Thursday, December 1, 2011

Gadis perpustakaan

Saya sangat suka kerja di library.
Senior-senior di library baik-baik setakat ini. Kalau ada masalah yang muncul, cepat-cepat depa ubahsuai sistem supaya memudahkan kami para pembantu khas. Kiranya kurang drama dengan depa ni sebab depa setakat ni sangat professional. Setakat ini lah. Akan datang belum tahu. huks.

Kerja di library bukan hanya berkisar tentang rekod keluar masuk buku. Tetapi juga benda-benda lainnya seperti menawarkan perkhirmatan tunjuk arah, tunjuk ajar cara guna sistem scan, print dan photopy, menguruskan booking bilik untuk study atau workshop, menguruskan pembayaran denda bagi buku2 yang lambat dipulangkan, memastikan buku-buku rosak dihantar untuk repair, dan membantu pelajar untuk mengenalpasti siapakah librarian yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar benda-benda spesifik seperti end note.

Setiap kali shift, pasti ada benda baru yang muncul, cukup mendebarkan! kehkehkeh. 

Di minggu pertama bertugas, menjawab panggilan telefon

"Hello, I'm blablabla, booked Room X at 1.30pm today"
"Hold on for a second while I confirm that for you" "Yup, no problem with your booking, your name is on the system"
"I wonder if I can borrow a water jug?"

Masa tu rasa nak terjatuh dari kerusi. Suppose saya takleh yakin sangat dia kol sebab nak cek booking. Saya sepatutnya sabar sampai dia cerita habis masalah dia baru saya reply. Terdiam terus bila orang nak pinjam jag. Sib baik ada staff senior kat sebelah, berdesup pass telefon...Staff tu ambil masa 10 minit untuk jelaskan;

"Kami takde jag air untuk dipinjamkan"

Ahaks.

Rupanya depa book bilik untuk interview dan nak bagi interviewer minum. Alahai kak, belilah air botol bagi sorang satu. Kedekut benor!!! hiks


Love and respect
Dijah

2 comments:

  1. Mempersoalkan kenapa perlu 10minit untuk jelaskan takde jag.

    "Kami takde jag"

    "Nak jugak, nak jugak"

    "Takleh!"

    "Okay....:("

    See tak sampai 10 saat.

    ReplyDelete
  2. hep, kita assume sahajalah dia meyakinkan dengan bersungguh (walau setelah dipikir balik perlukah panjang lebar meyakinkan). On second thought,mebi depa bergossipan mengaburi mata staff baru yang pokir depa semangat layan pelanggan!!hiks

    ReplyDelete