Sunday, May 16, 2010

Surat balasan buat AyangKhazis

Menemui Ayang a.k.a WildawatiKhazis yang sedang sibuk berusaha gigih demi kemaslahatan masa depan.
Terima kasih Acu ucapkan kerana sudi menaip surat. Kembang semangkuk Acu di sini kerana menyedari masih ada yang ingat. Almaklumlah sejak tarikh untuk pulang ke Ipoh semakin hampir, Acu seperti lipas yang dihempuk dengan kasut - hidup lintang pukang. Bilik sudah seperti tongkang yang pecah langgar batu besar, opis juga sudah seperti pusat pelupusan sampah. Maka, ingatan Ayang pada Acu amatlah dihargai. Sepanjang baca surat ayang Acu senyum walau penat. Sungguh!

Ayang, Acu rasa blog ni ada kuasa hikmat dalam arena kpop..Ayang percaya kan? Yang terkini bila royanan Acu yang mahukan Heechul menyanggulkan rambut menjadi kenyataan. Bila Ayang bagi link, Acu terbahak-bahak gelak, tapi dalam masa yang sama kagum dengan blog sendiri. Agaknya Heechul baca tak blog Acu? (Hai Heechul!! we support you as long as you dont betray your member and fans!)


*pengsan dengan kecantikan Heechul!!!*

Ayang, berkenaan dengan kumpulan cekak yang kini glemer dengan tarian OK celah ketiak, Acu malas nak take serious sebenarnya. Tapi sebab organism carik pasal ngan kitorang..depa spam livejournal, meroyan mcm hilang akal..padahal kitorang tak ganggu pon hidup depa. Dah itu namanya anti site, apesal meroyan kat site tu? Toksah la masuk kannnnn? Kalau dah carik pasal, nampaknya kitorang takkan berentila meroyan bash oppa depa. Organism dengan oppa depa tu sama je dot dot dot. 2pm will disband, trust me. Dengan album sales yang hancus, pembatalan pengangkutan untuk concert (sebab takdak sapa nak pegi), fanaccount pasal kekerekan depa, I am positive that they will disband. Tapi JYP/E takkan givap dengan mudah, thats why depa launchkan flashmob contest especially untuk tarik iOrganism. Sebab tu skang ni depa dah mula ada twitter dan tulih dalam bahasa engrish. Sebab apa? Sebab iOrganism bawah umur je yang boleh diperbodohkan. Yang organism meroyan kat page nugyu, suruh kitorang buat homework sekolah dan study untuk exam dari menulis kat nugyu tu ape kes? Dia tatau ke anti tu majority dalam kalangan noona2 yang dah berusia 20 tahun ke atas dan hardcore anti adalah tuan punya 2oneday? dan hardcore yang lainnya juga merupakan translators 2od yang belajar degree/masters/phd? very the busuk bila depa ingat kita nih umur 12 tahun!!! Ok acu kena stop meroyan pasal 0pm. Jantung dah berdegup kencang. kekeke. (sambung bila kita jumpa).

Ayang, Wondergirls punya MV dah keluar. Acu tak suka. And thats it. Bye bye JYPE. Semuanya hancur lebur berkecai bersepai. 2 tahun. TWO YEARS. 2 tahun depa kena nyanyi lagu Nobadi batchu tuh. Siap alih bahasa ke bahasa lain. Series sampai rasa nak muntah. Lepas dera fans selama 2 tahun, sekalik release lagu yang 'Apekah?' dengan tarian 'Peace' yang sangat busuk. Ni bukan sebab Sunmi. Ni bukan sebab Jay. Ni semata-mata sebab JYP sudah hanyut dengan impian peribadi. Impian nak conquer Amerika yang akhirnya jerat diri dia sendiri. Series dia kena belajar dari Justin Bieber. I hope WG disband gak. Sebab bebudak tu diperhambakan macam hamba tebusan perang sampai depa depress and nak disband. Very the busuk lah JYPE nih. So now, bye bye WG. Fan no more. And kWonderfuls gadoh ngan kBumtist sebab depa kata Jay penyebab WG gagal kat US. Sounds more like Wonderfools to me. So, memang bye bye for good lah WG.

Ayang, Acu tammo komen pasal WGM sebab Acu jarang tengok dah. Sebab minggu depan (Ahad) Acu akan bertolah ke Brisbane untuk conference hampir seminggu, maka Acu push untuk siapkan labwork sebelum ke Brisbane. Kalau ikutkan perancangan awal, boleh wat slow2 sebelum balik Malaysia.Tapi dek kerana seminggu bakal hilang (conference) maka Acu terpaksa berusaha lebih sikit untuk siapkan. Banyak benda yang terbengkalai, banyak benda yang terabai dek kerana Acu berkampung kat lab sampai malam. Housemate macam tak puas hati, jumpa kengkawan pon kat FB ngan weekends je. Kalau member nak gosip, sanggup datang lab okeh! Siap bergosip sambil acu kira cacing. Tapi tu lah, Acu agak sedih la sebab ada jugak orang yang tak paham. Ada jugak yang buat-buat tak paham. Entahla Ayang kadang-kadang Acu rasa Acu memang tak boleh kawan ngan orang yang hebat-hebat ni. Acu tak reti multitasking. Dari dulu Acu cepat stress ngan gelabah kan Ayang?

Ayang, Acu nak menulis banyakkkkkkkkkk lagi. Tapi dah kul 11 dan Acu sangat penat sebab join anjing2 berjalan tadi. Dan sebab join aktiviti sosial tadi, Acu kena masuk lab sampai malam. Tapi its all good, selesai proses sampel untuk hari ni kul sepuluh tadi. Alhamdulillah. Oh ya, dan Acu tadik join member2 Thai memasak tadi. Acu dah tau tips nak semangat masak: Masak bersama mamat2 hot!!! ahaks.

Ok ayang,
Sampai jumpa lagi!

Dijay Park

No comments:

Post a Comment