Sunday, February 15, 2009

Tag dari FB Kak Yan

Malas nak buat kat FB, lagi selesa buat kat sini..

Random 25 facts about me

1 - Anak sulung sekarang. Kalau arwah kakak masih hidup, saya jadi anak num 2. Bila rasa tak mampu jadi kakak yg baik selalu akan teringat kat arwah kakak, walau tak sempat berjumpa. Sangat teringin ada adik beradik pompuan untuk bermanja dan kesat hidung darah bersama2.

2 - Mempunyai 4 orang adik lelaki sangat mengujakan sebab mereka hensem matang dan bertanggungjawab. Saya kakak yang gagal tapi saya sayang mereka. Tapi saya tak reti nak zahirkan. Itu kegagalan yg paling nyata.

3 - Dari kecil hingga universiti, sentiasa bergelumang dgn kawan2 ayah. Maka, setiap gerak geri gasing sentiasa diperhatikan dan pada masa itu sangat menensenkan. Dipangkah oleh timbalan dekan sebab dia perasan saya tak masuk kuliah dia, walau tak amik kdtgn. Sangat stress dan terasa mcm artis. Tapi sekarang saya sudah ok, sebab saya dah ada kemampuan sendiri. Sendiri yg over2 pulak nak jumpa kawan2 ayah..muahaha

4 - Rabun jauh dari tingkatan 1. Tapi saya sangat tak suka pakai spek. Selain merimaskan, masih terngiang2 di telinga junior kata muka saya macam tikus mondok. Sampai skrg, hanya akan pakai bila attend seminar atau presentation sahaja. Dalam pada rabun ni pon sakan dok perati orang, lebih baik la rabun kan..terjaga sikit pandangan..huahua.

5 - Sangat penakut. Selain takut hantu, takut juga bawak kereta. Hari tuh bawak, hancur berkecai tembok umah orang dan terus pecah tayar dan bengkok rim. Terus balik umah jalan kaki..ahaha. *mcm main bumper car je gayanya kan* Tak bawak dah.

6 - Kesan tgk cerita IT, sangat takut bila jumpa clown. Siap leh berpeluh2 dan air mata bergenang. Sekarang dah ok sikit, walau degup jantung masih kencang. Sapa la yg wujudkan watak badut nih. Menakutkan!

7 - Sangat suka hangout dengan pondan terkawal dan lelaki lembut sebab derang tak kontrol macho dan sangat berterus terang.

8 - Bila PMS saya akan berubah menjadi raksasa betina yg sangat menakutkan dan menjengkelkan!

9 - Tok Wan dtg dr India tapi saya langsung tak reti baca tulisan india. Cakap tamil pon tak reti..Sempat belajar perkataan2 tertentu sahaja. Tapi I Love You reti..ahahaha

10 - Tak minat memasak. Sangat tak minat. Kalau saya minat memasak, itu dah leh disenaraikan sebagai salah satu dalam keajaiban dijah.

11 - Sangat suka menyakat orang yang pendiam. Sangat2 suka. Kepuasan tuh.

12 - Sampai sekarang, sentiasa ke mana2 dengan inhaler. Even skrg sangat jarang guna *alhamdulillah* tapi saya rasa selamat kalau bersamanya. Kalau masa sekolah dulu, saya akan tidur pegang inhaler..

13 - Masa kecik, bila kena marah selalu terpikir kebarangkalian saya nih anak angkat. Wah, pengaruh tv pada kanak2 sangat buruk kan? Lepas tuh bila dihantar masuk asrama, terasa mcm tak disayangi. Phase tuh sangat mengerikan. Berubah menjadi rebellious seperti org kerasukan syaitan. huhuhuhuhuhu.

14 - Sangat tak suka org yang gopoh gapah, sbb saya akan jadik lagi gelabah dan kelam kabut. Sangat senang dok ngan orang2 yang cool dan perasan cool.haha

15 - Pernah diperkenalkan dengan sorg lelaki dan perkawanan hanya bertahan selama 20 jam saje. Dia kata saya kerek. Ye kot. Kerek dengan orang2 yang tak dikenali. Eh, bukan kerek kot *lepas berpikir*, tapi nebes tahap gaban, sampai jadik kerek. ahaha.

16 - Mesti kena makan nasik. Kalau sehari tak jumpa nasik, leh menggigil.

17 - Sangat cepat marah. Tapi cepat sejuk. Kalau saya tengah geram, mengomel dan membebel tentang sesuatu dengan kelajuan 120kmh, sila pekak kan telinga atau gelakkan. Lepas 10 minit saya akan ok. Kalau memarahi time saya membebel, saya biasanya akan sentap dan menangis.*jeling adik ikan*. Sebab saya juga sangat2 sensitip.

18 - Pernah tolong kawan bisnes jual pendrive. Masa tuh harga yg kami beli 110 rasanya. Paling mahal kami jual RM115. Tak amik kita kos minyak, tol sebab angkut barang dari kampus lain. Huh, sangat tak reti bisnes sebab matematik kantoi..hahahahaha.

19 - Suka perasan masih muda. Bila kawan2 ckp pasal anak *anak kucing, anak mata, anak tekak, anak rambut tak kira ye* dan suami, baru sedar yang diri ini dah tua dewasa. Mebi sebab belajar tak habis2, so perasan mcm student undergrad yg berusia 21 tahun..muahahaha..Padahal kedut2 kat mata dah obvious!

20 - Suara saya agak besar dan garau. Dituduh berhalkum. Dari sekolah menengah menjadi bahan tawa dan ejekan lelaki sekolah 'sebelah'. Tapi sekarang dah kurang garau, kesan latihan vokal yang berterusan.hahaha.

21 - Kalau depress saya akan kurang bercakap dan banyak tido. Kalau tensen luar kawal saya akan potong rambut sendiri depan cermin dan akan kol bestpren saya walaupun dia di hujung dunia. Dulu suka tutup blog. Skarang tidak lagi sebab sudah semakin gigih mengawal depression dgn bantuan kalian...Kalau nak ptg rambut pon gi kedai. haha

22 - Saya masih baik dengan pakwe masa darjah 3. Oh, semua itu hanya cinta monyet *gelakkan diri sendiri*. Diceraikan dengan talak 3 masa form 3 dan terus repot kat mak. Mak hanya gelak.

23 - Stage fright yg sangat mengerikan. Sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya. Kesannya ahli keluarga dan org tersayang tak dibenarkan melihat sebarang pertandingan/persembahan sejak masuk sekolah menengah. Rasa mcm nak pengsan atas stage..haha..Over kan?

24 - Akan berpaut pada lengan/pegang tangan kawan kalau keluar bersama. Sebab confirm akan hilang sbb selalu akan jalan ikut kaki melangkah, menonong je.. bukan ikut otak.

25 -Senang masuk dalam alam fantasi, tapi tak kronik mcm cik tomato. Baru ni masa tengah sembang kat ym leh berangan nak tubuhkan univ sendiri mcm accepted. huhuhuhuhh

Malas nak tag org..kang kena marah..hehe

3 comments:

  1. masih terus perhatikan kamu..sb kamu singel..sungguh ngeri bace yg no.8 tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. Dijah,

    kamu ni sangat best! kelakar and sweet...by the way, apakah santeks itu? hahahahha, dont tell me that it is cantik coz i'm far from it! *wink wink*

    5 -Sangat penakut...sangat sama ngan akak, urghhh, i'm afraid of many things....:D...kalau kamu takot badut, akak sangat takut buaya! urghh!

    ReplyDelete
  3. Anon - sila perhatikan, tak kena bayar satu sen pon.haha

    Kak Nur - santek = cantik + comel. Sebab cara pronouciationnya sungguh comel.ahaha
    Kak, perlu takut pada buaya, especially buaya darat..muahaha

    ReplyDelete