Sekarang ni nak update blog pon dah takde idea. Takde benda yang nak dikongsi sangat. Kagum dengan member-member yang sangat kreatif menulis itu dan ini dalam blog. Macam entry Am yang ini. Dia memang rajin tulis apa yang dia expect di tahun akan datang.
Since blog lama dah delete, tak sure plak dah pernah cilok konsep Am ke belum. Nak try tulis harapan saya di tahun 2012. Dah tulis kat buku, tapi hopefully dengan menulis kat sini umpama menjerit mengingatkan diri sendiri. hiks
1. Habiskan PhD. Dah hantar permohonan extension. Hope paling lewat dalam bulan 10 dah boleh hantar thesis dan balik Malaysia.
2. Journal article sejajar dengan umur. Ini target jangka panjang yang akan dimulakan tahun depan. Saya target di usia 50 tahun (kalau panjang umur) akan ada 50 journal articles. Target untuk 2012 = 3 articles from PhD. Fighting!
3. Umrah. Dah lama teringin nak pegi umrah. Mak cakap kalau betul2 niat insyaAllah akan sampai hajat. Selama ni dok sebut-sebut dalam hati je. Hopefully sampailah rezeki untuk berumrah tahun 2012 ni. Doakan yer?
4. Nak drive di Malaysia. Si penakut ini akan pulang ke Malaysia. Memandangkan tak pernah drive di Malaysia, hopefuly akan dikurniakan keberanian untuk memandu di jalanraya Malaysia yang mengerikan!
5. Boleh baca dan tulis Hangul (Korea). Sekarang dah start tapi kurang berdisiplin. Semoga lepas ni kalau Jay tweet dalam Korea dah boleh baca dan faham!! :)
7. Boleh baca Kanji (Jepun) dan kembali mengingati Katakana. Dan hopefully tak lupa Hiragana.
8. Ambil gambar setiap hari bermula 1 Januari 2012 - 31 Disember 2012.
Tak banyak boleh plan untuk buat kat Malaysia sebab nanti balik pon dah nak hujung tahun. Hope bermotivasilah untuk merealisasikan harapan saya. Terima kasih. hiks
Love and respect
Dijah
ambik gambar setiap hari? menarik idea!
ReplyDeleteKak Delinn, kan sekarang ramai orang buat yang project 365. Lebih kurang gitu lah..Sebab dah nak habis ni..:)
ReplyDeleteGood Luck Kak Dijah,
ReplyDeleteCer buat konsep gambar pukul 2 petang (kalau still minat 2PM). Set alarm pukul 2 petang setiap hari. Bila alarm bunyi, shot jer apa yang dibuat pada ketika itu. Macam best kan?? :)
Interesting plan!
ReplyDeleteNak try la yang no 8. gak :)
kak dijah, thanks poskad..nice! :)