Sunday, February 27, 2011
Update in English heheheheheheheheheh
Saturday, February 26, 2011
I'm fine thank you, and you?
Busy dengan segala mak nenek yang agak menyesakkan jiwa. On hiatus :)
Mini album Big Bang ni sangat best. Sangat suka. Memang tak pernah kecewa dengan konsep album depa.
Thursday, February 17, 2011
Buat silap
Tuesday, February 15, 2011
Makan
Sunday, February 13, 2011
Rumusan
2. Sebelum MV Lip Stain keluar Youtube(Ya, MV Lip Stain yang ada Jay sebagai pelakon utama), kena view kat GomTV dan syarat nak tgk kena download player. Sib baik kat uni masa tu - internet tak hazab. Kalau kat umah download player mesti nangis sampai bertempayan-bertempayan.hehehe.
3. Yang bestnya player dia kalau kita play mp3 keluar lirik!!!!ala2 karaoke. Memandangkan saya masih merangkak baca hangul tak dapat lah nak enjoy sangat sbb baru nak membaca rangkap pertama dia dah masuk ke rangkap seterusnya..kekekekekeke. Tak try lagik lagu omputih atau Melayu...jap nak try.Ok, lagu korea berdaftar je kot. Pasang lagu Nora lesap terus ruangan lirik.hahahahahahaha
4. Tadi eksaited jumpa budak Malaysia yang kat sini. Dah berkurun hari ni baru ada can jumpa. Suka gila suara dia (very the jantan), suka gila dia tegap - very well built sebab dia kata dia hehari bersukan tapi kat Malaysia dulu hazab je tak bersukan, comel gila sebab dia memang muka cina!ahaks. Tapi tetiba kena ceramah pasal Jesus selama sejam! Siap ikut saya pegi beli barang dapur sambil terus-terusan menjelaskan konsep Christianity. In a way its kind of good sebab buat saya berfikir banyak benda. Nak bidas2 tang tu, banyak benda saya kena confirm dulu melalui pembacaan dan disebabkan penceramahan berlaku tatkala sibuk membeli barang dapur, saya malas create scene.Kang orang kata mereng plak orang Malaysia nih berdebat soal agama kat tengah2 aisle. hahaha. So, tadi sembang ngan adik terchenta, dapat sikit pencerahan. Semangat nak membaca lebih banyak! Doakan!!
5. Esok bebudak dah start new academic year. Dan staff yang cuti krismas panjang akanmasuk balik keje. So, akan resume benda yang tergendala InsyAllah dan join orientation utk guide bebudak baru. Oh, ini untuk point (sekarang 745 kot dari 1000).hahahahaha
6. Bebudak rumah sebelah mai umah mintak resepi brownies.Haha. Jenuh saya bagitau saya just guna cakemix dan sebab depa mengidam gigihla carik resipi kat tenet and bagi kat mak depa. Sedap la jugak. Tapi yang guna cake mix nih lebih sedap sebab layer luar dia lebih rangup.hehehe. LOVE!
7. Akan start kelas menjahit sebab nak jahit dress! heheheheheheheheehehehehehehehehehehehehehehehehehehhehehehehehehehhehehehehehehhehe
Saturday, February 12, 2011
Maksud tersirat
Sometimes, tetiba tanpa angin, tanpa ribut, tanpa amaran saya akan tetiba mintak tolong ayah tolong proofreadkan literature review, mintak ayah tolong bacakan surat. Selalunya, dengan mak saya akan mengomen tentang semua perkara, dari benda sebesar zarah sampailah benda sebesar gajah. Mcm tu jugak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang saya mintak tolong downloadkan lagu dan gedik suruh emailkan, kadang-kadang saya telefon sekadar nak meroyan seminit dua, sms bertubi2 tanpa ada cerita, mintak cekkan abstract, mintak nasihat, mintak petua, mintak resipi.
Ayah kata "cuba google kat internet format surat. zaman sekarang semua leh dapat dari internet"
Saya kata "ayah kena faham sebenarnya ini tektik attention seeking"
Yer, saya boleh je bagi Sara proofread segala bala benda. Dia pon suka baca. Mak Fiona siap offer nak proofreadkan apa-apa untuk saya. Saya boleh je meroyan dengan Elodie setiap hari. Atau menangis setiap mingu dengan kaunselor. Tapi saya setiap hari gigih pilih orang untuk dihubungi sebab saya rindu. Semua orang yang saya hubungi, tandanya saya rindu. Sungguh. Saya kol mak hari-hari. Cuba kol opah tetiap minggu. Kontek ramai orang, tapi ramai orang ada tuntutan sosial yang lain menyebabkan akhirnya saya rasa bersalah pulak mengganggu. Segala yang saya mintak tolong tu semuanya dusta berkalang. Saya tak kisah kalau org tak send lagu, tak kisah kalau org tak bagi nasihat, tak kisah kalau orang tak proofread.
Saya nak mak ayah tahu saya ingat depa sepanjang masa. Saya nak kawan-kawan tau saya tetap ingat kat depa. Sentiasa. Walau mungkin depa tak ingat dah kat saya, walau masing-masing sudah ada clique baru yang lebih best. Saya tau saya aneh, saya lebih rasa dekat di hati dengan bebudak SERATA dan bebudak USM walau hakikatnya semua dah bawak haluan masing-masing. Kadang-kadang saya sangat takut kehadiran saya di donia nan fana ini langsung tak disedari sesiapa. Saya tak mahu menjadi signifikan dalam hidup sesapa tapi kadang-kadang saya rasa terkontang kanting sensorang dibawa lautan gelora. Maka menenggelamkan diri di dalam alam cinta fantasi kpop.hiks.
I should just suck it up. Benda-benda berpuluh tahun lepas tak mungkin tetap sama kecuali hubungan saya dengan Ayang, hubungan saya dengan Ayu. Dan saya mintak maaf sebab selalu mengattention seeking dengan semua orang. Saya tau saya silap. Tapi dengan mak dan ayah, saya akan terus mengattention seeking ke akhir hayat. Mulai hari ni saya hanya akan attention seeking dengan orang-orang yang mahu memberi attention. :)
p/s:menaip sambil tahan sendu dan tgk tv. celaru. secelaru jiwaku. tell me this is not mid life crisis!
Friday, February 11, 2011
hikssssssssssssssssssssssssss
Big Bang iklan bedak kat Thailand. :)
Go POWDER RANGERS!!
Kenapa dulu mak hantar saya ke sekolah Taayah???
Kenapa?
Kenapa???
Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????
*meroyan lepas tengok klip nih* hahahahahahahahhahahahahahahahahah
Oh mai.
1. Ok jugaklah lagu pompuan2 nih.
2. Over sangat monopoli klip nih lebih 70%. Sapa punya lagu sebenarnya ni bang hahaha????????
3. Rambut dia kjhbvduygujhgxbjcvgkjhxgjvkhvkj *suffocates*
4. Senyuman dia kjgdyv jbhbjhb *pengsan*
5. Lakonan dia kjvtygkbuxhjkfhvjkgh *kejang*
6. Pakaian diaaaaaaaaa ksvybjhkjh *sawan*
7. Tarian dia vkdhgkudysvbuyug *darah hidung*
Kenapa kat sekolah dulu tak campur dan takde orang kiut miut camneh???? *nanges*
Babai TOP. Akak kembali pada Jay sekarang jugak!
Thursday, February 10, 2011
Persekitaran yang mempengaruhi personaliti
Tadi masuk blog Arin dengan penuh semangat ingin tahu. Tajuk blog dia pekerjaan mempengaruhi kehidupan dan cara pemikiran manusia. Tapi Arin gedik tak tulis entry. Motip sangat pancing orang dengan tajuk yang catchy tapi takde benda yang tulis???hiks.
Tak, saya tatau apa yang dia nak tulis dan saya akan tunggu apa yang dia tulis based on that title sebab cara pemikiran Arin memang selalu lain dari saya. Dari segenap segi. Interpretasi berbeza. No, not because dia lawyer dan saya loyar buruk. Rasanya dari tingkatan 3 cara pemikiran kami tak sama.
I strongly believe that persekitaran kita mempengaruhi personaliti. Masa dalam kelas dulu lecturer psikologi cakap budak yang kecik akan develop personality dia based on persekitaran sebab budak-budak ni memang kuat perati sekeliling. Tu sebab saya risau kawin dengan perokok sebab saya takmo anak saya melihat bapaknya merokok dan merasakan bapaknya macho sebab merokok (budak kecik akan pandang ayahnya macho sampai la cecah umur remaja). Hancur luluhlah hati ibu vogue yang mengidap penyakit asthma ini kerana anak dan suami berlumba2 cuba melakukan kerosakan kekal pada tubuh badan mereka dan dalam diam cuba meragut nyawa ibu yang tidak berdosa ini.
Walau pengaruh rakan sebaya memainkan peranan, tapi penerapan oleh keluarga itu sangat mustahak ye anak-anak. Ayah saya bukan perokok dan alhamdulillah tidak ada seorang pun dari adik lelaki saya yang merokok. Mungkin sebab mereka sayangkan kakak mereka ini dan tidak mahu membahayakan nyawaku, atau mungkin juga mereka mahukan sperma mereka sihat-sihat sahaja, atau mungkin juga mereka mahu kuku yang cantik, gigi yang menarik serta nafas yang berbau segar sentiasa. Apa pun alasannya, saya yakin mereka tak bernafsu nak merokok sebab ayah saya bukan perokok dan adik lelaki sulong tak merokok. Jadi bila adik di bawah melihat ayah dan abang tak merokok, mereka tak bernafsu dengan rokok. Nasib baik Jay tak merokok.hiks.
Eh kejap, merokok ni perbuatan kan? Bukan personality kan. Demit, salah interpret ke ni. Whatever lah.
Saya merupakan seorang yang SANGAT sensitip. SANGAT. Sensitive DAN emotional DAN reflektif (ada ke perkataan ni) yang datang dengan pakej. Saya tak boleh kena maki sebab saya akan terkejut dan maki balik tanpa pikir. Pastu mcm menyesal. So, disebabkan supervisor pertama saya merupakan pemerhati yang sangat bijak, dia selalu melatih saya untuk diam sekejap sebelum reply. Tak, saya tak pernah maki dia. Tapi saya selalu reply dalam bentuk tangisan dan bahasa yang keluar pon macam bahasa makhluk asing dari planet marikh - saya sendiri pon tak paham.
Honestly environment di Armidale merupakan environment yang banyak membentuk saya. Saya sedar yang selain kpop ada lebih banyak masalah dunia yang saya perlu amik tau since saya bercampur dengan ramai orang dari pelbagai negara. Jadi sekarang saya ada jugak ambik tau hal dunia selain kpop. Tambah pulak depa suka bagi pop kuiz yang menyantapkan. Tadi orang tanya jenis tanah yang saya tau. watdehek. Saya tatau apa-apa pun pasai tanah gambut, liat, pasir. Itu je tanah yang saya tau...hahaha. So, disebabkan orag kat sini suka amik tau benda2 sekeliling mcm ni, saya mesti kena tau jugak. Kalau tak nampak mcm bimbo bertudung.
Disebabkan saya selalu sebatang kara, saya cuba untuk realise yang saya tak mampu nak paksa sapa-sapa kawan dengan saya. Saya tak sentap bila orang tak angkat fon atau tak sms. Orang takmo kawan sudah, nama kamu dolah. Dan sila percaya saya dah kurang sikit bercakap, especially cakap merapu *sila tanya mak saya untuk testimony*, dan saya dah cakap dengan lower volume. Sbb masa memula sampai saya sini cakap mcm guna mikrofon, orang sini cakap mcm malas bukak mulut. Saya masih bersuara lebih lantang dari depa tapi dah slow sikit.hiks. See, sekali air bah, sekali pantai berubah (boleh ke guna peribahasa ni?)
Nasihat saya marilah kita sama mewujudkan persekitaran rumah/kerja yang positive dan best. You will never know who will benefit from it.
Oh god entry meleret. Tapi saya suka tulis merepek2 camni dari meroyan pasai kpop. Honestly writers block. Thanks to Arin atas tajuk ini..haha. Kalau ada sesapa nak bagi idea topik untuk saya tulis sangatlah dialu-alukan. Sebab rasanya macam lepas ni hehari je entry carta 15 lagu terpasang dan berita kpop. Tapi kalau korang rela entry kpop dan lagu carta 15 lagu semedang..takpe lah. hehehehehhehehehehehehehheheheh.
:(
Bulan 8 ada conference kat Argentina. So, kitorang agak semangat mengapply scholarship untuk dapat bantuan untuk travel. Seperti biasa syarat untuk present di conference adalah untuk hantar rumusan paper yang akan dibentangkan. Saya dok berlalalala buat rumusan 400 patah perkataan dan hantar pada salah sorang encik bos untuk disemak. Oh, dan saya jumpa iklan untuk apply travelling grant. Maka dengan riang gembiranya semalam saya dah draft surat. Saya include tajuk paper yang tak finalised lagi, sebab encik bos haram nak reply email. Busy agaknya.
Hari ni dengan penuh semangat waja saya jumpa encik bos. To my surprise dia sangat berapi mengalahkan berapa ekor jin afrit merasuk. Tetiba dia kata
1. result saya tak patut dipresent kat international conference. watdehek?
2. sebabnya dia kata saya dapat result bertentangan dengan konsep yang selama ni diterima. so, obviously apa yang buat tu salah sebab dah violate konsep yang dah sedia ada.
3. katanya lagi conference bukan tempat present result. conference adalah tempat untuk berkongsi benda yang improve knowledge. oh snap!
4. SAYA TAKKAN DAPAT TRAVEL GRANT kalau present experiment ni. Watdehek?
5. Bad results should not be presented.
Sebab dia cakap dengan penuh bersemangat, siap membuntangkan mata, saya rasa darah menyirap naik ke muka.
Saya kata
1. Sebab supervisor tak cek2 lagi saya punya abstract, jadi saya just PROPOSE, tak finalised pon lagi.
2. The experiment was not perfect, tapi dah buat sehabis baik. A result is a result. Sebab result tu tak disangka, jadi benda tu improve our knowledge lah. Menyediakan peluang untuk kita berfikir kenapa benda ni tak follow konsep yang sedia ada? A RESULT IS A RESULT.
------
Oh gosh, ingat aku hadap sangat ke nak pegi Argentina neh? Memang la hadap tapi kalau PMS ngalahkan pompuan camneh, baik balik Malaysia makan roti canai. huh.
Mencik *nangis* Don't cry for me Argentina!
Wednesday, February 9, 2011
2. New Life - GreeeeN
3. Sayang Sayang - Alif Aziz
4. Pretty Woman - Javed Akhtar
5. Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
6. Confession Song - Jo Kwon
7. Champione - Orang Range
8. Lebaran Ini - Raihan, REM, Ajai, Nowseeheart
9. Dont Go Home - GD & TOP
10. Best Friend - Kiroro
11. Sayaendou - NEWS
12. Di Atas Normal - Peterpan
13. Lucifer - SHINee
14. Always - Funky Monkey Babys
15. Beautiful Life - SMAP
Tuesday, February 8, 2011
Saya yang tidak berfakta
Depa suka bersembang topik2 kurang menarik. Langsung tatau pekebenda.hahaha
1.
A: "Armidale ada lebih kurang 20,000 penduduk. Kuala Terangganu ada berapa orang penduduk?"
Dijah: "Hah? Bukan asal Terengganu. Asal Ipoh"
A: "Apa populasi Ipoh?"
Dijah: "100,000" hahahahahahhahahah saya bantai dengan penuh bergaya…
Saya ingat orang keje banci je tau bilangan penduduk seme nih? Macamana nak tau kan? BIlangan penduduk opkos la tak tetap kan, orang meninggal, orang pindah, orang lahir, orang kawin lari kat siam. isk! *alasan*
Populasi Ipoh 700,000 okesss.
2.
A: "Semalam hujan 20 mm"
B: "Eh, pagi tadi saya amik bacaan belakang umah 26 mm"
Dijah: ohdimanakahakukniberada? "Kenapa rekod hujan?"
B: "Oh, memang rekod hari-hari kalau boleh pastu plot atas chart. So boleh tau berapa banyak hujan kita terima"
Dijah: Tapi kenapa nak tau?
B: Saje nak tau. Malaysia terima berapa banyak hujan bulan-bulan?
Dijah: Malaysia hujan hari-hari jadi penat nak rekod. Kadang sampai banjir…So nilainya tatau tapi sangat tinggi *wah propa lagi*hahaha.
Sejak menulis thesis baru tahu yang secara purata Malaysia terima hujan lebih 1000 – 2000 mm setahun ye hadik hadik.
3.
A: "Nama burung tu magpie, yang tu parakeet. Kat Malaysia ada burung apa?"
Dijah: "Err, burung?? Saya duduk kat kawasan yang takde banyak burung…Tapi, selalu dengar ada burung gagak, burung hantu, burung merpati, burung kakak tua, burung layang-layang"
Hakikatnya u ols saya tak pernah amik kisah kat burunggggggggggggggggggg. :(
Cuba tanya apa nama betul TOP atau nama lagu2 solo Yamapi atau nama stiap orang ahli kumpulan SuperJunior atau tanya nama lagu Big Bang atau tanya pasal kontroversi Jay. Confirm saya boleh jawab. huks.
Carta 15 lagu rawak dari laptop kaler pink bubble gum :)
1. Love so sweet - Arashi
Sangat suka lagu ni! Video klip untuk lagu ni comel. Lagu ni bagi saya sangat comel, walau depa mekap tebal.
2. Mata aimashou - SEAMO
Sangat suka lagu ni! Saya memang suka lagu yang takyah mendayu banyak2. Suka hip hop cakap banyak gituh..hehehe. Honestly takle berapa kenal SEAMO tapi lagu ni sangat da bomb!hehehehe
3. Demon - Jay Park
Suka lagu ni. Maybe sebab lagu ni belum released officially (ripped dari performance masa fanmeeting), quality sound kureng sket. Banyak suara pompuan histeria mcm kerasukan jin. Lagu ni Teddy Riley tulis untuk Michael Jackson katanya. Tapi setakat mana benarnya tatauler. Mebi depa ubah sikit sebab Jay kan suka rap. So banyak rap dalam lagu ni.
4. Jujur - Radja
Best lagu ni. Part chorus sangat best nyanyi reramai.
5. NEWSNippon - NEWS
Sangat suka lagu ni!Lagu ni Yamapi and friends nyanyi masa belum cukup umur lagi. Comel lotey kurung kering lagi masa tu semuanya.. :) Walau ada part mendayu, chorus dia best! Lagu ni ala2 bertemakan nama kumpulan depa (North-East-West-South (NEWS)). Lepas minit 2.36 sangat semangat sampai saya rasa kalau saya tubuhkan negara sendiri saya akan jadikan lagu ni sebagai lagu patriotik..hehehehe.
6. Nobody - Wondergirls.
Suka lagu ni! Tapi paling benci video klip dia sebab JYP menyibuk interframe. Comel lagu ni :)
7. Last Farewell - Big Bang
Sangat suka lagu ni! Saya baru sedar saya ada album 1st and 2 nd Big Bang, download album Taeyang, dan beli GDTOP punya album. Sangat berbaloi! :) Big Bang adalah unik!
8. Sure you can - Mirwana
OMG...Bestnya lagu ni. Simple tapi best. Tatau Mirwana generasi keberapa tapi lagu ni sangat glemer kat sekolah dulu. Yang pasti, ni bukan Mirwana masa zaman Faizal Tahir. Ni Mirwana zaman saya tingkatan 2 kot.hehe
9. Kita tertawa - Peterpan
Ok. Tatau macamana ada dalam playlist. So-so je lah lagu Peterporn ni. Err, I mean Peterpan.
10. I did wrong - 2am
Suka lagu ni! Cumanya autotune banyak dan tak perlu pun sebab suara bebudak 2 am nih best. Terasa emo dgr lagu ni walau ni lagu rancak. Mebi sebab autotune overload.
11.Count on me (Nothing on you cover) - Jay Park
hehehehehehehehehehhehehehehehehehehhehehehehehhe. suka. hehehehehehehhehehehehehehehehehehehhehehehehehehehhehehe.
12. Topeng - Peterpan
Best gak lagu nih. "Tapi buka dulu topeng mu....." Tetiba terbayang bandi Amuk. ulps.
13. Dusta berkalang - Aiman
Suka! Lagu ni penah jadi ringtone. Ahaks. Tapi lepas tu senyap sepi je Aiman ni. Aiman tak kisah agaknya.
14. Firework - Katy Perry
Suka. Suka suara mokcik nih.
15. Arigatou - SMAP
SUKAAA! SMAP ni kumpulan si Takuya Kimura. Depa skang dah tua dan debab2 belaka. Bila Yamapi berdiri depan Takuya dalam satu rancangan, memang saya sentap. Nampak sgt Takuya dah jadik plastik, mcm makan tempe berlebihan :(. Saya suka lagu ni - lagu untuk ucap terima kasih.
Banyak lagu feveret saya tak tersenarai kali ni. Jumpa lagi di carta rawak 15 bulan depan :)
Monday, February 7, 2011
10 fakta hari ni
2. Sempat isi 16 mukasurat permohonan untuk animal ethics
3. Masak kari telur belasahan. Belasahan sebab takde bawang besar, takde santan. Main belasah je.
4. Masak brownies guna cake mix. Just tambah telur dan minyak dan air. Sedap. Siap bagi kat anak-anak tuan umah dan dah bungkus sikit untuk anak-anak Wijdan.
5. Tangan luka sebab cuci tin. Gigih cuci tin sebelum direcycle. Bilas je dah cukup kan? Nilah padahnya rajin tak kena tempat. hiks.
6. Jay appear dalam video klip kumpulan 5 Dolls. Hari ni keluar teaser. jdhfbsbdgcsvshdjsksowuddnfbfgbndmsksisjdndnddj.
7. Download game worms armageddon masuk phone. Adik2 kandung saya suka main game ni dulu kat pc. I LIKE!!!! Tapi masih tak cekap.
8. I miss you.
9. I miss you.
10. I miss you <3
Sunday, February 6, 2011
The best
Beratus klip lelama dalam folder lappie..baru pasan.hikssssssssssssssssss
Penyimpan kenangan
Kenapa saya kata best
1. Ini bukan persembahan konsert. Ini persembahan mingguan macam muzik-muzik mingguan. Tapi kesungguhan depa rasa mcm tgk konsert, kan?
2. Sangat suka depa libatkan mini Big Bang - bebudak kecik yang comel lotey tuh..Ya Allah, comelnya bebudak nih..hahahhahahahaha
3. Suka bila TOP asik tengok 'mini TOP'...Sangat kebapakan! *pengsan*.
4. Suka tengok GD sebab masa saya dload klip ni bias saya adalah GD.ahaks. Dan rambut dia tak hazab. Dan dia sangat comel.
5. Takde pompuan seksi menggedik menari latar.
6. Can't wait for Big Bang'c comeback THIS MONTH!! :)
Mahu update
2. Mengadu domba dengan principal sv melalui sms [bolehhhhhh???hahaha] dan dia jawab mcm bapak2 - 'Remember that this process is meant to improve decisions and may mean the need to mount a stronger case for your options'.
3. Rasa mcm tak depress tapi hari meeting tu lepas lunch dah balik umah tido, malam bangun untuk makan and mandi. Semalam pun tidur SEPANJANG HARI. Bangun untuk makan dan mandi je. Gosh.
4. So, tengah timbang tara options yang ada untuk final eksperimen. Maybe kena buat 2 instead of 1. Dan sekarang sudah berlapang dada dengan kemungkinan kena buat extension. Ake cakap kenapa perlu stress kalau kena extend - bukan ke suka dok Armidale? So, thats so true. Let it be.
5. I'm currently waiting for Big Bang 2010 Concert DVD *sengeh* untuk sampai di pigeon hole.
6. Kebarangkalian Jay dan BIG BANG datang Sydney tahun ni adalah tinggi sebab skang kat Aussie depa nak jadikan jemputan artis korea sebagai aktiviti tahunan. Sentap kan??
7. Member bukak kedai makan thai yang baru. So happy for them.
Saturday, February 5, 2011
Mula-mula tak suka lama-lama boleh terima
Penah tak korang pon berada dalam situasi tu. Menyampah yang hamat pada sesuatu tapi lama kelamaan sudah sebati sebab dalam keadaan paksa rela. Saya perasan kalau melibatkan lagu/iklan memang senang terjerumus dalam situasi ni. Dulu saya cukup menyampah dengan iklan Daia - pakcik rambut warna warni yang terjerit-jerit Daia!. Walau saya suka Daia sebab bau pakaian akan wangi dan kalau sidai kat dalam umah pakaian tak bau kepam, saya sangat menyampah dengan iklan tu. Sangat menyampah. Sama menyampah dengan iklan minuman orang kampung kat radio. Sama menyampah dengan iklan kurma yusuf taiyob. Tapi saya perasan lama-lama saya dah boleh dok diam sebab dah penat mengomel. Sama terdiam bila radio sini satu hari tu pasang lagu Rihanna sejam berderet (sebab rancangat hot lunch pasang lagi dari sorang artis selama sejam) dan kadang-kadang tersasul termenyanyi dan Fi akan cepat mencelah nyanyian sumbang 'tu lagu Rihanna kan???Suka Rihanna ke?' cis.. Tak suka Rihanna langsung u ols!!!!
Tu konsep lagu dan iklan ye anak-anak. Kalau konsep kehidupan harian pulak saya teringat Ake cakap yang dia takmo balik keje Thai sebab dia takmo berada dalam budaya kerja Thai. Dia tak suka seniority - tak suka konsep junior seboleh-bolehnya patuh dan taat pada senior membabi buta, tak suka konsep sapa buat salah akan dikenang 7 keturunan, tak suka konsep kalau cakap english orang kata perasan best dan tak mendaulatkan bahasa ibunda, tak suka konsep akan menjadi bahan hukuman masyarakat kepochi. Satu hari dia cakap 'satu hari nanti saya akan sebati dengan benda-benda yang saya tak suka sebab dah tak larat melawan arus' and I guess its true.
Saya paham apa yang dia rasa..sebabnya itulah manusia..Bila kita tak mampu melawan arus, lama-lama kita akan sebati. Hanya yang benar-benar tegar aja yang akan kukuh pendirian. Saya lemah, insan yang tak ubah seperti lalang.
Kalau dulu saya sentiasa akan menyampah tengok orang buat rambut hazab, pakai eyeliner tebal, menari ala2 gaban, kini saya sudah boleh terima dan ulang tengok sekurang2 nya 10 kali sehari. SELAMATKAN DIRIKU.
Friday, February 4, 2011
Masak
Alhamdulillah lepas tu kalau apa2 encik bos akan tanya dulu sebelum semangat mengelaborate. Macam baru ni ada bebudak sekolah menengah attach kat lab ni untuk buat experiment (industrial exposure), saya terdengar encik bos tanya dulu sebelum guna analogi secara semberono.
"Do you like to cook?" tanya encik bos
Bebudak tu macam dalam dilemma nak jawab. Tapi depa baru 17 tahun so, bagi saya wajarlah depa dalam dilemma cuba menganalisa depa minat ke tak memasak.
"Ok." Encik bos mcm boleh baca riak muka depa yang serba salah nak jawab tak minat.
"Do you cook at all?" Encik bos tanya dengan ceria.
"Yes!" bebudak ni jawab serentak.
"Ok ,what is the most disappointing when you started cooking and looking at a recipe?"
Saya jawab dalam hati 'tak kenal ingredient/ingredient yang berjela panjangnya yang membuatkan terput off untuk memasak.
"Missing ingredients?" bebudak ni jawab.
"Yes" jawab encik bos.
Heh? That's not disappointing at all! Kalau saya tengok dalam resepi ada bahan tak cukup, saya tak jadi masak atau saya alter atau saya just go on dengan apa je yang ada. Kan ke ramai orang cakap memasak adalah proses campak mencampak??? Saya boleh je masak nasik lemak tanpa TIMUN. Heh.
So, encik bos menjelaskan kat depa betapa pentingnya untuk make sure semua ingredients ada sebelum masak – sama macam buat research.
Owh, padanlah saya sentiasa bermasalah dengan research sebab obviously saya tak pernah kesah dengan resipi. In other words, untuk research saya memang tak ikut protocol! Hah!
Masa birthday Elodie saya buat kek tapi tu guna cakemix – budak umur 7 tahun pon boleh buat. Duhhh..So saya tak consider benda tu cam memasak dalam erti kata yang sebenar sangat sebab masak kek guna cakemix adalah sekumpulan dengan masak megi buta2 (rebus kendian tambah perisa) atau rebus telur atau masak telur goreng biasa atau goreng ikan/ayam/daging dengan kunyit dan garam.
Pendefinisian saya dengan memasak adalah menyediakan sesuatu yang kompleks dan palatable. Setakat jamu laki makan stik (daging lebu segedebuk yang just goreng kering atas pan) dan frozen peas yang dithaw bagi lembut dan bakar fries dalam oven, bagi saya bukan masak dalam erti kata yang sebenar.
....................
Esok birthday Fi. Kelmarin kami dah buat celebration.. A day before that saya ke rumah Sara untuk buat kek dan pavlova. Kitorang buat kek butter from scratch – simple dan sedap tapi untuk pavlova kitorang just whip cream dan bubuh buah (beli base dia sesiap sbb malas nak belajar buat base dia). It was fun and to my surprise disebabkan saya dah banyak bermasalah dengan experiment, saya sentiasa ulang2 baca arahan kat resipi – takmo menggagalkan hasil masakan sebab cuai. Dan saya ulang balik setiap arahan Sara kat saya untuk memastikan apa yang saya buat tu betul. Hasilnya……lihatlah dunia!
"Other people learn to do research from cooking but you are doing it the other way round. Very interesting"
Oh well, its not my fault I'm weird. Er, I mean interesting.