Sunday, March 21, 2010

Armidale is LOVE

So, weekends yang mengujakan sudah berakhir.
Back to square one. Esok kena bangun awal dan bermulalah perjalanan yang menghibakan. 17 ekor sehari akan disembelih selama 5 hari. Daging2 akan dijadikan makanan anjing since tidak disembelih dan tidak diselenggarakan mengikut seliaan abattoir.

Just a quick recaps

Sabtu: Autumn Festival Parade.
Gambar, klik sini. Hanya jika anda kawan saya di FB. Ayah, masuk FB guna akaun Azhar..hihih. Disarankan untuk kol Aa untuk username dan password.

Perasaan:
1. Nervous masa sarung baju kurung. Rasa mcm nak pi menikah je..kekeke
2. Bosan bila tercongok tunggu orang lain yang dikenali tak sampai2.
3. Eksaited bila jumpa orang yang dikenali dan ramai warga Asia *ehem, ehem*.
4. Happy bila Julian dari Argentina tolong pegangkan bucu bendera. Tangan saya pendek dan tak sampai.
5. Eksaited bila orang bersorak dan melambai dan amik gambo masa berarak. Terasa mcm artis bila kawan2 yang tak join parade jerit nama dari tepi. Ahaks.
6. Terkejut bila ada jeritan 'Go Malaysia!'. Rupanya makcik Malaysia yang duduk sini. Kendian ada pulak jeritan 'Malaysia Boleh!'. Terus berpaling 180 darjah. Rupanya budak cina. Sahlah depa ni warga Malaysia yang tammo join parade. Memula geram, tapi lepas tu tergelak sendiri. Seronok pulak bila dgr org jerit Malaysia Boleh.
7. Hampa bila RAMAI orang tatau bendera kita bendera negara apa. So, kita janganla perasan hebat sangat. Orang pelik pesal bendera kita lebih kurang bendera USA. Sorry, takde jawapan.
8. Seronok tengok semua orang participate, dari baby sampai atuk nenek atas kerusi roda. Terasa dihargai. Dan bebudak yg join parade tersangatla comel...
9. Tapi sebab panas, last2 rasa nak pitam.

Ahad: International Student Welcoming by the Mayor of Armidale
Gambar, klik sini (FB)

Kelam kelibut sebab tatau mana Town Hall. Tanya orang, orang bagi direction yg silap. Kendian perasan kamera tertinggal. Pecut balik rumah. Sampai balik town hall programme dah nak mula, org2 beso dah sampai. Lupa nak bagitau yang nama saya depa tercicir. Depa kata takpe, ikut kontigen negara naik atas pentas. Kontigen? Manader kontigen! So, dalam kekelamkabutan dan lagi seminit program nak mula depa selitkan nama. Sib baik ada bendera negara. Tapi cert tak dapat tadi. Dapat kendian..hehehe.
Hati bebudak international student tersentuh bila mayor dan orang-orang besar yang lain berkali2 ucap terima kasih kerana memilih untuk sambung belajar di Armidale. Even wakil student international yang berucap pun sampai termenangis atas pentas sebab sedih nak tinggalkan Armidale.
Masa naik atas pentas untuk jumpa mayor pon dia cakap terima kasih sekali lagi kat tetiap orang student. Terima kasih kerana sudi jadi warga Armidale, katanya. Terasa mcm nak sambar je memana mamat mata sepet yang nak tinggal di Armidale! kekeke
Teruja jumpa makcik cina Malaysia yang aktif berpesatuan kat sini.
'Kita bukan ada banyak program macam ni kat Malaysia, kan?' kata Makcik tu.

Mungkin ada, mungkin banyak. Mungkin kita tak aware, mungkin kita ignorant. Mungkin juga takde.

Overall, it was fun. Armidale is love!

3 comments:

  1. artis naungan minta perhatianMarch 22, 2010 at 5:54 PM

    Rasanya aktiviti persatuan tu bergantung pada pekerjaan orang kat Malaysia kot.

    Kalau warga akademik, atau pegawai kerajaan, memang biasanya ada function dan juga program ini itu kan?

    Tapi kalau kerja swasta atau kerja sendiri, maybe tu sebab tak berapa ada peluang nak join aktiviti-aktiviti camtuh.

    Cece.. tetiba tulis komen pepanjang pulak.

    ReplyDelete
  2. kat sini ni semua kerja city council..ape ek dalam BM? Rukun tetangga ker? Terpaksa suruh JKKK buat program mcm nih kat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. city council = majlis perbandaran??

    ReplyDelete