Ketika bertugas hari ini, telefon service desk berbunyi.
Saya memang cukup malas nak bercakap dalam telefon dek kerana debaran di dada
setiap kali bercakap tanpa bersua muka. Tambah lagi bila policy di meja servis
adalah perlu menjawab panggilan walaupun ketika itu sedang melayani pelanggan
yang secara fizikalnya ada di kaunter. Kiranya kalau mengikut hierarki kepentingan pelanggan,
panggilan telefon adalah yang teratas sekali!
Saya on holdkan pelanggan yang mahukan berurusan di
kaunter dan menjawab panggilan telefon.
Panggilan yang saya terima mensendukan hati.
Panggilan dari penjara yang maklumkan bahawa tahanan yang berdaftar sebagai
pelajar di uni ini mahukan maklumat tentang buku teks yang perlu untuk
subjeknya. Sangat kagum dengan semangat mahu terus belajar dari
dalam penjara.
Apa lagi alasan kita untuk tak mahu belajar?
Love and respect
Dijah
No comments:
Post a Comment