Showing posts with label jejak kasih. Show all posts
Showing posts with label jejak kasih. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Adik beradik

Kak Yan pernah tanya, siapakah Angah, Alang, Ayang, Ude etc, etc..
We are sisters, tapi we are not biologicals sisters.ahah. Kitorang membesar bersama sejak 1995 tapi mula menjalin hubungan mesra masa 1998. Ahli2 dalam kelas semua agak close, tapi yg menggedik menggatal ada beberapa org je.haha

Nama tak official - geng panda *ahahahahahahaahahahaa*
Nama yg kerap digunakan - adik beradik.

Along - Paling bergeliga, paling solehah. Keje asik tertido bila buat add math. Masa tido, dia menyerap segala ilmu math dan hasilnya beliau merupakan pelajar cemerlang. Tidak pernah berdiri depan perhimpunan sebab kesalahan disiplin. Bertugas sebagai medical officer di Hosp Teluk Intan. Single and available.

Angah - Paling selamber dan comel macam tedi bear. Keje asik ponteng prep. Pakar fly juge. Status sedara kepada ketua warden dan pengetua tidak membataskan kenakalannya.. Nakal, tapi solehah. Bertugas di Kuala Lumpur dalam bidang IT. Single tapi tak available. Baru bertunang.

Ayang - Paling sweet dan tegas. Pembekal ubat2an dalam kelas sebab mak dia pharmacist. Masa buat assignment pencegah kehamilan, dia penyumbang utama kepada materials. Seorang yang sangat2 tabah dan akan ikut gerak hati dalam membuat keputusan. Akan menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di USM, yay!Single dan available sikit2.hahaha

Alang - Paling comel dan lemah lembut. Sesuai masuk pencarian gadis melayu. Kakak2 senior berebut nak jadikan dia adik angkat..hehe. Bergiat aktif dalam program usahawan muda kat sekolah dulu. Skang jadik consultant dan buat bisnes dalam bidang breastfeeding. Tak single, tak available. Anak hensem suami pon smat.

Ateh - Paling lawak dan ceria. Tengok memek muka dia je dah leh gelak. Sebilik ngan Angah, so otometik jadik crime partners. Asik hilang je dedua time prep. Sangat pandai nasihat orang. Hasilnya, menjadi cikgu di Pahang. Tak single dan tak available. Anak sorang suami comels.

Ude - Paling matang dan serius. Jadik ketua kelas 3 tahun berturut2. Tak terlibat dalam mana2 kesalahan disiplin. Penah dapat 100% dalam subjek sejarah dunia. Cool dan dan tenang macam watak2 dalam CSI. Tu sebab dia jadik pegawai kat Jabatan Kimia Perak. Single and very available. ahaha

Kak Chik - Paling pendiam. Orang cakap berpatah2, dia jawab sepatah sajer. Tapi kalau sekali dia bercakap, orang akan menumpukan perhatian..hehe. Agak suci dari kesalahan disiplin..Keje kat Selayang. Single, tak available. Dah bertunang.

Umi Ayong - Paling keibuan dan bersemangat waja. Terer main bola jaring. Perak sejati..Boleh tahan gak kekepohannya..Tapi tak pernah disabitkan kesalahan disiplin yang ketara..hihiih..Skang jadik cikgu kat MRSM Besut. Single dan available.

** Klik sini untuk entry Alang tentang kami.

Belakang, dari kiri: Umi Ayong, Kak Chik, Ude.
Tengah, kiri: Alang, Along, Angah.
Depan, kiri: Ayang, Ateh, Acu *saya*.

Gambar (1998) credits to Alang
ps: Er, saya mmg suka glemer dr kecil? Dok depan sekali tuh.huhuhu

Miss you ols. Lots.

Monday, January 5, 2009

Darjah satu

Kebetulan yang mengujakan.
5/1/2009 merupakan permulaan persekolahan bagi Tahun 1 2009.
Dan saya menerima msg di shoutbox dr Mira, rakan sebelah meja masa darjah satu.
Kawan pertama smasa di Darjah 1.
Ye, kawan pertama.

Dipaksa oleh ayah untuk berbual dengan kawan sebelah meja.
'Nama kamu sapa?'
'Amighah'. chomel masa tuh sebab pronounciation hurup R nya sungguh unik.

Amirah yang sekelas dengan adiknya Zaid.
Zaid yang muda, pandai dan ehem*ehem* chomel.
Sampai darjah 4 saja bersama *kan Mira kan*, lepas tu Mira ikut family berpindah.
Meninggalkan kami semua di Ipoh.
Hilang dua orang kawan.

Bersekolah rendah di dalam sebuah rumah sewa.
Gaji guru2 sangat kecil.
Hanya ada 1 kelas.
Ruang tamu adalah kelas.
Bilik tidur adalah surau.
Bilik tidur yg lain adalah bilik guru.
Dapur adalah ofis dan dapur.
Tandas adalah tandas.
Tiada kantin.
Tiada perpustakaan.
Tiada makmal komputer.
Tiada papan hitam.
Hanya papan putih.
Agaknya ramai asthmatic, tak tahan dengan habuk kapur.
Ustaz Bahasa Arab adalah Pak Arab yang sangat besar *er, kitorg kiut sangat kot* dan dia agak menakutkan.
Bermain panjat pokok rambutan kat halaman.
Melihat kawan2 main batu seremban.

Kisah dulu.
Semua itu kenangan.
Kenangan Darjah Satu.
Mira rakan pertama.
Rakan yang sudah menginjak dewasa.
Sama dewasa dengan Sekolah Rendah Al-Hidayah Ipoh.
Ye, dah 20 tahun umur SRAH.
Saya tetap rindukan SRAH yang lama.

Kudos to SRAH 1989-2009

ps: tahniah Mira sebab dah nak mendirikan rumahtangga =)

Tuesday, September 30, 2008

Jejak kasih

Jenuh menggodek2 friendster, juga bertanya pada encik gugel yang hensems. Dalam proses mencari kawan baik yang terpisah sejak dia bergraduasi. Kawan yang selalu ada ketika saya susah, yang sentiasa bersama ketika gembira. Saya hampa, masih tak berjaya menjejakinya. Sudah berbulan2 diiklankan di friendster via shoutout. Gambar tiada dalam simpanan untuk ditampal mahupun diiklankan di surat khabar. Maklumlah, dulu saya tiada kamera! *oh, sekarang pon tiada kamera..hehe*

Namanya Siti Nurbayyeti Ahmad Salleh *ejaan nama juga saya kurang pasti kerana namanya begitu unik*
Nama glemernya Betty.
Belajar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, jurusan Pengurusan.
Graduasi tahun 2004.
Semasa di USM menjadi penghuni Desasiwa Bakti.
Berasal dari Johor.
Orangnya kreatif, sungguh kreatif!
Email lamanya: orangkampung_y2k@yahoo.com

Impian saya sebelum tahun baru 2009, semoga saya dapat berhubung kembali. Betty, banyaknya benda nak diceritakan!

Kalau sesiapa ada 'jalan', bgtau lah ye?

Saturday, September 13, 2008

Jejak kasih

Sejak berjumpa Niza di bazar ramadhan ari tuh, kitorg selalu berkontek. Keluar tetiap minggu, demi ngabiskan masa bersama sebelum dia balik Perak terus 16 oktober nih. Minggu lepas dia ajak teman dia gi bank, alih2 tutup. We ended berpusing2 kat pekan KT berkali2. Tulah, asik berpotpet.
Minggu ni Niza kidnap saya the whole day. Pagi tadi dalam kul 10.30pg dah keluar, amik angin pantai kekdahnya. Terasa lawak, at the same time terharu. Lepas tu balik lepak2 kat umah dia and we decide untuk pegi melawat Ayong kat besut.
Bunyi macam dekat, rupanya lebih 90 km tuh. Luckily saya and Niza nih memang minah pot pet, *bezanya dia ustazah dan saya bukan* so, masa dlm kereta diisi dgt mengpotpet. Malas nak tidur sebab sian kat Niza.
Bila jumpa Ayong, jadilah episode kepoh 3 minah potpet taayah. Segala macam isu keluar, dari makanan, jodoh, taayah, politik dan feqah *huks*. Perasaan berjumpa kwn2 yang terpisah sejak SPM langsung tak dapat nak digambarkan. Wujud perasaan mcm kitorg masih satu sekolah. Suprisingly, wavelength yang masih sama membuatkan segala topik dapat dikupas dgn mudah dan menarik. Rasa mcm boleh buat forum. Ayong bawak kitorg amik angin pantai besut. Naik kete plate AGB, dia kata stands for Aku Gedebe Besut..ekekeke. Once a serataian, forever a serataian! Langsung tak berubah.
Sampai KT dah dekat2 pukul 11mlm and Niza decided tido sini. What a great moment, jumpa balik kawan2. Hope raya nih leh jumpa ramai kawan lama. Jemput datang raya kat umah.=)

Oh, semalam UPSR dah habis. Terkena pulak dgn tarikh sep 11. Saya kol adik.

'Akak bila balik?
'Ha?'
'Bila balik? Org tanya nih bukan sebab rindu, tapi saja nak tanya'

Oh, lelaki mmg diterapkan sipat ego dari belum baligh lagik?