Menemui Ayang a.k.a WildawatiKhazis yang sedang sibuk berusaha gigih demi kemaslahatan masa depan.
Terima kasih Acu ucapkan kerana sudi menaip surat. Kembang semangkuk Acu di sini kerana menyedari masih ada yang ingat. Almaklumlah sejak tarikh untuk pulang ke Ipoh semakin hampir, Acu seperti lipas yang dihempuk dengan kasut - hidup lintang pukang. Bilik sudah seperti tongkang yang pecah langgar batu besar, opis juga sudah seperti pusat pelupusan sampah. Maka, ingatan Ayang pada Acu amatlah dihargai. Sepanjang baca surat ayang Acu senyum walau penat. Sungguh!
Ayang, Acu rasa blog ni ada kuasa hikmat dalam arena kpop..Ayang percaya kan? Yang terkini bila royanan Acu yang mahukan Heechul menyanggulkan rambut menjadi kenyataan. Bila Ayang bagi link,Acu terbahak-bahak gelak, tapi dalam masa yang sama kagum dengan blog sendiri. Agaknya Heechul baca tak blog Acu? (Hai Heechul!!)
No comments:
Post a Comment