Friday, April 23, 2010

Tiada satu makhluk pun yang mampu melarang kita dari jatuh hati.

Hak jatuh hati adalah hak individu. Lantak koranglah nak jatuh cinta kat sapa. Kat Jay Park ke, kat Yamapi ke, kat TOP ke, abang polis ke, adik ikan ke, abang askar ker, abang STA bangunan sebelah ke. Lantak korang. Itu hak masing-masing. Benda hati dan perasaan ni bukan boleh paksa2. Ada saya paksa korang jatuh hati kat Jay Park? Takde kan? Paksa tengok youtube pon I dah tak buat. I tepek je, tapi takde paksa sesapa tengok.
Bila memikirkan konsep ini, saya cuba untuk tak marah atau meroyan kalau kawan jatuh hati pada makhluk-makhluk yang meragukan. Saya tahu benda ni tak boleh dipaksa.
Tapi....walau tiada siapa mampu melarang kita jatuh hati, tapi orang-orang yang menyayangi kita berhak untuk menegur kita sekiranya kejatuhan hati itu dilihatkan mampu menghuruharakan kita kelak.

Contoh 1: Jatuh cinta pada lelaki yang baru dikenali di alam maya baru beberapa minggu. Saya takleh nak kata benda ni tak logik. Sebab benda ni berlaku lah saya tulis. Saya tak boleh nak marah, ini soal hati. Jatuh hati dah tak jadi isu dah. Yang jadi isu skang adelah siapakah lelaki itew?

Kenal mana?
online dating.

Islam?
Bukan.

Malaysia?
Bukan.

Kenapa saya tanya Malaysia? Sebab saya rasa sekurang-kurangnya non-Muslim Malaysia nih tergaul sikit ngan Muslim dan depa faham sikit.

Kenapa nak kawin ngan dia?
Dia pandai handle aku.

Dia tau ke dia kena masuk islam baru kawin ngan ko?
*diam*

Dah pernah jumpa ke?
Tak.

Tapi nak kawin?
*diam*

Dia series ke?
Series, dia nak pindah Malaysia. Nak beli rumah.

Dia ada FB?
Ada.

Bape orang kawan dia?
5.

Macam fake ID je.
Tak kot. Dia dah tua, tak reti FB.

Contoh 2: Jatuh hati pada suami orang yang dikenali sebelum dia kawin. Again, isu nak jatuh hati kat sapa orang saya malas nak ulas. Nak buat macamana, lelaki-lelaki yang dah kawin ni biasanya gentleman dan penyabar..keke. And again, isunya, siapakah lelaki itu? Kenapa gigih nak kawin dengan lelaki itu dan sanggup berpoligami.
[rant]Oii jantan, stop bagi reason poligami benda tu dibenarkan dalam islam. Quran pon hangpa tak baca dan tammo paham, tapi bab kawin semua ikut quran! Hikmah plogami kena lah paham sebelum dok meroyan Islam boleh poligami ke hulu, islam boleh poligami ke hilir. [/rant]

Dia kawin berapa lama dah?
Dalam 4 tahun lebih.

Takde anak?
Ada.

Bini dia mandul lepas beranak anak num 2 ke?
Tak, bini dia baru lepas gugur.

Dia ada masalah bilik tidur ngan bini ke?
Tatau. Takde rasanya.

Bini dia kuat meroyan maki-maki dia ke?
Takde.

Hang ni janda ramai anak ke?
Tak.

Hang ni tebusan perang ke?
Tak.

Hang ni ada kecacatan yang menyebabkan orang lain tammo kawin ngan hang, hanya dia je sanggup ke?
Takde.

Hang ni orang susah ke? Kalau tak kawin ngan dia takleh makan kena mintak sedekah?
Tak.

Kenapa nak kawin ngan dia?
Sebab sayang. Takleh lupa.

Untuk kedua-dua contoh dia atas, saya tammo pon pertikaikan isu kenapa jatuh hati kat orang yang begini begini dan yang begitu begitu. Yang saya pertikaikan berdasarkan soalan2 yang saya tujukan adalah 'kita fikir jauh tak sebelum decide untuk drag perasaan tu?'.
Kawin bukan macam beli kebab. Even beli kebab kena pikir betul-betul. Nak sos apa, nak daging apa, nak sayur apa, nak tambahan apa. Kalau salah oder, kurang sedap. Macam tu jugaklah, kesan akhir kena pikir.
Tapi kalau kita ada alasan yang kukuh, teruskanlah. Bagi saya, alasan 'sayang' tu saya takleh pakai. kekeke.

Janganlah putus asa. Doa lah banyak-banyak. Toksah tunjuk kat orang macam kita nih desperate sangat. Sebab tulah nanti kena buli ngan jantan-jantan tak guna kat muka bumi ni. Dan tolongla jangan kaco laki orang boleh tak? Hangpa mengutuk Fasha Sandha kat bod gosip kemain. Padahal hangpa pon sama naik merenyam pi gedik ngan laki orang.
Yang laki pon sama. Jangan lembik sangat. Kena goda sikit dah kecur liur. Ingat tak bini ngan anak kat umah tu? Tengok pompuan seksi kat tenet dah kejang. Tatau ke saya boleh boh gambo anjelina jolie sebagai profile pic? Zaman sekarang ni nak tipu ni sap sap soi je.

Mana yang nampak menjurus ke arah lebih banyak mudharat, elakkanlah. Pasti ada hikmahnya.

nota cuping telinga Jay: dedua contoh ini adalah contoh yang diolah berdasarkan kisah lampau yang sampai ke telinga saya.

------------------------

Tiada satu makhluk pom mampu melarang saya jatuh hati pada 2pm suatu ketika dulu. Dan sekarang, tiada satu makhluk pon mampu larang saya BENCI SEBENCInya pada 0pm dan JYP/E. This is the most shittiest band ever!!!

You wanna see me fall right? (Haters)
Like a candle on a windy night, yeah right
Just watch me do this take a breath hold tight
I’m never going down without a fight, a’ight?

YES 0-pm.
Bring it on!

Depa ingat depa maki haters depa leh menjulang naik. Jantan la konon kan. Lebih lemah dari pondan! Motip nak bergadoh bagai ngan fans through lagu?
Tapi alangkah sentapnya bila depa cut part yang mendidihkan darah ni masa comeback performance. Chickens!

I really hope for 0pm to disband.

Ayang, we have a new place untuk meroyanssssssss pasal 0pm.. Klik sini..keke. TERAPI.

4 comments:

  1. hai.saya jay.saya ada blog.

    misterdoktor.blogspot.com

    encik jay

    ReplyDelete
  2. acu, ayg terus bergegas ke 0pm pas letak tepon..keke..hangat. ayg akan menjadi pembaca setia. hiks

    ReplyDelete
  3. halim, apa pasal guna mak punya id? kekeke. log out dulu kot ye pon nak meroyan lepas gian blogging.

    ayang, heaven bila semua antis berkompol setempat. takde org kecik ati, takde org sentap. puas hati meroyan. memang sudah tenang sekarang..kekek. kalau kat 2od takut kena kick kalo gado ngan pro-6pm. hehe.

    kak rambler, who do you like? Mr. USA? ahaksssssssssssssssssssssssssssssss.

    ReplyDelete