Monday, February 23, 2009

Puas!

Banyak benda yang saya lakukan memberikan rasa nyaman dan bahagia.
Gembira.
Tapi bila saya rasakan benda itu akan memudaratkan, saya cuba berhenti lakukannya.
Mula-mula memang susah.
Lama-lama akan ok.
Tapi, saya hanya manusia biasa.
Manusia yang lemah.
Yang punya nafsu dan keinginan.
Minggu lepas dan minggu ini, saya tak mampu menahan nafsu yang membuak-buak.
Tewas dengan diri sendiri.
Banyak benda yang saya menahan diri dari lakukannya.
Saya lakukan juga demi rasa lega, bahagia dan puas.
Walau saya tahu kesannya menyakitkan.
Sangat menyakitkan.
Salah satu daripadanya adalah makan budu.
Budu sangat sedap.
Saya tahu kesan dan akibatnya bila makan budu - mungkin akan gatal hidung dan bersin sampai nak tercabut hidung.
Atau jerawat berkampung beramai-ramai di atas muka dengan jayanya.
Tapi saya tak kisah dah.
Sebab saya tahu 'makan budu' itu yang saya mahu.
Dan saya tahu itulah yang membuatkan saya rasa puas dan lega.
No pain, no gain kan? hiks

*akademia, sila jangan cerca saya dengan penyalahgunaan no pain no gain di atas*..ahah

4 comments:

  1. Atau jerawat berkampung beramai-ramai di atas muka dengan jayanya..

    ~~ erkkkkk.....

    ReplyDelete
  2. eleh, ko komen setakat kopi pes je entry pastu boh simbol cacing2 tu, pastu taip je 'erk' kan?
    wah, bahagianya hidup.
    pastu suh org komen panjang2 kat blog dia kan?
    ewah, ewah..banyak cantik!

    *tetiba emo kan*

    ReplyDelete
  3. kiranya x moh menghadapi colonization jerawat dan natijah2 lainnyer... pegi laa cari anti-histamin yg akak skang declare sbg shbt akak selepas panadol dan tiger balm... hehehehe

    ReplyDelete
  4. seriously kak?
    malas betul tau nak amik-amik ubat ni.
    Panadol manstrual pon saya amik bila rasa mmg nak tercabut perut..huhuhu

    ps: clarinase ke kak?

    ReplyDelete