Monday, September 15, 2008

Tak menjawab soalan

Kita selalu hairan kenapa student selalu tak menjawab kehendak soalan. Kita tanya lain, dia jawab lain. Tapi perasan tak, budaya kita membentuk pemikiran sebegitu. Kalau tak perasan, meh perati perbualan sehari2 di bawah;

1. 'Eh, ko dulu sekolah kat mana?'
'Aku nih sekolah biasa je, sekolah kampung. Bukannya asrama penuh.'

2. 'Ko dah beli keta? wah, keta apa?'
'Kereta biasa je, bukannya kereta canggih2. Murah je'

3. 'Ko keje apa kat sana?'
'Aku keje biasa-biasa je, nak cari duit terpaksalah merantau'

4. 'Eh, cantiknye baju. Beli kat mana?'
'Baju nih baju lama. Baju raya berapa tahun lepas'

Langsung tak menjawab soalan kan? So, jangan pelik bila student selalu tak memberi jwpn seperti yang diharapkan..Kekeke

4 comments:

  1. apa nak peliknya tentang jawapan2 tu.
    bukan ke orang Melayu sendiri yang telah mengajar kaumnya menjawab begitu.

    Penuh dengan merendah diri dan penuh bersopan dan penuh berdolak dalik.

    cuba tengok mat saleh, dorang kalau menjawab straight to the point.

    ReplyDelete
  2. Haah, budaya kita dah terbiasa. Kita suka berlapik2, its good tapi tak menjawab soalan.hehe

    ReplyDelete
  3. itu adalah budaya kita kan -- merendah diri.

    cumanya, kalau dalam soalan peperiksaan mereka tak terus menjawab kehendak soalan, besar kemungkinan mereka itu tak tahu mahu jawab.

    rasanya lah.

    ReplyDelete
  4. abang s - merendah diri memang budaya kita. Tapi alangkah indahnya kalau kita menjawab soalan disulami dgn merendah diri..kan?kan?
    pasal bebudak tu, ye kot depa tak reti jawab..saje je saya nak mewujudkan perkaitan..keke

    ReplyDelete