Thursday, February 19, 2009

Fantasi lagi

Baru lepas habis meeting.
Bincang pasal penawaran kursus baru tahun 2015 nnti.
And tergatal mulut suggest subjek kegemaran saya dan cik pensyarah sebagai elektif - Para*sitology.
Yelah, masa tu semua dok konpius2 subjek apa lagi nak tambah utk elektif mikrob...So, terkeluarlah idea itu.
Kerana pulut, santan binasa kan? Kerana mulut, badan tak berapa binasa lah dalam kes nih. Cuma minda sedikit mereng sebab tak pernah ajar lecture. So, tak reti nak rangka. Cik pensyarah, I need your expertise dalam menda alah ini..
Ok, itu realiti.

Ini fantasinya.
Kalaulah saya mengajar kat univ mcm citer accepted tu *kos sesuka hati*, saya akan mintak ajar 2 subjek saje.

1 - Bercakap Tanpa Henti - BTH101
Sinopsis kursus - Kos ini ditawarkan untuk wanita2 yang kurang bercakap *jeling dayah* yang ingin mengasah bakat dalam bidang percakapan tanpa henti. Kelas ini akan ditawarkan setiap semester jika pada semester itu tiada bulan Ramadhan. Kelas akan dijalankan selama 4 jam seminggu dan setiap kali kelas, semua orang akan dilatih bercakap tanpa henti. Kelas ini akan melengkapi pelajar dengan skill membela diri dan meluahkan perasaan dengan gigih sekali. Ini akan membolehkan masyarakat keliling lebih memahami kehendak pelajar dan ini merupakan satu skil pertahanan diri dari dibuli lelaki *jeling zakaria* dan juga satu skil terapi.
Keburukan - kelas akan menjadi huru hara sebab semua orang sibuk nak bercakap. Dunia akan tidak aman lagi, dan para lelaki akan ramai sakit jiwa. Semua sibuk nak bercakap, sapa nak mendengar, kan?

2 - PMS Survival - PMS 101
Sinopsis kursus - Kos ini ditawarkan untuk lelaki yang ingin memahami wanita dengan lebih mendalam. Kelas ini hanya ditawarkan setiap semester, selagi tenaga pengajar tak kawin, namun kelas hanya akan diadakan pada hari PMS menyerang tenaga pengajar. Pelajar boleh melakukan apa saja di dalam kelas namun terpaksa pasrah dengan tindakan2 yang bakal dikenakan oleh tenaga pengajar. Pelajar perlu menganalisa kesan PMS terhadap tenaga pengajar wanita dan perlu tahu cara untuk survive. Survive kelas ini di penghujung semester merupakan satu kejayaan.
Keburukan - Pelajar mungkin tak sanggup habiskan semester.

Okes, ini memang karut. Tapi kalau saya kena ajar dedua kelas nih, kertas kerja boleh disiapkan on the spot! ahah

Kembali ke realiti.
Nak cari idea pasal proposal subjek.
Buat-buatSemangat!

11 comments:

  1. beb! aku akan tlg bg idea jerkk..
    segala sinopsis, kira2 kredit, LO, subtopik & segala mcm yg memeningkan kpla itu..harap beres sblm dirimu berangkat...klu tidak..kau tau la sapa yg akan menanggung sengsara ituh..whuaaaaa

    ReplyDelete
  2. baik bos. Aku cuba...aku kena siapkan by early bulan 3, bos besau nak nengok. nnti aku tunjuk kat hang..

    ReplyDelete
  3. hee :D pantas...buAt entry nie...sejurus selepas meetiNg ituuu :p

    ReplyDelete
  4. kekeekkeek memang mengarut! hahaahha

    ReplyDelete
  5. acu
    sudah mahu terbang, bakal ajar sabjek baru lg? (ayg lmbt pikap, sila huraikn lebih lanjut)

    ayg selaku masih seorng pelajar, cadangkan jgn tmbh dh ape2 sabjek. siann pelajar. hahaha

    kalo tambah gak, sila kurang2kan unit. unit sabjek br dan juga unit sabjek2 killer yg menyesakkan dader.

    timacih cikgu! :)

    ReplyDelete
  6. Hahahhah!

    sangat kelakar! nak masuk kelas for the second subject tuh...tapi confuse, patut kah aku yang jadi student or lecturer? ahahhahahahah!

    ReplyDelete
  7. BTH101, mungkin saya tak brapa excel la. Tapi rasanya kalo saya masuk PMS101, bleh jadi teacher's pet nih. Ahaks

    ReplyDelete
  8. ekceli i have the same thought before, yg psl PMS tuh...hahaha, i told Tra, PMS course should be included in Kursus Kawin...

    but your idea is way better!!! hahahaha...

    **tgh siap2kan resume for your consideration, coz i think i can be a good demonstrator for that class**

    ReplyDelete
  9. erkkk..saye nk jd lecterer jemputan utk 1st subjek. 2nd subjek plak ...erkkkkk..!!!!

    ReplyDelete
  10. tuk klas 1 - gue leh leh jd pendengar&pelajar..sb gue tak byk cakap..

    klas 2 - klu gue gagal tuk jd pelajar yg bejaya ( tuk cakap lebih dr yg patut )gue leh masuk klas ni..sb gue leh pekak kan telinga ajer..malas nak layan minah yg tgh gigil pasal PMS : D

    ReplyDelete