Wednesday, April 22, 2009

Di mana pun tercampak, isu masih sama?

Hari ini adalah hari menceramah dan membuli saya.
Uh, wanita itu *menjeling dharma* telah dtg membuat onar di opis saya. Mengadu kepada Tiyapo berkenaan saya yang tidak reti memasak dan kesimpulan dharma adalah saya sakit sebab tak jaga makan. Sebenarnya dia mahu balas dendam sebab saya meragui kehebatan skill masaknya - dia kata dia terer..haha, dan saya telah menolak dengan baik niat suci murninya utk masakkan saya bubur masa saya sakit semalam. Saya makan berkeping2 roti dan milo dan pagi ni makan muesli dengan susu dan kemudian beli kebab. I'm stuffing myself dengan pelbagai makanan okeh, so tak perlulah masakkan bubur segala kan?
Suprisingly, bila dharma mengadu domba pada Tiyapo, Tiyapo tidak langsung berada di pihak saya. Stress ok!! Dan Tiyapo telah memulakan sesi ceramah percuma tentang kepentingan pemakanan yang seimbang pada manusia di planet bumi, serta ketidakpatutan wanita berusia 27 *dia klasifikasikan sebagai terlebih matured* tidak reti masak dan juga menyatakan kemungkinan anak2 saya nanti akan kebuluran dan kelaparan kerana saya tak pandai masak. Cis! sepanjang ceramah, dharma asik ketawa kecil dan membuat muka keji. Oh my, kebab ayam tetiba terasa sangat pahit untuk ditelan, haha.
Dan dharma telah menghebah2kan kepada rakan-rakannya bahawa dia nak angkut saya stay dengan dia demi memastikan saya pandai masak. Hahaha. OMG, ingat kat Malaysia je benda nih jadi isu. Rupanya kat sini pon dikeji!
Ingat tak entry hampir muntah di samping mamat2 indo? Saya lupa nak bgtau, mereka juga memberi ceramah ringkas hari tuh berkenaan keburukan mi segera pada sistem pencernaan. haha..*tepuk dahi*
Ceramah hari ni dihentikan bila dharma tetiba membuat confession pasal hati dan perasaan nya pada seseorang *awwwwwww* dan saya telah menarik napas lega sebab sesi mengeji saya sudah berakhir PLUS teruja dengan kisah2 cinta bak filem bollywood ini. Semoga kisah cinta dharma berakhir dengan kebahagiaan. Bahagia lah kan, dia pandai masak - so anak2 dia takkan kebulur..hahahaha
Dan tiyapo memberi pesanan penaja buat saya di akhir cerita - u need to settle down. After u finish ur PhD it will be too late. The choice will be limited and all good men are gone. Apekah? Saya hanya senyum - sama mcm senyuman yg dilemparkan kat makcik2 di Malaysia. Gosh! I'm currently working on my experimental design okeh...kekeke
Haha. Adekah di seluruh dunia situasinya begini? Atau saya ditakdirkan bercampur dengan minah2 kepochi? kekekekekke.

7 comments:

  1. haaaa..terimalah seadanya mereka itu ,sis..

    ReplyDelete
  2. tra - suprisingly, im enjoying it..sekurang2nya aku rasa dikasihi..haha.

    qilah - yeah..hahaha

    ReplyDelete
  3. SILA MASAK....OR SHOULD I ADD THE WORD ' BELAJAR' SO THE SENTENCE WILL BE ' SILA BELAJAR MASAK!'...

    ReplyDelete
  4. dok lama2 kat sana, mesti rasa nak makan makanan malaysia masa tu mestila blajar masak kan?
    so lama2 dok sana tu nnti pandai la.

    ReplyDelete
  5. Ala, takde maknanya Kak Dijah.

    Saya tak reti masak dulu (rujuk tunggu ayam goreng jadi kuning walaupun tak boh kunyit), pun kena keji-keji suruh kahwin.

    Sekarang dah tahu masak sikit, masih gak kena keji keji suruh kahwin.

    Nanti kalau dah kahwin, mesti kena keji-keji yang lain pulak.

    Kesimpulannya, kalau nak kena keji tu, kena jugak.

    Ala.. but I thought u guys (jeling juga Ratu Ikan) takleh hidup tanpa kejian ke?

    ReplyDelete
  6. acu, luckily xde sape ckp pasal kawin ngan ayg. semua sokong ayg single sampai tua n bela anak angkat..hehehe

    ReplyDelete