Sunday, April 19, 2009

Seminggu sudah

Ok, entry bawah tu entry merajuk gedik2 kambing..haha. Tammo cakap merajuk ngan sapa, nnti kena maki bertubi2 di sini *buek!*.
Hari ini sedikit mengujakan walaupun berkurung je dalam bilik. Telah mengemas bilik serba sedikit supaya tak nampak selerak, then telah masak nasik *ehem ehem* dengan rice cooker baru - siap steam sayur skalik guna cooker tu. Then telah mendobi baju2. Hajat nak guna mesin, tapi rupanya mesin rosak - habis 2 dolar kena telan. So, akhirnya basuh dengan tangan sajer. Kendian telah menggoreng telur *ehem ehem lagi*. Nampaknya saya telah ditakdirkan tercampak ke sini untuk belajar masak, hahaha. Oh, lunch hari nih sangat menyelerakan walau hanya nasik dan telur mata.kekeke.
Terkunci kat luar bilik masa nak memasak tuh. Sib baik opis bukak. So, telah meminta org opis bukakkan pintu sambil mengadu perihal duit ditelan mesin. Yay! saya dapat refund dek kerana buat muka kesian. 2 dollar tu boleh buat beli sudip! haha
Progress kerja pun sudah bertambah 1 peratus. haha. Kena lebih banyak berimaginasi dan berfantasi untuk memastikan berjaya. Andai kata esok sv tetiba panggil, at least dah ada imaginasi dan fantasi suci dan terkawal yg boleh dibincangkan. Tolong doakan ye.
Pasal bilik - dharma ajak dok luar stay dgn dia. Sbb mostly org lain yg dok sini adalah student Masters, so setahun je kat sini. Kitorg akan stay 3 tahun insyaAllah. So, kalau dok luar lebih jimat. Tapi tulah, saya tammo buat keputusan lagi sebab rasa ok je dok kat sini. Leh jalan kaki gi shopping complex, wayang, kedai kebab, bank. Pendek kata senang gila nak pegi memana kedai..jalan kaki je. Nak gi skul yg payah - 1 jam berjalan/2.5 dollar one way naik bas . Kawan2 pon dah bertambah kat sini. Tengoklah mcmana. Kalau dharma kata kitorg berjiran ngan mamat jepon or korea or taiwan or china, saya akan start kemas barang sekarang jugak! hahaha.
Pejam celik dah seminggu saya kat sini bersendirian menagih kasih sayang. Alhamdulillah setakat nih semua ok, cuma dah start sakit2 dada sikit waktu malam sebab dah makin sejuk. So, inhaler yg dah lama tak guna tu, menjadi teman lah sekarang. Hope hari2 akan datang saya akan ada banyak improvement, dr segi kecekapan minda, keyakinan diri, skill memasak penaklukan adik ikan dan persahabatan.

8 comments:

  1. klu hg berjiran dgn jejaka2 jepun @ korea, kompom aku apply une jgk la beb! sediakan satu ruang utk ku menyibuk dirumahmu..wakaka...

    ReplyDelete
  2. bagus2...
    nanti hari raya leh masak rendang dalam rice cooker...

    hikhik!

    ReplyDelete
  3. As, aku menantimu!
    Qila, yeah..ujung2 minggu kalau boring leh la i cuba2 apa yg patut..doakan tak terbakar asrama nih.haha

    ReplyDelete
  4. acu, ayg ade buku cara memasak step by step yg ade gmbr tu yg ayg nk bg acu tp x dpt jumpa jumaat aritu..asalnya nk buat kejutan nk pos, tp mak ayg kata pos lamaaaa br sampai. ntah2 time tu acu dh hebat memasak mengalahkn chef wan. so acu, plis kalo ade pape resepi yg teringin nk mkn, betau ayg, ayg scan n taipkn di blog utk acu tgk ok (ops, acu buleh cr di internet kan? x kira, nk juga gunakan buku tu. huhu)

    ReplyDelete
  5. k.dijah!!!!
    kat mana skrg???

    ingat mai lagi x????

    ReplyDelete
  6. Tetiba terbodoh bimbo sekejap saya.

    'then telah masak nasik *ehem ehem* dengan rice cooker baru - siap steam sayur skalik guna cooker tu. Then telah mendobi baju2.'

    Ingatkan dobi baju juga dalam rice cooker baru itu. Ala-ala alat serbaguna Doraemon kan. Bleh buat masak, boleh basuh baju.

    :D

    ReplyDelete
  7. Am, sentap!kekek..tapi hang boleh buat benda tu jadi kenyataan kan? - edit video. Ala2 mode charmed kemas bilik.ahahaha

    ReplyDelete