Thursday, February 10, 2011

Persekitaran yang mempengaruhi personaliti


Tadi masuk blog Arin dengan penuh semangat ingin tahu. Tajuk blog dia pekerjaan mempengaruhi kehidupan dan cara pemikiran manusia. Tapi Arin gedik tak tulis entry. Motip sangat pancing orang dengan tajuk yang catchy tapi takde benda yang tulis???hiks.



Tak, saya tatau apa yang dia nak tulis dan saya akan tunggu apa yang dia tulis based on that title sebab cara pemikiran Arin memang selalu lain dari saya. Dari segenap segi. Interpretasi berbeza. No, not because dia lawyer dan saya loyar buruk. Rasanya dari tingkatan 3 cara pemikiran kami tak sama.



I strongly believe that persekitaran kita mempengaruhi personaliti. Masa dalam kelas dulu lecturer psikologi cakap budak yang kecik akan develop personality dia based on persekitaran sebab budak-budak ni memang kuat perati sekeliling. Tu sebab saya risau kawin dengan perokok sebab saya takmo anak saya melihat bapaknya merokok dan merasakan bapaknya macho sebab merokok (budak kecik akan pandang ayahnya macho sampai la cecah umur remaja). Hancur luluhlah hati ibu vogue yang mengidap penyakit asthma ini kerana anak dan suami berlumba2 cuba melakukan kerosakan kekal pada tubuh badan mereka dan dalam diam cuba meragut nyawa ibu yang tidak berdosa ini.

Walau pengaruh rakan sebaya memainkan peranan, tapi penerapan oleh keluarga itu sangat mustahak ye anak-anak. Ayah saya bukan perokok dan alhamdulillah tidak ada seorang pun dari adik lelaki saya yang merokok. Mungkin sebab mereka sayangkan kakak mereka ini dan tidak mahu membahayakan nyawaku, atau mungkin juga mereka mahukan sperma mereka sihat-sihat sahaja, atau mungkin juga mereka mahu kuku yang cantik, gigi yang menarik serta nafas yang berbau segar sentiasa. Apa pun alasannya, saya yakin mereka tak bernafsu nak merokok sebab ayah saya bukan perokok dan adik lelaki sulong tak merokok. Jadi bila adik di bawah melihat ayah dan abang tak merokok, mereka tak bernafsu dengan rokok. Nasib baik Jay tak merokok.hiks.

Eh kejap, merokok ni perbuatan kan? Bukan personality kan. Demit, salah interpret ke ni. Whatever lah.
Saya merupakan seorang yang SANGAT sensitip. SANGAT. Sensitive DAN emotional DAN reflektif (ada ke perkataan ni) yang datang dengan pakej. Saya tak boleh kena maki sebab saya akan terkejut dan maki balik tanpa pikir. Pastu mcm menyesal. So, disebabkan supervisor pertama saya merupakan pemerhati yang sangat bijak, dia selalu melatih saya untuk diam sekejap sebelum reply. Tak, saya tak pernah maki dia. Tapi saya selalu reply dalam bentuk tangisan dan bahasa yang keluar pon macam bahasa makhluk asing dari planet marikh - saya sendiri pon tak paham. 
 
So normally encik boss akan bagi saya masa beberapa saat untuk fikir dan kemudian reply. Dia latih saya baca email 3 kali sebelum reply dan baca 3 kali email sebelum tekan send – sebab dia tak berkenan email takder tajuk, typo, bahasa tunggang langgang dan tak menjawab email yang dihantar.kekeke. 
 
Dia akan paksa saya amik kertas dan pensel walau saya tengah sedu sedan nangis nak lari balik Malaysia sebab dia mahu saya guna otak bila tengah sedih. Lama-kelamaan saya sudah improve sedikit. Walau bulu mata masih basah, otak saya masih mampu berfungsi. Saya masih kuat sentap, saya masih emo, saya masih bertindak balas kalau orang menyentapkan. 
 
Like what happened today bila encik bos number 2 menyentapkan saya – saya rasa lega saya masih boleh proses apa yang dia cakap dan cuba cari positive point uk improve. Walau saya sangat sangat sangat geram. Oh, dan saya boleh reply dengan steady walau tangan dah ketar. Kalau dulu, pasti saya akan just shut off my mind, burst into tears, berkurung dalam umah beberapa hari, langsung tak angkat telefeon even kalau mak telefon. Ask my mom, kalau saya down dedulu saya akan dera jiwa dan perasaan semua orang di sekeliling especially mak dan ayah. Saya akan diam, berkurung dalam bilik mcm orang hilang ingatan, takmo makan, tak angkat telefon. Pernah dulu masa putus cinta *pekup muka ngan tangan* ayah gigih nak hantar saya balik USM dengan van. Mebi ayah risau anak dia terjun jambatan Pulau Pinang. hahahaha. 
 
I am happy now sebab saya dah cuba improve dan sebelum mak risau saya akan kol dan cerita apa yang mengganggu jiwa dan perasaan saya. Alhamdulillah, rasa dewasa. Walaupun ada beberapa orang terkena juga dengan saya bila saya sentap dan terus letak telefon, at least saya dahulukan dengan ucapan "oklah yer, dah ngantuk nak tidur, bye" atau pun "good luck lah yer untuk phd ko" sebelum letak telefon dan menangis. Honestly itu jauh lebih cool dari terus letak tanpa warning atau maki hamun jurus ke tujuh. Saya bersyukur yang encik2 supervisor being hard on me. Depa ulang-ulang cakap yang depa nak saya jadik kuat and after 2 years saya sudah rasa saya lebih best! *mcm iklan testimony pengguna*

 Honestly environment di Armidale merupakan environment yang banyak membentuk saya. Saya sedar yang selain kpop ada lebih banyak masalah dunia yang saya perlu amik tau since saya bercampur dengan ramai orang dari pelbagai negara. Jadi sekarang saya ada jugak ambik tau hal dunia selain kpop. Tambah pulak depa suka bagi pop kuiz yang menyantapkan. Tadi orang tanya jenis tanah yang saya tau. watdehek. Saya tatau apa-apa pun pasai tanah gambut, liat, pasir. Itu je tanah yang saya tau...hahaha. So, disebabkan orag kat sini suka amik tau benda2 sekeliling mcm ni, saya mesti kena tau jugak. Kalau tak nampak mcm bimbo bertudung.

Disebabkan saya selalu sebatang kara, saya cuba untuk realise yang saya tak mampu nak paksa sapa-sapa kawan dengan saya. Saya tak sentap bila orang tak angkat fon atau tak sms. Orang takmo kawan sudah, nama kamu dolah. Dan sila percaya saya dah kurang sikit bercakap, especially cakap merapu *sila tanya mak saya untuk testimony*, dan saya dah cakap dengan lower volume. Sbb masa memula sampai saya sini cakap mcm guna mikrofon, orang sini cakap mcm malas bukak mulut. Saya masih bersuara lebih lantang dari depa tapi dah slow sikit.hiks. See, sekali air bah, sekali pantai berubah (boleh ke guna peribahasa ni?)
Nasihat saya marilah kita sama mewujudkan persekitaran rumah/kerja yang positive dan best. You will never know who will benefit from it.
 

Oh god entry meleret. Tapi saya suka tulis merepek2 camni dari meroyan pasai kpop. Honestly writers block. Thanks to Arin atas tajuk ini..haha. Kalau ada sesapa nak bagi idea topik untuk saya tulis sangatlah dialu-alukan. Sebab rasanya macam lepas ni hehari je entry carta 15 lagu terpasang dan berita kpop. Tapi kalau korang rela entry kpop dan lagu carta 15 lagu semedang..takpe lah. hehehehehhehehehehehehehheheheh.

2 comments:

  1. dear acu,

    1. ayg pun amat takutkan lelaki si perokok kerana selain takut anak2 ikut jejak, juga takut si suami terpaksa keluarkan duit utk beli rokok dan x mahu keluar duit sama2 utk beli brg dapur. kalau si suami nk berhenti merokok,kena beli niquitin yg harganya bukan murah, selama berbulan2, juga perlukan duit. kemudian, kalo sakit, kena pergi berubat, juga keluarkan duit. itu kalo dia yg sakit. kalo kita penyedut asap rokoknya yg sakit, organ2 kita juga x dpt didermakan kalo2 ibu atau adik2 atau kwn2 tercinta perlukan penderma organ. kalo ayg jd menteri, ayg nk haramkan rokok masuk malaysia dan supply niquitin kepada perokok2 secara percuma sampai pulih. dan pada yg berani merokok di tempat awam, hukum gantung sampai mati. ok, nasib baik ayg x jd menteri,kan? pendek kata bg ayg siapa yg merokok sgt x syg duit dan org keliling, apatah lg diri sendiri. (ni ayg kutuk lebih2 kang temu jodoh dgn perokok tegar tp muka cam jo kwon. camno?)

    2.seperti yg acu ckp, kita dua2 over sensitip. staf ayg senyap ketika kerja pun ayg anggap marahkan ayg, padahal dia senggugut. org tulis entry marah kat org lain, ayg yg merajuk. bila mak ckp x pyh dtg kedai harini, siapkan esaimen, ayg terasa macam mak ayg perli ayg sbb ayg slalu pi kedai lambat. susah hidup begini kan< sebab belum habis lg kecik hati yg lama, dh kecik hati lg skali. mcm kena langgar bertubi2. thanks sbb acu ceritakan cara supervisor acu ajar acu, ayg nk cuba aplikasikan dlm kehidupan ayg.

    3. selama ni cara ayg patah hati sama sebijik mcm acu. cuma ayg x dpt berkurung sbb kucing2 kat belakang perlu diberi makan. cuma ayg invisiblekan diri, offline, x angkat tepon, konon2 mcm nk semua org lupakan ayg dan hidup sorang2 disamping kucing2. ayg juga dh beberapa kali telan panadol berbotol2 tp lepas telan baru teringat nanti kompem masuk neraka so baru sibuk telepon nombor2 yg ada dlm tepon utk tanya mcm mana nk buat. bila tulis mcm ni, bru terasa diri ini sgt teruk. ah, acu lebih matang dr ayg. ayg sgt teruk. itu sbb kwn2 ayg yg ayg ada skrg cuma yg boleh tahan dgn kekerapan meroyanan ayg sahaja. alangkah ruginya ayg kerana kalo ayg x ikut perasaan, tentu ayg x kesunyian. chayok acu sbb acu sentiasa cuba berubah utk yg lebih baik, wpun memang sukar. tambah2 pula umur2 mcm kita ni, sorang2 pulak tu, jauh dr keluarga, perlu kuat. acu, and ayg, fighting!!

    4. ayg setuju persekitaran mempengaruhi diri kita. tp ayg x pandai nk hurai. :p

    sekian adanya.
    ayang.

    ReplyDelete
  2. Ayang, dah jadik satu entry! LOVE you dear!! :)

    ReplyDelete