Tuesday, September 30, 2008

Jejak kasih

Jenuh menggodek2 friendster, juga bertanya pada encik gugel yang hensems. Dalam proses mencari kawan baik yang terpisah sejak dia bergraduasi. Kawan yang selalu ada ketika saya susah, yang sentiasa bersama ketika gembira. Saya hampa, masih tak berjaya menjejakinya. Sudah berbulan2 diiklankan di friendster via shoutout. Gambar tiada dalam simpanan untuk ditampal mahupun diiklankan di surat khabar. Maklumlah, dulu saya tiada kamera! *oh, sekarang pon tiada kamera..hehe*

Namanya Siti Nurbayyeti Ahmad Salleh *ejaan nama juga saya kurang pasti kerana namanya begitu unik*
Nama glemernya Betty.
Belajar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, jurusan Pengurusan.
Graduasi tahun 2004.
Semasa di USM menjadi penghuni Desasiwa Bakti.
Berasal dari Johor.
Orangnya kreatif, sungguh kreatif!
Email lamanya: orangkampung_y2k@yahoo.com

Impian saya sebelum tahun baru 2009, semoga saya dapat berhubung kembali. Betty, banyaknya benda nak diceritakan!

Kalau sesiapa ada 'jalan', bgtau lah ye?

No comments:

Post a Comment