Thursday, February 5, 2009

Melontar ke longkang

Semalam main boling.
Dek kerana dah laaaaaaama tak main, decided utk pektis suka2. Prektis bersama Qila, Kak Faizah, Cik Gee dan Cik Pensyarah sangat mengujakan dan penuh gelak ketawa. Walaupun bola tercampak sebelum digolek atas lane, masuk longkang *banyaknya tak terkira* dan foul juga sebab pijak line. Note: kesemua yg dinyatakan adalah kesalahan yg saya lakukan..huhu..teruk kan? Haish, seram sejuk dibuatnya. Macam akan membusukkan nama jabatan je. Sib bek Kak Lynn pon masuk dan bgtau team kitorg dok lane sebelah2. Dan kami berpakat untuk bersorak bila bola masuk longkang. Terasa bersemangat sebab dapat merasakan sorakan gemuruh akan kuterima.

1 - Pertemuan pertama kali dengan Nicky n Angloko. Angloko melantik diri sendiri menjadi personal coach - memberi nasihat tentang lontaran, keayuan dan pendarahan hidung...ahahaha.

2 - Adik ikan demam mengada2 + merajuk = tak datang. Suppose menjadi pom2 bersama cik pensyarah dan kak zieyla. Semangat betul pom2 girls bersorak dan berposing. Gambar korang lagi manyak dari orang yang main. Over hokehhhhhh!! *mode dengki*

3 - Tipah tetipu! Semua yg cakap tak reti main rupanya pandai main. Nicky, aku mmg tau dah ko terer..siap gelakkan aku ye! Orang lane sebelah yg kununnya tak reti main - En. Rizuan n En. Mazrul siap strike banyak kali dengan penuh gaya. Di lane saya, Wak yg masuk ganti bos last menet telah menggerunkan team senirik. Tetiba dapat aura bebola naga. Kegagahannya telah terbukti...ada yg hidung darah? ahaha

4 - Team bio yg pompuan semua mcm aura awan hitam berkepul-kepul atas kepala. Mama yg kehilangan mejik touch, saya yg bola asik masuk longkang *gara2 personal coach pegi cuci mata tgk team lain main!*, Qila yg kurang aura ratu lepas 'aura cinta' tiada di sebelah dan Kak Lynn yg bagai disedut kuasanya oleh org team dia..hihihi.

Fakta bukan auta

1 - Baru tau 'SMALL, MEDIUM' yg tertulis atas bola adalah saiz lubang untuk jari. Helo, I ingat itu saiz bola!! Bukan salah I la kan bola masuk longkang selalu. Mebi sebab jari jemari I sakit..hihi

2 - Personal coach salu cakap 'Leret bola, jangan lempar!. Tengok mcm Qilah..dia leret..'. Berusaha menjadi anak murid yg taat. Cuba meleret bola, dan kesannya menjadi peserta etnik kreatif di alley dengan kelajuan hanya 10km/h! Terseksa jiwa raga semua org menunggu bola bergolek ke hujung lane.ahaha

3 - Sebab tak reti leret bola, I campak je ke lane. Bunyik macam nangka busuk. Tapi bila kena pin *time tak masuk longkang*, bunyi tak kedengaran. Pin jatuh dengan ayu sekali. Alahai..lemah betul!

3 - Kasut saiz 5 besar sangat. Saiz 4 agak sempit. Sakit jari jemari. Tu sebab I takleh perform. I sesuai saiz 4.75 kot. hihih.

Updated:
Total score Team BIO 1 - 1314 (Team Kak Lynn)
BIO 2 - 1044 (Team saya n Qila)
Yang penting, we enjoyed!!

Link untuk cerita bowling

Kak Lynn
Kak Zieyla
Qila
Nik

13 comments:

  1. sgt2 enjoy..walaupun mengalami keruntuHan dinding rahim(ooppss!)...

    ReplyDelete
  2. aku rasa sementara nk tgu bola ang sampai ke hujung lane tu, sempat la aku mkn megi goreng sepinggan! haha... (sori beb, aku mmg suka mengata org sbb aku xreti main..jd aku dengki! hahaha...)

    ReplyDelete
  3. vermilion - yer, enjoy bergambar ye kak? hihi

    as - aku tau hang memang dengki. NNti aku bgtau KJ kalau ada game lagi suh hang main..bluwekkk

    ReplyDelete
  4. i'm speechless..

    hanya gelak kedengaran semasa membaca entry ini..

    ReplyDelete
  5. again..

    baru selesai baca ayat terakhir

    masih menyeka air mata yang keluar
    nasib baik diafragma tidak mengecut dengan maksimum!

    ReplyDelete
  6. hep! hep! tokleh over. kena menten ayu menjelang haru bahagiamu. ayu mcm leret bola semalam..etnik kretip okeh..haha

    ReplyDelete
  7. fakta bukan auta, no 2 sgt menggelikan hati.

    tp score grup acu seribu lebih. mantopppppp

    :)

    ReplyDelete
  8. hahahaha... sakit ginjal ketawa...
    pembetulan fakta hokeyy...
    pertemuan ngan angloko adalah kali kedua... u da lupe kah kita pernah berjupe sblum ni... hahhh... cube ingt blk....;p

    ReplyDelete
  9. klakarnyaa akak ni...xpela kak..longkang pun still lg ok..lontar kebelakang tu yg parah...dari analisis yg dibuat oleh pakar2 lontaran jamrah,mereka mnyatakn bhw...akak boleh ganti shalin zulkifli..tahniah..(nk larikkk ktner ni ek)

    ReplyDelete
  10. ayang - seribu tuh 3 games..doh, sangat gagal rasanya..acu hanya menyumbang ke arah kelongkangan. ahaha.

    angloko - setakat berkenalan masa ko dalam keter dan i sedang kontrol cun, tu tak dikira pertemuan pertama hokeh. kali nih baru pertemuan serampang 2 mata, 4 lubang idung *yang hampir darah*. kan?

    nik - ohho, ko keji aku ye? shalin ye? siap ko nik...siap koooooooo!!

    ReplyDelete
  11. hidung hampir berdarah sbb terkesima ngan kekuatan wak salam ke? atau anak ikan duk kacau je... hahaha... ;p... tp u suke kn ank ikan duk kacau u kn... hahaha...;p... i nampak riak2 muke happy time ank ikan tu duk kacau u... hahhaha...;p

    ReplyDelete
  12. Haiyoh Angah, haruslah darah tgk santana...ahahaha

    ReplyDelete
  13. terhibur rasanya baca n3 ni..hahaha..(gelak golek2)

    ReplyDelete