Friday, February 27, 2009

Hikmah

Ini entry yg dah dikarang awal-awal. Dan dijadualkan untuk publish pada pagi Jumaat. Semasa anda-anda membaca entry ini, saya mungkin;
  • Sedang terkocoh-kocoh ke putrajaya.
  • Sesat dan sedang membuat muka kesian, kot-kot ada org yang nak tolong.
  • Dah selesai urusan dan sedang mencari rakan gossip *jeling kak yan penuh makna*.
  • Sedang bertolak balik Ipoh, sambil layan2 fantasi dalam bas.
  • Tengah tidur dengan nyenyak di rumah.
  • Sedang melakukan benda yang kurang berfaedah.
Ok, saya dah mula merepek.

Hakikatnya, saya tatau nak tulis apa. Aura gelap dapat dikesan pada kawan-kawan sebilik di sini. And how I wish I can help them. Sedih ok bila awan gelap berkepul-kepul. *sigh* Saya pernah melaluinya tahun lepas, dan saya rasakan adalah lebih baik orang keliling *tunjuk kat diri sendiri juga* kurangkan bercakap dan mengomen mahupun bertanya. Sampai masanya, kamu kamu dan kamu akan beroleh kekuatan yang di luar jangka, dan saya doakan agar Allah berikan jalan yang terbaik buat kita semua.

Kak Delinn, ingat tak..kita penah rasa semua orang tak paham kita?
Kita rasakan semua tak adil?
Kita rasakan kita sangat gagal?
Kita rasa tertipu.
Rasa mcm nak bakar opis tertentu?
Kita tammo dengar nama orang tertentu?
Kita rasakan kita hanya akan kuat bila bercakap berdua lama2 dalam tepon dengan penuh semangat?
Kita buat sesi luahan perasaan ala2 press conference kat kedai tanpa nama dengan Kak Dor dan Abang S?
Kamu kamu dan kamu semua lebih kuat dari saya setahun lepas.
Sungguh!
Kamu masih boleh layan klip2 Arashi dengan semangat. Dulu saya hanya menangis peluk bantal.
Kamu masih boleh mendengar luahan hati saya. Dulu saya tammo bercakap dengan orang.
Kamu masih boleh tersenyum. Dulu saya hanya akan masam dan sedih.
Maka saya rasakan, kamu kamu dan kamu sangat kuat.
Saya yakin, kamu semua akan jadi pendidik yang di hormati.
Ingat, semua yang ditakdirkan ada hikmahnya.
Macam kepulangan saya ke Ipoh seminggu, hikmahnya adalah supaya kamu kamu semua mendapat ketenangan.
Tanpa gangguan saya dan semestinya adik ikan...ahaks.
Take care!
Jangan rindu I tauuuuuuuuuuuuu...
Jangan rinduuuuuu...
Jangan rindu tauuuuuuuu...
hikhik

6 comments:

  1. acu, take care! ayg pun sedang ade awan kepul berwarna itam mengekori..satgi nk berjemur bwh matahari bg awan2 itu tersejat dan ilang..(tersejatkah nama proses itu?)

    di ipoh sila rebut tenet n updet ekkkk..

    :)

    ReplyDelete
  2. Semasa 'saya' membaca entry ini, 'anda' mungkin;

    Bullet point no 3!

    -Dah selesai urusan dan sedang mencari rakan gossip *jeling kak yan penuh makna*.

    tadi Kak Khalid cakap dah jumpa Puan Naimah. Agaknya tengah mencari rakan-rakan gosip kot:D

    ReplyDelete
  3. betul dijah. syukur dijah dah selesai. happyyyy utk dijah! :-)

    ReplyDelete
  4. ا ڬيرل تيللس اللFebruary 27, 2009 at 3:49 PM

    oh.. ini dijah.. :)

    ReplyDelete
  5. tak semua awal hitam bekepul2 petanda ribut...kdg2 dia adalah hujan rahmat :D

    take care!! & all d best!

    ReplyDelete
  6. Ayang, ye kot tersejat..hehehe..Ayang, buat tarian halau awan..ahaha

    Am, haha..betul2. Wah, pantasnya update pasal Puan Naimah!

    Kak Delinn, doakan..banyak step lagi nih..akak pon kena smangat tau!

    Schafyzcha El Yahiya, yer saya dijah..mereka pun dijah *merujuk kepada wanita-wanita yang bernama khadijah* :)

    Wan, nice one! analogi yang best!

    ReplyDelete