Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

Kami

'You want coke or wine?'
'Coke please, i dont take wine'
'You dont take wine because its ramadhan?'
'No. You will have no idea what will happen if I'm drunk. Thats why I should follow my religion's rule - not to take any drink that could make you drunk'
'Fair enough, I cant imagine if you are drunk! You will go crazy!'

Masa di sekolahrajaperempuantaayah dulu, saya selalu gagal tahan mata bila kelas thanawi. Kesannya, buku dipenuhi dengan awan larat kesan sifat artistik tanpa sedar yang menggerakkan pen. Dan saya kira, saya tercampak ke sini kerana tuhan mahu saya terus menimba ilmu tanpa jemu - kifarah sebab tak penah jaga dalam kelas thanawi selama tiga tahun, hiks.

Armidale. 2009. Populasi muslim yang tak ramai, masjid yang hanya menampung 20 orang untuk solat jumaat pada satu-satu masa menyebabkan islam adalah agama yang agak asing. Lebih asing mereka rasakan bila warga muslim yang berkeluarga biasanya menghabiskan masa sesama mereka dan bercampur gaul dengan rakan sebangsa dan seagama.

Mencuri kena potong tangan, lelaki boleh kawin banyak sampai empat, tak boleh pegang anjing. Ramai manusia di sini masih tak faham islam, tapi mahu lebih memahami. Tak perlu konsep 1Australia atau 1Armidale, mereka sangat bersemangat untuk lebih kenal-mengenal agar lebih memahami.

Menganut islam secara baka menyebabkan kita selalu terlepas pandang atau amik mudah tentang semua perkara, terutama tentang hikmah dan fadhilat tentang sesuatu perkara. Sungguh, saya sangat kagum kepada saudara2 kita yang mengenal islam dari hati dan buat keputusan untuk menganutnya dengan penuh keyakinan, berbanding kita yang mewarisinya secara turun temurun.

Saya pernah terdengar soalan seseorang pada seorang sahabat
'kenapa muslim takleh makan babi?'
jawab kawan saya 'because God said so'
'Kenapa takleh makan daging yang tak sembelih secara halal?'
'Because God said so'

Bagi saya itu terlalu play safe sehinggakan orang yang ingin lebih memahami tak mendapat penjelasan. Mati terus di situ.

Betul, bab agama bukan boleh guna logik akal semuanya, kerana takut tersasar. Tapi bagi saya ada benda yang boleh kita terangkan secara hikmah supaya orang nampak islam itu adalah satu pegagangan yang membuatkan kita jadi manusia yang lebih mulia, yang memahami fitrah manusia dan menyalurkannya pada benda yang hak.

Saya sedikit lega sebab saya rasa ramai rakan sepenggosipan suka bertanya pasal islam. Tadi ada yang bertanya pasal keuzuran yang menghalang seseorang berpuasa, memandangkan dia tahu saya tak berpuasa. Dia sangat teruja bila dia berpendapat orang yang baru lepas bersalin pon tak boleh berpuasa dan saya kata 'bagus, tepat!'. Mata dia bersinar kegembiraan sebab dia sudah paham konsep. Saya juga lega kerana lately dia selalu tanya banyak soalan, tanda dia mahu lebih mengenal kita.

Kelmarin manager animal house tanya saya pasal berpuasa kerana mereka ingat kita langsung tak makan sebulan, dan akhirnya selepas penjelasan siap dengan gaya bagi menggambarkan matahari terbit dan terbenam, dia memahami dan wajahnya mcm lega. Lega kerana ia taklah seteruk yang disangkakan. Mereka sangkakan kita berlapar dahaga selama 30 hari 30 malam. Superman pon boleh pengsan kalau mcm tu. Saya perasan ga*reth tumpang dengar dengan khusyuk. Terasa mcm forum hal ehwal perdana pula.

Dan One juga makin lega sebab dah paham kenapa wanita2 muslim berkampung senyap-senyap dalam bilik saya, makan lunch ketika bulan puasa. Dia kata dia begitu konpius kenapa pompuan-pompuan ni tak puasa sedangkan ini bulan Ramadhan. Kalau tak dimaklumkan, dia ingat kita semua kena puasa tanpa mengira apa jua yang berlaku. Barulah terfikir di logik akalnya, kalau period pasti lemah2 badan dan tak larat nak berpuasa. 'Fair enough!' katanya.

Dan hari tu Sam tanya pasal daging halal *kedip2 mata*. Dan dia kata dia tatau apa2 pon pasal islam sebab mamat2 arab tak kawan ngan dia, hanya bercampur sesama depa alalalala, comelnya ngadu. Dan dia macam mengkagumi islam yang menitikberatkan kebersihan dan keadilan pada binatang. Islam sangat asing bagi dia dari Peru yang populasi muslimnya kurang dari 0.002%.

'Research have been done on muslim slaughterings. Animals will feel less pain because you use very sharp knife and u kill it really fast. So, its ok if you dont want to use captive bolt first'. kata encik bos kedua.
Update, since Am tanya pasal paper, I found this old research paper Wilhelm Schulze yang diterjemah dari bahasa Jerman tentang sembelihan halal nih. Klik sini
. Rumusan, klik sini. However, ni adalah paper lama, sebelum kita dilahirkan lagi (1978). Encik bos mungkin maksudkan paper nih, sebab tak jumpa pulak paper terkini dan tersensasi pasal nih. I will try to ask from him later.

Kesimpulannya, rakan-rakan di sini semangat nak tahu pasal islam, sebab depa dengar yang buruk-buruk saja tapi bila depa jumpa I, nampak vok pulak.hahaha. Dan saya tersenyum sentap bila ada yang dah terikut2 cakap insyaAllah dan bagi salam.

Semoga allah tetapkan iman dan bantu kami untuk menjelaskan apa yang kabur. Amin.

-------

Are you fasting? *motif budak lelaki muslim suka tanya pompuan muslim posa ke dak?*
This is Ramadhan! *saya jawab sambil senyum*
Kawan dia menyiku, 'Of course she is fasting, she is a muslim!'
Saya senyum dan berlalu sambil beri lambaian ratu.

Thursday, September 18, 2008

Period

Warning: Kalau senang mabuk darah, please do not read this entry.

Buat kwn2 taayah yang masih ingat ajaran ustazah dulu atau sesiapa yg arif bab nih, sila betulkan saya kalau tersilap.

Bila bulan puasa biasanya kitaran period akan jadi lain dari normal, mungkin sebab faktor makanan. So, ada jugak kawan kita yang kejap period, kejap suci. Penah jugak yang keluar darah langsung tak berhenti sampai 2-3 bulan.

Back to basic: period tuh berlaku paling sekejap sehari semalam dan paling lama 15 hari 15 malam. Darah period nih pulak baunya kurang menyenangkan, agak kehitaman dan biasanya disertai kesakitan mahupun kekejangan otot sekitar perut dan kdg2 kaki.
Kalau istihadhah pulak merupakan darah penyakit. Warnanya lebih cair dari darah period dan tidak berbau busuk. Secara asasnya, kalau darah keluar melebihi hari ke 15, itu dah dikira darah istihadhah. Wajib mandi hadas lepas 15 hari 15 malam period, menunaikan solat seperti biasa. Kena pastikan each time nak solat darah perlu dihentikan pengalirannya dengan menyumbatkan apa yang perlu.

Soalan: Telah didatangi period 7 hari kemudian suci 3 hari dan telah berpuasa dan kemudian period kembali 2 hari.

Jawapan: Kalau dicampurkan 7 hari period dan 3 hari berpuasa dan 2 hari period, jumlahnya adalah 12 hari. Maka, belum mencapai jumlah maksimum period. Oleh yang demikian, 3 hari berpuasa tu dikira tak sah. Adalah penting utk kita memerhatikan tanda2 berakhirnya period. Biasanya akan nampak tanda2 kering ataupun keluarnya sesuatu seumpama benang putih.

Wallahu'alam
----

Yang nih additional info:

Jika wanita dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.
Jika wanita mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'.

Kenapa?
Kerana wanita itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas). Selain itu, di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqasarkan bersama solat Zohor. Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada' solat Zohor. Begitu juga jika situasi berlaku dalam waktu solat Isyak dan Maghrib.

Wallahu'alam

Monday, September 1, 2008

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman