Saturday, May 1, 2010

Fighting!

Hari ni hari Sabtu. Peminat hardcore Jay tak kata Saturday, depa kata SaturJay. Rosak dah bebudak nih..kekek.
Hari Sabtu yang disangkakan sejuk bedik, tetiba menjadi panas terik. Dahla berlapis-lapis pakai, memang hazab je rasa. Sungguh unpredictable lah cuaca dunia kebelakangan ni, at least for Armidale. Bila pi jemput Ake kat airport, dia tersenyum bahagia. Bukan, bukan sebab jumpa ai. Tapi sebab dia kata cuaca Armidale yang sangat indah. Apekahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh? Orang dah peluh2 sampai rasa nak pitam dia boleh kata indah? Terlupa yang dia baru sampai dari Thai. kekeke. Opkos la panas..Thai kan, dengan iklim khatulistiwa, dan dengan isu politik yang tak sudah-sudah, takde jalan penyelesaian.
Bercakap pasal Ake *dah lama tak gossip pasal org kat blog ni, balik2 Jayyyyyyy je*, dia ada lagi 2 bulan je kat sini. Finishing his studies soon. Ah, fighting! Tumpang kembang hidung bila dia dikagumi para pensyarah sebab dia bukan sahaja bijak bistari bagaikan sang kancil, tapi juga penuh dengan sipat-sipat terpuji. Ake ni macam Tralala versi Thai, cuma rangka tak besor. keke

Kerana takmo bulb terbakar lagi (alasannnnnnnnn), berenti kira cacing awal. Saya congak-congak kalau betul-betul komited boleh siap kira cacing 18hb ni, insyaAllah. Fighting!! Doakan ye.

Kali ni saya tepek kumpulan Kara. Ni bukan hasutan untuk minat Kara. Tapi saya suka Kara berbanding kumpulan yang ada 9 ahli dan vokal tapahapa dan takleh nyanyi live dan hanya boleh mengeliat mcm pacat semata-mata. Selalu layan tapi tak pernah tepek. Tapi kali ni saya tepek sebab kena dengan tema entry: Fighting!

Ahli Kara yang saya paling suka bila perform adalah Seung Yeon. Dia ni cool, bila perform melambangkan dia ganas. 
Bulan 3 hari tu kecoh dia terjelepuk jatuh masa perform live, tapi tetap teguh berdiri dan sambung performance dengan best. Saya cuma terpikir kalaulah saya, mesti dah takleh perform. Kaku dan nangis kat situ. Sakit dan malu..kekeke *ai kan pemalu orangnya*.

^^ Gedebabbbbbbbbbb dia jatuh...sian =(

Kendian dia patah tangan, dan tetap perform dengan mantapnya. Dia ni nampak mcm gedik bila org interview tapi bila perform nampak bersungguh-sungguh. Fighting!


^^ serius, tak pandang orang lain dah sebab kagum ngan SY.

Kesimpulannya, kita kena cepat-cepat bangkit dan terus berusaha beri yang terbaik, pasti akan puas hati.

4 comments:

  1. *macam ayang. lawak sgt x menjadi bila ada salah eja. cis!

    ReplyDelete
  2. ayang memang sukaaaaa kara. dan kenapa taste kita sama? ayg juga suka SY. bg ayg suara dia paling sedap. dan dia pandai! dia sepatutnya jd doktor. :) macam ayan. ok tipu. hehe

    ReplyDelete
  3. Ye ke dia pandai.Acu tau Nicole je buat preparation course utk jadik vet dan kendian dijadikan reality show..wah, kagum

    ReplyDelete
  4. a'ah, dia dpt markah tinggi kalo x silap masa exam besar. ayg baca kat soompi laa..:) xtau la betul ke x

    ReplyDelete