Friday, March 12, 2010

Lollipop 2

MV lollipop 2 dah keluar *pengsan*



Komen:

1: TOP adalah comel dan hot dan sangat suka spek mata dia dan segala mak nenek pakaian dia dan suka pergerakan dia yang comel dan suka dia rap dan suka aksi bo-beep di saat ke 1:14. *pengsan sebab tak cukup napas*
2. Suka Daesung dan Seungri yang kelihatan lebih muda dan sangat comel. Tapi muka daesung kadang2 comel sangat macam perempuan (eyeliner overdose).
3. Taeyang senantiasa hot. Tapi bukan fan tegar dia.
4. Suka rambut G-Dragon berbanding rambut2 hazab sebelum nih. Cumanya, tak suka sarung tangan kaler kuning...

Klip yang menyakitkan mata, penuh warna warni striking sebab berkonsepkan phone lollipop yang berwarna ceria dan sepatutnya menceriakan. Yer, ceria kalau bapak kita adalah jutawan yang boleh belikan henpon lollipop yang berharga ribu riban USD MYR.
Lagu yang bila dengar banyak kali jadi sedap.

---------------------------

Update:

Encik bos dah sound secara halus -

"sudi tak luangkan masa untuk discussion dengan saya minggu depan?"

Rasa tertampar sebab saya sorang je student yang tak merafak sembah langsung minggu ni. *sigh*. Depa sini sangat suka student jumpa sekerap yang mungkin. Tapi saya dah bagitau encik bos yang saya tak berapa suka jumpa selalu sebab nanti serabut sebab banyak sangat benda nak pikir. Saya perlu lebih masa untuk buat kerja slow2...kekeke. Jadi dengan saya, depa taklah suruh jumpa tetiap hari tapi dalam seminggu mesti jumpa/kirim kabar berita.
So, maknanya, banyaklah benda yang nak kena buat sebelum discuss ngan encik bos. Malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Kena list down lah, apekebenda yg nak diupdate pada encik bos sebab takut lupa. Takpe, semangat demi balik bulan 6!!!

Oh, dan sudah register untuk join perarakan autumn festival bawak bendera negara hujung minggu depan. Register jer, pegi tak pegi belakang kira. Kalau tak siap keje atau tak bangun pagi atau malas iron baju, alamatnya skip je lah bawak bendera negara keliling bandar. Err, dapat pangkat datuk tak eh kalau kibar bendera keliling armidale? Agak malas sebenarnya sebab One dan Ake takde masa perarakan tu, pegi conference. Terpaksa menumpang kasih orang lainlah nanti..

3 comments:

  1. Weh, 300+ USD jer, mana ada ribu riban!

    Oops, tertahu pulak

    ReplyDelete
  2. Ahaks..kantoi Am. ribu riban MYR, salah tulis.
    Tapi akak tak berenti2 gelak lagi ni. Ingat2 entry begini tak mendapat tempat di hati masyarakat..kekekekkeke

    ReplyDelete
  3. Haha. Takdelah. Sebabnya, frasa 'ribu riban' tuh, macam handphone tu mahal lagi dari iPhone jer. Keke.
    So macam ada unsur keraguan di situ.

    ReplyDelete