Sunday, September 21, 2008

Stage fright

Saya ada sindrom stage fright yang sangat dahsyat. Saya sentiasa rasa nak pengsan setiap kali nak berucap dia khalayak ramai, apatah lagi bila masuk pertandingan berucap. Saya selalu mahu tarik diri bila giliran saya sudah hampir untuk naik ke atas pentas. Kawan2 saya di sekolah menengah sangat sabar, memujuk saya dengan penuh sabar. Ketika di universiti, saya pernah membaca perkataan demi perkataan semasa pertandingan di atas pentas, tanpa menghiraukan loceng berbunyi. Sungguh ngeri rasanya. Semasa mula menjadi student master dan diminta membentangkan kajian dia hadapan org2 berpengalaman, saya langsung tak boleh berdiri..sampai dihulurkan air suam untuk menenangkan saya. Saya present dalam keadaan duduk dan terketar2.
Sampai sekarang masih ada masalah itu, tapi berjaya diatasi sedikit. Kronik, kan?
Itu sebabnya saya sangat kagum dengan orang yang pandai berucap. Yang sentiasa yakin dengan diri. Yang bersahaja dalam penyampaian. Kesimpulannya, yang tiada masalah stage fright seperti saya. Tapi hari ini hati saya berkecai. Bila orang salah guna kepetahan yang Allah kurniakan. Membidas pensyarah setiap kali pensyarah memberi teguran membina, dan bidasan itu langsung tak perlu. Worse, ada yang membantai pensyarah bila ditegur.
Hampa.
Kecewa.

-------

Tahniah buat Tra yang telah selamat melahirkan menyerahkan tesis Mastersnya. Congrats!!
*ucapan ini adalah bertemakan stage fright. Tra tidak pernah stage fright. Dia tak pernah jadi punca kekalahan team. Dia penah berada di tangga 3 teratas pendebat terbaik IPT di Malaysia. Dia penah membuatkan teammatenya malu bila hakim kata hakim bagi menang sebab hujah Tra SEORANG. bluwekkkk.*

7 comments:

  1. oohh sgt la tidak tepat aku tak pernah stage fright, sepanjang masa fright ok, control macho jer

    sentapppp...time bile plak terima komen hakim cmtuh, tk pernah dengar pun.

    ReplyDelete
  2. Masa skolah dulu memang cam tu... asyik ngelat aje bila time giliran.
    Tapi bile dah kerja dan memerlukan public speaking as part of my works rasa syok pulak.. atas pentas pegang mike... buat lawak... bagi motivasi...
    cam dr fazilah kamsan plak....

    ReplyDelete
  3. Tra: ada..masa royals.Lawan ngan mana tah aku lupa pulak. Kiranya menang nasib. Nasib ko tarik balik kes lepas aku gagal membawanya..uhuk. Haruslah aku ingat.. Malu seh! 'Saya bagi menang sebab pendebat ketiga tegakkan balik kes..' bluwekkkkk

    Encik hashim: kagumnye ngan encik hashim. Encik hashim kerja bagi ceramah motivasi ke...salut!salut!

    ReplyDelete
  4. er...
    yang waktu kita kat final dpnc dan kami dikalahkan tu, kak dijah sedang stage frightkah?

    oh, sedang stage fright pun sudah vogue begitu. kalo tidak stage fright sudah pasti abg tra, kak bibah dan abg hadi tak mampu cari makan. :D

    ReplyDelete
  5. Am, akak tak pernah tak stage fright!keke. Final DPNC? Akak simpanan kot.. Tak ingat pon lawan ngan hang final - tanda2 stage fright, langsung tak ingat apa..keke

    ReplyDelete
  6. Takde lah sampai cam tu .... untuk internal staff je ... kasi briefing, jadi MC programe company, brainstorming session tu aje...

    ReplyDelete
  7. encik hashim: ok la tuh, banyak bercakap. mesi takder masalah stage fright.

    ReplyDelete