Friday, February 4, 2011

Masak

Principal supervisor pernah bermadah pujangga dengan saya. Katanya 'research is like baking a cake' dan dia meleret2 elaborate dan mata saya berkedip banyak kali sebab saya langsung tak pernah buat kek. Few months after that saya confess ngan supervisor yang analogi tu saya tak boleh nak hayati sebab saya obviously tak suka memasak dan tak pernah buat kek.

Alhamdulillah lepas tu kalau apa2 encik bos akan tanya dulu sebelum semangat mengelaborate. Macam baru ni ada bebudak sekolah menengah attach kat lab ni untuk buat experiment (industrial exposure), saya terdengar encik bos tanya dulu sebelum guna analogi secara semberono.

"Do you like to cook?" tanya encik bos

Bebudak tu macam dalam dilemma nak jawab. Tapi depa baru 17 tahun so, bagi saya wajarlah depa dalam dilemma cuba menganalisa depa minat ke tak memasak.

"Ok." Encik bos mcm boleh baca riak muka depa yang serba salah nak jawab tak minat.

"Do you cook at all?" Encik bos tanya dengan ceria.

"Yes!" bebudak ni jawab serentak.

"Ok ,what is the most disappointing when you started cooking and looking at a recipe?"

Saya jawab dalam hati 'tak kenal ingredient/ingredient yang berjela panjangnya yang membuatkan terput off untuk memasak.

"Missing ingredients?" bebudak ni jawab.

"Yes" jawab encik bos.

Heh? That's not disappointing at all! Kalau saya tengok dalam resepi ada bahan tak cukup, saya tak jadi masak atau saya alter atau saya just go on dengan apa je yang ada. Kan ke ramai orang cakap memasak adalah proses campak mencampak??? Saya boleh je masak nasik lemak tanpa TIMUN. Heh.


So, encik bos menjelaskan kat depa betapa pentingnya untuk make sure semua ingredients ada sebelum masak – sama macam buat research.

Owh, padanlah saya sentiasa bermasalah dengan research sebab obviously saya tak pernah kesah dengan resipi. In other words, untuk research saya memang tak ikut protocol! Hah!

Masa birthday Elodie saya buat kek tapi tu guna cakemix – budak umur 7 tahun pon boleh buat. Duhhh..So saya tak consider benda tu cam memasak dalam erti kata yang sebenar sangat sebab masak kek guna cakemix adalah sekumpulan dengan masak megi buta2 (rebus kendian tambah perisa) atau rebus telur atau masak telur goreng biasa atau goreng ikan/ayam/daging dengan kunyit dan garam.

Pendefinisian saya dengan memasak adalah menyediakan sesuatu yang kompleks dan palatable. Setakat jamu laki makan stik (daging lebu segedebuk yang just goreng kering atas pan) dan frozen peas yang dithaw bagi lembut dan bakar fries dalam oven, bagi saya bukan masak dalam erti kata yang sebenar.

....................

Esok birthday Fi. Kelmarin kami dah buat celebration.. A day before that saya ke rumah Sara untuk buat kek dan pavlova. Kitorang buat kek butter from scratch – simple dan sedap tapi untuk pavlova kitorang just whip cream dan bubuh buah (beli base dia sesiap sbb malas nak belajar buat base dia). It was fun and to my surprise disebabkan saya dah banyak bermasalah dengan experiment, saya sentiasa ulang2 baca arahan kat resipi – takmo menggagalkan hasil masakan sebab cuai. Dan saya ulang balik setiap arahan Sara kat saya untuk memastikan apa yang saya buat tu betul. Hasilnya……lihatlah dunia!





"Other people learn to do research from cooking but you are doing it the other way round. Very interesting"

Oh well, its not my fault I'm weird. Er, I mean interesting.

No comments:

Post a Comment