Tuesday, March 31, 2009

Ini bukan entry berkaitan adik ikan

Lusa hari last keje.
Semua benda dah di final stage.
Sesi bertemu peminat2 juga hampir selesai.
Peminat2 dewasa je yang masih belum jumpa - mebi hari Khamis nnti, insyaAllah.
Adik ikan paksa update blog, beserta gambar.
Sebenarnya dia nak suh saya bubuh gambar dia.
Tapi saya malas sebab takde gambar dia.
Haha.
Tunggu je lah adik ikan buat entry kitorg main boling mlm tadi.
Saya tammo tulis sebab dapat tempat tercorot malas.
Saje hanya rajin nak share clip yang sentiasa meneman saya ketika buat kerja.
Kumpulan DBSK.
Lagu lama tapi saya baru dengar.
Dulu tak suka kumpulan nih, sungguh.
Sebab bila menari depa suka dedah2 dada - sangat menyeksakan mata!
Tapi lagu yang inih ok.
Terus hapal nama sorang2..*jeling Fadhilah bilik sebelah* dan sekarang macam dah boleh kenal suara siapa kalau menyanyi.
Pergh, kalau benda ginih leh dijadikan PhD, mesti laaaaju je I study..keke

ps: Fadhilah, akak vote for Micky (yang menyanyi dlm keter) dan Max (yang nyanyi at 1:57) =)

Sunday, March 29, 2009

Apekah

I've written few entries tapi rasa mcm tak best nak publish. Apekah?

Rabu

Rabu nih akan angkut semua barang2 ke dalam bas utk dihantar ke Ipoh. Nnti bila balik Ipoh takla banyak sangat barang nak bawak. Biasa sampai Ipoh kul 5.30 - 6.30am dan selalu dalam mode mamun2. So, kalau banyak sangat barang mesti terhuyung hayang angkut barang. Lagi tragis kalau tertinggal barang dalam bas.
Rabu ni jugak kena setelkan hal2 jabatan sebelum start cuti. Semoga sempat la siap Rabu nih. Tak koser dah nak beratkan kepala otak dengan benda2 yang saya takde skill *jeling kak lynn*.
Oh, spek mata pun dah siap. Power bertambah lagik *sigh*. Malas okeh nak pakai spek. So, amik spek hari Rabu lah, sekali harung dengan hantar barang naik bas.
Oh, nebes pulak mengenangkan ini Rabu terakhir kat sini.
Khamis pulak pasti kebanjiran..*sigh* nak mohon ampun dan maaf kat penduduk bumi yang menetap kat fakulti sains tek..kehkehkeh. Yelah kan, saya nih kan banyak buat salah kat orang. Hope mereka semua sudi la memaafkan saya dan mendoakan ketenangan buat saya kelak.

Dear friends,

Terima kasih kerana
1. memberi semangat dan peluang kat saya utk memperbaiki diri menjadi kawan yang baik.
2. sudi menjadi pendengar royanan2 yang berasas mahupun tidak.
3. membalas sms saya dalam keadaan terpaksa ataupun tidak.
4. selalu buat saya tersenyum. kamu semua membahagiakan saya.
3. menjadi rakan gossip dan sepengejian yg sungguh vok..hehe.
4. selalu mengubat kesunyian saya.

Mohon maaf atas segala keterlanjuran dan kesilapan di alam maya mahupun dia alam nyata.

ps: kawan2, i might change my fon num *nak tukar prepaid*, pls buzz me kat ym kalau cuba nak kontek saya tapi tak berjaya. =)
Sekarang saya berada dalam mode hibernasi dr blog sebab nak tido dan makan puas2 kemas barang dan siapkan keje.
Adik2 ikan, sila kontek ahkak kalau mau jumpa sebelum akak balik.
I will sms the date of departure bila dah confirm tarikh. Hope takde benda merapu jadi lagi. Still dalam mode tggu cek *sigh*.
Till then, I will update later.

Wednesday, March 25, 2009

Menanti saat itu tiba

I dont really like countdowns. Sebab akan rasa nebes. I dont really like farewells, sebab akan rasa sedih. I really hope that things will work out as planned. Minggu depan akan cuba selesaikan segala mak nenek benda yg tak setel lagi dan kemudian berbondong2 balik ipoh naik bas. Sebab lately nih banyak travel, so dah 'kebas' - takla rasa tak best travelling naik bas sampai 8 jam. Boleh lena je dalam bas, takpun layan perasaan.hehe.
Basically 1st April saya dah start cuti belajar. Sampai ke tak kat aussie nun wallahualam, semua tu kat tangan Allah. What I can say is di pihak saya semua dah selesai. Visa dah dapat, paspot dah ada, agreement dah hantar semua. Just tunggu cek dari kpt.
Barang tak kemas lagik. Cuma buku-buku ada yang dah siap dilonggok utk pos, dan baju2 dah siap lipat dalam bag. Hari ni baru sedar yang masa berlalu begitu pantas. Officially next week will be my final week here as cik tutor yang dot dot dot. Mental pon macam jammed je lately, so takde idea langsung nak hapdet blog. Meroyan je pandai. Hosmet, sila abaikan jeritan2 tetiba..keke
I wont post any emotional entry *hopefully* sebab saya rasa we are close enough even di alam maya. Ala2 jauh di mata tapi sangat dekat di hati. I know you all will always be there for me even utk pinjamkan duit and I will try my best utk be here for all of you.
Blogging nih dah jadi mcm a part of my hobby - to share dengan semua org apa yg saya rasa, apa yg saya lalui, dan secara tak langsung jadik mcm terapi. Jimat sikit dari jumpa psikatrist kan? *cam tuh ke eja?* And I'm so damn happy bila ada antara entry saya yang berjaya buat org senyum, walaupun kebanyakan entry berunsur yamapi dan adik2 ikan mampu buat org muntah hijau.
Starting thursday saya terpaksa pulun menghabiskan masa di sini dengan sekualiti mungkin. InsyaAllah kalau panjang umur saya akan update lagi.

ps: secara tetiba rasa entry kali nih saaaaaangat skema..hekhekhek.
Love u ols. muah XD

Tag kak zieyla

Make a list of what you want on your birthday. The list should be 10 numbers. Give it to 10 frens of yours

My Birthday Wishlist...

1. Masih panjang umur.
2. Sehat wal'afiat - masih boleh menggedik sakan.
3. Dikelilingi kawan2 yang menceriakan.
4. Mau sembang dengan ayah dan mak.
5. Mau berada dalam keadaan yang tenang.
6. Mau cukup duit supaya dapat treat diri sendiri.
7. Mau duduk luar rumah dan pandang ke langit biru dan awan yang berkepul2 berterbangan.
8. Mau Yamapi atau Sho atau Aiba atau Micky. Aci tak? haha
9. Mau tersenyum sepanjang hari.
10. Mau dengar suara kamu.

ps: purposely saya tak listkan presents. Sebab setakat ini saya takde apa yg dimahukan - selain subang dan loket dan laptop dan kamu.keke

Tag kak zieyla

Make a list of what you want on your birthday. The list should be 10 numbers. Give it to 10 frens of yours

My Birthday Wishlist...

1. Masih panjang umur.
2. Sehat wal'afiat - masih boleh menggedik sakan.
3. Dikelilingi kawan2 yang menceriakan.
4. Mau sembang dengan ayah dan mak.
5. Mau berada dalam keadaan yang tenang.
6. Mau cukup duit supaya dapat treat diri sendiri.
7. Mau duduk luar rumah dan pandang ke langit biru dan awan yang berkepul2 berterbangan.
8. Mau Yamapi atau Sho atau Aiba atau Micky. Aci tak? haha
9. Mau tersenyum sepanjang hari.
10. Mau dengar suara kamu.

ps: purposely saya tak listkan presents. Sebab setakat ini saya takde apa yg dimahukan - selain subang dan loket dan laptop dan kamu.keke

Monday, March 23, 2009

Sebelum ia tertutup rapat

Kesan hidung cuping telinga darah dah tak pakai subang. Malas nak pegi beli subang. Cuma sesekali terpikir dan ada juga respon begini kalau saya menzahirkan yang saya nak beli subang kat Mydin.

'Tak sangka la awak pakai subang'

Wah, sentap!Walaupun saya tak feminin mcm ahli kumpulan feminin, saya suka subang dan eksesori lainnya. Kalau dah namanya wanita tu, wanita juga kan walaupun gayanya seperti berhalkum contoh mcm kakak saya yang seorang itu..tidaklah nampak feminin sangat, tapi request perfume untuk hadiah farewell. Apekah? keke
Saya pernah pakai rantai kaki tapi akhirnya dah tak pakai sebab tak berapa selesa - rantai tu macam terhakis dan asik tersangkut ke tumit..haish.
Saya tak suka cincin. No doubt. Beli je lebih sebab nak nampak lebih wanita. Memang tak pakai. Rimas dan menjatuhkan saham.
Saya sangat suka rantai leher dan tangan, tapi sekarang dalam mode menyimpan duit untuk membeli loket..hiks. Tetiba teruja dengan loket..oh, apekah?
Saya sangat teringin pakai subang dari kecil tapi sebab takut nak pegi tindik telinga, saya beli stiker yang kecik2 dan lekat kat telinga..hahaha. Bila avon keluarkan subang klip, saya gigih pakai subang kepunyaan mak sedara sambil bergaya di depan cermin solek sampai merah2 telinga - kesan terkepit..keke. Bila 1st year kat uni baru berani tindik telinga..Masa tu rasa saaaaaaangat feminin okehhh..keke
Saya rasa mahu beli subang, tapi nnti telinga darah lagi bila pakai. Tammo beli emas sebab duit takde mahal. Kalau guna lidi telinga jadi gatal-gatal. Wajar ke saya membiarkan sahaja lubang subang tertutup sendiri ditelan masa..dan bila sampai masanya saya tindik semula - walaupun ianya menyakitkan?Oh, beli subang plasik je lah kan?

ps: sila gelakkan saya..niat nak berenti menulis sekejap memang sentiasa terbatal. Memang tak boleh merancang dengan poyo nampaknya..keke

Sunday, March 22, 2009

Gencatan

Lately saya memang takde mood idea nak update. Writers block gituh...Meroyan dan merapu meraban je lebih kan. Actually saya dalam mood meroyan tentang sesuatu, dan saya berazam nak meroyan puas-puas sampai tiba masa nak start belajar. Jangan tepuk dahi..tak meroyan kat korg lah..kekeke..I really hope that dengan meroyan sepuasnya saya akan lebih tenang dan bersemangat untuk sambung belajar, demi kemaslahatan bebiri sedunia. So, dengan ini saya mengisytiharkan gencatan jari. No more entry pat lima kali sehari..keke.

Dekat di mata tak semestinya dekat di hati kan?
Feel me, even we are far apart..

Saturday, March 21, 2009

Isu yang dah tak berbangkit

Baru sampai dari KL pagi tadi.
Penat tapi gembira.
Terima kasih Kak Yan dan Dayah.
Kak Zila, next time kita ke KL reramai ek?
Ini cerita sebenar berkaitan isu tersebut
pwd: sensasi

Saya kira kes ini sudah selesai.
Saya akan tunda pendaftaran ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak
=)

Thursday, March 19, 2009

Counting the blessings

Visa dah dapat
Tiket bas tak habis lagi walau beli last menet
Dapat naik bas dua tingkat - memang dah lama berhajat. Dahla dapat tingkat atas. Boleh berfantasi jadi watak dalam heri poter sekejap.
Pergi dengan Dayah n Kak Zila, tak bersendirian seperti biasa.
Ada dua orang yang pemurah nak bagi derma kilat, eh, pinjam duit rentetan masalah entry bawah. Sentap dan sangat2 terharu.
Dikelilingi insan-insan yang bagaikan bidadari kayangan *er, tapi bukan macam citer julia juli tu ye* yang sentiasa memberi semangat dan sokongan padu dan senantiasa buat saya tersenyum.
I'm counting my blessings.
Alhamdulillah


ps: dah tak meroyan lagi lah pasal isu di bawah *memoncongkan bibir ke entry bawah* sebab saya rasa salah saya lah..lambat hantar dokumen. Sekian dimaklumkan.

Wednesday, March 18, 2009

Kebas hati

Ini entry kebas. Sebab dah tatau nak rasa apa.
Tadi kol pihak itu.
Nak maklumkan saya dah fax info yang dia perlukan utk sediakan cek elaun.
Katanya, cek tak dapat dikeluarkan dah bulan nih.
Dah tutup akaun katanya.
Ingatkan ujung2 bulan je org tutup akaun.
Rupanya 18 hb pun ada org tutup akaun. *mental note*
Kata pihak itu..pergilah dulu sambung belajar..
Nanti depa masukkan duit bulan depan.
Wah, sangat yakin kan.
Saya tammo gamble ginih.
Tak pasal-pasal kang kena menjaja tepi jalan.
kompem tak laku kan?
So decided utk stick pada plan utk ke pusat pentadbiran gomen jumaat nih.
Mintak penjelasan bagi semua yg kabur dan kelabu asap.
Kemudian tunda registration.
Kena reconfirmkan semua balik.
Tetiba rasa mcm nak jerit.
Eh, dah terjerit tadi..keke
Sekian entry kebas.

Tuesday, March 17, 2009

Mengarut!

Pernah beli benda yang mengorat mengarut?
Saye pernah. Abaikan kisah masa kecil ye u ols..sebab kalau nak dihitung benda-benda mengarut yang dibeli pasti listnye panjang..Din Dang, Tora, Tikam..etc..etc..hehe
Ini kisah bila dah tua dewasa.
2007, bulan Ogos saya telah hilang kawalan diri dan tanpa berfikir panjang *lihat, ambil dan terus bayar* telah membeli majalah Popolo - majalah hiburan jepun yang berharga lebih kurang RM27.00 di Kino. Yang membuatkan kisah ini lebih mengarut, saya langsung tak reti membaca kanji *tulisan jepun yg seperti tulisan cina* - saya hanya reti baca nama Yamapi dalam kanji. hakhakhak. Hiragana agak boleh tapi katakana - gaya membaca merangkak2 mengesot-esot. Langsung tak masuk akal kan bila membeli majalah yang tak dapat dimanfaatkan. Membeli semata-mata kerana ada dia. Ye, dia.

Lepas kegagalan mengawal nafsu tersebut, saya sudah tidak jejak kaki ke Kino lagik. Dan saya sangat bersyukur bila di Ipoh dan Ganu tiada Kino...fuhhhhh.
Cuma...*ulps* hujung tahun lepas..*ulps* saya telah beli benda mengarut lagik...Saya terbeli sesuatu yang closely related dengan benda di atas. Untuk mengubati kekesalan hati, saya berniat untuk memanfaatkannya..hukhukhukhuk. Dan saya perlu betul-betul mengentalkan jiwa dan mencekalkan hati untuk tidak mengorat mengarut lagi. Saya perlu jauhkan diri dari benda-benda berkonsepkan pokcik sorang nih. Pembaziran. Pembaziran.*sambil geleng2 kepala*.
Inilah salah satu hikmah saya tak jadi sambung belajar di Jepun..kalau tak, mungkin saya perlu bergolok bergadai kerana keborosan luar kawal...kannnnnn?

Monday, March 16, 2009

Tak boleh merancang dengan poyo

Update: Trip ke Kedah pon saya tak jadik ikut...Food poisoning..wawawawawawaaaaaaaaaaaaaa

Saya seorang yang tak boleh merancang dengan poyo. Selalunya mesti tak jadi *haish*. Saya orang yang perlu dikejutkan dan mengejutkan. Atas alasan itu, masa sekolah menengah rakan-rakan sedorm hanya akan ajak saya apa2 last menet. Pasti berjaya.
Begitu juga perihalnya bila meningkat tua dewasa. Perancangan bercuti konon-kononnya ke pulau2 bersama Izawani, Arin and da gang terkulai layu di tasik madu. Juga perancangan untuk buat bisnes di sekolah lama bersama Ude dan Angah yang tak jadi - kontrak dapat kat org lain *kitorg tak dan nak buat kertas keje...keke*, juga perancangan menubuhkan syarikat bersama cik pensyarah yang kini hanya nampak bayang2 sebab semua ahli-ahli entomologi yang berminat sudah scattered dan sibuk dengan hal masing-masing. *mode geleng-geleng kepala* Perancangan yang poyo utk pergi kenduri Aqilah sambil melihat encik fotografer bekerja *mode jangkit ngan scha* tak dapat ditunaikan, sebab urusan masih belum selesai kat Ipoh. Hari Isnin kena ambik salinan result xray dr klinik dan juga pergi ke specialist utk ambil bukti hormon T3 dan T4 saya berada pada paras normal.
Semalam Prema yang sudah mengenali saya selama 3 tahun *pasti dia tau saya nih hanya boleh diajak last menet..keke* menalifon saya dan memaksa mengajak saya sama2 menghadiri kenduri kawin anak supervisor saya. Wah, tiada dalam perancangan *dah terlupa sebenarnya* sebab saya taklah begitu merancang mahu balik ke Ipoh mggu ni, dan kenduri tersebut di Kedah - so, mmg rasa tak dan nak pergi. Maka, Ahad pagi akan ke Kedah bersama Prema dan bos lama. *Adik ikan, adakah namamu akan mengungguli carta gossip kali ini?kekeke*
Benda-benda yang mengejutkan sangat mengujakan sebenarnya sebab saya tak sempat nak pikir benda yang bukan-bukan..Mind you, saya sangat suka berfantasi...haha I love suprises!..kekeke

ps: Mental dan emosi sudah sangat stabil, alhamdulillah..Terima kasih atas sokongan semua! =)

Friday, March 13, 2009

Cameo katanya

Kisah seorang cameo *gituhhhhhhhh*
Bila Am tanya nak jadi cameo ke dak, I terus tergedik gedik *walaupun rasa tak best sebab gagal carikan karaoke lagu cuba*. Siap bgtau kat Am yang alat mekap tak bawak *sebenarnya takde* untuk mengkaver noda-noda di muka. Malu saje bila Am kata cameo dalam ym je. Haish, over betul kan? Orang nak bagi betis, bajet dapat peha..kehkehkeh. Then dengan eksaitednya berlakon. Kecoh kejap bilik tutor 1 sebab i nerves tak tentu hala dan ketawa bila Am bagi skrip..Bila Am cakap 'action saje', terus aura meresap...ketar! Am, akak menaip sambil neves tak hengat tau..Countdown 10 saat kan? Akak rasa tak sampai 10 saat akak dah gedik2 tegur hang..hahaha..I memang fail lah bawak watak jiwa jiwang nih..keke..tu belum lagi org suh berlakun bercinta ngan Yamapi..mau pengsan 7 hari 7 malam...kekeke. Anyway, I'm glad dapat gak tolong rakan-rakan utk mengembangkan bakat. Am, keep it up!!
Err, kalau sesapa rasa nak buat video clip di alam maya dan memerlukan watak bantuan, silalah hubungi saya..kekeke

Untuk anda semua, hayatilah lagu Cuba versi Bahasa Inggeris...Buat wanita-wanita, sila pastikan hidung tak darah!


Am: Haircut baru sangat kemas dan segak!
Mahadi : Alalala comelnye Mahadi dalam klip nih..kekeke

Thursday, March 12, 2009

Update

Updated.
*terasa mcm artis pulak, semua benda nak cerita kat org*
Baru balik dari klinik.
Yer, saya pegi jugak klinik.
Semasa jiwa kacau tadi saya langsung takleh pikir.
Masa sedang berehat2 kat bus stop, datang skuad er*a tanya jalan nak ke simpang pul*ai. Oh, kalau jiwa tak kacau pun saya tak teruja dengan skuad itew. Ni tgh jiwa kacau. Saya pusing tgk org lain. Semua org buat dono. Kesian pulak. Saya terus je cakap *amik kanan, pastu kiri*. Pemandu senyum dan terus blah. Sebenarnya mcm panjang lagi arahan. Tapi sebab saya mcm blur-blur dan pemandu ingat arahan dah habis, dia terus blah. Saya harap skuad selamat sampai ke destinasi. Masa kat bus stop tu jugakla saya menenangkan diri *gituhhhhh*. Menalipon Gee yang sentiasa berjaya membuatkan saya waras kembali. hehe. Sebelum tu tepon Kak Khalid, tapi sebab baru lepas nangis dan masih sentap, jiwa kacau jugak. heheh. Tadi sebelum tepon agent dah tepon klinik..tapi line busy..Maka lepas dah bertenang di bus stop tepi longkang, saya kol balik klinik sambil buat suara sedih dan nekad untuk ke klinik. Patah balik ke cc dan print out dokumen-dokumen. Saya takleh cerita panjang, penat dikhuatiri akan berlaku salah paham oleh mana-mana pihak dan juga risau kalau ada masalah yang timbul kelak. Cume kesimpulannya, saya pegi jugak klinik dan saya buat jugak medical cek up dengan bulu mata basah-basah dan apply teknik yang doc ajar masa cek up 1. Mungkin ada orang kata saya nih degil..tapi sebenarnya saya nak berusaha jugak sampai saya betul-betul puas hati. Kak Delinn, Kak Hazel, Kak Khalid, Kak Zieyla, Aidya, Arin, Anonymous dan Wan..tenkiu. Malu pulak rasanya emo tak tentu hala...
Sori konggo, jadi isu pulak bulan nih...Konggolah...saya dah tak kisah...



Entry emosi

Ini entry emosi.
Betul-betul emosi.
Sedang menangis di cc *apekah*
Jenuh lap air mata dengan tudung dan tapak tangan.
Pagi tadi kol agent.
Dia dah masuk kerja hari ni.
Dia cakap saya boleh buat check up hari ini.
Tapi kena bawak 2 gambar paspot dan paspot dan print out form.
Gambar saya dah pas kat opis agent semalam.
Kalau saya tau tu untuk saya lekat kat form yang kan diemail hari ni saya tak bagi kat depa.
Tak pasal2 kena amik gambar lain hari ni.
Printer kat rumah ntah apa masalahnya, takleh print.
So decided utk amik gambar kat kedai dan print form kat cc.
Saya bersiap-siap.
Rupanya hari ini saya didatangi sahabat baik.
Konggo - tu bahasa budak Taayah..haha
Saya nekad jugak nak pegi medical cek up.
Kedai dekat rumah pulak takleh buat print express.
Mesin rosak katanya.
Pergi jauh sikit dari rumah.
Lepas amik gambar, duduk kat pc ini.
PC number 4.
Bukak email yang agent bagi.
Dia email semua borg.
Dan pesanan yang saya tammo baca.
'cannot do check up during menses'
Saya kol agent sambil tahan nangis.
Nak tegakkan benang yang basah.
Dia cakap takleh buat test.
Dia tanya bila start konggo.
Saya jawab hari ni.
Dalam hati saya jawab *tak sampai sejam*.
Dia hanya boleh cakap 'haiya!'.
Dan saya bebel apa tah kat dia sambil tahan nangis.
Saya takde mood.
Saya nak minum coke hari-hari.
Sampai habis konggo.
Oh, bagus jugak tulis blog.
Saya dah berenti nangis.
Sekian entry emosi.

Wednesday, March 11, 2009

Subang

Malam tadi sampai Subang. Fath fetch kat airport. Masuk je dalam kereta terus Fath mcm 'kerasukan'. Perangai sekolah menengah tetiba terzahir. Pantang betul bersua muka dengan kawan-kawan lama..ada je benda merapu yang jadi.
Bila nak sampai tol, Fath kalut2 jerit;

'Dijah, mana handbag aku! Ambik bag aku!' dalam kepekatan malam mana nak nampak kan..
'Mana? takde pon..nak bayar tol ke? Guna la duit kami dulu'
'Handbag kami! ada kat belakang tu. Ce tengok kat belakang..'

Suara Fath sedikit panik, agaknya dah menghampiri tol kan...
Kalut nih meraba seat belakang....isk..takde.
Oh, kat lantai rupanya..
dan bila tarik...
Pelapik kaki!
Berdekah kitorg ketawa.
Raba sekali lagi, dan jumpa!
Fath kalut2 keluarkan RM5 dan hulur ke gadis tol.
Gadis tol hulurkan tiket. Apekah? Fath semangat nak bayar tol sebelum waktunye. hahaha
Dan Fath keluarkan ayat kaver

'Aku kat sini tak mcm nih tau. Bila jumpa hang je jadi gila mcm nih'

Dan kitorg ketawa sampai keluar air mata dan sampai sesat jalan. Bersembang sakan utk catch up all the story-mory sejak berpisah lepas matriks. Dan cuba apdet mengupdate kisah kawan-kawan sekolah menengah. Sampai dah menguap dan keluar air mata, masih bersembang. Ah....missing the good old times!
Dan pagi tadi bergegas ke tempat agent dan bersemangat jalan-jalan pusing kawasan..Fath bagi tips utk boost up blood pressure - semalam low kan? Dia kata jalan-jalan sebelum check up. So, sementara opis agent bukak, berjalan sakan sampai peluh..haha
Bila opis bukak, agen wanita berkenaan MC la pulakkkk..hukhuk. Depa cakap dia je yang boleh key in info, so saya just boleh serahkan dokumen dan pembayaran hari ni....medical check up takleh lagi. Lepas wanita itu key in the details *esok*, baru leh wat check up. Decided utk buat kat Ipoh, sebab kat ganu mcm takde panel *berdasarkan list panel clinics yg dia bagi*.
Sudah sampai di Ipoh pukul 3.30 tadi.
Sangat penat.
Sangat mengantuk.
Bulan ini adalah bulan membesar dalam public transport.
Ye, membesar.
Berat sudah cecah 50 kg.
Yay *alhamdulillah*
Tapi mcm tak bagus je membesar, tapi tekanan darah rendah, kan?

ps: Aman, jangan repot kat mak pasal tekanan darah rendah. Nanti-nanti dia akan tinggi balik, insyaAllah. Akak penat kot. Eh tak, akak tak senaman..hahaha

Tuesday, March 10, 2009

Medical Check Up 1

Setelah bincang ngan Aidya n Illa *thanks adik2*, kesimpulannya kena buat 2 medical check up. Sebab utk KP*T kena amik darah. Agaknya utk visa dia just tebuk2 jari kot kan. Yang KP*T nih dia amik baaaaaaanyak satu tube darah *14ml rasanya*.
Semalam semangat pegi klinik. Duh, klinik tutup!
Hari nih dengan semangat yang masih belum padam, pegi klinik..

Wah, doc sangat kebapaan. Rasa sangat happy membuat medical checkup.. *pesanan buat pelajar2 medic yang membaca entry ini - sila bermesra dengan pesakit ye..senyum selalu =)..pasti pesakit rasa bahagia..*
Sambil check up berbual2 mesra dan bergelak ketawa dengan doc. Oh, heavennya..hihihi.
Gelak ketawa hilang bila doc amik darah. Ye, saya pemabuk. Tapi bukan kaki botol ye..hehe. Mula2 siap boleh berlakon kuat

'Eh, doc..taknak ikat lengan saya dulu ke?'
'Nak ikatlah nih...' *saya masih merasakan doc nak kaver sebab dia mcm nak cucuk dah jarum..terlupa ikat la tuh..hihih*

Dan bila doc laaaaama sangat perati saya punya salur darah, saya tolong tunjukkan..

'Sini doc'
'Bukan situ lah...'

haha..sib baik doc tu penyabar..kalau tak mau saya mati ditikam berkali2 dengan picagari...Bila doc mula cucuk, wah sangat rasa sakit *over betul*. Memalingkan muka dan cuba tersenyum bila pembantu doc pandang saya. Wah, kebas rasa tangan, muka2 pon kebas... Agaknya balasan Tuhan sebab sibuk tunjuk pandai kat doc tadi, darah tak keluar! jenuh doc gerak-gerakkan jarum.

'Tak keluar!'
'Ha? tak keluar?' sepantas kilat saya pusing tgk picagari
'Jangan tengok!'
Saya pon cepat2 pusing balik
'Awak jangan pitam kat sini, susah saya nnti'
cis..hehe

Masa tuh dah start peluh sejuk. Jenuh bernapas dalam2..kurang over sikit dari pompuan nak bersalin je gayanya. Akhirnya...dengan skill doc tuh, dapatlah darah satu tiub...lega...hehe. Bila turn amik blood pressure, tekanan darahku rendah!hukhuk. Doc cakap kurang senaman. Dalam hati menjawab *bukan kurang, langsung tak senaman. huhuh* Tulah pasalllllll. Hukhuk.

Dan doc memberi tips utk buat urine test bila period - lepas saya menzahirkan kerisauan utk medical check up esok. Kalau ada yang mahukan tips, leh ym saya..hihi *sedikit tidak sopan kalau ditulis sebagai entry..*. Tapi bila difikir, tips tersebut tak dapat menjamin 'selamat' resultnye..so, saya juga sedikit ragu-ragu..

Tapi kesimpulannya saya sangat enjoy buat medical check up harinih...=)

Selesai dah satu perkara...oh ya, saya buat pregnancy test dan resultnya negatif..haha *sangat bersemangat untuk test! hehe*
Semoga selamat semuanya esok.
Malam ni off to Subang.
Semoga semua urusan dipermudahkan.
Amin.

ps: Congrats to Kak Khalidah yg akan ke aussie on 19th March. Er..kak, whats with the estee lauder perfume? sentap hokeh! kekekekeke

Monday, March 9, 2009

Tag dari Kak Zieyla

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Wife Rasulullah s.a.w.. *semoga jadi solehah, amin*

2.WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Entah..tak ingat dah..Bulan lepas kot. Takpon 2 bulan lepas.

3.DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Er...bolehla..tapi menulis dengan sangat lembab..tu yang tak suker.

4.WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Daging masak kicap + lada hitam tok jembal food court.ahahaha

5. DO YOU HAVE KID?
Tiadaaaaaaaaaaaaaaaa...

6.IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Ntah, kena pikir 2-3 kali jugak..haha

7. DO YOU USE SARCASM?
Yup. Skill yg diasah di sekolah menengah dulu...ahaha

8.DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Alhamdulillah...ada lagi

9.WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Gah! Takotttt

10.WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Alpen kotak kaler merah!

11.DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Tidakkkkkkkkkkkk..

12.WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Balun semua..tiada pilih kasih setakat ini.

13.WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Mata dan mimik muka..

14. RED OR PINK?
Pink

15.WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Panas baran

16.WHOM DO U MISS THE MOST?
Aman dan Halim..sob..sob...

17.DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Kalau mereka sudi....

18.WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Seluar track kaler grey, berkaki ayam.

19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Iklan SPAQ2..ahaha

20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Ntah..oren kot

21. FAVOURITE SMELLS?
Maggi kari..ahaha

22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Fath..Esok malam turun Subang, tdo umah Fath...yay!

23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Opkos, kami berkongsi ayah angkat! hehehehe

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Tiada..tak suka sports.

27. HAIR COLOUR?
Hitam. Tapi tak pekat dan tak berkilat.

28. EYE COLOUR?
Hitam.

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Dulu yer, kini tidak lagi...malas....

30. FAVOURITE FOOD?
Nasik..mesti kena makan nasik..mesti

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy ending..tak suker citer eding tak best..mesti bad mood spjg hari..haha

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Camp Rock! *masih merasakan Joe Jonas muka mcm Matsumoto Jun..ahah*

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
Pink

34. SUMMER OR WINTER?
Dedua tammo pilih..Nak pilih spring bleh?

35. FAVOURITE DESSERT?
Ais krim

36. MOST LIKELY TO RESPOND?
Nik dan Yoe

37. LEAST LIKELY TO RESPOND?
Tiada

38. WHAT BOOK ARE YOU READING?
Tiada *huh, pemalasnya*

39. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD
Newspaper - guna newspaper as a mouse pad..sedihnye...

40. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Citer ape tah pasal ajaran sesat..M Rajoli berlakon..tapi tak tgk abis..

41. FAVOURITE SOUND(S)?
Bunyi kambing dan bebiri di ladang

42. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Bandung je..tu pon tak lama

43. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Membebel dan bercakap laju.

44. WHERE WERE YOU BORN?
Portsmouth - agaknya tu sebab kuat membebel *mouth - walaupun sebutannya muth*

45. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Nik dan Yoe...

Saturday, March 7, 2009

Dont leave me...yet

Sepanjang hayat saya, setiap kali dilanda PMS saya akan berdoa dan berharap agar keruntuhan dinding rahim akan segera berlaku. Kerana saya sungguh tak tahan bergelumang dengan sindrom PMS yang kadangkala menyesakkan diri sendiri, dan sudah pasti menjengkelkan semua orang. Loya, berpeluh, hangat, sakit pinggang, kebas kaki, cramp perut, sakit kepala, keletihan melampau dan moody dan hasilnya gorgon *sila rujuk kamus untuk maksud gorgon*.
Tapi kali ini lain. Sungguh lain. Saya berdoa semoga PMS ini berlaku dengan lama, cukup lama sehingga keruntuhan dinding rahim akan dapat dilewat-lewatkan. Hanya kali ini. Saya perlu menjalankan urine test minggu depan. Dinding rahim, sila bertahan. Jangan runtuh lagi. PMS, jangan pergi dulu..Tunggu sampai semuanya selesai. Amin.

Selamat Pengantin Baru

Selamat menamatkan zaman bujang buat Qila dan Syara!

Qila, sorry tak dapat ke Rawang..InsyaAllah kami akan berbondong-bondong ke Losong!
Syara, semoga rumahmu berjaya ditemui...Fokus pada bunga manggar kan? hehehe

Off to Syara's walimah...

'Simpankan sireh untuk aku!'
'Mana boleh, ko kena curi sendiri!'

Friday, March 6, 2009

Abaikan entry ini

Pernah tak rasa mcm nak shut offkan diri dari manusia-manusia di planet bumi ini?
Rasa mcm nak tutup blog *kalau ada blog lah kan*, supaya apa yang kita rasa kita simpan sendiri.
Rasa mcm tammo guna handfon, supaya orang tatau kita kat mana and sedang buat apa.
Rasa mcm tammo guna YM, sebab tatau nak sembang apa dengan orang.
Rasa mcm tammo jumpa orang-orang yang rapat dengan kita, sebab kita tak mahu dipedulikan.
Pernah tak eh?
Ini soalan, sila jangan speku.
Sindrom PMS kah? - bila tudung pagi tadi pasola *lipatan* tak jadi, tudung kena marah? Penat okeh tiup2, sampai lenguh mulut!

Thursday, March 5, 2009

Mimpi

Terbaca entry mimpi Kak Delinn. Kak Delinn mimpi sedang berada di US! Wah, envy Kak Delinn sbb mimipi yang indah2..hehehe

Beberapa hari lepas saya mimpi dapat sms.
Sms dari kawan yang bernama Goku *nama yang tak berapa nama sebenar*.
Nama Goku terpapar di skrin telefon.
Goku sms tanya saya pasal karies gigi yang saya hidapi dalam mimpi.
'Mcmana karies gigi u? dah ok?'
Dalam mimpi tu saya dan Goku semakin renggang, tapi sebab karies gigi, hubungan jadi rapat.
Saya berdoa.
Semoga saya tak dapat karies gigi.

Mimpi

Terbaca entry mimpi Kak Delinn. Kak Delinn mimpi sedang berada di US! Wah, envy Kak Delinn sbb mimipi yang indah2..hehehe

Beberapa hari lepas saya mimpi dapat sms.
Sms dari kawan yang bernama Goku *nama yang tak berapa nama sebenar*.
Nama Goku terpapar di skrin telefon.
Goku sms tanya saya pasal karies gigi yang saya hidapi dalam mimpi.
'Mcmana karies gigi u? dah ok?'
Dalam mimpi tu saya dan Goku semakin renggang, tapi sebab karies gigi, hubungan jadi rapat.
Saya berdoa.
Semoga saya tak dapat karies gigi.

Wednesday, March 4, 2009

Tolong abaikan apa yang tak perlu

'Saya susah-susah pergi oversea belajar teknik ni, takkan senang-senang je nak ajar u? Saya sorang je kat Malaysia yang tau teknik nih'

Dan hari ini kenangan silam menerjah-nerjah, meninggalkan kesan pedih dalam hati.
Oh, inilah kehidupan.
Tak perlu ambil hati berlebihan.
Ilmu Allah itu amat luas.
Jangan berhenti mencari.
Jangan patah semangat.
Mungkin Allah tak mahu kita terlalu bergantung pada manusia lain.
Atau mahu kita meneroka perkara yang lain.
Mungkin.
Saya perlu belajar mengabaikan apa yang tak perlu.
Ada sesiapa mahu buka kelas tusyen percuma?

Tuesday, March 3, 2009

Dialog mereka

Malam semalam tak boleh tido. Kesannya, mengantuk di awal pagi. Awal2 pagi pulak dah kena keluar rumah, pergi ke opis lama utk join miting dan ala2 workshop pengenalpastian kekutu dan cecacing. Sangat teruja bila jumpa kawan2 lama - terus hilang mengantuk! Then, Ude pulak ajak keluar lepas habis opis hour. Sangat ceria dan bertenaga bila bersembang..tapi bila jejak je kaki ke halaman umah, mcm kuasa semua disedut..Sangat-sangat penat. Ntah apa yang dipenatkan..
Tapi hilang penat sekejap bila dengar dialog mak ngan adik2

1 - Mak : kamu buat apa tadi? rumah mcm tak dikemas je.
Adik 1: menyapu spjg hari... *dgr pon dah tau auta kan?*
Mak: Ye ke? mak tgk samaaaaa je.
Adik 1: betul mak, kalau tak caya tanya Putih.
Mak: Sebab Putih tu tokleh bercakapla kamu berani cakap mcm tu kan? Kalau Putih boleh bercakap mesti kamu tak cakap mcm ni kan?
Adik 1: Erk....hehehe

2 - Mak : Kamu dah buat homework?
Adik 2: Sakit lidah
Mak: Buat homework guna lidah ke?
Adik 2: Ok....nak buatla nih..

Hakhak

Arashi Believe

Especially dedicated to Kinah and Dayah *cik gee, kalau awak baca nih suh depa masuk blog ini..sebab clip yang dinanti dah direlease!*



lalalalallalalalalal *lap idung darah*

Kinah & Dayah;

Sho semakin comels...rambut dia sangat kiut miut. Dan dia sentiasa howt bila rap!
Nino makin smat *adik cakap dia ada iras Awal*
Ohno/Riida makin howt.
Aiba makin sweet juger.
Jun menten gitu lah..No komen *hahahahah* - tak suka rambut Jun!

Monday, March 2, 2009

Silap jangkaan

Ini entry pasal silap jangkaan.

1. Bila singgah opis lama tadi, suddenly rerakan mintak itu dan ini yang semuanya berada dalam laptop. Depa assume saya bawak laptop, tu sebab depa hanya request bila saya dah sampai Ipoh. Susah jugak assume2 ni kan? Balik tak bawak laptop dah jadik satu hal. Mcm hilang sebelah tangan. Benda yang patutnya boleh diselesaikan a.s.a.p. tergendala. Kalau depa inform awal2 mingu lepas, at least dokumen2 tu saya leh save dlm pendrive or send to their emails. Eh, dah tak boleh berkalau-kalau..benda dah jadik.

2. Univ suka suki tukar nama specified area, dr animal science ke rural science *oh, apekah?*. Saya apply animal science tapi dalam offer letter tak dinyatakan. Bila kp*t tanya saya informlah animal science, assuming kita akan dapat apa yg kita mintak..Tetiba hari nih dalam surat untuk buat visa dinyatakan pula 'rural science'. Kesannya, saya kena mintak surat baru dari kp*t dikeluarkan. Mebi kena turun pjaya lagik..hukhuk. *alang, will call u..muahaha* Tapi sekarang dah email sv, nak tanya apa sebenarnya specified area. Kalau binatang, cakap binatang, kalau pedalaman, cakap pedalaman..hehe. Tergendala proses selanjutnya. Padah sebab assume sesuka hati.

3. Menyakat dan mengusik org, kena berpada-pada. Ada orang boleh terima gurauan to a certain level yg kita tak sangka. Mungkin too low, mgkin too high. We need to be alert. Kita takleh assume kawan rapat kita boleh terima semua gurauan kita sebab dia rapat dgn kita. Yer, dia juga ada sensitiviti. Walau dia nampak berjiwa sangat kental dan gagah perkasa, hakikatnya dia berjiwa halus. *nasihat untuk diri sendiri*

4. Melihat kawan yang cepat membuat kesimpulan dan assumption dan mengambil tindakan berlandaskan emosi semata, saya rasa saya melihat diri saya sendiri. Saya cepat assume orang marah ngan saya, assume orang benci dengan saya, rimas dengan sms dan call saya. Hey, we need to grow up girl! Dan saya nampak kesannya. Orang keliling menjadi penat dan malas nak amik pot. Kita kena berhenti membuat assumption yang tak perlu. Kena belajar abaikan apa yang tak penting. Susah, tapi berbaloi. Kita sudah besar, kena buat semua untuk diri sendiri. Sampai bila kita boleh lari dari masalah? Ini bukan isu 'terlalu baik dengan orang', tetapi isu 'berfikir dengan matang'. Kena kena buat untuk diri sendiri. Kena abaikan apa yang tak perlu.

Benda yang tak diduga

Kebelakangan ini banyak betul benda yang tak diduga berlaku. Salah satunya ketika melepak depan tivi rumah opah pagi tadi.

Opah: Best lagu nih. Lagu bola *sambil menghirup kopi dari mug*
Saya: Ha? *sambil membuat muka sentap*
Opah: Lagu ni best. Kumpulan Meet Uncle Hussain kan?
Saya: Haah. *tatau nak respon apa - masih muka sentap, rasanya lah*

Pergh, tak sangka plak opah suka lagu MUH - Lagu Untukmu. Rupanya jadi lagu tema rancangan apa tah pagi Ahad. Rancangan pasal latih-latih pemain bola.

Dan untuk benda-benda tak diduga yang lain *yg tak berapa best*....saya harap semua akan ok..Amin.