihan untuk menjamin kurangnya tekanan jiwa di kemudian hari. 
Sekian. 

Love and respect
Dijah

Monday, August 15, 2011

Kerabu epal hijau

Untuk satu hidangan

Bahan-bahan
1 biji epal hijau, dipotong panjang-panjang
1 biji tomato, dipotong panjang-panjang
1/2 batang lobak merah dipotong panjang-panjang
Sedikit udang kering, ditumbuk
1/2 biji limau nipis, diperah jusnya
Sedikit garam

Cara-cara
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimakan!!!

Saturday, August 13, 2011

Ayam masak kicap belasahan

Tetiba tergedik-gedik nak masak daging masak kicap. Tapi sebab daging halal susah nak jumpa (daging beger atau minced je yg ada jual), so buat ayam masak kicap. Rasanya balik Malaysia nanti pandang ayam je dah boleh pengsan sebab dah muak sesangat makan ayam. huuu

Bahan-bahan
500g ayam
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Halia besar ibu jari, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar, hiris halus
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
Lada hitam secukup rasa
Kicap 
1 1/2 cawan air
1 biji cili besar
Cara-cara
Ayam potong sukahati, lumur ngan garam dan kunyit, masukkan dalam oven 180 darjah sampai separuh masak.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih kulit kayu manis sampai wangi.
Masukkan air.
Masukkan lada hitam dan kicap.
Masukkan ayam.
Bila dah masak masukkan cili besar.

p/s hari tu feeling2 nak buat mcm Secret Recipe punya kuah pekat so saya tambah beberapa sudu tepung jagung.hihihihi.

Selamat mencuba!
 
Love and respect
Dijah

Sunday, August 7, 2011

Kari telur

Hari tu mengidam kari telur..Maka membelasah dengan jayanya based on resepi kat internet (myresipi.net)

Kalau nak cuba pepandaila alter tau

Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar potong nipis
3 ulas bawang putih dititik
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk kari ikan
Daun kari (hari tu x guna daun kari)
1/2 cawan santan
1 1/2 cawan air
3 biji telur rebus


Cara-cara
Tumis bawang besar,bawang putih,daun kari sampai wangi.
Masukkan serbuk kari daging dan ikan.
Masukkan air.
Bila menggelegak masukkan santan.
Masukkan telur.

Note: saya tatau kenapa tak jadi best macam yang mak buat. Kuah ala2 cair dari yang dijangka. Mungkin mak kena proofread resipi nih.hehehehe

Friday, August 5, 2011

Sesal

Masa saya muda remaja banyak benda yang saya sesalkan.Saya berpegang pada pepatah 'sesal dulu pendapatan,sesal kemudian TIDAK BERGUNA'. Tapi bila saya meningkat dewasa terutamanya di Armidale ni, saya sudah kurang berpegang kepada pepatah di atas.Saya masih sesal atas kesilapan dan keterlupaan,tapi saya tak mahu fikir sesal kemudian tak berguna.

Walaupun secara konsepnya bila kita menyesal kemudian ia tidak mampu mengubah masalah atau kejadian yang telah terjadi atas salah silap,bagi saya perasaan sesal tu boleh menyebabkan kita jadikan sebagai pedoman.Pedoman untuk lebih berhati-hati di hari kemudian.Pedoman untuk menjadi/memberi yang lebih baik.

Dont be hard on ourselves.Things happen.To err is human.

Hidup ini adalah satu proses pembelajaran.Bila kita berhenti belajar,tandanya kita dah mati.Dan semoga kita mati dalam iman.
Mungkin bila kita tak jemu2 belajar dari kesilapan kita akan makin dekat dengan rahmat Allah,dan akan dapat merasai kemanisan iman menjelang kematian :).Amin.

Selamat berRamadhan!!

Saturday, July 23, 2011

Nasi di kedai Thai

Baru-baru ni kelauar ke kedai Thai untuk makan malam tapi tatau nak pesan apa. Dengan gigihnya pesan nasi dengan telur dadar.heheheheheh.
Alangkah gembiranya rasa hati bila dapat hidangan yang comel!!


International Fair 2011

Semalam (22 Julai) ada International Fair 2011 bagi University of New England Armidale. International Fair ni sebenarnya berkonspkan makanan. Masa balik Malaysia hari tu sebab kesihatan tak berapa ok, terlupa terus pasal majlis ni. Dah last-last minit (sehari sebelum balik) baru teringat dan baru la semangat kitorang (saya dan Wae Jae) contact Tourism Malaysia. Last2 beli dodol dari KLIA dan ayah belikan kuih popia simpul satu balang. Kemudian saya dan Wae Jae pegi Woolies beli jelly buah-buahan yang made in Malaysia..hihihih
Hari Rabu Wae Jae bagitau Tourism Malaysia bagi baaaaaaanyak barang. Ada 4 kotak semuanya..Makanya booth Malaysia yang paling penuh dengan buku dan brochure. Kitorang perasan2 macam keja kat Tourism Malaysia kejap!heh.


Dengan Wae Jae - ada gaya staff Tourism Malaysia tak?? hehe



Kami dengan pengarah projek :)

Gigih propa mamat dari Austria nih. :)

We had fun :) Ini merupakan International Fair yang terakhir buat saya di bumi Armidale ni. Mungkin ada kesempatan lagi,mungkin tidak..Wallahualam.

Love and respect

Dijah

Thursday, July 21, 2011

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Minggu lepas (Hari Ahad)  bersama Fiona dan sepupunya Helen beserta sorang lagi kawan telah berpoya-poyaan di Belgrave Cinema, Armidale. Adalah sangat menyentapkan jiwa bila kelihatan ramai orang memenuhi ruang legar wayang. Selalunya bagi setiap sesi, tak sampai 20 orang pun yang memenuhi panggung. Dulu masa dengan Charlotte, dalam panggung ada 6 orang je..hhehehehe
Setengah jam sebelum dibenarkan masuk, barisan penonton dah panjang. Ada dalam 2-3 orang budak siap dah berpakaian seperti Harry Potter (cape, spek bulat, wand dan yang paling tak menahan ada scar kat dahi! hihihihi).
Memandangkan panggung di Armidale ni kecik, maka free-seating. Bila free seating, orang berebut tolak-tolak menyelit dalam barisan untuk memastikan tak terpisah dari rakan dan taulan.
Kitorang nasib dapat 4 kerusi sederet tapi barisan dua dari depan!! Nasib baik tak sakit tengkuk! :)
Secara peribadi saya suka semua cerita Harry Potter tapi cerita yang sebelum ni (Deathly Hallows 1) sedikit mengecewakan sebab saya mahukan lebih aksi dari kisah cintan-cintuh.heeeeeeeeheeeeee.
Saya menangis masa tengok Prisoners of Azkaban bila Sirius Black mati sebab scene tu sangat meruntun jiwa. 
Saya tak menangis langsung masa yang terbaru ni, just sebak bila semua orang pakat protect Hogwart. Berikut adalah kesimpulan dari tontonan sebanyak satu kali. Persepsi mungkin berubah bila tengok banyak kali.

Yang menggelikan hati: Setiap kali Bellatrix dan Neville muncul dan scene Draco Malfoy jadik dewasa.
Yang meruntun jiwa: Bila semua pelajar dan tenaga pengajar Hogwarts bersemangat mempertahankan Hogwarts.
Yang memberi kepuasan hati: Setiap kali Horcruxes dimusnahkan (kecuali Harry).
Yang menjengkelkan: Setiap kali screen tunjuk muka Voldemort yang takde cuping hidung.
Yang menggelikan: Setiap kali nampak Nagini. I dont like snakes!
Yang memukau mata: Bila Hermione dah jadi dewasa. Sangat cantik!
Yang kurang best: Dementor yang sangat plastik, seperti plastik hitam yang dikerat2 dan disangkut ke udara.
Yang tak suka: Scene Harry jumpa Dumbledore. Sakit mata sebab silau.

Secara keseluruhannya, saya lebih berpuas hati dengan cerita kali ni berbanding DH1. Penuh dengan aksi-aksi menarik yang mendebarkan jiwa. Tapi ada juga harapan saya yang tak kesampaian..Kesedihan kurang dirasai bila menonton kematian salah sorang kembar Weasley (yang mati Fred ke George eh?), Tonks, Lupin dan Snape mati.

Dan masalah bila kisah ni terpisah dari DH1, terlupa yang Mad Eye Moody, Hedwig dah mati dalam cerita yang lepas.

Secara keseluruhan, saya suka tapi untuk ke wayang sekali lagi mungkin perlu fikir dua kali sebab kurang kemampuan.

Goodbye Harry Potter. Sangat best membesar (menua) dengan fantasi J.K. Rowling ini :D 

Love and respect

Dijah