Suatu hari ketika sedang lepak-lepak sambil minum di kedai Arab, kawan saya bersuara
"Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang kan? Tapi kenapa kita sebagai orang Islam tak boleh terima orang buat silap?"
Dia sambung lagi
"Kita kata Allah tu Maha Penyayang tapi kita bertindak macam Allah tu takkan ampunkan hambanya."
Saya diam. Teringat kisah yang disampaikan, tentang seorang perempuan yang mengadu kepada sahabat seMuslimnya tentang silap yang pernah dia lakukan dalam hidup.
"Kamu memberi malu yang sangat besar kepada agama dan jika keluarga kamu mahu bunuh kamu, tiada siapa pun akan membantah. Kamu sudah tiada apa lagi dalam dunia ini"
Kita bukan Tuhan. Tapi kita boleh cuba bantu orang jadi semakin hampir dengan Tuhan. Bukan tolak orang menjadi lagi jauh dari Tuhan.
Cukup-cukuplah aibkan orang. Agaknya depa pikir bila hebohkan cerita-cerita aib ni boleh bagi orang insaf. Lebih banyak mudharat dari manfaat. Mak bapak malu, budak tu malu, budak tu takmo balik, mak bapak tetap nak kena bayar ratus ribu. Semoga kasih sayang pada keluarganya masih bersisa..
No comments:
Post a Comment