Tuesday, February 15, 2011

Makan

Makanan adalah amat penting dalam kehidupan kita selaku manusia di dunia nan fana ini. Walau kita bukan hidup untuk makan, tapi kita perlu makan untuk survival. Kita perlu makan untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan kita. Kita perlu makan supaya glucose dapat disalurkan ke otak, supaya otak kita berfungi.

Masa saya lebih muda, ayah selalu berpesan supaya berjimat cermat dalam kehidupan sebab kita bukan dari keluarga kaya raya. Hantu raya pon tak mampu nak dibela. Tapi, ayah pesan kalau melibatkan bab makan, jangan bejimat. Kita perlu makan makanan yang berkhasiat untuk kecergasan tubuh badan dan minda. Jadi, ayah kata jangan ikat perut semata-mata mahu simpan duit. Ayah kata jangan spend beli DVD BigBang benda mahal pastu takde duit nak makan. Kalau apa2 lebihkan makanan. Sebab makanan kan akan jadi darah daging jadi perlu makan yang berkhasiat. Jadi sekali sekala kita bolehlah spend lebih sikit untuk mendapat makanan yang lebih lazat dari biasa dan mungkin lebih berkhasiat, kan, kan?

Sebenarnya ini entry serba salah sebab telah pegi spend $14 untuk lunch! memangla sedap sampai menjilat pinggan..Tapi, sebab sekarang memasak (ehem ehem ehemmmmmm), terasa mcm mahal gila sekali duduk spend $14! Kalau beli KFC pong koman2 spend $10 satu set (KFC sini halal kotla orang rasa saya langgah semua benda, hiks). Patbelas hengget makan tu takde nasik, huks. Pastu pulak, sama harga dengan mini album Big Bang tanpa postage fees. Saya selalu rasa serba salah nak spend duit kat benda tak kekal. Benda yang tahan lama saya rasa berbaloi untuk beli (alasan mahu beli cd dvd merapu). Kena ubah mentality. Kenaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! dan kena cari laki bukan peminat benda merapu supaya leh kawal perbelanjaan merapu.hahahahhaha

4 comments:

  1. bapak hang sama lah dengan bapak aku jah. pasal makan tak bagi berkira2;)

    mahal hek $14 for lunch. huh!

    ReplyDelete
  2. Teha, sila darab tiga!tu dollar!!!!!hahahaha

    ReplyDelete
  3. ada kfc halal sekali sekala blehla rasa. takpelah k dijah bukannya selalu kan.

    sayapun sebulan sekali bolehla makan kt luar ...

    nape sampai 14 dolars? tgk iklan kfc kt tv macam takdelah smpai 10 dolar pun.

    ReplyDelete
  4. xpe acu, dh selamat masuk perut pun. entah2 dh sampai kat usus besar dh, tinggal nak keluar jek. keke.

    xpe acu, mknn itu, biar mahal bagaimana pun, berbaloi, kerana ia utk tenaga. x rugi. :)

    ReplyDelete