Sunday, April 4, 2010

Update untuk ayah (ini entry seperti tiada lagi hari esok)

Dear ayah (baca macam nada baca surat)

Dijah ok. Sori tak kol sebab kredit semakin mengurang kerana sakan kol kawan-kawan untuk bergossip*sumbangan ikhlas dialu-alukan. hehe* dan sori sebab chatting sentiasa tidak lancar kena line broadband di sini sangatlah rendah mutu perkhidmatannya.

Kesihatan ok, cuma fluctuates dengan keadaan cuaca yang tak menentu. Ubat dr chee masih ada, inhaler preventive tu ok cuma tideous lah nak berkumur2 air suam kuku segala. Malasssss. Dah stop makan steroid. Feeling better cuma tengah malam tadi sekali dua terjaga jugak sebab sesak. Tadi demam sikit tapi dont worry ni demam gedik mengada-mengada. Mungkin demam rindu kat Jay..kekeke. Not fully fit tapi sentiasa takde masalah untuk bergossip. Lost weight tremendously but I think after this will gain more weight! =)

Eksperimen? entahlah. Tatau nak cakap ok ke tak. Tapi dah selesai aktiviti di lapangan. Kini beralih pula kepada arena memeningkan diri untuk mengenalpasti cacing2 yang dah collect dari perut bebiri hari tu. Ada 164 sampel dan sudah rangka-rangka yang satu sampel boleh habis dalam 2-3 jam. Tapi semalam mula dapat masalah bila stage yang tidak disangka2 muncul (juvenile and immature) dan tak dapat dikenalpasti sebab tak diajar lagi oleh sifu2. Sampel hari ni pon dapat stages ni dan terpaksa stop identify. So, target adalah habis proses sebelum balik bulan nam nanti. Doakanlah semoga semuanya ok. Kalau tak siap, mau meroyan balik Malaysia nanti..hukhuk.

Hidup sosial? Tak pernah dengar pasal fruit picking di Armidale. Nampaknya orang2 Armidale di waktu cuti hanya melepak2 di rumah sambil nosepicking sebab semua kedai tutup. SEMUA tutup 2 hari sempena easter. Selain ke lab, telah bersosial dengan rakan jepun yang dikenali di Autumn Festival - bebudak exchange programme 4 bulan, buat majoring in English. Ingat nak tanya pasal Yamapi, tapi depa nih muda beno (19 tahun) jadi depa minat band hingusan baru pecah suara dan minat jrock. Oh, in case ayah terpikir, budak ni anak tunggal. So takde can nak tekel abang dia. kekeke. So, bawak balik umah dan opah Cherry sakan layan budak Jepon nih sampai malam (sebijik mcm opah Patimah cara dia entertain guest. Silap takde mangkuk tengkat je nak bungkus lauk! kekeke). Kendian hari pegi join aktiviti bebudak Thai punya society. Saje lah nak memeriahkan majlis dan memenuhi undangan. Bila lah Armidale nak ada ramai Malaysian yang bersatu hati??

Then melepak umah wijdan untuk menagih kasih sayang dan makanan sedap. hehe. Oh, dan rutin adalah bagi makan kucing Elodi dan siram pokok bunga hari-hari sebab dia away seminggu untuk research. Sila kagum.hehe. Tapi nanti balik Ipoh nanti tammo siram pokok bunga. hehe.

Suhu? Agak sejuk. Ketika menulis entry, suhu dah jadik 10 darjah selsius. I am not enjoying it at all. Autumn is beautiful but I cant stand the coldness.

This is for you!


4 comments:

  1. last pict tu gmbr ape acu?

    nfon apa acu guna, gmbr sgt cantik dan jelas.

    acu semoga cepat sembuh and ceria semula mcm selalu :)

    ReplyDelete
  2. cantikkkkk sangat hijau tuhh.

    ReplyDelete
  3. ayang,gambo last adalah gambar perut bebiri yang penuh dengan cacing

    noure - meh dtg sini meh..ekeke

    ReplyDelete