Saturday, December 31, 2011

2011

2011 was one painful year. Berkat kasih sayang mak dan ayah, saya masih di sini, masih di dunia nan fana ini. Juga berkat doa adik-adik dan sahabat, saya masih mampu tersenyum. Alhamdulillah.

2011 mengajar saya beberapa perkara

1. Dont give up, especially dah hujung-hujung ni. Masa kecik kalau mengikut cerita ayah, saya kalau tak mampu menyelesaikan sesuatu (prob math misalnya) saya akan campak pensel dan buku. Saya bukan persistence punya orang. Cepat give up. Tapi alhamdulillah dengan ketegasan Encik Bos dan orang-orang di lab saya masih di sini. 

2. Be careful. Dalam dunia ada banyak musang berbulu ayam, setan berbulu bebiri - nampak comel tapi merbahaya. Just be careful.

3. Be nice to your parents. Sebelum ni saya a bit distant dengan mak ayah. Mungkin terasa depa overprotective. Tapi akhirnya, saya terpaksa mengesot balik kepada mak ayah mohon keampunan atas keegoan, mohon kasih sayang berterusan walaupun ksih sayang mereka dibalas ketidakendahan sebelum ni. Tiada ketenangan yang hakiki selain dapat bersembang hati-ke hati dengan mak ayah. Cubalah.

4. Focus on yourself, love yourself. No one else will.

5. Bila jadi sesuatu musibah, sebenarnya kita perlu muhasabah beberapa perkara: hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan mak ayah, hubungan kita dengan orang kebanyakan. Perbaikilah mana yang patut. Allah memang suka pukul manja sebab dia nak kita sedar. Tapi kadang-kadang kita rasa pukulan manja tu adalah hempukan yang kuat. Still, ini masih nasib baik. Kalau ikut nasib zamat umat nabi terdahulu, dah terbalik dah bumi. sobbs.


Semoga Allah meredhai saya dan utuhkan kasih sayang saya terhadap ahli keluarga saya dan kalian :)

Love and respect
Dijah

Friday, December 23, 2011

Bergossipan di talian

Hari yang terakhir, x sangka ada benda menarik untuk dikongsi. Selalunya hanya hari yang biasa - check in buku,check out buku,sengih kat orang,jawab soalan senang,refer soalan susah kepada senior.

Telefon berdering ketika tiada patron. Phew! Maka ada masa untuk lebih bertenang mendengar persoalan di hujung talian. Soalan yang mudah diajukan: Opening hours library bulan depan.

Selesai memberi jawapan, dia tanya soalan lain: bagaimanakah untuk memaksimakan penggunaan library.
Sedar tak sedar kami bergossipan selama 8 minit 6 saat! Jawapan saya sebenarnya: sila telefon selepas tahun baru kerana masa itu lebih sesuai untuk reference librarian untuk beri maklumat secukupnya. Yelah hari ni semua orang dah pakat cuti. Tapi tak sangka meleret-leret jawapan sampai
sembang pasal PhD i ols!!!

Si gadia manis sempat tanya nama saya beserta ejaan. Dia kata seronoknya sembang-sembang dalam telefon.puahahaha. Sib baik ada kerja lain untuk dibuat. Kalau tak, boleh sembang sampai 30 minit kot!hihi

Jangan tu Puan bos library yang menyamar sudah!

Selamat bercuti-cutian sakan buat yang di luar negara. Yang di dalam negara selamat tahun baru dan tolonglah jangan buli Adam Adli. hiks

Thursday, December 22, 2011

Satu bulan lebih

Esok hari terakhir berkhidmat di perpustakaan bagi tahun 2011. Oh, baru satu bulan lebih bekerja di perpustakaan. Saya suka. Saya sangat suka.

Dalam tempoh sebulan lebih ini terlalu banyak yang saya belajar. Banyak benda yang saya kagumi. Banyak benda yang saya jadikan tauladan dan sempadan.

1. Staf2 di perpustakaan yang pandai menyembunyikan nafsu amarah atau sentap apabila berkomunikasi dengan pelanggan. Sungguh, manusia ekspresif seperti saya ini perlu lebih gigih menyembunyikan wajah sentap atau annoyed. Selalu kalau saya rasa tak mampu nak berkomunikasi dek kerana patron yang kurang bersopan, saya akan panggil staf lain yang lebih senior. Sungguh kagum, staf senior biasanya akan kekal senyum sampailah patron hilang dari penglihatan. Baru saya sedar kerja customer service ni bukan senang!

2. Berdasarkan pengalaman seciput di perpustakaan, apa yang saya boleh simpulkan yang paling bersopan adalah warga bukan uni dan yang paling menekan atau eksyen adalah staf akademik. Kalau cakap dalam telefon main sound-sound sahaja. Kalau kat kaunter, kedekut senyuman dan eye contact sangat minimal.
Paling happening adalah pakcik-pakcik tua pengguna microfishe reader yang setia. Siap memberi lambaian dan senyuman istimewa kepada penjaga kaunter setiap kali mereka masuk dan keluar dari library. Pakcik-pakcik ni ramainya community member - bukan warga universiti.
Buat penjaga kaunter yang kadangkala kebosanan, senyuman manis yang ikhlas dari pengguna perpustakaan sangat besar maknanya! :)

3. Saya sudah boleh cam beberapa orang pengguna perpustakaan yang setia. Siap ada yang saya sudah hafal namanya dek kerana setiap kali saya bertugas, pasti orang yang sama berurusan di kaunter. Hari ini saya sempat berbual dengan adik hensem si penempah bilik.


"Tidak cutikah?"
"Belum. Saya rajin ke library sekarang sebab saya tengah training untuk masuk tentera. Saya bubuh buku banyak-banyak dalam beg untuk berlatih angkat bebanan berat. Sambil menyambil study kat sini."

Oh, sudahlah comel, gagah perkasa pulak tu! :) Akak suka dik! Sempat juga salah guna kuasa stalk tarikh lahir mamat tu. Cis cis cis dan cis lahir tahun 1989! 


4. Saya nih memang manusia yang sentiasa kalut. Selalu lepas selesai urusan kat kaunter terus dash off buat kerja lain. Selalu ada buku nak kena check in atau sekarang ada buku yang nak kena scan. Satu hari kena tegur dengan staf senior sebab saya tak tunggu patron blah dulu. So itu dah dikira rude. Tak perasan pun. Sampai sekarang itu antara kelemahan saya. Cepat2 nak blah buat kerja lain. Bila tersedar, cepat-cepat patah balik ke kaunter sambil senyum. Mesti orang ingat saya ni gila.hahahahah.

5. Bila patron ucap terima kasih dengan wajah yang ceria sebab kita tolong tunjukkan cara guna mesin-mesin yang ada dalam perpustakaan, perasannya susah nak gambarkan. Memang dag dig dug dalam hati dan rasa puas hati sangat. So, sesamalah kita beringat kalau nak deal ngan customer service tu jangan lupa senyum! :)

I am looking forward for more experience in January! InsyaAllah.

Pakcik-pakcik yang rajin bagi lambaian kasih sayang, I love you! kehkehkeh. Oh adik tentera, I love you too kerana menceriakan hari-hariku! kehkehkeh
  
Love and respect
Dijah

Saturday, December 17, 2011

Email yang comel

Secara peribadinya saya rasakan email ini sangat comel. Mungkin kerana 'bekas plastik yang berisi karipap'.

Anyways, this email made my day.hihi.


Love and respect
Dijah

Sebelum cuti

Banyak aktiviti sebelum cuti. 
Hantar Elodie (housemate) di airport. Semangat dia balik nak selebret krismas dengan familynya di Paris. Dua budak yang hampir sama besar dengan saya adalah anak-anak tuan rumah. Bagus betul depa pun pakat hantar kat airport. Ala-ala farewell macam dia dah habis study. Padahal dia akan balik sini bulan 2 nanti insyaAllah..Lupa pulak nak amik gambar dalam airport yang besar sikit dari dewan orang ramai Kampung Tersusun Batu 6, Ulu Kinta, Ipoh. hihihi. Next time lah yekk.


Ni pulak member-member satu kumpulan training untuk kerja kat library. Seminggu training selama 20 jam sesama. Sekarang semua dah jarang jumpa sebab shift tak sama. Bila dengan depa nih rasa kerdil ya amat sebab depa ni semua vogue da vass. Sorang ada 2 Bachelors Degree, 2 Masters Degree, siap dapat scholarship pegi Amsterdam dan study pon under special scholarship. Dialah yang hari tu buat konsert kat sini yang saya advertise kat FB. 
Sorang pulak ada banyak pengalaman kerja, dah habis PhD dalam Psychology, dia nak sambung study Law pulak tapi dalam masa yang sama baru dapat interview untuk 2 kerja. Satu kat UNE, satu kat New Zealand.
Sorang lagi pulak tengah buat PhD tentang Latin dan dia nih pon pernah dapat scholarship pergi Amerika segala, sekarang pon dia kerja dengan lecturer untuk buat research. 
But yang bagus pasal depa nih, semuanya gila2 ceria dan tak arrogant walaupun hebat-hebat. Dan semua pot pet pot kepochi banyak cakap tapi tak mengata orang. Banyak benda yang belajar dari depa nih, especially attitude dan misi dan visi dalam hidup. hihi 


Yang tiada kenangan bergambar adalah sesi-sesi makan lagi bersama kawan lab, bersama kawan lab dan sv, bersama kawan postgraduate Animal Science. Hasil daripada sesi makan-makan tanpa henti ini, berat sudah naik!

 

Target adalah 50kg untuk tahun 2012! Weehu.


Love and respect
Dijah

Cakap tak serupa bikin

Suatu hari ketika sedang lepak-lepak sambil minum di kedai Arab, kawan saya bersuara

"Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang kan? Tapi kenapa kita sebagai orang Islam tak boleh terima orang buat silap?"

Dia sambung lagi
"Kita kata Allah tu Maha Penyayang tapi kita bertindak macam Allah tu takkan ampunkan hambanya."

Saya diam. Teringat kisah yang disampaikan, tentang seorang perempuan yang mengadu kepada sahabat seMuslimnya tentang silap yang pernah dia lakukan dalam hidup.

"Kamu memberi malu yang sangat besar kepada agama dan jika keluarga kamu mahu bunuh kamu, tiada siapa pun akan membantah. Kamu sudah tiada apa lagi dalam dunia ini"

Kita bukan Tuhan. Tapi kita boleh cuba bantu orang jadi semakin hampir dengan Tuhan. Bukan tolak orang menjadi lagi jauh dari Tuhan.

Cukup-cukuplah aibkan orang. Agaknya depa pikir bila hebohkan cerita-cerita aib ni boleh bagi orang insaf. Lebih banyak mudharat dari manfaat. Mak bapak malu, budak tu malu, budak tu takmo balik, mak bapak tetap nak kena bayar ratus ribu. Semoga kasih sayang pada keluarganya masih bersisa..

Friday, December 16, 2011

Gambar-gambaran

Suka tengok gambar-gambar ni.. All the happy moments with wonderful people :). Dulu sebab takde kamera (pinjam kamera ayah selalu) jadi tak banyak amik gambar dan tak suka amik gambar.

Sejak dua menjak rasa nak balik 'soon' ni lah baru gigih nak snap sana sini. Yelah, terkenang lagu Sheila On 7 "Bersenang-senanglah kerna hari ini kan kita rindukan"

Baaaasanyak lagi gambar yang belum didevelop. Nak tunggu balik atau develop kat sini?? Hmm



Wednesday, December 14, 2011

We cant save everyone

Kita tak mampu selamatkan semua orang. Orang yang mahu diselamatkan perlu selamatkan diri sendiri. Inilah benda yang paling susah untuk saya tanam dalam otak.

Kita semua sudah dewasa, kita ada tanggungjawab pada diri sendiri. Masalah orang bukan masalah kita. Kita hanya boleh bagi pendapat, cuba nak tolong, tapi in the end tuan punya badan bertanggungjawab atas diri sendiri.

Kita bukan tuhan. Kita tak mampu buat orang jahat bertaubat. Kita tak mampu buat orang jahat kena hukum. Kita tak mampu nak ubah hati orang. Kita tak mampu buat orang percaya pada kita.

Kita hanya mampu dengar, bercakap secukup rasa dan akhirnya tolong mendoakan.

Fokus kita yang utama adalah pada diri sendiri. Selamatkanlah diri kita dulu sebelum kita nak selamatkan orang lain.

Bukankah ketika kecemasan dalam kapalterbang kita kena pakaikan gas oksigen pada diri sendiri dulu sebelum pakaikan pada orang lain?

Tuesday, December 13, 2011

Gambar

Dapat hadiah keychain bebiri, maka sudah bertambahlah koleksi bebiri yang comel!! ahaks




Dan hari kerana cuaca sebenar summer sudah mari, memakai tshirt sahaja ketika bertugas di library!! yeah!!


Hati yang sendu


Ketika bertugas hari ini, telefon service desk berbunyi. Saya memang cukup malas nak bercakap dalam telefon dek kerana debaran di dada setiap kali bercakap tanpa bersua muka. Tambah lagi bila policy di meja servis adalah perlu menjawab panggilan walaupun ketika itu sedang melayani pelanggan yang secara fizikalnya ada di kaunter. Kiranya kalau mengikut hierarki kepentingan pelanggan, panggilan telefon adalah yang teratas sekali!

Saya on holdkan pelanggan yang mahukan berurusan di kaunter dan menjawab panggilan telefon.

Panggilan yang saya terima mensendukan hati. Panggilan dari penjara yang maklumkan bahawa tahanan yang berdaftar sebagai pelajar di uni ini mahukan maklumat tentang buku teks yang perlu untuk subjeknya. Sangat kagum dengan semangat mahu terus belajar dari dalam penjara.

Apa lagi alasan kita untuk tak mahu belajar?



Love and respect
Dijah

Monday, December 12, 2011

Gambar minggu lepas

Teringat 2 tahun lepas siap panggil Reza (bertopi) ni Peter, sebab masa tu rambut dia macam Peter Petrelli (Heroes) kengkononnya. Sekarang ni tengok berpuluh sekali pun dah takde rupa Peter!! hahaha.


 Bergambar dengan orang lab. Tahun depan sudah tidak berkesempatan lagi untuk berjimba di party school macam tahun ni :(



Love and respect
Dijah

Kerja

Armidale sejuk. Orang UK sila menyampah. Baru ni meroyan kat status FB kata depressed sebab summer kat Armidale sejuk, terus ditegur oleh orang yang pernah duduk UK..Mengada-ngada sangat gayanya kan tak tahan sejuk segala. Tapi bila melihat status orang-orang lain di Sydney dan Armidale yang meroyan sebab mengharapkan kepanasan yang hakiki di musim panas, terasa taklah mengada-ngada sangat.

Dan mungkin dek kerana badan-badan orang Armidale ni lemah keimunannya, ramai pakat sakit. Saya tak pergi uni pagi tadi sebab demam, sakit kepala dan batuk2. Punyalah sedap tido time hujan. Bila cek email, dapat makluman yang kena isi timesheet untuk gaji in advance. So kena claim siap2 gaji sampai 23hb ni untuk memastikan gaji masuk lepas krismas. Hopefully saya dikurniakan kesihatan mulai esok untuk kerja. Yelah, dah claim pastu gedik pulak tak masuk kerja, kan ke naya!!

Bercakap pasal kerja, baru ni ada member tanya 
"Kerja kat library eh? berapa belas dollar dapat sejam?"
"Haah, kerja kat library" saya jawab. Belum sempat saya jawab soalan yang seterusnya, dia terus tanya lagi.
"Berapa dapat? Ada $11? $15"
"Ada lah sikit"
"Kerja 20 jam?"
"Eh tak, kerja dalam 7 jam je seminggu"
"7 jam je ke??La...ingatkan kerja 20 jam"

Pengsan la kalau kerja 20 jam, mesti kerja PhD tak siap!! Lagipun kerja kat library takleh lebih 12 jam seminggu. 20 jam seminggu tu adalah kelayakan maksimum kerja yang termaktub dalam student visa.  Alangkah bahagianya kalau takde kerja PhD, dok kerja 20 jam seminggu dengan pay dalam $30 sejam! Ahaks. Feeling-feeling boleh borong DVD Korea dari YesAsia.com!

Tapi sebenarnya, lagi besar periuk nasi, lagi besarlah keraknya!!!!!
Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Rezeki tambahan sikit-sikit tu bolehlah simpan untuk kenduri kawin/tiket konsert kpop/makan makanan sedap yang mahal/beli benda merapu yang dah lama teringin :)


Oh, bercakap balik pasal kesejukan di Armidale, walaupun tak tahan sejuk, setiap kali balik Malaysia tetap komplen Malaysia panas. hahahaha.

Love and respect
Dijah

Sunday, December 11, 2011

Makcik jag

Banyak benda yang saya belajar di library, terutama sekali dari makcik yang membantu menjawab perihal peminjaman jag air. Makcik ni saya cam mukanya sejak dari 1st year, masa attend kelas End Note. Sangat vogue bagi info pasal End Note.

Baru-baru ni ada student baru datang ke kaunter, tanya pasal proses pendaftaran. Kitorang selalu penat menjawab mana kaunter student centre yang terletak sebelah kaunter library. Kebetulan sejak dua menjak ni kaunter student center tu asik kosong, maka orang assume library handle semua urusan student centre.

Bila orang tanya mana bangunan sebenar student centre, saya tunjuklah bangunan depan library, yang kat sebelah kaunter kitorg ni just kaunter untuk memudahkan student.

Tetiba muncul sorang budak laki buat muka sedih kata dia pergi bangunan sebenar, tapi orang bangunan tu suruh pergi library untuk buat appointment. Takde appointment takleh masuk bangunan katanya....

So camne nak buat appoinment sebab orang yang jaga kaunter tu tak ada..Budak ni dah sayu sayan dah tapi kitorang dah dipesan supaya toksah risau kat benda-benda luar bidang kuasa.Tapi I ols ni bukan boleh, hati ni sedih je tengok budak ni tak tentu arah...

Bila telefon extension tertentu takda orang jawablah pulak. Maka dengan hati yang kasihan, makcik jag air dirujuk demi kemaslahatan pelajar ini.

Dengan penuh keratuan makcik tu kol member dia di student centre dan maklumkan yang appointment tak boleh dibuat oleh pelajar ni sebab takde org angkat extension, dan takde org jaga kaunter..So dengan selamatnya budak tu selesai buat appointment dalam telefon.

Ingat dah habis kan? Belum lagi u olsss. Bila habis shift, saya pun blah untuk lunch, kebetulan ada lunch free depan library. Saya nampak makcik jag muka serius, takut pulak kalau2 saya ada buat apa2 masa shift tadi. uhuks!!! Dengan muka seriusnya dia membuat panggilan telefon dan saya hanya membei lambaian manja menandakan shift saya sudah habis.

Masa saya tengah lunch, makcik jag datang kat saya, bagitau yang budak tu bukan budak dari Armidale dan tak reti guna komputer..So akan susahlah dia nak datang semula untuk appointment ataupun melayari internet untuk dapatkan maklumat tertentu yang berkaitan. Tapi dia kata dah hubungi balik orang tertentu dan dah berjaya diselesaikan. Oh rupanya muka serius tu sebab dia pikir pasal budak ni.

Dek kerana sweater tertinggal kat library, saya patah balik ke library lepas lunch dan nampak budak yang dimaksudkan ditemani pegawai enrollment UNE, duduk depan pc sesama. Wah, makcik jag sangat vogue, walaupun pada hakikatnya itu bukan tanggungjawab library. Ratu!



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, December 10, 2011

Belajar

Hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Kita belajar dari bayi hinggalah ke liang lahad. Tak kiralah sehebat mana pun kita dalam sesuatu bidang, selama manapun kita sudah bergelumang dengan segala sesuatu, sepenting manapun kedudukan kita dalam sesebuah organisasi, pasti ada ruang untuk kita belajar. Ilmu Allah itu terlalu luas.

Marilah kita belajar berlapang dada, membuka hati dan minda untuk belajar dari yang tua mahupun yang muda, dari yang di atas mahupun yang dibawah, dari yang celik mahupun yang buta. Kita mempu belajar sesuatu bukan sahaja dari semulia-mulia manusia,tetapi juga dari yang hina sehinanya.

Bukankah kita belajar tentang bahana kesombongan dari azazil yang dicampak ke bumi kerana enggan patuh pada arahan penciptaNya?

Ingat, kita berhenti belajar bila kita sudah
mati. Enggan belajar mungkin menandakan hati kita sudah mati?
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, December 1, 2011

Gadis perpustakaan

Saya sangat suka kerja di library.
Senior-senior di library baik-baik setakat ini. Kalau ada masalah yang muncul, cepat-cepat depa ubahsuai sistem supaya memudahkan kami para pembantu khas. Kiranya kurang drama dengan depa ni sebab depa setakat ni sangat professional. Setakat ini lah. Akan datang belum tahu. huks.

Kerja di library bukan hanya berkisar tentang rekod keluar masuk buku. Tetapi juga benda-benda lainnya seperti menawarkan perkhirmatan tunjuk arah, tunjuk ajar cara guna sistem scan, print dan photopy, menguruskan booking bilik untuk study atau workshop, menguruskan pembayaran denda bagi buku2 yang lambat dipulangkan, memastikan buku-buku rosak dihantar untuk repair, dan membantu pelajar untuk mengenalpasti siapakah librarian yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar benda-benda spesifik seperti end note.

Setiap kali shift, pasti ada benda baru yang muncul, cukup mendebarkan! kehkehkeh. 

Di minggu pertama bertugas, menjawab panggilan telefon

"Hello, I'm blablabla, booked Room X at 1.30pm today"
"Hold on for a second while I confirm that for you" "Yup, no problem with your booking, your name is on the system"
"I wonder if I can borrow a water jug?"

Masa tu rasa nak terjatuh dari kerusi. Suppose saya takleh yakin sangat dia kol sebab nak cek booking. Saya sepatutnya sabar sampai dia cerita habis masalah dia baru saya reply. Terdiam terus bila orang nak pinjam jag. Sib baik ada staff senior kat sebelah, berdesup pass telefon...Staff tu ambil masa 10 minit untuk jelaskan;

"Kami takde jag air untuk dipinjamkan"

Ahaks.

Rupanya depa book bilik untuk interview dan nak bagi interviewer minum. Alahai kak, belilah air botol bagi sorang satu. Kedekut benor!!! hiks


Love and respect
Dijah

Harapan 2012

Sekarang ni nak update blog pon dah takde idea. Takde benda yang nak dikongsi sangat. Kagum dengan member-member yang sangat kreatif menulis itu dan ini dalam blog. Macam entry Am yang ini. Dia memang rajin tulis apa yang dia expect di tahun akan datang. 

Since blog lama dah delete, tak sure plak dah pernah cilok konsep Am ke belum. Nak try tulis harapan saya di tahun 2012. Dah tulis kat buku, tapi hopefully dengan menulis kat sini umpama menjerit mengingatkan diri sendiri. hiks

1. Habiskan PhD. Dah hantar permohonan extension. Hope paling lewat dalam bulan 10 dah boleh hantar thesis dan balik Malaysia.

2. Journal article sejajar dengan umur. Ini target jangka panjang yang akan dimulakan tahun depan. Saya target di usia 50 tahun (kalau panjang umur) akan ada 50 journal articles. Target untuk 2012 = 3 articles from PhD. Fighting!

3. Umrah. Dah lama teringin nak pegi umrah. Mak cakap kalau betul2 niat insyaAllah akan sampai hajat. Selama ni dok sebut-sebut dalam hati je. Hopefully sampailah rezeki untuk berumrah tahun 2012 ni. Doakan yer?

4. Nak drive di Malaysia. Si penakut ini akan pulang ke Malaysia. Memandangkan tak pernah drive di Malaysia, hopefuly akan dikurniakan keberanian untuk memandu di jalanraya Malaysia yang mengerikan!

5. Boleh baca dan tulis Hangul (Korea). Sekarang dah start tapi kurang berdisiplin. Semoga lepas ni kalau Jay tweet dalam Korea dah boleh baca dan faham!!  :)
   
6. Boleh tau sikit-sikit some simple words dalam Pashto (Afghanistan). Buku dah ada tapi tak mula study lagi. Plan jauh ke hadapan: nak ke Afghanistan!

7. Boleh baca Kanji (Jepun) dan kembali mengingati Katakana. Dan hopefully tak lupa Hiragana.

8. Ambil gambar setiap hari bermula 1 Januari 2012 - 31 Disember 2012.

Tak banyak boleh plan untuk buat kat Malaysia sebab nanti balik pon dah nak hujung tahun. Hope bermotivasilah untuk merealisasikan harapan saya. Terima kasih. hiks


Love and respect
Dijah

Monday, November 21, 2011

Update

Hihi. Setelah diperingatkan oleh Am dan Firdaus tentang kewujudan blog sendiri, maka mencuri masa stalking Fb dan login cimbclicks menulis paper dengan mengupdate blog.

Tadi lepak ngan member masa lunch. Sebab dedua dah tengah writing, mulalah keluar ucapan-ucapan berkonsepkan sayu sayan luahan perempuan seperti 

"Please keep in touch"
"Will you visit me?"
"I will miss you"
"Will we meet each other at graduation?"
Tsk. Tsk. Kalau dah namanya pompuan. Suka sayu sayan sambil makan. Mak selalu pesan jangan menangis masa makan. Bergaduh depan makanan pun jangan. 

Perasaan yang susah digambarkan sebab sekarang dah jarang jumpa orang-orang yang rapat. Hisup macam sangat kesunyian dan kesepian.

Semalam bila sedih dan telefon mak sambil sedih-sedih. Mak tanya kenapa.
Jawab: Hari ni tak sembang ngan sesapa pun. [sebenarnya sedih sebab gadoh ngan orang]
Mak bagi sedas: Matlamat pegi sana nak buat apa? Nak buat PhD kan? Kalau rasa nak bersembang ngan orang meh balik Malaysia bersembang puas-puas toksah peduli dah pasal PhD. 

hahahaha.padan muka.

Love you too mum!


Love and respect 
Dijah

Wednesday, November 9, 2011

Si pencuri kasut yang comot

Kasut asik hilang.

Memula sebelah.

Kemudian dua belah.

Jumpa kat rumah sebelah.

Trauma sebab kasut selalu tetiba hilang.

Ingatkan kebarangkalian hilang kasut adalah tinggi hanya di masjid-masjid Malaysia ketika musim semayang raya.

Rupanya.............. inilah dia pencuri kasut, setelah disahkan oleh tuan tanah yang caught him redhanded masa dia kebas kasut i ols!!



Dia bukan buat apa pun. Just bawak lari kasut pastu letak kat laman rumah. Apa motip dia pon kitorang tatau. 
Kalau selipar je takpe, senang nak cuci, senang nak kering. Yang ni, siap dengan kasut ala-ala Uggboots pon dia nak kebas. Sib baik ni dah panas, dah tak pakai kasut tebal yang susah nak kering! hiks

Friday, November 4, 2011

Kenapa suki suki je lantik orang tanpa tanya dulu?

Gitu lah tajuk entry kali ni.

Tetiba hari ni dapat tau yang diri yang kerdil ini terlantik untuk jadi coordinator untuk games activity sempena sambutan Raya Haji hari Ahad ni. Yang membuatkan saya selalu sentap (walau tak perlu pun nak sentap bagai), depa suka suki bagi email inform tugas kita, tanpa tanya dulu. At least dulu-dulu pokcik presiden tanya dulu kesanggupan kita. Ini pun nasib baik tau awal, sebab kalau ikut trend depa sekarang nih selalunya esok programme malam ni baru tau, pastu inform melalu email. huhuhu. Sib baikla selalu cek email..., kalau tak, mesti selalu ketinggalan keretapi.

Tapi tu lah, mak selalu pesan..Jangan sentap-sentap. Jangan meroyan-royan, nanti hilang pahala. Meroyan sekali sekala dibolehkan kot supaya menjadi iktibar dan pengajaran, ehhehehehhe (kaver, jangan tak kaver!). 

Kita ni kengkununnya bangsa terpilih. The best of the bestlah kononnya. Tapi tak punctual, buat kerja sambil lewa, mengungkit benda seciput yang kita buat, maki budak kecik, disorganised, pandang rendah kat orang, humban segala mak nenek kerja yang kita takmo buat kat orang lain tanpa tanya dulu. Suka-suki kensel kelas sampai cikgu yang mengajar pun tak tahu. 

In the end kita meroyan kenapa ramai orang menjauhkan diri dari Islam...dan sebab kita ni bangsa terpilih, yang confirm masuk sorga, semua salah silap kita tak nampak. Kita tuduh Yahudi dan Nasrani dengkikan kita.
Rasa nak masuk dalam gua!

Thursday, November 3, 2011

Lengang

Pagi tadi pergi kedai daging. As expected takde orang. Saya sorang-sorang. Saya sangat suka pegi kedai bila takde orang. Ala-ala rasa lapang. Mungkin juga dah berubah jadi anti-sosial? uhukssss.

Sebelum ni, pegi kedai daging masa ramai orang...makcik kesai masa tu macam takmo layan sangat sebab ramai orang kan. So bila tanya mana dagig halal dia just tunjuk pastu blah. Maselahnya, dia tunjuk daging yang sampai 2 kilo, harga plak cecah $70. So mampukan beli daging 2 kilo harga 210 hengget??? Peti ais pon cinonet, so dengan hampanya berlalu pergi. Kat masjid ada jual daging tapi just minced, sausage and burger patty. Daging yang untuk potong-potong untuk masak kicap ke nan hado :(
Hari ini bila kedai sunyi sepi dan saya pembeli tunggal, barulah makcik kedai tu bagi perhatian yang tidak berbelah bahagi. Saya tanya ada tak daging halal yang kecik sikit sebab peti ais tak muat nak sumbat 2 kilo daging. Makcik tu tunjukla daging yang dah potong2 dalam 500g gituh. Yang grain fed semua halal, dari kampeni Nolan yang menyediakan daging halal. 

Wah! hati bersorak girang. Cumanya saya tertanya-tanya kenapa yang sembelih halal adalah yang grain fed, tapi yang makan rumput hijau yang segar semua tak halal? Huks.

Anyways, hari ini melojak gembira sebab jumpa daging. Bukan apa kan,sejak share rumah dan share memasak nih kenalah belajar berkompromi. Dulu dok sensorang tak kisah berbulan-bulan tak makan daging sebab malas beli. Tapi bila hosmate nak makan daging, kita yang ada special requirement ni kenalah usaha sikit ye dok? 

Oh, baru teringat, selama ni pon selalu pegi shopping bila waktu lengang..


 Parking lot bawah shopping kompleks. hiks


Kedai semua sudah tutup..hanya tempat groceries yang bukak :)

Bagaimanakah diriku akan beradaptasi dengan berkoyan-koyan manusia di tanah air tercinta nanti? :(

Love and respect
Dijah

Wednesday, November 2, 2011

Got it!

Alhamdulillah, finally I got the job! :)
Dapatlah peluang menabung untuk beli cincin berjuta-juta hiks!

Maka disebabkan jadual training penuh sepanjang minggu depan, maka cita-cita yang tak berapa suci murni untuk mengelinjang di konsert kpop minggu depan telah saya batalkan. Tiket flight dah kensel, booking Malaysian Hall dah kensel, tiket konsert dalam proses nak jual. Kalau takde sapa nak beli pon takpelah, takde rasa rugi sangat. 

Memang hakikatnya tak berapa sedap hati nak turun Sydney sebabnya saya sensorang. Dahtu kononnya ini kali pertama ke konsert. Konsert pulak malam. Bila sensorang dan malam di tempat yang asing, tetiba rasa tak best menyelinap ke pelusuk organ tubuh badan. Alhamdulillah berkat doa mak - yang berat hati nak bagi kebenaran anak pompuan tergedik-gedik kat konsert termakbul, hiks. 

Terlepasla peluang berskinship dengan mamat2 jambu sebab tiket saya tiket VIP :/
Anyway, terlepas peluang kali ni, mungkin satu hari nanti wujud peluang yang lebih baik - mungkin ada can deting dengan mamat muka Korea. Amin! ahaks.

Love and respect
Dijah

Monday, October 31, 2011

Moved out!

Maka semalam sudah pindah masuk ke rumah baru. Demi kemaslahatan akaun bank, keputusan ini terpaksa diambil walau berat baru memikul  *gitew*.
Rumah baru masih atas tanah yang sama, hakmilik tuan rumah yang sama. Cuma kali ni tidak lagi bersendirian, berkongsi kasih dengan Elodie.

Buat yang tak berkesempatan mengenal rumah lama saya, silalah tatap gambar-gambar ini :)

 Pandangan dari dapur


 Dapur yang bersepah, menandakan rajin masak, ahaks!


 Pandangan dari depan rumah..

 Belah kiri rumah saya, belah kanan rumah tuan umah.


 Parking kereta belakang rumah

  Masih atas tanah tuan rumah

lembu yang meragut girang - di depan rumah




Love and respect
Dijah

Siapa sangka


Siapa sangka, dari dikerah menjadi bidan terjun mengajar mengaji di masjid, kini saya ketagih ke kelas untuk berjumpa bebudak yang comel itu.
Siapa sangka, dari terdetik dalam hati nak cekik bebudak yang degil dan melawan cakap, kini saya paling rapat dengan budak paling degil dan selalu rindu pada dia :)
Siapa sangka, dari merasa 'lega' kelas mengaji batal, kini saya yang sentap lebih-lebih bila kelas batal.haha.
Saya sungguh sayang bebudak tak cukup umur ini. Semoga mereka mendoakan cikgu mereka yang vogue ini :)




Video bebudak main musical chair

Love and respect
Dijah

Saturday, October 29, 2011

Interview

Dari 1st year dulu lagi dah teringin kerja kat library tapi sebab pemohon senantiasa ramai gila, maka malas apply awal2 dulu..tambah lagi masa tu sibuk meroyan dengan eksperimen. Bila eksperimen ni dah habis, apa lagi kan..gigih melilau cari kerja macam orang gila. Telefon library sebab nak tau resume nak hantar kat sapa. Terus makcik library tu bagitau depa baru mewujudkan jawatan baru kat library, tapi bertaraf rendah la kan..So, dia personally forwardkan email tu kat email dan iols hantar permohonan sebelum iklan keluar, kelas sangat kan? hihihi.

So, hari Rabu baru ni pergi interview. Tersangatla best interviewnya, enjoy2 gelak sempoi ja walaupun ada soalan yang tak boleh dijawab dan sedikit kelam kelibut ketika menyusun buku. Ya, ada 2 sesi. Sesi memula adalah sesi soal-jawab. Ada 4 orang panel kesemuanya. Setiap orang tanya 2 soalan berkaitan setiap selection criteria.Sesi kedua ada menyusun sepuluh (?) buku atas troli mengikut call number dalam tempoh 2 minit. Student PhD yang pemalas pergi library tak boleh jawab soalan spesifik berkaitan library.hahah. Nampak sangat pemalas gi library.

"Each book has a specific code. What does Q stands for"
"I have the notes next to me here, but I wont look cos it will be cheating.hehe. I know TH is for Thesis and P for periodicals (journals), BUT.I.CANT.REMEMBER.WHAT.Q.IS" *buat muka sedih*
"It's ok. Q is Quarto, for books bigger than A4"

Anyway I had fun. I had been offered untuk buat kerja buruh kasar time exam week nanti so taklah kecewa guling-guling kalau tak dapat kerja kat library. heh. Sourgrape.



Teringat BigBang kpop *tetiba*


Love and respect
Dijah

Monday, October 17, 2011

Friday, October 14, 2011

Melbourne

Trip ke Melbourne yang mengujakan..



Berjumpa dengan ramai orang, mendengar pelbagai cerita, berkongsi bermacam jenaka..

Met many interesting people, dari rakan seuniversiti, ke rakan sepropaan.

Jauh perjalanan luas pemandangan, Rajin berjalan ramai rakan semeroyanan. ahaks BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, October 3, 2011

Bebiri

Saya tiada langsung koleksi bebiri sehinggalah satu demi satu hadiah bebiri diperolehi. Sejak itu saya mula beli sikit-sikit, sebagai koleksi. Bila rasa sunyi sepi, bila tengok koleksi ni rasa best pulak :)

 Bebiri Ireland, dari Aman


 Bebiri Uruguay


 Bebiri hijau, dari Elodie


 Bebiri takde bulu, dari Ayang Wilda


 Bebiri New Zealand, dari Fiona


 Keyring yang ada bebiri Chile


 Subang bebiri Chile


 Bebiri Aussie, dari Fiona


Tabung bebiri, dari Ayang Wilda


Bebiri Ireland yang hitam, dari Aman

Love and respect
Dijah

Sunday, October 2, 2011

Malas

Nombor telefon dah tukar, lega.
Sem ni dah malas nak bersosial yang akan menjurus ke arah drama. Dah tak larat. Aktiviti-aktiviti sembang ringan boleh lagi dilayan tapi kalau gosip berat mek tak kuasa nak terlibat. So sekarang dah tukar nombor telefon, lepak kat umah je banyak (errr, baru start officially hari ni ahaks).
Aktiviti paling sosial selain kat lab adalah kat masjid. Ini jer dua komuniti utama yang saya percaya. Nombor telefon pon bagi kat orang lab jer. 
Dah hujung-hujung ni sebarang masalah cinta persis drama hindustan tidak mampu dilayan, manusia-manusia yang suka main mind games lagilah tidak akan diendahkan.
Malas nak extend tapi mungkin kena extend.
Malas nak stress sebab kalau hand in tesis on time lagi stress sebenarnya.ahaks.
So far macam semua under control selain kerja-kerja writing up yang tergendala. *sigh*
Cuma napsu amarah yang masih meluap-luap.
So target nak puasa sampai hilang rasa marah. Mak pesan kalau rasa sedih atau marah, terus baca quran. So, will do, insyaAllah.
Dah habis baca buku Tuhan Manusia tulisan Faisal Tehrani. Rasanya ni lah satu-satunya buku novel yang saya takkan jual semula. tip top!

Love and respect
Dijah

Friday, September 30, 2011

Di setiap hembusan nafasku

Di setiap hembusan nafasku
Tiada kamu
Tiada dia
Tiada satupun insan bernyawa
Yang ada hanya kelelahan
Yang ada hanya kekecewaan
Yang ada hanya kekeliruan
Menghembus setiap nafas yang ada
Dengan segenap tenaga
Dengan seluruh kudrat tenaga
Titis titis air berhamburan
Dada sempit
Mulut perit
Dan wanita tua itu muncul
"You have to squeeze the tube before you blow"
Huks
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, September 29, 2011

Kembali

Hantu Kak Dijah dah balik rumah sejak 21hb Sept. Tapi kali ni rasa malassss nak balik sekolah. Oh kenapakah? Esok pagi dah nak kena bertolak balik. Perjalanan balik kali ni ikut jalan jauh arm-syd-melb-kl-ipoh.Ahaks. Member tanya: ada feeling2 mcm the amazing race tak? Opkosla jawapannya TAK!! Ada ke challenge dalam amazing race 'bergossip sambil menggedik' atau duduk melepap sampai boarding atau santai-santai baca novel?hahaha.
Tapi malas dah la nak naik dari melben dah sebab takleh tgk movie free dalam flight.huhu.Semangat menabung untuk beli cincin 24 juta tiket balik bulan 1 atau 2 nnti InsyaAllah.


p.s.Rakan sepenggedikan dan sepenggosipan berkaitan petikan di atas telah kehilangan ibu tirinya...Jom sesama sedekahkan al-fatihah.Semoga rakan dikurniakan kekuatan dan ketabahan........ BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, September 19, 2011

Nasi

Saya suka makan nasi. Hari-hari saya makan nasi. Pagi saya makan nasi, tengahari saya makan nasi, malam saya makan nasi. Kalau saya tak makan nasi selama 3 hari saya akan tertekan dan tangan saya boleh terketar-ketar. Makan nasi dan telur dadar sudah boleh buat saya gembira. Makan nasi dan ikan kembung goreng dan kicap dan sambal belacan akan membuatkan hati saya menyanyi girang dan akan tidur sambil tersenyum. Nasi adalah sangat best.
Baru-baru ini saya berperasaan yang nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan. Saya tak berapa suka bubur. Tapi saya tak boleh nak mengnasikan semula bubur. Tapi bubur belum hangus. Sudah terlebih tambah air, perlukah saya mengabaikan bubur atas dapur sebab saya tak suka bubur? Kalau saya biar lama-lama bubur atas dapur mungkinkah bubur akan hangus? Bila hangus sia-sialah beras dan air di atas dapur..Dengan bil elektrik yang senantiasa mencanak naik, saya kira ketakbestan akibat mengabaikan bubur adalah lebih besar. Dengan rumah yang kecil, bau benda hangus akan melekat di segenap pelusuk rumah. Dan periuk belanga adalah bukan hak milik kekalku!!!
Mahu tidak mahu, saye perlu terima hakikat no nasi this time. Bubur. Bubur. Semoga jadi bubur yang sedap macam bubur ayam McD!! Takpon jadi kanji special Mak Jah Rapat Setia!! AMIN BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, September 18, 2011

Jangan compare!!!

Suatu hari saya nampak budak lab sebelah bermuram durja..Dengan penuh kepochi saya menyapa beliau dan mempersoalkan mengapa beliau tak ceria. seperti mancis yang dicucuh ke sumbu mercun, si adik manis terus meroyan tanpa henti. Saya senyum dan terus kata "semua akan ok"

Tersentap dengan respon dan senyuman (yang mungkin menakutkan/menjengkelkan), dia terus menuduh saya manusia yang sangat bertuah kerana SELALU (katanya!!) balik Malaysia dan mendapat sokongan emosi dari ramai orang.
Terus saya rasa nak nangis. Sebab dia langsung tatau betapa peritnya hati setiap kali melihat hutang piutang kad kredit yang menimbun sampai kad kena block, betapa penatnya saya menangis setiap malam memikirkan aib saya dibuka orang, sakitnya hati saya bila 'mati' merupakan saranan untuk menebus kesilapan saya.

Jangan sesekali kita ingat orang yang selalu menggedik manja itu bebas dari segala masalah. Ada orang yang lebih besar musibahnya, jadi sila jangan meroyan membuta babi sesuka hati kat orang yang cuba menceriakan anda...

Afghanistan

Saya mahu pergi ke banyak tempat..salah satunya Afghanistan. Saya siap beli buku bahasa Pashto ,untuk belajar. Tapi hari ni sangat mengejutkan bila dapat tau tuan punya kedai kebab yang saya rajin kunjungi sejak 2009, berasal dari Afghanistan. Dunia ini hanya kecil, kalau kita buka mata luas-luas. One more thing to distract me of my current pathetic emotion - learning new language!!! :) Thanks Ya Allah!

Thursday, September 15, 2011

Gambar2 yang saya suka

 Gambar di dalam bot semasa trip ke air terjun 

 Berposing bersama Tucan

Comelkan reaksi muka saya?

 Bergambar di air terjun

 Bergambar di ladang, Uruguay.

 Melarikan diri dari kedinginan angin

 Pagi-pagi buta menunggu bas untuk ke Colonia

Franco, bulldog pertama dalam hidup saya mula mendekati

 dan kemudian menyerang tanpa belas kasihan!

Gigih main phone kat ladang, Uruguay

 Lencun belaka di air terjun

 di empangan hidro, Brazil

 kitorang konon nak buat muka pelik kat sv tapi last2 jadik gedik!

 posing sebab malas jalan


Love and respect
Dijah