Saturday, April 18, 2009

Update

Hari ni agak ok. Bangun lambat, ikut ifa pegi shopping kat kedai second hand. Beli baju winter 2 helai - buat syarat supaya tak mati dalam kesejukan nnti. Then, shopping groceries lagik dan ifa tunjuk mana ayam2 halal yang boleh dibeli. Baguslah, kalau dah sampai seru masak nnti boleh beli. Then beli frying pan. Sekarang basically bahan2 dah cukup. Cuma semangat dan keazaman je belum ada untuk masak. Oh, dan tetiba teringat Am ada mention pasal tepung untuk goreng ayam...hmmmm, kena menuntut tu ngan Am.

Yang mengujakan hari ini adalah apabila Ifa bgtau Ake (sebutannya 'Ek' ye kawan2..saya dengan selambe menjeponkan namanya menjadi Aa-kay) adalah ahli lunchgroup dia - depa selalu lunch sesama, since sesama australian scholar dan attend english class sesama. Wah, mata terus bersinar2 *tiru Am*. Ifa kata lepas nih nak bawak jumpa Ake dan mamat jepon dan mamat korea *pengsan* hahaha. Oh, semalam ada bertembung dengan Ake, masa gi ikut dharma jalan2 dalam campus. Dahla tak bawak tisu, sib baik hidung tak darah masa dia tegur..hikhik

Oh, actually I'm feeling bad tetiba. I bought a halal kebab yang sangat terkenal kerana kesedapannya. Since ayam halal senang nak dapat kat supermartket tu, saya decide utk oder kebab daging - meat. Yang saya silap saya lupa tanya daging apa sebab saya assume daging lembu. Sangat gembira balik bilik sebab akan makan kebab yang best. Bila daging menyentuh lidah, saya terus rasa nak nangis - it's MUTTON! Tapi dek kerana mahal, kumamah dan telan jua daging kambing dengan penuh kepayahan dan kesayuan. Terasa macam mengorbankan kawan baik demi untuk terus survive. Cik pensyarah, kurasa seperti menjamah dirimu. Yeah, kebab itu sedap. Tapi itu adalah daging kambing. Mata berkaca2 sambil berusaha keras memakannya sampai habis. Tu tak habis lagik *menjeling kebab*. Berenti kejap blogging. Mengumpul kekuatan untuk menghabiskannya. Bayangkan, daging pertama yang saya makan di bumi Armidale ini adalah daging KAMBING! Oh, jangan keji saya. Ini sekadar apa yang saya rasa. Sama seperti orang2 yang tak makan ikan2 sungai atau petai atau daging lembu atau telur. Saya pasti akan peka kalau pegi beli daging di masjid nnti. Saya mesti tanya daging apa. Mesti!

I'm thinking of staying in this room sampai ujung bulan. Nak save budjet satu hal. Lagi satu nak tggu karpet kering. Semalam tersepak kettle dan berhamburanlah air ke atas karpet. Ni tak kering2 lagik. Mampus kena marah nanti dengan orang opis. So, tggu sampai ujung bulan baru pindah. Sementara ni kena susun barang2 yang bersepah. Rasa mcm dok dalam store!

Experimental design hanya ada progress sebanyak 1%. Huks. Dan daripada takde progress langsung I decided to email one of my svs utk tanya pasal math model tu. Yelah, tammo shut off terus my mind sebab hari tu main sv cakap dia nak send the papers to my email. Currently I'm looking at math model utk predict infection *jeling Am*. And I have no idea mcmana nak buat. Err, kalau saya nak jadik model untuk penggambaran bersama bebiri2 takleh ke? Leceh nak develop model2 nih..kekeke. *berangan kejap - my PhD will be 'modelling with the sheep, ala2 gadis kalender gituh..keke*. Slowly saya akan draft elok2 apekebenda yg saya nak buat. Dan mcmana nak conduct. Sv juga ada suggest buat 1 experiment kat Malaysia. Which is yay! dan uhhhh!. Yay sebab saya akan spend banyak masa kat Malaysia. Uhh sebab saya kalau boleh balik Malaysia tammo pikir pasal cacing2 ini semua. hehe. Tapi sv kata ini just sekadar idea. Tgklah mcmana.

Oh, nak pegi bayar duit bilik untuk minggu nih dan kena habiskan kebab kambing *sigh*.

6 comments:

  1. 1. Oh, dan tetiba teringat Am ada mention pasal tepung untuk goreng ayam...hmmmm, kena menuntut tu ngan Am.
    = nak goreng ayam ngan tepung pon kena menuntut gak yek??? bukan ke setakat CELUP dlm tepung,then GORENG!!!

    2. sebutannya 'Ek' ye kawan2..saya dekan selambe menjeponkan namanya menjadi Aa-kay
    = dengan ke dekan?

    3. Bila daging menyentuh lidah, saya terus rasa nak nangis - it's MUTTON!
    = ingatkan daging PORK sampai kan nak menanges segala!!! huh!!

    4. Semalam tersepak kettle dan berhamburanlah air ke atas karpet.
    = huh!!!

    5. Err, kalau saya nak jadik model untuk penggambaran bersama bebiri2 takleh ke? Leceh nak develop model2 nih..kekeke. *berangan kejap - my PhD will be 'modelling with the sheep, ala2 gadis kalender gituh..keke*.
    = OMG!!!!

    6. Sv juga ada suggest buat 1 experiment kat Malaysia.
    = thats good...bole bawak balik souvenir dr aussie!!!

    ~ yoe

    ReplyDelete
  2. ah, semua dah dijelaskan oleh azrul.

    OMG!!!!!

    ReplyDelete
  3. ini kes mcm org tak makan arnab kerana kecomelan haiwan tersebut la nih.. dijah, anta la poskad.. nk eksen dgn kwn2 ku..hohohoho..

    ReplyDelete
  4. setuju dgn abg tra terutamanya point ke 3 azrul.

    tapi bab bab hati dan perasaan ni, susah sikit untuk difahami.. (masih merujuk point no 3)

    *jeling balas cara sopan;)

    ReplyDelete
  5. jika jejaka jepun & korea mencapai tahap kecomelan massu, sila passkan kad aku okeh!. err..kalau xda kad aku, ym add. pn blh la...hehe..

    ReplyDelete
  6. acu, baca entry acu ini buat ayg besemangat mahu sambung belajar :)
    acu take care ye :)

    ReplyDelete