Sunday, September 21, 2008

Asthma

Asthma / Lelah / Semput.

Saya disahkan menghidap asthma ketika berusia 2 tahun. Mengikut cerita ayah, masa kecik saya sangat manja dengan Tok Wan dan Tok. Nak dijadikan cerita Tok Wan merupakan taukeh kedai runcit yang menjual pelbagai barang keperluan dan juga makanan rapu seperti aiskrim pop. Sama ada aiskrim pop pada masa itu sama dengan hari ini atau ia merupakan aiskrim buatan sendiri, tak dapat dipastikan. Ayah kata, setiap kali balik kampung saya akan tergedik2 merengek2 untuk makan berbatang2 ais krim. Selalunya lebih sepuluh batang sehari. Untuk menjadikan cerita ini lebih menarik dan sensasi, dalam pepohon keluarga (family tree), kami memang ada sejarah asthmatic. Maka, faktor pemakan ais krim (faktor luaran) + faktor genetic (faktor dalaman) telah menyebabkan saya dan adik menjadi penghidap asthma.

Tips buat bakal ibubapa;

1. Make sure kita dan pasangan tahu disease history dalam family. Jangan gadoh2 tau. Diskas dengan baik supaya kita dapat mengawal penyakit ini dari menjadi berlarutan sehingga ke tahap yang agak bahaya.

2. Alert. Bila saya dan adik kedua disahkan penghidap asthma, mak dan ayah sangat hebat dalam menjaga kami. Mak juga menjadi amat peka. Mak seorang yang agak relaks, tapi ayah agak perisau. Tapi, bila mak dah ada pengalaman dengan pesakit asthma, mak akan bertindak cepat bila perasan adik batuk2 berlarutan. Kadang2 kita rasa perubahan cuaca / persekitaran yang trigger dan kita tak begitu risau. Tapi alhamdulillah, berkat kecekapan mak dan ayah, batuk adik yang ketiga telah dapat dikawal dan dicegah dari menjadi lebih teruk. Tuan doktor kata ada possibilities adik itu juga akan dapat asthma kalau lambat mendapat rawatan. Wallahualam. So, be alert! Especially bila napas berbunyi seperti wisel *wheezing*.

3. Avoid carpet / benda2 yang senang berhabuk / benda2 berbulu.
Dulu, rumah saya langsung tiada karpet. Kami guna tikar sahaja. Binatang berbulu saya tak boleh bela. Saya mahu bela kucing, mak kata tak boleh bela binatang yang berbulu seperti kucing, kalau ular boleh..erkkkkk. Rumah saya juga tiada bunga2 plastik/bunga2 kering sebagai perhiasan, kerana tak mahu memerangkap habuk. Kalau boleh, bantal kekabu juga dielakkan. Tilam juga kena pastikan dalam keadaan baik. Dust mite boleh trigger asthma.

4. Kurangkan pengambilan ais dan minuman yang mempunyai banyak bahan pengawet. Buah-buahan sejuk juga.
Kerana saya dan adik asthmatic, mak dan ayah telah mengorbankan banyak tahun dalam kehidupan mereka untuk tidak minum ais ketika bersama kami. Kami takkan buat ais kiub, air takkan disejukkan. Paling sejuk adalah suhu bilik. Ais krim hanya makan sekali 6 kala. Kalau balik kampung, Cu akan buat 2 jag air - satu berais dan satu takde. Asthmatic punya jag tanpa ais..uhuks! Adik saya merupakan asthmatic yang sangat sensitif kepada pengawet. Suatu hari kami membeli kordial perasa mangga. Lepas minum, adik terus kena attack dan warded! Semasa di asrama, saya selalu mengorbankan tembikai kepada org lain..uhuk2. Buahan2 seprti tembikai, anggur dan rambutan perlu dikurangkan pengambilannya.

5. Kurangkan tekanan.
Asthma dan tekanan sangat berkait rapat. Sehingga ke hari ini, kalau saya terkena serangan, perkara pertama yang ayah dan mak akan tanya adalah 'apa yang kamu pikir?'. Sekarang ayah juga telah jadi asthmatic. Yang trigger asthma ayah adalah kematian mengejut Simba - kucing yang sangat manja, dilanggar kereta. Serangan asthma ini telah membuktikan bahawa ayah sebenarnya sangat menyayangi Simba walaupun ayah menafikan dengan machonya sebelum ini..hihihi.

6. Bersukan, tapi jangan over. Sebenarnya bersukan sangat bagus untuk menguatkan peparu. Adik2 saya belajar berenang. Dek kerana pada masa itu saya di asrama, saya tak berkesempatan belajar berenang. Lagipun susah nak jumpa instructor pompuan. Saya hanya mengaktifkan diri dengan bermain pingpong dan berlari2 anak sebagai senaman. Kadang2 brisk walking. Oh, menangkap kambing juga satu sukan.

7. Pastikan ventilation di rumah berada dalam keadaan baik. Jangan duduk berkuap / berkepam dalam rumah. Bukalah tingkap dan pintu supaya pengudaraan berlaku dengan baik.

8. Update from encik hashim: sekiranya anda yang mempunyai tabiat merokok yang heavy juga bole menyebabkan asthma, juga dikenali COPD - pengecilan saluran pernafasan akibat tar dan nikotin.

Dont worry, dengan semangat yang kuat, asthma akan dapat dikawal. Alhamdulillah, saya dan adik sedang menjalankan kehidupan yang agak normal. Saya sudah boleh minum ais, kucing di rumah ada berbelas ekor dan saya mampu menangkap kambing di ladang. Tapi karpet masih tiada kerana malas nak vacuum..kekeke
*terasa macam testimoni pengguna*

Nantikan entry akan datang: Tips berhadapan dengan serangan asthma

4 comments:

  1. wah.. tips segala neh..
    hebat!

    mmg informatif blog ni... walau pun isi kandungannya kadang2 *tooootttttttttttttt*

    ahahaha

    ReplyDelete
  2. i take that as a compliment. Thank you! *sengeh sengeh*

    ReplyDelete
  3. sekiranya anda yang mempunyai tabiat merokok yang heavy juga bole menyebakkab atsma, juga dikenali COPD mengecilan saluran pernafasan akibat tar dan Nakotin seperti ayah saya.

    ReplyDelete
  4. Thanks encik hashim, nnti saya update entry ni

    ReplyDelete