Tuesday, September 30, 2008

Jejak kasih

Jenuh menggodek2 friendster, juga bertanya pada encik gugel yang hensems. Dalam proses mencari kawan baik yang terpisah sejak dia bergraduasi. Kawan yang selalu ada ketika saya susah, yang sentiasa bersama ketika gembira. Saya hampa, masih tak berjaya menjejakinya. Sudah berbulan2 diiklankan di friendster via shoutout. Gambar tiada dalam simpanan untuk ditampal mahupun diiklankan di surat khabar. Maklumlah, dulu saya tiada kamera! *oh, sekarang pon tiada kamera..hehe*

Namanya Siti Nurbayyeti Ahmad Salleh *ejaan nama juga saya kurang pasti kerana namanya begitu unik*
Nama glemernya Betty.
Belajar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, jurusan Pengurusan.
Graduasi tahun 2004.
Semasa di USM menjadi penghuni Desasiwa Bakti.
Berasal dari Johor.
Orangnya kreatif, sungguh kreatif!
Email lamanya: orangkampung_y2k@yahoo.com

Impian saya sebelum tahun baru 2009, semoga saya dapat berhubung kembali. Betty, banyaknya benda nak diceritakan!

Kalau sesiapa ada 'jalan', bgtau lah ye?

Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran



Lab report bertimbun-timbun,
Sakit mata hati tersiksa,
Minta maaf minta ampun,
Tersalah laku terkasar bahasa.
[Cilok dr Kak Yati]

Salam lebaran ikhlas dari dijahsaad =)


Sunday, September 28, 2008

Tag dari Alang

Membuat tag malam hari

First Name - Khadijah *tiada Siti Mahupun Nur yer....*
Nickname (s) - Dijah, Tijah, Kat, Di, Jah, Dija, Deja, Cik Jah, Kak Jah, Kak Ijah, Kak Dijah..pergh..banyaknya nama
Birthday - 8 Julai *Sama dengan Rashid Sidek*
Birthplace - Hospital
Time of Birth - tatau. pagi rasanya *esok nak tanya mak*
Zodiac sign - Cancer

–This or That–
Flower or Chocolate - Mode lapor: cokelat. Mode jiwang: bunga.
Pepsi or Coke - Pepsi. *Coke tajam sangat*
Pop or Rock - Mode buat kerja: Pop. Mode tensi: Rock.
Relationship or One Night Stand - Apekah? Opkos relationsheep.
School or Work - Skolah. Tak banyak masalah negara nak pikir.
Love or Money - Kasih sayang diterima. Duit yang dicari senirik.
Movies or Music -Musik! Tak cukup masa nak tgk movies =(
Country or City - Country. Bela bebiri di ladang yang luas sambil mengembala naik kuda..Dekat dengan tepi sungai yang jernih ditemani kekura yang comel. weeeeee.
Sunny days or Rainy days - Sunny waktu basuh baju, rainy waktu nak tido..kekekeke!
Friends or Family - Opkos dedua.. Forever.

Have you ever;
Lied - Pernah. Sama seperti Alang: bila takut dimarah.
Smoked - Tidak.
Broke someone’s heart - Pernah. *no komen*
Had your heart broken - Pernah *balasan tuhan sebab jwpn di atas*
Wish you were a prince/princess - Pernah, masa kecik. Sebab teringin pakai tiara. kekkeke =p
Liked someone who was taken - Pernah. Tapi simpan dalam hati..
Shaved your head - Tak pernah. Rasanya masa kecil pun tiada cukur jambul.
Been in love - Pernah. Seawal darjah satu.kekek
Used chopsticks - Pernah, tapi terkial2.
Sang in the mirror to yourself - Pernah, sebab nak tengok susunan gigi.

–Favorites–
Flower - Ros
Candy - lollipop=candy?
Scent - Tak pakai, sebab dulu selalu bergelumang dgn kamben.
Color - Pink!
Musical Instrument - Kompang..kekeke. Tapi suka tgk org main gitar kapak.
Movie - The latest yang best: L change the world.
Actor/Actress - Yamapi
Junk food - Asam
Animal - Semua yang berbulu, dan juga kekura.
Ever cried over someone - Pernah
Is there anything you wish you could change about yourself - Sikap dalaman. Semoga lebih sabar, relax dan tabah.
Do you think you’re attractive - Tak, tapi saya suka menarik perhatian dgn bercakap banyak dan tanpa henti. Org ditarik, bukan tertarik. kekekek
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Sleeping beauty..kekeke
Do you play any sports - Sekolah rendah, bola jaring.*sebab tak cukup player* kekeke

–List (8) random facts about yourself –
1. Kuat tido *ketagihan yang melampau*
2. Kuat berangan. Imaginasi selalunya tak terjangkau dek pikiran orang lain kecuali As. kekeke
3. Suka humming/berlalala kecil sambil buat kerja tanpa sedar. *selalu students berpaling bila trdgr, uhuk*
4. Suka sakat org yang pendiam. *students pon jadi banyak cakap sebab takut kena sakat. kak lina, saya selalu kacau dayah, kekek*
5. Anak manja ayah. Kalau tak jumpa ayah sebulan, tak dengar suara 2 minggu, akan mimpi ayah sambil nangis2. Cakap dalam fon juga akan menangis tiba2..haish.
6. Kakak yang garang. Tapi kini tidak lagi sebab adik2 semua dah menjadi lebih besar dan kuat. Bagai raksasa2 yang berkampung dalam rumah. Harus berbaik dgn mereka..kekeke.
7. Penakut. Tgk citer hantu mestilah di siang hari ketika sedara mara berkumpul beramai2. Saya juga takut bawak kereta.
8. Bila makan banyak, lemak akan terkumpul di perut dan ke bawah. Kesannya, tangan masih kurus, tapi perut membuncit!huhu

*tammo tag sesiapa*

----------
1.
ayah: 'Eh, ni ada onion chopper. Nak beli?'
saya: 'Ha? nak buat apa?'
ayah: 'Untuk kamu guna untuk masak'
saya: 'Erk..' T_T

2.
saya: 'Mak, kari nih dah naik minyak!'
adik lelaki 20 tahun: 'Apelah kakak nih, bukan naik minyak, pecah minyak!'
mak: 'Hahaha'
saya: 'Erk...'

Tag dari Alang

Membuat tag malam hari

First Name - Khadijah *tiada Siti Mahupun Nur yer....*
Nickname (s) - Dijah, Tijah, Kat, Di, Jah, Dija, Deja, Cik Jah, Kak Jah, Kak Ijah, Kak Dijah..pergh..banyaknya nama
Birthday - 8 Julai *Sama dengan Rashid Sidek*
Birthplace - Hospital
Time of Birth - tatau. pagi rasanya *esok nak tanya mak*
Zodiac sign - Cancer

–This or That–
Flower or Chocolate - Mode lapor: cokelat. Mode jiwang: bunga.
Pepsi or Coke - Pepsi. *Coke tajam sangat*
Pop or Rock - Mode buat kerja: Pop. Mode tensi: Rock.
Relationship or One Night Stand - Apekah? Opkos relationsheep.
School or Work - Skolah. Tak banyak masalah negara nak pikir.
Love or Money - Kasih sayang diterima. Duit yang dicari senirik.
Movies or Music -Musik! Tak cukup masa nak tgk movies =(
Country or City - Country. Bela bebiri di ladang yang luas sambil mengembala naik kuda..Dekat dengan tepi sungai yang jernih ditemani kekura yang comel. weeeeee.
Sunny days or Rainy days - Sunny waktu basuh baju, rainy waktu nak tido..kekekeke!
Friends or Family - Opkos dedua.. Forever.

Have you ever;
Lied - Pernah. Sama seperti Alang: bila takut dimarah.
Smoked - Tidak.
Broke someone’s heart - Pernah. *no komen*
Had your heart broken - Pernah *balasan tuhan sebab jwpn di atas*
Wish you were a prince/princess - Pernah, masa kecik. Sebab teringin pakai tiara. kekkeke =p
Liked someone who was taken - Pernah. Tapi simpan dalam hati..
Shaved your head - Tak pernah. Rasanya masa kecil pun tiada cukur jambul.
Been in love - Pernah. Seawal darjah satu.kekek
Used chopsticks - Pernah, tapi terkial2.
Sang in the mirror to yourself - Pernah, sebab nak tengok susunan gigi.

–Favorites–
Flower - Ros
Candy - lollipop=candy?
Scent - Tak pakai, sebab dulu selalu bergelumang dgn kamben.
Color - Pink!
Musical Instrument - Kompang..kekeke. Tapi suka tgk org main gitar kapak.
Movie - The latest yang best: L change the world.
Actor/Actress - Yamapi
Junk food - Asam
Animal - Semua yang berbulu, dan juga kekura.
Ever cried over someone - Pernah
Is there anything you wish you could change about yourself - Sikap dalaman. Semoga lebih sabar, relax dan tabah.
Do you think you’re attractive - Tak, tapi saya suka menarik perhatian dgn bercakap banyak dan tanpa henti. Org ditarik, bukan tertarik. kekekek
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Sleeping beauty..kekeke
Do you play any sports - Sekolah rendah, bola jaring.*sebab tak cukup player* kekeke

–List (8) random facts about yourself –
1. Kuat tido *ketagihan yang melampau*
2. Kuat berangan. Imaginasi selalunya tak terjangkau dek pikiran orang lain kecuali As. kekeke
3. Suka humming/berlalala kecil sambil buat kerja tanpa sedar. *selalu students berpaling bila trdgr, uhuk*
4. Suka sakat org yang pendiam. *students pon jadi banyak cakap sebab takut kena sakat. kak lina, saya selalu kacau dayah, kekek*
5. Anak manja ayah. Kalau tak jumpa ayah sebulan, tak dengar suara 2 minggu, akan mimpi ayah sambil nangis2. Cakap dalam fon juga akan menangis tiba2..haish.
6. Kakak yang garang. Tapi kini tidak lagi sebab adik2 semua dah menjadi lebih besar dan kuat. Bagai raksasa2 yang berkampung dalam rumah. Harus berbaik dgn mereka..kekeke.
7. Penakut. Tgk citer hantu mestilah di siang hari ketika sedara mara berkumpul beramai2. Saya juga takut bawak kereta.
8. Bila makan banyak, lemak akan terkumpul di perut dan ke bawah. Kesannya, tangan masih kurus, tapi perut membuncit!huhu

*tammo tag sesiapa*

----------
1.
ayah: 'Eh, ni ada onion chopper. Nak beli?'
saya: 'Ha? nak buat apa?'
ayah: 'Untuk kamu guna untuk masak'
saya: 'Erk..' T_T

2.
saya: 'Mak, kari nih dah naik minyak!'
adik lelaki 20 tahun: 'Apelah kakak nih, bukan naik minyak, pecah minyak!'
mak: 'Hahaha'
saya: 'Erk...'

Saturday, September 27, 2008

Sentapz

'Nanti, duit raya akak bagi ikut umur, jadi a'a dapat sikit'
'Tak aci'
'Memang mcm tuh, yang sekolah menengah dapat lebih sikit'
'Sampai hati. Bila akak dah keje, ini yang akak buat pada a'a'
'Erkk'

Friday, September 26, 2008

Berkat Ramadhan

Berkat Ramadhan,
Dia dipertemukan dengan jalan yang lebih baik. *congrats kak*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan keyakinan hati untuk mengejar cinta sejati *congrats mijie lalala*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan musibah supaya dapat berehat dan banyakkan berdoa *take care adik*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan rezeki melimpah ruah *congrats kak yam, nak duit raya!*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan kekuatan hati untuk mengharungi segalanya *miss you nee chan!*

Berkat Ramadhan
Dia diberikan jalan penyelesaian, agar dia lebih tenang mengharungi kehidupan *take care sis*

Berkat Ramadhan
Mereka dikurniakan zuriat yang sempurna, untuk mendoakan mereka kelak *congrats friends!*

Berkat Ramadhan
Mereka dikhabarkan berita gembira, tanda Allah tak pernah lupakan hambaNya.

Berkat Ramadhan
Kita diberikan nikmat yang melimpah ruah, semoga kita lebih bersyukur *minyak turun 10 sen..thehehe*

Berkat Ramadhan
Saya dianugerahkan ketenangan dan kedamaian. Gelisah dalam jiwa dapat dikawal. Alhamdulillah.

Selamat sampai

Cak!!!
Alhamdulillah, selamat sampai Ipoh dah. 0\(^_^)/0
Pagi tadi bertolak pukul 330 pagi. Bila balik ke ganu nnti musti kena soal siasat ngan jiran tetangga dek kehavocan kami pepagi buta.
Berenti sahur di tepi jalan, makan karipap ngan kopok lekor *sangat keterengganuan kan?*. Berenti Subuh kat Masjid Hadhari *ehem, ehem* dan sambung perjalanan. Niza dan Wani dok depan, saya request dok belakang sebab nak tido!haha. So, sepanjang pjlnn depa berborak sakan. Baguslah. Niza pon bersemangat waja drive sambil sembang and sambil pasang lagu raya. Langsung tak tukar driver okehhhh! Jalan lengang dan sunyi, so agak bahaya IF kereta rosak or terbabas. Alhamdulillah, takde benda jadik.*berkat ustazah bawak keta*. Balik ikut jerteh, then gua musang. Singgah membeli belah di Cameron *Best woo, sebab takde org sgt kat cameron.. Sampai rumah kul 1.20 tghri. Salut kat Niza! membawa keta ngan penuh berhati2.
Sampai umah, bergossip jap ngan mak, then tido.kekeke. Berbuka puasa ngan geng VRI kat Restoran Lksmn Chng Ho. ABC ngan Longan dia saya suker. Tapi pilihan makan dia tak banyak, mungkin sebab tu harga murah - RM19. Prem puji mushroom soup dia. Khor puji ikan bakar dia, tapi mengeji sayur dan kuey teow dia. Lauk2 dia ok gak, ada ayam masak lemak, daging kari, ayam gorang rempah, sayur campur, telur (?) dan filet ikan. Makan sambil melepaskan rindu pada kengkawan. Semoga dapat berjumpa lagi!
Oh, malam nih mataku buntang! Segar bugar sebab overdose tido. Plan esok - ke opis lamauntuk siapkan report utk esciencefund. hukks.

------

1- Tiada kad raya untukku tahun ini melainkan dari kampeni insurance! uhuks. Sib baik sis (?) Azza sudi beri di alam maya. Tenkiu!

2. Teringat : Terkantoi bila mahu mengenakan student yang nak kenakan saya dalam kelas
'Ha, tabaik tau menipu. Menipu orang ... (terdiam 2 saat), menipu pulak di bulan poser!'
tetiba sorang budak dari bench yang sama bersuara
'Kak, kantoi!Menipu orang je ke di bulan poser? Bukan menipu orang yang berpuasa la kan?'
Wah, sentap!
'Sambung experimen!' berlalu meninggalkan bench sambil kontrol cun
Oh, cepat tangkap la kan bebudak laki ni bila bab kehidupan ni. Tapi bila bab teori experimen, junuh explain 3 kali pon mata tu dok 'klip pok, klip pok'!

Thursday, September 25, 2008

Nostalgia

Nostalgia



Lagu ni dinyanyikan semula, tapi saya tetap suka yang lama. Budak taayah, ingat tak lagu2 nih? sob..sob..

Wednesday, September 24, 2008

Tadaaaaa

Ha ha ha
Plan berubah. Tak jadi balik pukul 9 pagi Khamis, atau 6 ptg Khamis, atau 3 pagi jumaat. Tapi, balik pukul 3 pagi hari khamis. Yes fellas! Plan balik kul 3 pagi satgi. Nih tengah kemas beg sambil ngapdet blog. *oh apekah* Keputusan yang dibuat dengan penuh tiba2, tapi maintain selamba. Niza berjaya dapatkan cuti. So, takde masalah lah nak balik bila. Kalau ikut plan dia nak balik jumaat pagi kul 3. Tapi sebab saya ada urusan hari jumaat, saya decide naik bas saje esok, kul 6 ptg. Tup2 Niza dapat cuti, lega..alhamdulillah.

Tadi, kelas yang sangat best. Pertamanya sebab topik eksperimen berkisar darah. Since dulu kerja kat lab bertahun2, maka agak familiar dengan topik ini. Alhamdulillah. Keduanya, 'seri' raya jelas terpancar di wajah setiap org dalam lab. Bebudak sungguh ceria. Ceria sangat dalam lab. Agaknya saya pon ada 'seri' raya, sebab bebudak dlm lab kemain manja ngan saya hari ni. Siap bersoreh2 segala. Yang best, wlaupun berseronok dalam lab, depa bersungguh2 memahamkan eksperimen.
Habis je kelas, student 2nd year dtg jumpa. Habit depa, bila dah nak submit report esok, hari ni baru dtg jumpa. Oh, saya tak ngajar depa pon, sekadar teman masa depa pi sampling. Tak banyak yang boleh tolong sebab masa yang sangat suntuk. Tak dan habis discussion, student final year pulak tepon. Adus, sesungguhnya saya lupa sebab janji nak tgk dia buat labwork. Oh, saya juga bukan main supervisor. Co pun bukan. Saya cumalah pembantu yang membantu sekadar yang termampu. Semasa menuju ke lab, Niza bgtau kata plan tukar. Balik kul 3 pagi. So, cepat2 demo kat student pastu terkocoh2 kemas2 barang.
Niza bawak gi kedai. Plan nak beli serunding - ayah ngidam. Masalahnya, sampai sana lupa hala tuju. Saya beli tudung untuk mak dan opah. Juga telekung buat sepupu yang comel seperti saya. Elok nak balik Niza tanya pasal serunding! Oh apakah?
Hatinya suci murni gunakan tanpa was-was, lepas balik dari bazar Niza patah balik ke kedai tadi. Dia bertegas nak patah balik, macam dia yang nak beli serunding! keke.
Niza borong berbungkus2 kopok lekor. Whoah! Ganas betul ustazah neh..keke
Oh, saya mau kemas2 bilik + peti ais + baju. Doakan kami selamat sampai ke destinasi.

---------

'Akak, umur akak sebenarnya berapa?'
'Doploh nam'
'Akak umo 26? Saya ada Abang umo 27!' *mode kenakan cik demo*
'Ye ke? Kem salam kat abang ye?'
Sentapz? Padan muka, kenakan aku lagik.hehe

---------

Kak Lina, kalau uni offer pengajian kat warga emas kan best, senang bodek bakal pak mentua.kekekekek

Menjelang cuti raya

Ramai yang dah start cuti raya. Esok hosmet balik dah. Tinggallah seorang diri...sob...sob...Plan nak kemas rumah dan marking paper sok. Plan je lah. Jadik tak jadik belakang kira. Bercakap pasal lab report, rasa tertampar bila wani *penjaga lab satu lagi* dah announce akan tampal lab marks lepas raya! Saikooooooo! Saya tak habis2 tanda lagik! Cannerlah dia yang studentnya lebih (seratus lebih) boleh habih tanda sepuluh bab lab report! Dekat beribu skrip tuh. Saya yang ada 80 org dalam lab nih, menonggeng nak habiskan marking. huhuh
Dek kerana isu lab repot ini, mode raya tak berapa nak mari. *sigh*. Perlukah membawa pulang beratus2 script ni utk ditanda di rumah? kehkehkeh.

Lab tissue culture dah habih dah. Cam tak percaya. Ada 4 lab je rupanya. *kak lina, tu sebab saya apply kelas nih lagi sem dpn, lalalala*. Lab report pon tak sampai beribu2. - sepuloh sajork ye kawan-kawan! Walaupun sebenarnya lab nih susah sebab sel senang tercontaminate, tapi enjoylah lab nih. Kak ja & en wan yang sempoi..serta student2 yang ceria dan friendly..Senang handle 3rd year nih. Banyak benda dah tau. Err, tapi depa nih bahaya gak, pandai guna skil pujuk n rengek supaya dpt hanto repot lambat. Alhamdulillah saya masih boleh bertahan. Hiyaaah! *note: kelas banyak budak pompuan, kalau ramai budak laki maunya cair...fuh, mintak dijauhkan dari godaan sebegitu* hehe

Aduh, ni pulak baru dapat sms dari Niza. Tak dapat balik Ipoh hari Khamis pagi *balasan Allah sebab meriakkan diri ngan student kah?.* Isk..betullah ek, Allah bayar CASH! uhuk2. Takpelah, mungkin boleh menanda report hari Khamis tuh.sob..sob..Niza suh tggu keputusan muktamad esok. Isk, balik raya pon berdrama bagai. See kak Delinn? bukan saya yang mendramakan keadaan. Ia berdrama sendiri!

Doakan saya semoga selamat sampai ke Ipoh untuk berhari raya..AMIN

Tuesday, September 23, 2008

Anak?

Melayari friendster yang dah bersawang. Sekarang updates kawan2 bukan lagi announcement bertunang atau jemputan kawin. Tapi gambar anak2 kesayangan. Uish, jauh ketinggalan nih..Friendster saya masih bergambar kucing, kambeng dan diri sendiri. Gambar kucing pon ada yang dah delete sebab dah meninggal dunia.
Apapun, didoakan rakan2 agar bahagia selalu. Semoga saya juga bahagia dengan 3 anak - anak tekak, anak mata dan anak rambut!



Monday, September 22, 2008

Kenangan

Encik Rizuan telah membuatkan saya rindu pada kenangan di USM. Kenangan yang yang membuatkan saya ketawa setiap kali teringat. Ketawa dengan gelagat kami semua. Tra, ku jamin ko tak lupa. kekeke. Kak Khalid tak ikut kan masa nih?keke. Am, adakah cerita ini terdedah di kalangan u ols? kekeke

Sunday, September 21, 2008

I'm a blue sheep!

dijah
July/08/1982
Female

YOU ARE A BLUE SHEEP! *hahaha*

You are Blue Sheep, who has a gentle and soft atmosphere.
You give favorable impression to many people.
You have inner strength, and give an impression of very intelligent person.
You are not cautious to opposite sex.
Although you don't push your point, you are very sociable and modest.
You also tend to be calm and will not yield in so easily.
You have strength not to show others your weakness.
You can objectively assess the other person's movement, and can tactfully make the situation favorable to you. You can use this skill to help men be successful in life.
You can display your skill in drawing up a rational plan, but sometimes you take on things without much thought and regret it afterwards. You should be careful about this.
You put great priority on economic side of everything.
You show interest in savings and can take good control of household budget.
Your stubbornness may affect your love. But once you get along well, your relationship has a possibility of turning into heart-to-heart communication.
You are good at reading other people's mind and taking in charge of things.
You have weak point in maternal instinct.
After getting married, you tend to be over protected to your children, and may become obsessed with your children's education.

Try sini untuk tahu anda punya.

Asthma

Asthma / Lelah / Semput.

Saya disahkan menghidap asthma ketika berusia 2 tahun. Mengikut cerita ayah, masa kecik saya sangat manja dengan Tok Wan dan Tok. Nak dijadikan cerita Tok Wan merupakan taukeh kedai runcit yang menjual pelbagai barang keperluan dan juga makanan rapu seperti aiskrim pop. Sama ada aiskrim pop pada masa itu sama dengan hari ini atau ia merupakan aiskrim buatan sendiri, tak dapat dipastikan. Ayah kata, setiap kali balik kampung saya akan tergedik2 merengek2 untuk makan berbatang2 ais krim. Selalunya lebih sepuluh batang sehari. Untuk menjadikan cerita ini lebih menarik dan sensasi, dalam pepohon keluarga (family tree), kami memang ada sejarah asthmatic. Maka, faktor pemakan ais krim (faktor luaran) + faktor genetic (faktor dalaman) telah menyebabkan saya dan adik menjadi penghidap asthma.

Tips buat bakal ibubapa;

1. Make sure kita dan pasangan tahu disease history dalam family. Jangan gadoh2 tau. Diskas dengan baik supaya kita dapat mengawal penyakit ini dari menjadi berlarutan sehingga ke tahap yang agak bahaya.

2. Alert. Bila saya dan adik kedua disahkan penghidap asthma, mak dan ayah sangat hebat dalam menjaga kami. Mak juga menjadi amat peka. Mak seorang yang agak relaks, tapi ayah agak perisau. Tapi, bila mak dah ada pengalaman dengan pesakit asthma, mak akan bertindak cepat bila perasan adik batuk2 berlarutan. Kadang2 kita rasa perubahan cuaca / persekitaran yang trigger dan kita tak begitu risau. Tapi alhamdulillah, berkat kecekapan mak dan ayah, batuk adik yang ketiga telah dapat dikawal dan dicegah dari menjadi lebih teruk. Tuan doktor kata ada possibilities adik itu juga akan dapat asthma kalau lambat mendapat rawatan. Wallahualam. So, be alert! Especially bila napas berbunyi seperti wisel *wheezing*.

3. Avoid carpet / benda2 yang senang berhabuk / benda2 berbulu.
Dulu, rumah saya langsung tiada karpet. Kami guna tikar sahaja. Binatang berbulu saya tak boleh bela. Saya mahu bela kucing, mak kata tak boleh bela binatang yang berbulu seperti kucing, kalau ular boleh..erkkkkk. Rumah saya juga tiada bunga2 plastik/bunga2 kering sebagai perhiasan, kerana tak mahu memerangkap habuk. Kalau boleh, bantal kekabu juga dielakkan. Tilam juga kena pastikan dalam keadaan baik. Dust mite boleh trigger asthma.

4. Kurangkan pengambilan ais dan minuman yang mempunyai banyak bahan pengawet. Buah-buahan sejuk juga.
Kerana saya dan adik asthmatic, mak dan ayah telah mengorbankan banyak tahun dalam kehidupan mereka untuk tidak minum ais ketika bersama kami. Kami takkan buat ais kiub, air takkan disejukkan. Paling sejuk adalah suhu bilik. Ais krim hanya makan sekali 6 kala. Kalau balik kampung, Cu akan buat 2 jag air - satu berais dan satu takde. Asthmatic punya jag tanpa ais..uhuks! Adik saya merupakan asthmatic yang sangat sensitif kepada pengawet. Suatu hari kami membeli kordial perasa mangga. Lepas minum, adik terus kena attack dan warded! Semasa di asrama, saya selalu mengorbankan tembikai kepada org lain..uhuk2. Buahan2 seprti tembikai, anggur dan rambutan perlu dikurangkan pengambilannya.

5. Kurangkan tekanan.
Asthma dan tekanan sangat berkait rapat. Sehingga ke hari ini, kalau saya terkena serangan, perkara pertama yang ayah dan mak akan tanya adalah 'apa yang kamu pikir?'. Sekarang ayah juga telah jadi asthmatic. Yang trigger asthma ayah adalah kematian mengejut Simba - kucing yang sangat manja, dilanggar kereta. Serangan asthma ini telah membuktikan bahawa ayah sebenarnya sangat menyayangi Simba walaupun ayah menafikan dengan machonya sebelum ini..hihihi.

6. Bersukan, tapi jangan over. Sebenarnya bersukan sangat bagus untuk menguatkan peparu. Adik2 saya belajar berenang. Dek kerana pada masa itu saya di asrama, saya tak berkesempatan belajar berenang. Lagipun susah nak jumpa instructor pompuan. Saya hanya mengaktifkan diri dengan bermain pingpong dan berlari2 anak sebagai senaman. Kadang2 brisk walking. Oh, menangkap kambing juga satu sukan.

7. Pastikan ventilation di rumah berada dalam keadaan baik. Jangan duduk berkuap / berkepam dalam rumah. Bukalah tingkap dan pintu supaya pengudaraan berlaku dengan baik.

8. Update from encik hashim: sekiranya anda yang mempunyai tabiat merokok yang heavy juga bole menyebabkan asthma, juga dikenali COPD - pengecilan saluran pernafasan akibat tar dan nikotin.

Dont worry, dengan semangat yang kuat, asthma akan dapat dikawal. Alhamdulillah, saya dan adik sedang menjalankan kehidupan yang agak normal. Saya sudah boleh minum ais, kucing di rumah ada berbelas ekor dan saya mampu menangkap kambing di ladang. Tapi karpet masih tiada kerana malas nak vacuum..kekeke
*terasa macam testimoni pengguna*

Nantikan entry akan datang: Tips berhadapan dengan serangan asthma

Stage fright

Saya ada sindrom stage fright yang sangat dahsyat. Saya sentiasa rasa nak pengsan setiap kali nak berucap dia khalayak ramai, apatah lagi bila masuk pertandingan berucap. Saya selalu mahu tarik diri bila giliran saya sudah hampir untuk naik ke atas pentas. Kawan2 saya di sekolah menengah sangat sabar, memujuk saya dengan penuh sabar. Ketika di universiti, saya pernah membaca perkataan demi perkataan semasa pertandingan di atas pentas, tanpa menghiraukan loceng berbunyi. Sungguh ngeri rasanya. Semasa mula menjadi student master dan diminta membentangkan kajian dia hadapan org2 berpengalaman, saya langsung tak boleh berdiri..sampai dihulurkan air suam untuk menenangkan saya. Saya present dalam keadaan duduk dan terketar2.
Sampai sekarang masih ada masalah itu, tapi berjaya diatasi sedikit. Kronik, kan?
Itu sebabnya saya sangat kagum dengan orang yang pandai berucap. Yang sentiasa yakin dengan diri. Yang bersahaja dalam penyampaian. Kesimpulannya, yang tiada masalah stage fright seperti saya. Tapi hari ini hati saya berkecai. Bila orang salah guna kepetahan yang Allah kurniakan. Membidas pensyarah setiap kali pensyarah memberi teguran membina, dan bidasan itu langsung tak perlu. Worse, ada yang membantai pensyarah bila ditegur.
Hampa.
Kecewa.

-------

Tahniah buat Tra yang telah selamat melahirkan menyerahkan tesis Mastersnya. Congrats!!
*ucapan ini adalah bertemakan stage fright. Tra tidak pernah stage fright. Dia tak pernah jadi punca kekalahan team. Dia penah berada di tangga 3 teratas pendebat terbaik IPT di Malaysia. Dia penah membuatkan teammatenya malu bila hakim kata hakim bagi menang sebab hujah Tra SEORANG. bluwekkkk.*

Saturday, September 20, 2008

Katak

Tadik dgr student present pasal katak. Malam nih kena translate manual bab anatomi dan fisiologi katak. Minggu lepas tengok students diploma bedah katak. Katak oh katak. Bulan nih bulan katak agaknya. Ayang pon ada buat entry pasal lipan dan akakpokpek buat komen berkisar katak. Saya pon seperti wilda a.k.a ayang - takla geli tahap gaban pada katak. Hanya sedikit geli kalau katak yang licin dan sejuk masuk dalam kasut sekolah atau tengok katak mati katak atas jalan raya. Secara zahirnya, kaki belakang katak dah diciptakan untuk melompat tinggi. Lidah dia panjang untuk menangkap serangga. Katak adalah katak. Katak takkan jadi kucing bila dah dapat tangkap serangga untuk dimakan. Selagi hayat dikandung badan, sampai bila-bila katak akan makan serangga, sampai bila-bila katak akan melompat.

Saya yakin, katak adalah katak. Percayalah, katak adalah katak. Melompat dan terus melompat, untuk survival.

*sigh*

Kerja

Out to univ. Ada presentation bebudak pulak. Haish..malasnye rasa. Tulah, sini keje tak menentu..sampai weekends pon kene keje..Takpelah kan, dari membesarkan peha, lebih baikla buat keje...hehe..
Petang ni lak bukak poser ngan persatuan students. Rasanya depa ajak lecturer je, tapi dijangka lecturers ramai tak datang, kiranya rezekilah utk kitorg yang bukan lecturer..hihihi.
Isk, translation lab manual utk minggu depan nih tak siap lagik. Banyak pulak tuh! Nampaknya malam nih kena stay up.
Alang, acu tak sempat buat tag lagi..nnti yek..

Ciao!

Apa barang

Hati yang tenang kembali bergoyang2.
Macam pokok yang ada kera bersarang.
Sepatutnya majlis bukak pose ditanggung org.
Tapi tak diapprove oleh treasurer yg tiba2 naik berang.
Hati girang jadi tak tenang.
Sebab kena kutip duit dari tetiap org.
Mengubat hati dengan pergi habiskan duit membeli barang.
Meronggeng2 sampai ke petang.
Baru hati nak tenang, tiba-tiba terima email dari seseorang.
Dia terima saya sebagai student dia lagi sorg.
Tapi hati tak tenang.
Aik? bukankah sepatutnya gembira bukan kepalang.
Kan orang itu bukan calang-calang?
Kan ini yang dirancang2?
Tiba2 menggigil, air mata pon mula bergenang.
Mungkin takut kisah hitam berulang.
Terasa mcm mengejar bayang2.
Ataukah ini sindrom 'kwn baik' nak datang?

*doakan saya, i really need that*

P/s: mode hibernasi selama beberapa hari. Jangan risau, takkan delete blog..kekekek. Will be back soon! Sesapa nampak kat ym tegur je lah =)

ciao!

Thursday, September 18, 2008

Haha

Ce korang nengok menatang panda kat sebelah nih. Fungsi dia adalah membaca entry2 dan analyse mood saya. Memandangkan dia hanya boleh detect english word, mcm kelakar la pulak..kehkehkeh

1. Dapat email hebahan dari bos :
'........Kepada yang nak menyumbang mohon diserahkan kepada Cik Siti Kadijah'
Siti.
Kadijah.
Apekah?


2. Ditegur adik di ym:

BUZZ!!!
Khairul Azhar: kakak
dijah: yer
Khairul Azhar: sori sebab waktu tu a'a panggil akak (SISSY)
Khairul Azhar: a'a tak tahu maksud sissy tu ape
Khairul Azhar: *smiley*
dijah: sekarang dah tau ke
Khairul Azhar: dah
dijah: apa
Khairul Azhar: maksudnyer adalah perempuan yang lembik
Khairul Azhar: kan
Khairul Azhar: kan
Khairul Azhar: kan
dijah: haah
dijah: mcm coward jugak
dijah: tapi kalau kita ckp kat laki, mksudnya mcm pondan
bagus betul budak2 kecik nih. Dia ingat lagi. Lupa dah dia penah panggil saya sissy..keke. Konon nak panggil 'sis' dgn penuh stail. Cit!

Menenangkan diri

Lately, dah malas nak menstresskan diri. Malas dah nak tutup blog, malas dah nak tukar link blog, malas dah nak buat jantung berdegup tak menentu, malas dah menggunakan banyak otot2 untuk memasamkan muka atau mengerutkan dahi, malas dah nak bermuram durja. Oh, ada jugak kebaikan malas. ahaks.
Maka, saya telah mengambil langkah untuk melantakkan banyak benda. Cuba meringan2kan benda yang saya selalu pikir sampai nak pecah kepala.
Proposal tak siap2 lagi, sebab dok tanda lab repot. Tanda lab report pon berdikit2, sambil hapdet blog, sambil bersantai2.
Suatu hari, senior tegur. Dah boleh mengesan aura - dia akan bertanyakan perihal proposal...terus menjelaskan

'sori, saya tak siap lagi proposal. saya dok sibuk marking, nak setelkan. insyaallah lepas raya saya akan tunjuk'
dia senyum.
'i dengar u tak dapat gi osea' nada yang sayu sambil memegang saya. Mungkin dia takut saya berguling2 atas tanah depan students yang dok ulang alik dari kompleks kuliah. Mungkin mcm bebudak yang histeria kat Kuantan nun. Isk, kesiankan adik2 tu?
otak saya tak dapat berfungsi. Mungkin kesan tak sahur. Bila masa pulak cerita nih dah tersebar? haish. saya tak submit proposal lagik, saya tak masuk miting cuti belajar lagik, saya tak masuk miting KPT lagik. Just saya ada email KPT dan KPT cakap depa tammo bagi sship. Takpelah dia dah tahu, tak penat saya nak cerita banyak2 kali..keke.

'tulah. tapi takpe, saya tetap jugak buat proposal tuh. tak kira kat mana pun saya sambung, saya akan buat tajuk yang sama, insyaAllah'
'dont worry, we will help you. kita akan usahakan.'
'thanks' saya sengeh.

Pelik, saya tak rasa apa2, dengan relaxnya ke bilik Dalie dan bergosiptanya kabar. Kalau dulu mungkin saya dah takdak mood nak buat keje.

Saya tolak kemungkinan yang saya akan 'berubah angin' lagi buat masa sekarang. Selagi takde satu kepastian, saya tetap akan hadap proposal saya dan buat slowly. Saya terpikir, andai kata terjadi juga 'perubahan angin' itew, saya akan cuba sambung belajar jugak, insyaAllah.

Semalam, termimpi senarai nama researcher yg datang masa workshop kat Ipoh nun. Sib baik tak delete lagi. Saya pon bukak list tu dan nampak nama sorg lecturer nih. Dia je dari university, dan saya tak pernah email. Yang sorang lagi dah email tapi takder grant. Yang lain semua dari institute. Saya pon cut and paste sajer email dari sent folder.
Hari nih dia balas suh apply scholarship. Kalau sempat saya applylah, insyaAllah. Dulu try gak apply mombusho, tapi tak dapat. Takpelah, try saje lah kan?

Plan B dah ada, plan C pon dah ada.
Plan B: USM. Borang USM dah beli =). Dah kontek pon pot sv. Kalau rezeki mmg kat USM, saya akan aply grant esciencefund, dok kat umah for 4 years..yabedabedoo!. Mak musti gumbira. Pot sv suruh siapkan proposal dan email dia bila dah siap. Harapan pada USM: Jangan pulak bila dah berstatus APEX nih banyak songeh pulak..hehe..
Plan C hanya akan terlaksana kalau saya tukar angin =).

Kak Ija, thank you beri beri much. Sejuk perut saya..kekeke

Azam saya adalah senyum selalu =)

------

'Adik nih senyum sokmo!' kata mokcik nasik ayam.
'Dijah nih asik happy je' kata kak ja. Mungkin dia perasan saya selalu dok berhumming dalam lab, bla lecturer dah keluar dan menyerahkan part demo kat kitorg.lalala.
'Dijah, jgn buat akak gelak' kak ja cakap sambil ketap bibir. Terlupa pulak kitorg tgh prepare cell culture dlm laminar flow. Mampus tercontaminate segala sel ngan air liur kitorg nnti..keke. Sori kak..keke

Enjoy your life, jgn sedih2, jgn stress2 =)

Period

Warning: Kalau senang mabuk darah, please do not read this entry.

Buat kwn2 taayah yang masih ingat ajaran ustazah dulu atau sesiapa yg arif bab nih, sila betulkan saya kalau tersilap.

Bila bulan puasa biasanya kitaran period akan jadi lain dari normal, mungkin sebab faktor makanan. So, ada jugak kawan kita yang kejap period, kejap suci. Penah jugak yang keluar darah langsung tak berhenti sampai 2-3 bulan.

Back to basic: period tuh berlaku paling sekejap sehari semalam dan paling lama 15 hari 15 malam. Darah period nih pulak baunya kurang menyenangkan, agak kehitaman dan biasanya disertai kesakitan mahupun kekejangan otot sekitar perut dan kdg2 kaki.
Kalau istihadhah pulak merupakan darah penyakit. Warnanya lebih cair dari darah period dan tidak berbau busuk. Secara asasnya, kalau darah keluar melebihi hari ke 15, itu dah dikira darah istihadhah. Wajib mandi hadas lepas 15 hari 15 malam period, menunaikan solat seperti biasa. Kena pastikan each time nak solat darah perlu dihentikan pengalirannya dengan menyumbatkan apa yang perlu.

Soalan: Telah didatangi period 7 hari kemudian suci 3 hari dan telah berpuasa dan kemudian period kembali 2 hari.

Jawapan: Kalau dicampurkan 7 hari period dan 3 hari berpuasa dan 2 hari period, jumlahnya adalah 12 hari. Maka, belum mencapai jumlah maksimum period. Oleh yang demikian, 3 hari berpuasa tu dikira tak sah. Adalah penting utk kita memerhatikan tanda2 berakhirnya period. Biasanya akan nampak tanda2 kering ataupun keluarnya sesuatu seumpama benang putih.

Wallahu'alam
----

Yang nih additional info:

Jika wanita dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.
Jika wanita mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'.

Kenapa?
Kerana wanita itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas). Selain itu, di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqasarkan bersama solat Zohor. Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada' solat Zohor. Begitu juga jika situasi berlaku dalam waktu solat Isyak dan Maghrib.

Wallahu'alam

Wednesday, September 17, 2008

Shopping raya

Satgi dah nak keluar, nak mulakan shopping raya. Membeli barangan yang dipesan mak. Tapi saya dah janji pada diri sendiri, kene melawan napsu berhabis-habisan spaya tak beli benda merepek2 utk diri sendiri. Sebab dulu saya boleh survive dgn gaji RM500 je. By right, saya kena berbelanja mcm dulu. Kalau nak over sikit pon, utk keperluan, untuk family. *berazam..hiyaaaaah!*
Baju raya ada sepasang dah. Baju yang tak penah pakai, baju tu je lah jadi baju raya. Alhamdulillah.
Kasut kena beli kot sebab kasut bertutup dah terkopek2. So, sem depan leh pakai utk lab sekali. Eh, sandal pon dah terkopek2. Tunggu putus la baru beli baru.
Kadang2 segan gak bila tgk student vogue segala ngalahkan staf. Tapi biarlah, depa org kaya. Saya sedar kedudukan diri.hehehe.Yang penting keje sungguh2. Kalau vogue je lebih, keje tak semenggah, tak berguna. Tapi kalau vogue dan keje pon best, baguslah! =D

So, nak bersiap2 utk bersoppingan. Malam nih berbuka di rumah kawan. Rindu pulak ngan nasik ayam..hihihi

Ciao! *Am, mcm kiut pulak bila guna ciao nih..*keke

Tuesday, September 16, 2008

Juadah berbuka

Minggu depan dah nak balik raya..yay!

Sepanjang berposer kat sini boleh dihitung keberasapan dapur. Penyakit malas tuh satu, tapi sebenarnya penat sket bulan poser nih. Terkejar2 nak habiskan silibus lab. Kalau lecturers pulak, depa terkejar2 nak abiskan lecture. Lepas raya nnti, sedar tak sedar dah nak final exam. So, sekarang, masa agak pack. Nak marking, nak habiskan lab, nak setelkan apa yang patut. So that markah students dapat di passkan on time *uh, panjangnya alasan napa tak masak..kekeke*
So, hobi adalah membeli belah di bazaar ramadhan. Kebiasaannya pegi dah kul 6 lebih, balik dari opis singgah bazaar sebelum sampai umah. Bila dah petang2, otak pon dah lembab..So, selalu saya beli je apa yg terlintas. Suatu hari nampak nasik ayam mcm best, tambah pulak makcik yang jual tu muka friendly..asik senyummmm je.hehehe. So, saya beli. Selalu kalau tak sedap makanan, saya dah tak beli lain kali. Rupanya not bad lah nasik ayam mokcik nih. Maka, kesannya, saya beli nasik ayam hampir tetiap hari, terutama skali bila takleh buat pilihan. Penat dah nak pikir. Senyuman makcik tuh dah terbayang2.hehehe. Jimat masa berfikir..

'Aku rasa hang dah kena jampi ngan makcik tuh' komen As selaku hosmet. Dia selalu bertukar2 menu..hehe. Keupayaan mindanya jauh lebih hebat dari saya. Dia masih mampu berfikir juadah apa nak dibeli walaupun kepenatan..keke

Saya akan merindui bazaar ramadhan gong badak..hehehe

hari ni dan esok

hari ni 16 september

hari nih duduk di lab dari pukul 10 pg sampai 330 ptg.huhu..rasa sakit2 badan, mungkin sebab tak cukup zat..hihi.
hari ni dah masuk 16 hari berpuasa. Lagu raya dah mula berkumandang. Tak sabar nak balik.
hari ni hari lahir adik yang berumur duapuloh tahun. Umur saje 20, tapi hobinya masih mcm budak sekolah.hihi..Main game sampai pening.
hari ni hari ulangtahun penubuhan Malaysia. Semoga Malaysia aman damai sentosa dan dilindungi Allah sentiasa...

esok 17 september

esok hari lahir saya ikut bulan islam. semoga jadi wanita yang solehah dan awet muda.hehe
esok adalah ulangtahun penurunan ayat pertama dari al-quran. semoga kita rajin mengaji.
esok hari lahir kawan di ipoh. semoga jadi anak, isteri, ibu yang solehah.
esok cuti..yabedabedooooo...hehehe

Monday, September 15, 2008

Penat...

Entah napa, semalam mcm tak larat. Laptop pon tak bawak balik. Tinggalkan kat opis je. Terawih pon buat kat umah je. Lepas isyak dah tertido. Bila terjaga baru sudahkan apa yang tak sudah, dan sambung tido. Pelik lak rasanya. Rupanya...
Telah ditakdirkan hari nih tersangatlah banyak urusan nak dibuat. Hari ni lah lab cell culture drag sampai kul 1 lebih. Minggu lepas sampai kul doblas je. Mggu ni amali payah sket dan habis lambat. Masa tgh lab bulak datang budak final year mintak tgkkan dia nak amik darah tikus. So, menskip2kan diri dari satu lab ke lab yang lain. Tercungap jugakla. Pastu pulak habis je lab Kak ja tunjuk mcmana nak buat secondary culture. Jenuh menahan ngantuk. Nak paham punya pasal, cuba sengkangkan mata. Semoga dapat membantu kak ja sem depan. Lepas habis demo oleh kak ja, baru teringatkan student2 kat lab satu lagi. Tiga2 org ada, so, monitor sensorang sambil diskusi. Tikus yg memula nak dipengsankan termati pulok. Haish. So, payah sket nak amik darah. Habis je diskusi ngan bebudak tuh terkocoh2 balik opis. Solat pon dah lambat, huhu. Masuk je opis baru teringat keje utk majlis bukak pose. Cukup malas nak kol bos2 neh. Malas2 pon kena buat jugak.. Sampaila bila saya letak tepon, kawan2 lain gelak.

'Napa?'
'Lawaklah akak ckp dalam fon'
'Napa?'
'Akak siap cakap take care'
'Er..dok, Prof ckp dia tak dpt join sebab sakit. Pastu dia gelak2. Akak pon gelak. So, nak kaver, takut dia ingat akak seronok dia sakit akak ckpla take care'
'Lawakla akak ni'

Erk..Tak lawak pon rasa.

Berbaloi tidur awal semalam. Rupanya hari nih saya bekerja dalam kadar maksimum, sampai rasa nak terjelepuk dah sebab tak berenti2 bercakap n berjalan..

-----

'Akak, telur menetas lepas brapa hari?'
'Ha, sapa tau?' *kaver, jgn tak kaver*
'18 kot'
'Ha, pandai, mana tau?'
Budak lain jawab 'Dia mak ayam'
Wah, sentapz. Melazer kawan di bulan poser!

Note: Telur menetas lepas 21 hari.

Tak menjawab soalan

Kita selalu hairan kenapa student selalu tak menjawab kehendak soalan. Kita tanya lain, dia jawab lain. Tapi perasan tak, budaya kita membentuk pemikiran sebegitu. Kalau tak perasan, meh perati perbualan sehari2 di bawah;

1. 'Eh, ko dulu sekolah kat mana?'
'Aku nih sekolah biasa je, sekolah kampung. Bukannya asrama penuh.'

2. 'Ko dah beli keta? wah, keta apa?'
'Kereta biasa je, bukannya kereta canggih2. Murah je'

3. 'Ko keje apa kat sana?'
'Aku keje biasa-biasa je, nak cari duit terpaksalah merantau'

4. 'Eh, cantiknye baju. Beli kat mana?'
'Baju nih baju lama. Baju raya berapa tahun lepas'

Langsung tak menjawab soalan kan? So, jangan pelik bila student selalu tak memberi jwpn seperti yang diharapkan..Kekeke

Sunday, September 14, 2008

Double standard

Being a leader is just like being a teacher. Bak slogan yang glemer masa saya skolah menengah: kepemimpinan melalui tauladan. Bila dah namanya cikgu, otometik anak2 murid akan sentiasa melihat tindak tanduk cikgu. Sebab depa hormat, sebab depa ada harapan. Bila cikgu mcm sang ketam ngajo anak murid berjalan betul, tak ke pelik? Bila cikgu dah kencing berdiri, lambat laun anak murid akan kencing berlari..worse, kencing sambil menari2.

Oh, teringat masa jadi cikgu ganti lepas SPM dulu. Budak laki selalu kena marah bila berjalan2 time saya ngajo. Dah tu, nakal bebeno! Tetiba sorg budak laki bersuara..
'Cikgu nih tak aci..Kalau budak laki, tokleh jalan tempat kawan. Budak pompuan tu, takpe pulak. Tak kena marah!'.
'Haah' sahut sorg lagi budak laki.
Budak pompuan menikus.
'Cikgu tak nampak budak pompuan jalan tempat kawan. Kalau cikgu nampak, mesti cikgu tegur jugak. Ha, budak pompuan, jangan jalan tempat kawan!' *kaver, jgn tak kaver weh*

Kesimpulan, kita jgn ingat anak murid [rakyat] nih tak reti apa2. Dalam diam, depa nih memerhatikan segala tindak tanduk dan keputusan cikgu [pemimpin]. Tambah lagi kalau melibatkan hak-hak dan maruah sesuatu kumpulan. Kalau anak murid rasa kita nih double standard, tak adil, we should give a strong justification. Supaya anak murid terus menghargai segala tindak tanduk kita. Supaya depa pon belajar dan memahami. Supaya depa rasa dihargai. Supaya depa tau apa yang betul, apa yang salah.

Just my 2 cents.

Marking

Sedang marking lab report sambil cetting ngan alang sambil dengar lagu Mantera Beradu berulang2 kali (talking about multitasking!).

Oh well, sikit script lagik nak habis marking utk experimen nih, lagi 23. So far, agak membanggakan lah jwpn depa. Saya dah buat pembetulan sikit pada skema, so saya expect budak takleh dapat markah penuh sebab saya tukar skema. Kalau depa copy skema dari senior, kompom tak dapat markah penuh. Surprisingly ramai jugak dapat markah penuh. Secara mata kasar, ramai pulak budak laki yang dapat markah penuh.. I wonder, I wonder..
Ada beberapa kemungkinan

1. Budak laki mebi tak serajin budak pompuan, tapi depa cepat tangkap. Sebab cara depa jawab ringkas tapi straight to the point.
Kalau tanya apakah rumusan bila ujian yg dijalankan dapat kptsn positif?
Budak laki akan jawab = kerana kehadiran x x x.
Kalau budak pompuan = ujian ini dijalankan bertujuan untuk bla..bla..bla. Kalau positif ia akan menunjukkan kehadiran mendakan bla..bla..bla..Hal ini kerana tindakbalas bla..bla..bla...Oleh itu tindakbalas positif menandakan hadir x x x .
So, budak pompuan rajin nak explain, tapi sayangnya its not necessary. Markah tetap 1. Yang lagi haru bila jawapan berpusing2 tapi tak menjawab soalan..huhu

2. Err, bila saya perati nama budak2 yang dpat markah penuh, budak2 nih adalah budak2 yang rajin panggil saya pegi bench dan menyerap segala info yang saya ada. Well, cant blame them utk menggunakan akal utk dapat markah penuh.
Saya selalu pesan 'U ols kena menjiwai experimen!' wah, macam kak ogy lak rasa.keke. Saya hampir pasti mereka menjiwai experimen. =)

----------------------

Siang tadi dok translate lab manual. Tak sure kacang hijau (utk experiment taugeh) tu apa. So, call mak.

'Kacang hijau tu mung bin kan?'
'Haha..bukan mung, mang! *ejaan mung, tapi sebut mang*
'Ala, dok kat ganu kena la sebut mung' *kaver jangan tak kaver*
'Kalau ganu, mang bing, bukan mang bin'
'Erk' sentapz
Tak lama lepas tu mak kol balik
'Napa kol tanya pasal mang bin?'
'Tak, tengah translate lab manual'
'Oooo, ingat tgh carik resepi kat internet utk masak. Ayah dah eksaited kata 'anak kita dah belajar masak la tuh!''
'Erk, tak' sentapz lagik
'Hahaha'

Saturday, September 13, 2008

Jejak kasih

Sejak berjumpa Niza di bazar ramadhan ari tuh, kitorg selalu berkontek. Keluar tetiap minggu, demi ngabiskan masa bersama sebelum dia balik Perak terus 16 oktober nih. Minggu lepas dia ajak teman dia gi bank, alih2 tutup. We ended berpusing2 kat pekan KT berkali2. Tulah, asik berpotpet.
Minggu ni Niza kidnap saya the whole day. Pagi tadi dalam kul 10.30pg dah keluar, amik angin pantai kekdahnya. Terasa lawak, at the same time terharu. Lepas tu balik lepak2 kat umah dia and we decide untuk pegi melawat Ayong kat besut.
Bunyi macam dekat, rupanya lebih 90 km tuh. Luckily saya and Niza nih memang minah pot pet, *bezanya dia ustazah dan saya bukan* so, masa dlm kereta diisi dgt mengpotpet. Malas nak tidur sebab sian kat Niza.
Bila jumpa Ayong, jadilah episode kepoh 3 minah potpet taayah. Segala macam isu keluar, dari makanan, jodoh, taayah, politik dan feqah *huks*. Perasaan berjumpa kwn2 yang terpisah sejak SPM langsung tak dapat nak digambarkan. Wujud perasaan mcm kitorg masih satu sekolah. Suprisingly, wavelength yang masih sama membuatkan segala topik dapat dikupas dgn mudah dan menarik. Rasa mcm boleh buat forum. Ayong bawak kitorg amik angin pantai besut. Naik kete plate AGB, dia kata stands for Aku Gedebe Besut..ekekeke. Once a serataian, forever a serataian! Langsung tak berubah.
Sampai KT dah dekat2 pukul 11mlm and Niza decided tido sini. What a great moment, jumpa balik kawan2. Hope raya nih leh jumpa ramai kawan lama. Jemput datang raya kat umah.=)

Oh, semalam UPSR dah habis. Terkena pulak dgn tarikh sep 11. Saya kol adik.

'Akak bila balik?
'Ha?'
'Bila balik? Org tanya nih bukan sebab rindu, tapi saja nak tanya'

Oh, lelaki mmg diterapkan sipat ego dari belum baligh lagik?

Friday, September 12, 2008

Hope and Yoda

Niza kata nak bawak jenjalan kat tepi pantai. Kalau rajin nak bawak pegi besut, tgk org buat batik. Kalau rajin leh singgah umah Ayong. Semua ini kalau bangun awal..keke

Terjumpa kisah ini yang menyentuh hati dah sanubari... Kasihan Hope yang kekurangan..



Semoga kita lebih bersyukur dengan segala kelebihan yang kita ada..

Semua, pasti ada hikmahnya! =)

Thursday, September 11, 2008

Rindu


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

-Surah Al-Hujuraat, ayat 13

Research di univ

Tadik perjumpaan ngan TNC ekedemik. Nama perjumpaan tuh sembang2 penyelidikan katanya.. I decided to highlight few important points here.

Pesannya;

1. Jadikanlah bulan Ramadhan nih bulan menulis, selain bulan meningkatkan amal ibadat. Secara logik akal, kita akan lapang pada waktu2 makan di siang hari. Kalau jadikan menulis sebagai budaya, kita akan improve dalam penulisan dan akan menerbitkan banyak saintific papers.

2. Di peringkat awal jadi researcher, jangan berkira kat mana kita publishkan scientific paper. Jangan putus asa, yang penting publish. Lama2 bila dah improve, we can go for international journal with high impact factor!

3. Kalau dah ada student, plan your supervision time. Ensure the students write something and show it to you for each discussion. Jangan biar dia blur je jumpa kita. Use the students wisely, for our benefit. SIMBIOSIS.

4. Aim supaya ada grant sepanjang masa. So, boleh hire RA yang akan banyak membantu, boleh beli equipments, boleh pegi conference, boleh tolong students.

5. Do research in group. Jangan menonong sensorang, boleh jadi sesat. So, tambah networking, bersosial!

6. Focus on your research interest until dapat title Prof. Lepas tu, ikut mung la! U can diversify the interest sebab dah pakar dalam satu bidang.

7. Be an opportunist. Amik peluang untuk consultation. Buat strategi utk setiap tindakan yang bakal diambil.

8. Buat 5 year plan. Kalau payah, start dengan planning for each year.

Respons

Beberapa unexpected response semasa bersembang hari ni dan semalam

1.
Akak, saya takut media contaminate.
Isk, tak lah. Jangan risau.
Betul nih kak. Saya tadi briefing lupa nak tutup botol.
Takde apa tuh. Kita tgk nnti mcmana.
Adus, mcmana kalau SEMUA contaminate. Rasanya air liur saya dah masuk dlm botol.
Awak nih kelakar la.
Erk.
Ps: kelakar? risau lah...

2.
Awak kena tulis butiran kenderaan dgn number plate dalam borang claim ni, walaupon awak tak claim kenderaan.
Saya takde kenderaan.
Ha? Takde?
Haah, takde. Saya menompang orang je. Kesian kan?
Tak kesianlah kat awok!
Erk..kehkehkeh
Ps: tak cukup sayu kot nada. Tu sebab org tak kesian.

3.
Sapa sinih matrik La*buan?
Saya!Saya!
Amik bio?
Amik.
Kenal cikgu Sa*ad?
Kenal.
Tu ayah saya.
Series?
Nama saya Kha*dijah Sa*ad.
Ayah kandung?
Erk..
Ps: Boleh ke berbintikan bapak angkat/bapak sedara/sugar dedi? kehkehkeh

4.
Akak, balik raya mana?
Ipoh.
Eh, dia pon org Ipoh!
La, Ipoh kat mana?
Taman Meru.
Sekolah mana dulu, Bainun?
Tak, Izz*uddin
Erk...
Ps: Angah, tetiba je sentap!kehkehkeh

Wednesday, September 10, 2008

Mantera beradu



Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati... Hati gerakkan... Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang... peta dah hilang... bangau dah pulang... suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna....

Tuesday, September 9, 2008

Tahukah anda?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Kaver, jgn tak cover

Lab hari ni ok sikit dari semalam. Tak lagi rasa mcm kelas masakan. Walau ada lagi benda2 yang tak berapa nak tau, tapi teknik mengkaver amat membantu mengawal keadaan.

'Kak, napa kita tak lap botol ni lepas spray ngan alkohol?' *minda berpusing2, mencari jawapan*
Belum sempat jawab, dia buat statement
'Dalam lab culture tumbuhan kena lap'
'Oh, kita memang tak lap. Sama je sebab kita spray alkohol, cepat meruap. Bukan spray ngan air suling, kan? Sama je' *sambil melempar senyuman konpiden*. hakikatnya.. Allah je tau. Tapi logik la jwpn tu kan? keke.

'Kak, napa kaler media nih jadi lain? Kumpulan tadi punya kaler lain?'
'Cari jawapan kat internet' *kaver, jgn tak kaver weh*
'Ala...bgtau la kenapa...'
'Cari!'
hakikatnya..kekeke

Yang paling menggembirakan bila dgr lecturer ckp
'Lab report 1 group satu kumpulan'
Wooohoo!! sikit je kena tanda..weeeee *alhamdulillah*

5 more to go (so far)

Baru abis tanda 1 kelas punya lab repot. Tapi hanya untuk satu bab. Ada lagi 5 bab lab repot! Ni lah part yang masih dalam penyesuaian diri. Bercakap tu seronok, almaklumlah, bergoss tuh dah jadik amalan harian *tetapi tidak di bulan pose..ahaks*. Tapi tang menanda nih ngeri sikit, sebab kita bukan menanda objektif - jawapan yang pasti. Bila esei nih, kena memahami topik dan kena lebih tau dari budak2. Masalahnya tak. Memang tak. Depa nih lagik advance..keke. Tapi thank god bebudak nih jawapannya sama je bagi tetiap bench..keke. senang nak bagi markah. Dah siap pesan kat depa hantar by group. So, boleh pejam mata sikit bila start tanda repot ke2 bagi tetiap bench..kekek.
Bila bergelumang ngan 1st year nih, baru paham pentingnya utk pastikan 1st year nih minat belajar. Kalau dah masuk 2nd sem liat kata kak tie yg bpngalaman lama. So, masa 1st year 1st sem nih la nak pupuk minat. Jangan maki herdik. Tegas tapi jadi guide depa.
Teringat masa lab genetik. Muka bebudak dah moncong semacam. Depa nih ada yang takde basic bio, tup2 amik paper bio yg ada bab genetik. Sian menengoknye. Jenuh mengexplain, muka depa dah macam tak minat. Terpaksa la menggunakan hikmat tektik keji - umpan.

'Katakan awek korang darah jenis O, agaknya apa kumpulan darah anak korang? Meh kita lukis gambarajah'

'Eh, boleh tau ek?' *dengan bersemangat*
Perghhhh, mata bundar dan bersinar! Dasar okehhhhh! Hope jangan bab nih je semangat dik oiiiii

Saya doakan, semua pelajar tahun 1 diploma, tahun 1 ijazah sarjana muda dan tahun 3 ijazah sarjana di bawah tunjuk ajar saya *tunjuk pon tak tunjuk sangat sebenarnya* dikurniakan pemahaman yang lebih dan diterangkan hati..Semoga depa tak putus asa dan bersemangat!

Kena tidur dulu, kang terlepas sahur LAGIK!

Nota untuk diri sendiri: bersemangat menanda lab repot!!!!!Hiyargggghhhhh!!

Monday, September 8, 2008

Kelas memasak?

Hari ni kelas animal cell culture start. Kecut perut pepagi sebab malam tadi baru teringat. Lab manual pulak tak bawak balik. Lagipon kak ja yang nak brief ttg teknik tak kol. Kalau ikut perbincangan, dia akan kol sebelum lab utk make sure saya paham. Kami akan bergandingan utk jaga lab neh, dengan encik wan.
Sampai opis pukul 9.30, sampai lab pukul 9.45. Kak ja ckp dia tak sempat nak kol sebab dia busy yang teramat. Paham, tapi risau nih. Satu hapa pun tatau.

'Ok, akak explain..nnti dijah kena demonstrate kat student ye?'

Ya allah..apekah? kena demonstrate dpn bebudak ke? gelabah ayam sat, seperti biasa. So, masa lecturer dok memberi briefing ttg subjek, saya dok bersoseh kat belakang sambil membuat nota bagi memastikan boleh demonstrate. Tak penah sekali dalam seumur hidup buat ACC nih. Tengok pon tak penah. Kak ja kata takyah risau, sebab hari nih media prep je. Haish, sama je riso sebab media prep pon tak penah buat.
Bila habis lecturer brief, tibalah turn kitorang utk demonstrate. Kak ja suruh saya demo, dia bekap.
Isk, apa nak cakap neh? Budak2 dah kerumun bench. Saya pun nampak bahan2 utk prepare media. So, memperkenalkanlah bahan2. Belasah je lah.

'Okeh, utk prepare media kita perlu ada deionized water, kemudian natrium bikarbonat, growth medium, filter membrane, serum dan antibiotik.' Sambil menunjuk kepada tetiap bahan.

Series, terasa seperti mengendalikan rancangan masakan. Budak2 pon tergelak. Sib baik kak ija terer, membantu saya dgn cekap utk mencampurkan 'bahan2 masakan'. Keje2 yang gentle2 nih saya perlu latihan intensif.keke.

Part filter kitorg bagi bebudak yg buat. Kitorg monitor je. Isk, tak bestnye rasa sebab saya pun tak penah guna filter set tuh.

So far kelas nih ok. Jauh lebih santai dari kelas fisio asas. Sebab kelas nih pecah 2 group. Esok akan demo skali lagi pada group lain. Suppose dah improve esok. Kelas fisio asas pulak lusa, bercakap tanpa henti sebab ada 10 bench. Kena explain kat tetiap bench. Time bulan poser nih, rasa macam kat padang pasir bila habih kelas.

Moral of the story, be prepared!

Tips buat research

Kak Delinn kata nak sembang2 pasal buat research. Dengan mode merendah diri, dia kata dia tak penah buat research and nak warm up her mind sebelum proceed dgn her own research. Erm, sebenarnya with my little (very) experience, tak banyak yang boleh saya explain. Mari kita diskas sesame. Info nih general sebenarnya, so, benda2 yang akak dah tau saya akan tulis jugak, sebab takut nnti tak nampak flow.hehe

Supervisor. First and foremost utk buat research (sambung blajar dlm research mode), kita kena ada supervisor. Kita kena pilih supervisor yang masih aktif buat research, ada grant dan tak terlalu busy sampai takde masa nak supervise kita. Saya penah email potential sv and it took him 3 weeks to reply my mail sebab selalu sangat ke luar negara. Kalau boleh biarlah supervisor kita tuh ada masa yang mencukupi untuk beri tunjuk ajar kat kita. Please ensure dia ada publications, kalau boleh yang baru. So, kita akan yakin yang dia masih aktif dan itu memang bidang dia. Senior saya penah tersalah pilih sv masa dia buat PhD. Bila dah start PhD baru dia sedar yang sv dia bukan pakar dalam bidang yang dia nak buat, suam2 kuku pon tak. So, dia struggle gila2 utk tukar sv. He managed to finish his studies but it was pain in the a** for him back then. So, be careful. Selain tu, untuk mengetahui lebih lanjut ttg pot sv, ada juga yang suggest contact student post grad dia and tanya dia mcmana. Sya tak pernah buat step nih sebab org2 yang saya approach sbgi pot sv adalah kawan2 bos saya. Jadik, kesangsian berada di tahap minima.
Utk overseas, biasanya lecturers/researchers ada grant. Tapi sometimes ada kekangan jugak. Baru nih pot sv saya bgtau dia tak boleh apply grant utk research saya sebab Malaysia tak lagi diiktiraf sebagai negara membangun dalam bidang agroteknologi. Kita dah naik setingkat, menjadi maju. Alhamdulillah..tapi natijahnya, grant tokleh dapat..haish.
Tips untuk hantar email kepada pot sv: attachkan updated resume beserta gambar. Tak payah ayat berbunga2, straight to the point tapi clear.

Proposal.
For me, this is the most important part. Proposal yang smooth flownya akan jadi guideline masa buat research. Masa buat proposal tu kita sebenarnya tgh gain banyak knowledge. InsyaAllah kalau proposal ok, takkan timbul masalah besar seperti tertinggal certain part dalam experiment. Masa saya buat MSc, saya ada tertinggal satu part penting dalam kajian. (kesan tak buat proposal) So, it happens. Dalam proposal biasanya ada intro yang akan terangkan briefly ttg our topic. Objektif kajian yang akan terangkan tujuan research ni dijalankan. Apa yang kita nak tau. Biasanya untuk PhD biologi ada 4-5 objectives. So, bila research sukses, akan terhasil 4 manuscript for publication sebab tu syarat graduate. So, kesemua objektif seharusnya mampu dijawab. Literature review (tinjauan bahan bacaan) dan reference (rujukan) amat penting dalam proposal. Lit review akan menguatkan pemahaman kita tentag sesuatu topic dan akan guide kita pada certain teknik. Tapi beware, seboleh2nya rujukan (especially on teknik) dibuat pada kajian2 yang terkini, kalau boleh dalam tempoh 5 tahun terdekat. Tapi basic paper seperti istilah, gold method atau key for identification biasanya orang amik yang lama2.
Tips untuk cari reference: guna sciencedirect. Mintak tlg kawan2 dari institusi/university yang melanggan journal untuk downloadkan. Biasanya bila dapat 1 paper, kita boleh identify paper2 lain yang perlu dicari based on reference dalam paper tu. Kalau tak jumpa paper tu, jangan segan email corresponding author. Saya penah email sorg author nih untuk mintak 1 paper. He sent the paper with few other papers related to the topic! =)
Materials and method boleh didapati dari literature review. So, we will have a clear view on what to do and what to have. Kalau boleh M&M nih kita amik yang terkini. Begitu jugak dgn research importance dan problem statement, biasanya dalam paper review akan ada point2 ini. Kene rajin carik (0_^). Expected results jugak boleh didapati dari other papers. So kita akan aware mcmana result kita nnti dan kita boleh cari rujukan utk lebih memahami pattern / spesis dalam result kita. Kalau ada gant chart lagi bagus, ada guide for time management.

Research
So, base on our proposal dan tunjuk ajar sv yang vogue, kita akan start research. Research berbeda-beda. Kalau dalam bidang saya, ianya akan dimulakan dengan screening kambing2 untuk memastikan dapat baka yang dikehendaki, bilangan yang mencukupi, dan ciri yang menepati kehendak kajian. Kalau dulu saya start dgn prektis menangkap kambeng dan restrain animals. Ada juga yang start dengan analyse data2 yang diperolehi. Ada yang start dengan buat questionnaire dan memastikan sasaran. So it depends. Cara sv pon berbeda-beda. Ada yang suka brief kita only the first day lepas tu lepaskan kita utk buat on our own. Kita hanya akan merafak sembah kat dia bila stuck atau ada perkara berbangkit. Tapi mostly, sv akan pantau semasa ke semasa, mcm miting. So, it should be ok. Bila dah start buat research kita dah kena komited. We should have a log book, untuk mencatat segala macam mak nenek yang diperlukan dan segala apa yang kita buat related to our research. Biasanya yang akan direkodkan dengan teliti adah methods dan data. Data should be compiled ASAP. Kalau boleh buat table siap2 dalam notebook dan key in sajer tetiap kali dapat data. So, tak serabut dan chances utk hilang data akibat kecuian dan dengki khianat akan dapat diminimakan. Tips: Selalulah bertanya pada yang lebih arif, and we should have a global networking. Bertukar2 pandangan akan membuatkan kita dapat improve.

Takat sini dulu. Hope menjawab persoalan. Please comment for any additional info. Thanks

Tambahan oleh Am: kengkadang kalau masuk laman web orang yg tulis jurnal tuh (profil universiti dia ke), kadang-kadang diorang bubuh fail PDF untuk jurnal yang dah dipublish. So takyah cari2 dalam sciencedirect.
Tapi banyak kerja sikit la:D

Thanks Am!

Monday, September 1, 2008

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman