Monday, May 3, 2010

Royanan tak sudah

I am mentally exhausted. Setiap hari bagaikan hari yang sama. Tapi, saya suka buat labwork sebab lebih flexible dengan masa. Masa weekends encik bos datang sebab tolong fiona buat fieldwork. Dia kata jangan over push sebab kalau silap kira, kena kira semua balik. Ok. Fair enough. So, saya kurang push dah. Bila dapat sampel yang ada beribu cacing saya stop-stop. Tambah lagi bila dah terbakar bulb, saya dah slow kan pace. Yelah, gareth hari tu stretch kan kira cacing 4 bulan, dan animal dia kurang sikit. Kitorang sekarang ni gigih nak siapkan dalam tempoh 2 bulan, dan bilangan animal lebih berganda dari animal dia. Tapi, saya rasa saya pon akan stretch KALAU ini eksperimen last. I have more experiments jadik memang kena pulun siapkan sebelum bulan 8. Sebab kena plan untuk eksperimen seterusnya, scheduled to be conducted during this coming summer. Gareth hari tu kira cacing untuk eksperimen last, dan ada penambahan satu spesis lain, so lebih tricky.
So, yeah. I'm having less time bersosial, even dengan officemate. Hanya berbual mesra di FB. Dan even dengan housemate, hanya sembang bila saya balik untuk dinner. Masa tu lah dia borak-borak. Saya pon tak cakap banyak sebab biasanya lapor. So, makan sambil angguk2 dan bagi respon apa yang patut. hehe.
Abstract conference bulan 8 dah siap. Tgh tunggu komen semua sv dan Sara.

-----------------------------

Susahnya bila pintu hati terketuk dek budak lelaki bukan muslim. Even orang2 keliling cakap 'just follow the flow', tapi saya tak boleh tak fikir pasal benda ni. Agama ni bukan benda simple. Saya selalu doa supaya jauhkan dari kekecewaan andai benda ni boleh lead pada benda yang tak elok. Kadang kadang terfikir, kalaulah dia nih muslim..memang saya ajak dah kawin, serius. Tak mabuk, tak main pompuan, tak berjudi. Rendah diri. Sayang pada keluarga. Sabar. Bijak. Gentleman. Rajin pergi church. Baik ngan paderi. dan hot. Hmmh. Kalaulah dia percaya tuhan yang Esa, tidak beranak dan diperanakkan...Saya selalu doa siang dan malam supaya ditabahkan hati, dan diberi yang terbaik. Kalau dia yang terbaik untuk saya, saya minta supaya Allah permudahkan jalan dan tetapkan saya dalam iman. Kalau ini bukan yang terbaik, saya mohon supaya saya diberi yang lebih baik dan dijauhkan dari kekecewaan. Amin.
Saya yakin, hikmah Allah gariskan perempuan muslim kena kawin dengan muslim jugak adalah kerana mahu memastikan tiada masalah di kemudian hari. Bila kepercayaan itu sama, sepatutnya kuranglah salah faham dan pertelingkahan. Bila moral values tu dalam asas yang sama, lebih mudah untuk menjalankan kehidupan dan mendidik anak-anak. Bila menjalankan hidup berlandaskan rujukan yang sama (Quraan dan sunnah), pasti kemanisan hidup dapat dikongsi bersama. Bila kasih sayang kerana Allah, pasti hidup lebih bermakna *seka air mata*.

Tapi tulah, bila dengar dia nak berlakon filem pulak..Rasanya eloklah kawal-kawal perasaan ni kan? Kompomlah ada adegan2 kurang suci yang akan memeroyankan. Susah kalau bercinta dengan orang yang akan menempa nama di US nih.. huks.
Ini entry meroyan tak sudah. Emo pesal entah. Lantaklah Jay. Nak minat Tomok lah pulak. keke

2 comments:

  1. acuuu!!! tekejut ayg tgk muka tomok tu. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Tunjuk perasaan sebab org ramai kata muka Jay mcm Lee Chong Wei. Sentap tau.
    Tak minat Tomok pongggg.

    ReplyDelete