Sunday, February 13, 2011

Rumusan

1. Ketagih dengan lagu Lip Stain (5 Dolls) walau English depa tunggang langgang sket.hehehehe.

2. Sebelum MV Lip Stain keluar Youtube(Ya, MV Lip Stain yang ada Jay sebagai pelakon utama), kena view kat GomTV dan syarat nak tgk kena download player. Sib baik kat uni masa tu - internet tak hazab. Kalau kat umah download player mesti nangis sampai bertempayan-bertempayan.hehehe.

3. Yang bestnya player dia kalau kita play mp3 keluar lirik!!!!ala2 karaoke. Memandangkan saya masih merangkak baca hangul tak dapat lah nak enjoy sangat sbb baru nak membaca rangkap pertama dia dah masuk ke rangkap seterusnya..kekekekekeke. Tak try lagik lagu omputih atau Melayu...jap nak try.Ok, lagu korea berdaftar je kot. Pasang lagu Nora lesap terus ruangan lirik.hahahahahahaha

4. Tadi eksaited jumpa budak Malaysia yang kat sini. Dah berkurun hari ni baru ada can jumpa. Suka gila suara dia (very the jantan), suka gila dia tegap - very well built sebab dia kata dia hehari bersukan tapi kat Malaysia dulu hazab je tak bersukan, comel gila sebab dia memang muka cina!ahaks. Tapi tetiba kena ceramah pasal Jesus selama sejam! Siap ikut saya pegi beli barang dapur sambil terus-terusan menjelaskan konsep Christianity. In a way its kind of good sebab buat saya berfikir banyak benda. Nak bidas2 tang tu, banyak benda saya kena confirm dulu melalui pembacaan dan disebabkan penceramahan berlaku tatkala sibuk membeli barang dapur, saya malas create scene.Kang orang kata mereng plak orang Malaysia nih berdebat soal agama kat tengah2 aisle. hahaha. So, tadi sembang ngan adik terchenta, dapat sikit pencerahan. Semangat nak membaca lebih banyak! Doakan!!

5. Esok bebudak dah start new academic year. Dan staff yang cuti krismas panjang akanmasuk balik keje. So, akan resume benda yang tergendala InsyAllah dan join orientation utk guide bebudak baru. Oh, ini untuk point (sekarang 745 kot dari 1000).hahahahaha

6. Bebudak rumah sebelah mai umah mintak resepi brownies.Haha. Jenuh saya bagitau saya just guna cakemix dan sebab depa mengidam gigihla carik resipi kat tenet and bagi kat mak depa. Sedap la jugak. Tapi yang guna cake mix nih lebih sedap sebab layer luar dia lebih rangup.hehehe. LOVE!

7. Akan start kelas menjahit sebab nak jahit dress! heheheheheheheheehehehehehehehehehehehehehehehehehehhehehehehehehehhehehehehehehhehe

4 comments:

  1. point tu utuk dapat award dari uni masa graduation. Depa kat sini galakkan bebudak buat aktiviti kemasyarakatan/yang enhance graduate attributes.So,setiap participation biasanya akan dapat 10 point untuk sejam.Dan aktiviti banyak hari mcm conference boleh dapat maximum 50 points.

    ReplyDelete
  2. acu, serius ayg cair tgk jay dlm mv tu. nasib baik jay acu punya. kalau x....

    acu nanti dh mahir menjahit acu supply dress utk khazisboutique ya!! fighting!!

    ReplyDelete