Saturday, April 17, 2010

Ini update saya

Sebenarnya takde benda nak update, tapi sebab ada timbul salah paham saya update jugak.

1. Saya takde blog lain yang lebih aktif dari blog ini. keke.
2. Saya takde privatekan mana-mana blog kecuali blog untuk meroyan tanpa sekatan bersama kawan2 SERATA. Tapi alhamdulillah, lama dah tak berapdet blog tu, menandakan kami semakin pulih.

------------------

Saya tak update blog dalam erti kata yang sebenar sebab kehidupan saya sehari2 adalah sama sahaja. Tiada yang berbeza. Pagi pegi uni buat labwork. Berhenti untuk break waktu lunch dan kendian sambung balik labwork. Since sekarang dah dekat nak masuk Ramadhan, huhuh, telah memulun untuk puasa ganti. This is the best time saya rasa sebab bila puasa ni takdelah sibuk nak pi lunch. So, break tu kejap ke. Kalau lunch selalu ngan kawan-kawan dan pastinya banyak isu semasa yang nak dibincangkan.
So, biasanya saya stop labwork dalam kul 4.30 ptg, sebab skang maghrib masuk dekat2 kul 6. So, sempatlah masak apa yang patut. Kalau tak puasa, akan stop lambat sikit untuk dinner.
Lepas maghrib biasanya akan ke uni semula, tapi bukan untuk buat labwork. Buat semua write up yang perlu:

Lit review saya sorang je yg tak hanto kat dekan. Maknanya saya sorang je lagi yang tak confirm candidature.
Tengah buat abstract untuk conference bulan 8 tapi perasan result mcm meragukan. Bila cek balik, ada salah dan silap pada excel. Tulah, pengajarannya, jangan copy and paste data. Hyperlink kan data pada source asal, supaya bila kat source asal tu ada perubahan, semua data lain juga akan updated. So, skang ni dah bertambah lagi satu keje. Semua data saya kena hyperlink kan satu2 dan kena reanalise semua data dan buat pembetulan pada report yang suatu ketika dahulu meresahkan.

--------------------

Terima kasih buat ayang wilda dan emak yang menyarankan bacaan manzil setiap hari. Alhamdulillah setelah mengamalkan manzil, terasa ada perubahan. Takde lagi nampak lembaga-lembaga hitam dan putih di bilik dan di kawasan school. Takde lagi mimpi mati atau eksiden atau kereta mahu meletup atau hantu. Tiada lagi kena hempap. Tiada lagi resah gelisah mahu tidur kerana merasakan malaikat maut ada dalam bilik.

-------------------

Saya telah memotong rambut akibat kerimasan tahap gaban dan akibatnya, $58 melayang. Sila jangan convert ke MYR. Ngeri! Oleh yang demikian saya tidak dapat mereload henfon..kekeke. Harap tiada sesiapa yang speku bukan-bukan bila saya sudah tidak berhubungan melalui fon. Mak, tak kol bukan sebab gigih buat kerja..sebab takder kredit...hehe.

--------------------

Fi cakap 'tak berbaloi stress, ni PhD je pon..' Betul jugak kan. Bukannya ada kesan yang sangat signifikan kalau tak habis PhD. Well, kena bayo kat gomen la duit tapi kesan pada anggota kita takde yang ketara. Lainlah kalau tak habis PhD seluruh populasi lelaki jambu di dunia terus pupus! Then we should stress! keke

Orait.sudah mahu balik untuk siap2 berbuka. Till then..ai miss yu!

5 comments:

  1. sama2 acu..ayg baca utk atasi masalah mental ayg. please ingatkan ayg utk baca kalo ayg lupa (kalo ada tanda2 kegilaan di blog ayg maknanya kebarangkalian lupa baca tu tinggi) :)

    it's a relief bila tahu acu dh makin ok!

    ReplyDelete
  2. tapi kalau tak abis phd, tak dapat mengajar lelaki2 jambu dalam kuliah?
    macam mana tuh?

    ReplyDelete
  3. Ayang, sama-sama lah amalkan manzil saling ingat mengingati =).

    Am, sentap. *terus bersemangat study* ke ke ke

    ReplyDelete
  4. k.dijah...org pn bbrp mggu lps duk slalu gak pikir ade malaikat maut ketuk pintu blk.pas2 mimpi tsunami.ngeri rasenye.tq for da info psl bacaan manzil.insya Allah akan diamalkan.
    -kinah

    ReplyDelete
  5. Manzil ni lebih kurang ma'thurat, tapi manzil ni semua ayat quraan. Kalau ma'thurat ada doa2 kan, manzil ni memang potongan ayat yang berkisar jin dan manusia. Cubalah Kinah, akak kurang meroyan dah.he he he. Meroyan pasal 6pm tu sebelum baca manzil (akak baca manzil malam2).

    ReplyDelete